Wednesday, December 17, 2008

Rasuah - Anwar `Cakap Tidak Serupa Bikin'

" Rakyat bertanya apa tindakan Parti Pakatan Rakyat kepada pemimpin mereka yang didakwa atas kes rasuah dan sogokan seks yang kini sedang dibicarakan di mahkamah? "


PETIKAN UCAPAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KETIKA MEMBAHASKAN RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) DI PARLIMEN.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Di Pertua kerana memberi kesempatan untuk bersama-sama membahaskan rang undang-undang yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Anti Rasuah.

Tuan Yang Di Pertua:

1. Rasuah merupakan jenayah yang paling merbahaya kepada masyarakat dan negara ini. Ianya umpama wabak yang menghancur luluhkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya.

2. Rasulullah s.a.w. bersabda: `Ia'anallahur rasyi walmurtasyi warraisy'.

"Allah melaknat yang menerima rasuah, yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara rasuah".

Komen:

Memang benar kata Anwar Rasuah umpama wabak yang menghancur luluhkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya tetapi apakah pemimpin Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP benar-benar ikhlas mahu memerangi rasuah?

Rakyat bertanya, jika benar mereka memandang jijik kepada Rasuah mengapa tidak ada tindakan diambil kepada tiga pemimpin parti itu di Perak yang didakwa atas tuduhan rasuah dan sogokan seks yang kes mereka kini sedang dibicarakan di mahkamah?

Rakyat juga bertanya jika pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) baik di peringkat negeri atau persekutuan yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah perlu meletakkan jawatan dengan serta merta mengapa pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang melaung-laungkan mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih tidak sanggup berbuat demikian?

Apakah wujud `double standard' dalam Rasuah? Jika pemimpin pembangkang terlibat dalam rasuah hukumnya menjadi `halal' sedangkan Rasullulah telah bersabda - "Allah melaknat yang menerima rasuah, yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara rasuah".

Menjadi harapan keseluruhan rakyat jika benar Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain seperti Hadi Awang dan Lim Kit Siang benar-benar ikhlas mahu memerangi Rasuah mereka perlu mengambil tindakan segera - 2 Exco Kerajaan Perak yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah perlu meletakkan jawatan dengan segera.

Kalau itu pun tidak dapat dilakukan - Anwar, Hadi dan Kit Siang perlu berhenti segera bercakap pasal Rasuah.

Thursday, December 4, 2008

Mengapa Negara Memerlukan ISA?


SYUKUR Alhamdullilah sehingga hari ini Malaysia bebas daripada serangan bom oleh penganas dan rakyat dapat hidup aman damai tanpa perlu rasa takut untuk berada di mana-mana sahaja.

Insiden pengeboman di Mumbai minggu lepas yang bukan sahaja mengorbankan rakyat India malah ramai rakyat asing mengingatkan kita kepada pengeboman di Bali dan Jakarta yang dilakukan oleh anggota Jemaah Islamiah (JI) yang mahu mewujudkan pemerintahan Islam di rantau Nusantara termasuk Malaysia, Brunei, Filipina dan Singapura.

Siapa yang tidak kenal dengan Azahari Husin dan Noordin Mohamad Top dua orang rakyat Malaysia yang menjadi dalang dalam insiden pengeboman di Bali.

Persoalannya, mengapa insiden pengeboman tidak berlaku di Malaysia sedangkan dalang yang terlibat dalam pengeboman di Bali dan Jakarta adalah rakyat negara ini? Jawapannya kerana Malaysia mempunyai AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI atau lebih dikenali sebagai ISA.

ISA adalah undang-undang pencegahan yang bertindak pantas untuk menghalang mana-mana pihak yang mahu mencetuskan keganasan atau huru hara tanpa memerlukan perbicaraan.

Undang-undang ISA membolehkan pihak berkuasa menahan mereka yang disyaki daripada kumpulan penganas atau pihak-pihak yang mahu mencetuskan hura hara dalam negara ditahan selama 60 hari tanpa bicara.

Mereka yang disyaki ini tidak boleh ditahan mengikut undang-undang biasa kerana proses perbicaraan akan mengambil masa yang lama dan ada kemungkinan keamanan tidak dapat dikawal jika ahli kumpulan anasir ini dibiar berleluasa.

Indonesia tidak seperti Malaysia atau Singapura yang mempunyai undang-undang tanpa bicara. Sebab itu insiden pengeboman kerap berlaku di Indonesia kerana negara itu tidak mempunyai undang-undang tanpa perbicaraan.

Jika tidak kerana ISA pengeboman juga akan turut berlaku di Malaysia kerana pakar-pakar JI dalam membuat bom yang didalangi oleh Azahari dan Nordin adalah rakyat negara ini.

Mengikut statistik PDRM, sebilangan besar yangmasih ditahan di bawah ISA adalah anggota JI yang berjaya ditahan sebelum sempat mereka melaksanakan operasi keganasan yang mereka rancang.

Malangnya, bukan sahaja parti pembangkang malah ada juga parti komponen dalam kerajaan Barisan Nasional hari ini mahu supaya ISA dihapus atau dimansuhkan.

Kononnya, ISA adalah kejam dan telah disalahguna oleh pihak kerajaan untuk menangkap pemimpin pembangkang yang menentang kerajaan. Hakikatnya, bilangan mereka yang ditahan dibawah ISA sekarang ini tidak sampai 100 orang.

Dengan mengambil kira rakyat Malaysia yang berjumlah 27 juta orang maka statistiknya mereka yang ditahan di bawah ISA termasuk pemimpin pembangkang tidak ubah seperti `setitik air dalam kolam yang besar'.

Malah jika diteliti senarai tahanan ISA seperti yang diterbitkan oleh Aliran (sebuah badan NGO), seramai 22 daripada 63 tahanan ISA di Kamunting sekarang adalah warga asing.

Selain daripada membenteras ancaman penganas Parti Komunis Malaya (PKM), ISA digunakan untuk menahan anasir-anasir militan agama termasuk JI, Kumpulan Militan Malaysia (KMM), Al-Arqam dan mencegah pergaduhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969, Operasi Lalang dan insiden Kampung Medan pada tahun 2001.

Jadi dakwaan kononnya kerajaan menyalahgunakan ISA adalah dusta dan tidak benar sama sekali kerana boleh dikira dengan jari hanya beberapa kerat pemimpin pembangkang ditahan di bawah akta ini.

Monday, November 17, 2008

Benarkah Pakatan Rakyat Pertahan Islam dan Hak Keistimewaan Melayu?

Anwar: Pakatan Pertahan Islam dan Hak Istimewa Melayu

SHAH ALAM: Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-ketiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut antara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salah faham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Shah Alam Selangor hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Komen:

Persoalannya benarkah Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS mempertahankan Islam dan hak keistimewaan Melayu sebagaimana yang didakwa oleh Anwar?

1). Siapa yang membangkitkan soal laungan azan dan tulisan jawi sehingga membangkitkan kemarahan orang Melayu - Teresa Kok (DAP).

2). Siapa yang membuat kenyataan langkah mayatnya dahulu jika mahu menubuh dan menegakkan undang-undang Islam di negara ini - Karpal Singh (DAP).

3). Siapa yang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) jika Pakatan Rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim (PKR).

4). Siapa yang berjanji hak yang sama rata kepada semua kaum jika Pakatan Rakyat berkuasa - Lim Kit Siang (DAP).

5). Siapa yang berjanji untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu ketika berkempen di hadapan orang Cina dan India jika Pakatan Rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim (PKR).

6). Siapa yang mempertikai teks ucapan Yang DiPertuan Agong dan kuasa Sultan Perak - Karpal Singh (DAP).

7). Siapa yang mencadangkan supaya UITM dibuka kepada bukan Melayu dan bangsa asing - Khalid Ibrahim (PKR).

8). Siapa yang mencadangkan supaya bahasa lain juga dijadikan bahasa rasmi negara - Teresa Kok (DAP).

Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat perlu menjawab semua persoalan di atas jika benar dakwaan beliau Pakatan Rakyat mempertahankan Islam dan hak keistimewaan Melayu di negara ini.

Tuesday, November 11, 2008

Perdana Menteri Bukan Melayu - Apa Kata Anwar & Hadi Awang?

Kemenangan calon Demokrat Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 bukan hanya disambut di negara `Uncle Sam' kerana mencatat sejarah tersendiri tetapi turut menjadi bahan politik di negara ini.

Kemenangan Obama rakyat kulit hitam pertama daripada kumpulan minoriti di Amerika Syarikat telah mencetuskan analisa politik di kalangan pihak tertentu di negara ini sehingga ada suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Mereka ini berpendapat Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti malah telah mengatasi halangan besar bagi memenangi jawatan tertinggi negara itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat seharusnya mengubah sikap kalangan pemimpin UMNO agar menerima hakikat Perlembagaan membenarkan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri negara ini.

"UMNO telah menafikan peruntukan Perlembagaan yang membenarkan sesiapa sahaja warganegara Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri," katanya ketika mengulas isu ini.

Persoalannya, apakah Pas yang diterajui oleh Hadi Awang dan PKR oleh Anwar Ibrahim boleh menerima Kit Siang sebagai Perdana Menteri?

Bolehkah Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai addin bersekongkol menerima bukan Islam sebagai Perdana Menteri?

Sebelum ini Hadi Awang telah membuat kenyataan akan menerima sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri asalkan pemimpin itu adalah Melayu dan beragama Islam.

Begitu juga dengan Anwar, apakah nanti beliau boleh menerima Penasihat DAP itu sebagai Perdana Menteri walhal beliau telah `berkorban' sejak sekian lama masuk penjara semata-mata mengidam jawatan tertinggi dalam kerajaan itu?

Hakikatnya seperti yang diakui oleh Kit Siang, UMNO yang menjadi tunggak kekuatan orang Melayu di negara ini adalah penghalang kepada cita-cita bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri.

Sebagai parti politik terbesar orang Melayu, UMNO dilihat sebagai benteng terakhir orang Melayu untuk mempertahan dan mengangkat martabat Islam di negara ini daripada diperkotak katik oleh pihak-pihak tertentu yang mula mempertikai hak dan keistimewaan Melayu di negara ini.

Apalah yang diharapkan kepada PKR baru sahaja berkuasa hak dan kepentingan Melayu hendak diperdagangkan demi survival politik manakala Pas kononnya memperjuangkan Islam sebagai addin tetapi bersekongkol dengan DAP yang terang terang menolak perjuangan Islam.

Selagi ada UMNO yang menjadi tunggak dan mewakili orang Melayu terbesar di negara ini jangan harap kaum minoriti mengidam jawatan Perdana Menteri.

Monday, November 3, 2008

Perlantikan Pemangku Pengurus Besar PKNS: Hinanya Orang Melayu Di Mata Khalid Ibrahim!


PKR AKAN JELASKAN KEPADA HADI

KUALA SELANGOR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan memberi penjelasan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pelantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penjelasan itu akan diberi dalam perjumpaan kepimpinan pakatan pembangkang yang diadakan dua minggu sekali.

Menurut beliau, penjelasan memang selalu diadakan di kalangan pemimpin pakatan pembangkang dan ia bukan satu perkara yang luar biasa.

"Dalam perjumpaan itu nanti, kita terangkan beberapa usaha yang kita akan lakukan. Saya rasa Utusan Malaysia bertujuan untuk membelah-belahkan ahli-ahli dalam pakatan.

"Perkara ini (isu perlantikan bumiputera) tidak timbul kerana pemilihan kepimpinan dalam Islam memberi tumpuan terhadap kebolehan dan keupayaan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu dengan alasan sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya Melayu beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui kaum tersebut.

Komen:

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sepatutnya menyalahkan Utusan Malaysia kerana menyiarkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Utusan Malaysia hanya menyiarkan kenyataan Abdul Hadi yang terang-terang tidak bersetuju dengan perlantikan ini dengan alasan sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya Melayu dan beragama Islam sudah tentu sistem pentadbirannya sepatutnya juga ditadbir dan diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

Walau apa pun alasan Khalid, Presiden Pas itu juga mempunyai alasan yang tersendiri kerana selama hampir 40 tahun PKNS diterajui oleh orang Melayu tetapi mengapa kini sejak pakatan pembangkang menang di Selangor, `hak orang Melayu' ini hendak di ubah.

Perlantikan Siew Moi telah menguris hati orang Melayu di Selangor. Kenyataan Khalid bahawa sudah tiba masanya masyarakat Melayu bukan hanya pilih yang terbaik untuk mereka sebaliknya memastikan pilihan itu boleh memberikan hasil yang terbaik telah menghina orang-orang Melayu di Selangor.

"Dalam pengurusan sesuatu organisasi, jika seseorang itu tidak boleh mengurus dan mencapai tahap yang dikehendaki, lebih baik individu terbabit tidak diambil bekerja.

"Tanggungjawab kita adalah untuk memilih orang yang boleh kerja. Lupakan isu emosi," katanya.

Apakah Khalid bermaksud orang Melayu di Selangor tidak layak untuk menduduki jawatan tersebut kerana mereka tidak boleh `kerja' dan hanya mereka seperti Siew Moi yang lebih layak kerana pandai buat kerja?

Apakah begitu hina sekali orang Melayu di mata Khalid sehingga tidak ada seorang pun yang layak untuk menduduki jawatan tersebut sehingga mereka yang tidak `layak' telah dilantik untuk memangku jawatan pemangku Pengurus Besar PKNS?

Inilah hadiah Pakatan Pembangkang yang diterajui oleh PKR, DAP dan Pas kepada orang Melayu yang memberi kemenangan besar kepada mereka di Selangor.

Berbanding dengan Pas, Khalid lebih menjaga hati `rakan kongsi yang terbesar' iaitu DAP kerana menyumbang 25 kerusi dalam kerajaan negeri Selangor berbanding Pas yang hanya ada 8 kerusi.

Pas tidak lebih hanya sekadar `melukut di tepi gantang' dalam kerajaan negeri Selangor berbanding dengan DAP yang banyak membuat keputusan di belakang tabir dalam kerajaan negeri Selangor termasuk dalam perlantikan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS.

Tuesday, October 21, 2008

Cerpen `Politik Baru YB J' - Mengapa Teresa Yang Terasa?


Cerpen `Politik Baru YB J' yang mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita Cina seperti yang tersiar dalam Mingguan Malaysia 12 September lalu tidak ada kena mengena dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti dakwaan DAP.

Menurut penulis cerpen ini, Datuk Chamil Wariya watak dalam cerpen itu hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan langsung dengan mereka yang hidup dan mati.


"Ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif dan tidak lebih tidak kurang daripada itu".

"Dalam cerpen saya ini, pembunuhan politik per se seperti yang didakwa tidak berlaku walaupun wataknya mungkin dimatikan. Apa yang berlaku adalah sekadar simbolik.Karya sastera tidak patut hanya dibaca yang tersurat, tetapi tersirat".

"Yang dibunuh sebenarnya adalah idea-idea yang melampau dan tidak hanya terbatas dalam politik tetapi melampaui politiknya".

Komen:

Persoalannya sekarang ini mengapa YB Teresa Kok yang `terasa' sehingga DAP membuat laporan Polis mendakwa cerpen ini ditujukan kepada Ahli Parlimen Seputeh itu?

Dalam cerpen ini langsung tidak menyebut nama `YB Teresa' atau nama parti-parti politik di Malaysia termasuk DAP sehingga pemimpin parti itu melatah membuat laporan Polis mendakwa `cerpen ini menganjurkan keganasan dan bermain dengan api kerana memuatkan babak pembunuhan ahli politik'?.

Inilah akibatnya kalau kita terlalu berprasangka dan menjadikan politik sebagai alat untuk meraih kepentingan diri dan peribadi. Kita akan takut kepada bayang-bayang sendiri sehingga karya sebuah cerpen yang hanya rekaan semata-mata dianggap sebagai satu serangan peribadi.

Cerpen ini tidak ada kena mengena dengan Teresa atau pun parti DAP dan tidak ada sebab untuk mereka mengekploitasi isu ini kononnya sebagai sasaran untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum di negara ini.

Seperti kata penulis cerpen ini, Datuk Chamil Wariya watak-watak dalam cerpen ini adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati. Ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif dan tidak lebih tidak kurang daripada itu.

Teresa mungkin menganggap cerpen ini ditujukan kepadanya kerana sebelum ini pernah ditahan di bawah ISA kerana dikaitkan dengan lauangan azan dan tulisan jawi.

Apakah selepas ini jika ada mana-mana penerbit filem atau drama yang tidak ada apa-apa kepentingan politik secara kebetulan membuat filem atau drama seperti karya cerpen ini, Teresa dan pemimpin DAP yang lain juga akan membuat laporan Polis kepada mereka ini?

Inilah akibatnya jika menjadikan politik sebagai alat untuk kepentingan diri sentiasa bersangka buruk kepada orang sehingga apa yang dilakukan oleh orang lain kita anggap jahat dan mempunyai kepentingan politik.

Tuesday, October 14, 2008

Surat Terbuka Penyokong Pakatan Rakyat Kepada Anwar Ibrahim


PKR: Tiada Usul Tidak Percaya Pada PM

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang tidak berminat meneruskan rancangannya menukar Kerajaan Persekutuan melalui usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sekarang menumpukan fokus pada isu-isu ekonomi, termasuk Bajet 2009.

"Buat masa ini fokus kita ialah terhadap bajet," katanya yang juga ketua PKR kepada pemberita di lobi Parlimen.

SURAT TERBUKA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT KEPADA ANWAR IBRAHIM SEBAGAIMANA YANG TERSIAR
DALAM BLOG KETUA PEMBANGKANG ITU.

Dato' Seri,

PERALIHAN KUASA

16 September - tidak jadi sebab PM Abdullah Badawi tidak mahu berjumpa Dato' Seri untuk melaksanakan peralihan kuasa yang teratur.

23 September - tidak jadi sebab PM Abdullah Badawi tidak mahu mengadakan sidang Parlimen untuk dibentangkan usul tidak percaya terhadap PM dan seterusnya peralihan kuasa yang teratur.

13 Oktober - akan bermula sidang Parlimen. Sudahkah Dato' Seri bersedia untuk membentangkan Usul Undi Tidak Percaya terhadap PM? Sudahkah notis bertulis dibuat supaya tiada lagi masalah teknikal bagi usul tersebut?

Sudah sedia manifesto Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat dan senarai Barisan Kabinet Dato' Seri bagi peralihan kuasa yang dijanjikan? Penyokong Pakatan Rakyat menunggu tarikh Keramat 13 Oktober 2008 untuk menobatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ingatlah, reputasi Dato' Seri bergantung kepada janji-janji yang dibuat.

Sherry
Oct9th 2008 at 6.04 pm.

Tuesday, October 7, 2008

Sudah Tiba Masanya Kerajaan Haramkan Hindraf


Perbuatan mereka bukan sahaja sudah melampau malah sudah `mencucuk mata'. Sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku, banyak pihak berpendapat sudah tiba masanya kerajaan bertindak tegas mengharamkan Hindraf.

Perbuatan ratusan penyokong Hindu Right Action Force atau nama singkatannya Hindraf menyerbu Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet pada 1 Syawal lalu bukan sahaja melampau malah biadap kerana bukan sahaja tidak menghormati pemimpin negara malah tidak menghormati majlis keraian agama lain.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, daripada ratusan ahli kumpulan berkenaan, hanya ada seorang yang sudi mengucapkan `Selamat Hari Raya' kepada beliau manakala selebihnya memekik `Hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri', `Lepaskan Hindraf', `Hapuskan ISA', `Lepaskan Hindraf'.

Ini bukan kali pertama penyokong Hindraf bertindak kurang ajar, malah sebelum ini mereka telah menghantar memorandum kepada kerajaan British membuat fitnah kononnya berlaku penghapusan etnik kaum India di negara ini.

Malah lebih kurang ajar mereka membuat demontrasi menentang kerajaan dan berarak di jalan menimbulkan kekacauan sehingga menyebabkan kerajaan mengambil tindakan tegas menahan lima pemimpin mereka di bawah ISA.

Ramai pihak berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan tegas mengharamkan pertubuhan ini sebagaimana kerajaan lakukan dahulu kepada pertubuhan al-Arqam yang mengamalkan ajaran sesat.

Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan pendaftar pertubuhan. Kewujudan mereka ini adalah untuk menimbulkan kacau bilau dalam masyarakat dan mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, perjuangan Hindraf sama seperti perjuangan Komunis yang menghasut rakyat supaya menentang kerajaan dan mahu mencetuskan suasana tidak selamat di dalam negara.

Ramai pihak berpendapat kalau kerajaan boleh mengharamkan al-Arqam atas nama keselamatan negara mengapa kerajaan tidak boleh mengharamkan Hindraf juga atas nama keselamatan negara?

Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan tegas mengunakan mandat yang diberikan rakyat negara ini dengan mengharamkan Hindraf sebelum orang Melayu bangkit `mengamuk' mengajar penyokong-penyokong Hindraf yang sudah `mencucuk mata' ini.

Tuesday, September 23, 2008

`Biadapnya Pemimpin DAP Yang Bernama Teresa Kok'


"Sarapan pagi (roti dengan krim), makan tengahari (nasi, telur goreng dan sup sayur), makan malam (nasi, daging ayam dan kuah). Menu ini lebih baik sedikit daripada makanan anjing?"

Begitulah betapa biadapnya pemimpin pembangkang DAP yang bernama Teresa Kok. Walau pun beliau menafikan pernah menyamakan makanan yang disediakan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti `makanan anjing', kenyataannya yang tersiar di TV3 telah diikuti oleh jutaan rakyat Malaysia yang menonton siaran berita pada malam itu.

Teresa boleh menyalahkan akhbar Utusan Malaysia kononnya telah memutar belit kenyataan beliau tetapi beliau tidak boleh menafikan yang bercakap di TV3 itu bukan dirinya.

Jutaan rakyat Malaysia mendengar Teresa menyebut dalam siaran berita di TV3, sepanjang ditahan beliau hanya diberikan telur rebus, roti dan sup sayur serta menyifatkan makanan tersebut `slightly better than dog food'.

Tetapi apabila kenyataan itu menjadi isu Teresa menceritakan menu yang sebenarnya kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah yang bertanggungjawab dalam Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri.

Memang begitulah perangai pemimpin pembangkang. Bila bercakap mereka berbohong, bila berjanji mereka tidak tepati dan apabila mereka berkata-kata mereka akan memfitnah dan menanam kebencian rakyat kepada kerajaan.

Survival politik mereka ialah apabila rakyat membenci kerajaan, rakyat akakn memilih pembangkang. Apabila menyedari tembelang pembohongannya telah pecah Teresa mencari `kambing hitam' untuk menutup perangai buruknya itu. Akhbar Utusan Malaysia dijadikan `kambing hitam'.

Pembohongan demi pembohongan adalah menu harian pemimpin pembangkang. Penasihat PKR Anwar Ibrahim berbohong kepada rakyat Malaysia kononnya 16 September adalah tarikh pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan tetapi sehingga hari ini memberi pelbagai alasan.

Akibat terlalu banyak berbohong Anwar hari ini sudah dipersenda dengan berbagai gurauan, kononnya `Anwar telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dihadapan potret Yang Di Pertuan Agung' dan `Anwar telah mendapat 30 kerusi daripada Courts Mammoth dan Ikea untuk menubuhkan kerajaan'.

Pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin DAP kali ini cukup menghiris hati rakyat Malaysia terutama rakyat miskin yang berada di luar bandar. Ada rakyat miskin di luar bandar empat hari tidak menjamah nasi kerana kemiskinan dan menunggu hari raya untuk menjamah daging dan ayam yang di sedekahkan di masjid-masjid.

Ada rakyat miskin di luar bandar berkongsi dua potong ikan dan sebiji telur untuk lima beradik bagi mengalas perut. Apakah Teresa tahu ada rakyat miskin di luar bandar berkongsi `kulit roti' bagi sarapan pagi.

Pemimpin DAP yang bernama Teresa Kok ini tidak tahu kemiskinan di luar bandar kerana beliau tinggal di bandar besar. Mana dia tahu makanan orang miskin di luar bandar.

Baginya, sarapan (roti dan krim), makan tengahari (nasi, telur goreng dan sup sayur) manakala makan malam (nasi, daging ayam dan kuah) lebih baik sedikit daripada makanan anjing `slightly better than dog food'.

Thursday, September 18, 2008

Satukan Umat Islam: UMNO Dengan PAS Perlu Bersatu



KEGAGALAN MEMBENTUK KERAJAAN 16 SEPTEMBER

`Macam Wanita Bersalin Songsang' - Husam Musa



PASIR PUTEH - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan usaha pembentukan kerajaan baru pakatan pembangkang yang gagal dilaksanakan seumpama wanita mahu bersalin tetapi menghadapi masalah kandungan songsang.

Menurut beliau, kerajaan baru itu tetap akan dibentuk tidak lama lagi dan pakatan pembangkang sedang berusaha untuk memastikan ia berlaku.

"Situasinya adalah seperti wanita akan bersalin tetapi susah kerana kandungannya songsang tetapi akan tetap bersalin, yang penting bagi doktor memastikan keselamatan bakal anak dan ibunya terjamin.

"Peringkat sekarang, kita tengah letak minyak selusuh di atas perut ibu supaya cepat dan mudah bersalin dengan penuh selamat," katanya.

Mengulas dakwaan pembentukan kerajaan baru tetapi tidak menjadi kenyataan, Husam berkata, ia tetap akan berlaku dengan segala persiapan asas dan teknikal telah lengkap termasuk sasaran menarik Ahli Parlimen menyertai pakatan pembangkang cuma menanti masa yang sesuai.

Sumber Utusan Malaysia.

Komen:

Apakah maksud tersirat di sebalik kenyataan Husam ini? Apakah Husam mahu memberitahu kegagalan pakatan pembangkang membentuk kerajaan pada 16 September akibat daripada `hubungan songsang' pemimpin tertentu sehingga sukar untuk membentuk kerajaan dan jika pakatan pembangkang mahu merealisasikan impian ini pemimpin tersebut perlu disingkirkan?

Apakah Husam juga mahu memberitahu pemimpin yang bersih daripada skandal hubungan songsang seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja yang layak untuk memimpin pakatan pembangkang memerintah negara ini?

Apa pun maksud tersirat Husam hakikatnya pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal membentuk kerajaan pada 16 September seumpama `wanita yang bersalin songsang susah untuk melahirkan anak'.

Untuk menjadi pemimpin nombor satu negara, kebolehan bercakap dan berpidato sahaja tidak mengcukupi kerana seseorang pemimpin itu perlu mempunyai akhlak dan moral yang tinggi.

Memerintah dengan cara menyogok bukan sahaja tidak beretika malah bertentangan dengan agama Islam.

Husam tentu sedar Pas kini sudah terbahagi kepada dua puak. Satu puak yang pro kepada Anwar manakala satu puak lagi mahu Anwar disingkirkan. Ahli-ahli Pas diakar umbi tidak senang Pas menjalinkan hubungan songsang dengan DAP kerana DAP terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Ahli-ahli Pas tidak senang apabila pemimpin mereka meletakkan syarat apabila mahu bermuzakarah dengan pemimpin UMNO sesama Islam mengenai masa depan umat Islam di negara ini tetapi tidak ada syarat apabila mahu bekerjasama dengan DAP.

Puak yang mahu Anwar disingkirkan kecewa kerana mana mungkin Pas dan DAP dapat bekerjasama membentuk kerajaan bersama PKR kerana perbezaan ideologi mereka ibarat langit dengan bumi. Ahli-ahli Pas sehingga hari ini tidak dapat melupakan kenyataan Karpal Singh `langkah mayat beliau dahulu jika Pas mahu menubuhkan negara Islam'.

Hari ini ketuanan Melayu telah dicabar, hak keistimewaan Melayu dipertikai, hak sama rata semua kaum, forum terbuka membicarakan agama Islam, Bahasa Malaysia bukan lagi bahasa rasmi dan selepas ini apa lagi.

Kesimpulannya, demi menyelamatkan masa depan umat Islam di negara ini sudah tiba masanya Pas perlu bergabung dengan UMNO menjadi parti Melayu yang terkuat di negara ini. Tinggalkan DAP dan singkirkan pemimpin yang ada rekod `hubungan songsang'.

Monday, September 15, 2008

Tubuh Kerajaan 16 September : Berakhirnya Satu Pembohongan

Datuk Seri Anwar ketawa mungkin geli hati kerana masih ada yang percaya beliau akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini. Bersamanya Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Esok 16 September 2008 adalah hari Angkatan Tentera dan esok juga genap 45 tahun hari pembentukan Malaysia. Walau apa pun perkembangan politik negara, esok tidak akan mengubah kedua-dua peristiwa yang bersejarah ini.

Namun begitu, bagi pendokong dan penyokong pembangkang terutama dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mereka masih lagi mengharap tarikh 16 September 2008 akan menjadi tarikh yang bersejarah di mana idola mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat menubuhkan kerajaan dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke 6.

Penyokong dan pendokong pembangkang tidak salah kerana menaruh harapan yang tinggi Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri. Ini kerana selama 6 bulan (selepas PRU 12) mereka diperdaya dan digula-gulakan oleh idola mereka kononnya pada 16 September pakatan pembangkang yang diterajui PKR, PAS dan DAP akan menawan Putrajaya.

Kini tarikh 16 September tinggal tidak sampai 24 jam. Anwar masih mempunyai masa untuk mengotakan janji-janjinya bukan sahaja kepada pengikut setianya malah kepada rakyat Malaysia yang juga mahu diperbodohkannya.

Jika dilihat kepada spekulasi dan sms yang disebarkan sebelum ini tiada satu pun yang menjadi kenyataan. Kononnya pada 5 September semua parti BN dari Sabah dan Sarawak akan mengistiharkan keluar BN.

Kemudian pada 6 September, semua komponen BN di Semenanjung kecuali MCA dan MIC mengistiharkan keluar daripada gabungan itu.

Selepas itu, pada 7 September 10 Ahli Parlimen BN mengumumkan untuk berpindah ke Pakatan Rakyat. 8 September, lima menteri kabinet BN akan meletakkan jawatan dan menyertai Pakatan Rakyat manakala 9 September sidang tergempar Parlimen dipanggil dan pada 10 September Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan meletakkan jawatan.

Pada 12 September Anwar akan mengumumkan pembentukan kerajaan sementara dan pada 16 September Anwar akan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri.

Dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR kelmarin, Anwar memberi alasan kononnya beberapa perkembangan terbaru dalam politik negara menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa menangguhkan rancangan untuk membentuk kerajaan pada 16 September.

Hakikatnya, walau pun Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang hadir dalam sidang media tersebut tetapi kedua-dua pemimpin ini juga tidak senang dengan cara Anwar mahu menubuhkan kerajaan melalui `pintu belakang'.

Lim Kit Siang dalam kenyataannya sebelum ini dengan tegas berkata, parti itu akan menolak sebarang kemasukan Ahli Parlimen dari BN ke dalam Pakatan Rakyat semata-mata kerana wang dan kuasa.

Manakala Hadi awal-awal lagi tidak yakin sasaran komplot Anwar itu akan tercapai dan tidak senang dengan cara Anwar yang melobi Ahli Parlimen BN sehingga ke Taiwan.

Walau apa pun alasan Anwar selepas ini kepercayaan penyokong pembangkang kepadanya sudah mula terhakis dan bagi majoriti rakyat Malaysia komplot Anwar yang mahu menubuhkan kerajaan melalui `pintu belakang' pada 16 September sebagai berakhirnya satu pembohongan.

Monday, September 8, 2008

`Pemimpin Besar' Sibuk Mahu Tawan Putrajaya - `Melawat Mangsa Ribut MB Selangor Anggap Buang Masa'

`MB AKAN TERIMA KESAN 5 TAHUN LAGI'

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam marah dan kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggap lawatan untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dan Kapar sebagai membuang masa dan membazirkan wang.

Ahli Parlimen PKR itu memberi amaran bahawa Abdul Khalid bakal menerima kesan pada pilihanraya umum lima tahun akan datang ekoran kenyataannya yang menyinggung hati ramai penduduk kampung terlibat.

"Saya puji tindakan pantas UMNO apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib turun dengan cepat melawat mangsa bencana alam ini dan menghulurkan bantuan.

"Mana pemimpin negeri? Sebagai Ahli Parlimen Kapar, saya sungguh kecewa apabila tidak ada yang tunjuk muka. Saya tidak takut jika pucuk pimpinan parti mahu mengambil tindakan terhadap saya kerana saya berpendirian tegas dalam hal ini.

"Saya banyak terima aduan, ramai yang pelik dan tidak suka dengan kenyataan Menteri Besar, kenapa dia cakap macam itu," katanya.

Semalam, Abdul Khalid mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dan Kapar dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurut Menteri Besar itu, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, tetapi ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

Dalam kejadian pukul 3 petang pada 1 September lalu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa ribut.

Komen:

Mungkin masalah yang dihadapi oleh lebih 1,000 keluarga mangsa ribut di Kapar dan Klang ini adalah kecil kepada pemimpin PKR kerana mereka ada agenda yang lebih besar iaitu mahu menawan Putrajaya pada 16 September ini.

Seperti kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara kebajikan tetapi tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.


Apalah sangat dengan kesusahan dan keperitan yang ditanggung oleh penduduk dari Kampung Sungai Udang dan Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulau, Klang serta Kampung Rantau Panjang di Kapar jika hendak dibandingkan pada 16 September ini `pemimpin besar' pakatan pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri!

Mungkin kepada Khalid, kemarahan lebih 1,000 penduduk di Kapar dan Klang ini tidak akan ke mana kerana penduduk di kawasan ini telah memberi kemenangan besar kepada PKR dalam pilihanraya umum lalu dan mustahil penduduk akan berubah sikap dalam pilihanraya umum akan datang?

Jika MB Selangor ini masih lagi tidur lena diulit mimpi kemenangan yang lalu, beliau sewajarnya bangun merenung amaran Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar, `MB akan terima kesan 5 tahun lagi'.

Bagi S.Manikavasagam, beliau sudah dapat melihat `tsunami politik' dalam pilihanraya umum akan datang jika MB Selangor terus bersikap begini menimbulkan kemarahan dan menyinggung hati ramai penduduk kampung.

"Saya puji tindakan pantas UMNO apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib turun dengan cepat melawat mangsa bencana alam ini dan menghulurkan bantuan," katanya.

Kita faham mengapa Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar ini terpaksa memuji pemimpin UMNO kerana beliau terlalu kecewa tidak ada pemimpin negeri seperti Khalid yang menjenguk muka melawat mangsa ribut di kawasannya.

Namun begitu Ahli Parlimen PKR ini perlu faham, sebelum menceburi bidang politik Khalid adalah tokoh korporat yang berjaya di bawah kerajaan Barisan Nasional tetapi disebabkan kecewa kepentingan peribadinya tidak dipenuhi beliau menceburi politik dengan menyertai PKR.


Sebagai orang korporat, Khalid tidak biasa melayan mangsa-mangsa ribut yang dalam kesusahan kerana tempatnya adalah di pejabat Menteri Besar di kerusi empuk tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin.

Sementara bagi `pemimpin besar PKR' Anwar Ibrahim kesusahan rakyat hanyalah retorik kerana agenda yang lebih besar beliau ialah menghitung hari untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini.

Thursday, August 28, 2008

16 September Bentuk Kerajaan - Anwar Bermimpi Di Siang Hari!

Rakyat Malaysia yang cintakan negara tentu mengingati tarikh 16 September 1963 iaitu hari yang bersejarah penubuhan negara Malaysia di mana pada tarikh itu Sabah, Sarawak bersama dengan Singapura telah menyertai Tanah Melayu.

Barangkali bagi penyokong dan pendokong parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih lagi teruja dengan kemenangan di Permatang Pauh, ada tarikh yang lagi bersejarah pada 16 September ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

Hari ini (28 Ogos) selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat ini sekali lagi mengulangi `skrip boria' kononnya lanskap politik negara akan bertukar pada 16 September 2008.

Ini bermakna ada lagi 19 hari Anwar akan menjadi Perdana Menteri? Maka rakan rakan sekutu dan juak-juak dalam Pakatan Rakyat mulalah memasang angan-angan untuk dilantik di dalam kabinet.

Persoalan sekarang bagaimana Anwar hendak menjadi Perdana Menteri kerana kedudukan di dalam Parlimen hari ini ialah Pakatan Rakyat hanya mempunyai 81 kerusi dan satu kerusi bebas. Manakala Kerajaan Barisan Nasional (BN) ada 140 kerusi.

Ini bermakna perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan BN ialah 59 kerusi. Bagaimana hebatnya Anwar bermain silap matapun 140 - 81 jawapannya 59.

Perbezaan 59 kerusi bukanlah satu jumlah yang sedikit dan perlu diperolehi melalui saluran yang sah iaitu melalui pilihanraya umum atau pun pilihanraya kecil. Anwar memerlukan 30 Ahli Parlimen BN melompat parti bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti 2 kerusi termasuk bebas.

Jika mahu pun menjadi Perdana Menteri jadilah Perdana Menteri yang bermaruah. Bertandinglah secara `gentleman' tunggulah pilihanraya umum akan datang dan biar rakyat membuat keputusan.

Perbuatan memancing dan merasuah wakil daripada parti lawan semata-mata mahu mencapai cita-cita untuk menduduki kerusi empuk di Putrajaya adalah perbuatan rasuah yang haram di dalam Islam.

Bukankah Anwar melaungkan mahu menghapuskan rasuah, menentang kemungkaran dan penyelewengan tetapi mengapa apabila mahu mencapai cita-cita peribadi sudah tidak kenal halal dan haram?

Hakikatnya tidak ada seorang pun Ahli Parlimen daripada BN termasuk di Sabah dan Sarawak yang akan melompat parti. Ahli Parlimen daripada BN cukup bermaruah, berhemah tinggi dan setia kepada parti dan negara.

Ahli Parlimen BN walau pun kadangkala berbeza pendapat tetapi akan bersatu hati, berpadu tenaga seia sekata bagi mempertahankan BN menentang musuh yang mahu menganggu gugat.

Hakikatnya sekarang ini Anwar berada dalam keadaan resah dan gelisah kerana tempoh 16 September hanya ada 19 hari lagi.

Rakyat Malaysia di seluruh negara termasuklah penyokong dan pendokong PKR yang taksub kepada Anwar kini sedang menunggu tarikh 16 September untuk melihat idola mereka menjadi Perdana Menteri atau sebenarnya ini adalah `AUTA' Anwar yang sebenarnya hanya bermimpi di siang hari.

Sunday, August 24, 2008

Sebab Anwar Tidak Mahu Bersumpah

Berikut adalah Wawancara Mingguan Malaysia bersama seorang tokoh agama, Dr. Mohd Radzi Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM) yang dsiarkan pada Ahad 24 Ogos 2008.

Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin memperolehi Ijazazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi.

AKIBAT TAK SAHUT SUMPAH

Soalan: Bagaimanakah cara bersumpah yang sah dan betul?

DR. MOHD RADZI: Bersumpah dengan menyebut nama Allah. Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi. Ini lafaz-lafaz sumpah. Lafaz ini hanya digunakan pada perkara-perkara untuk mengukuhkan kebenaran dan dakwaan supaya pihak kedua boleh menerimanya.

Soalan: Sumpah Laknat yang berlaku baru-baru ini, apa kedudukannya dalam Islam?

DR. MOHD RADZI: Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu. Tapi perkara ini jarang berlaku.

Soalan: Sumpah Laknat atau mubahalah yang dilakukan pada 15 Ogos lalu, apakah balasan-balasan yang boleh berlaku?

DR.MOHD RADZI: Hanya Allah yang tahu. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalal tentulah lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan?

Dalam Mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat orang mukminin. Maknanya sumpah itu, meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.

Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan yang memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira Islam dan bukan Islam. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta.

Soalan: Dalam sesuatu isu yang dipertikaikan, kalau satu pihak sahaja bersumpah laknat manakala satu pihak yang dituduh tidak mahu bersumpah, apakah kedudukan mubahalah itu?

DR. MOHD RADZI: Dalam kes sebegitu di mana ada pihak yang engkar iaitu tidak mahu bersumpah, kebenaran memihak kepada pihak yang bersumpah.

Soalan: Kalau kedua-dua yang menuduh dan dituduh bersumpah laknat, apa pula kedudukannya?

DR. MOHD RADZI: Dalam kes sumpah laknat, kita akan dapat lihat petanda-petanda awal yang boleh membawa kepada kebatilan. Sumber-sumber agama tidak menyebut secara jelas tentang petanda-petanda yang berkenaan kerana perkara seumpama itu jarang berlaku di kalangan kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah dan ia tidak diperbesar-besarkan.

Bagaimanapun, ulama-ulama Syiah mencatatkan bahawa tidak lama selepas mubahalah berlaku kejadian seperti orang yang berdusta tidak boleh bercakap, cakapnya tidak lancar, tergaman, terjatuh dan bermacam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui.

Apa yang penting ialah pihak berkenaan telah bersumpah dan yang kedua pula menyahut cabaran itu dengan bersumpah, jadi kita tengoklah diantara kedua belah pihak itu apa yang akan berlaku. Ulama Ibn Hajar Al Salam as Qualani pernah berkata, pada pengetahuannya, akibat sumpah akan dapat dilihat tidak lebih daripada satu tahun.

Komen:

Daripada penjelasan di atas, fahamlah kita mengapa Datuk Seri Anwar tidak mahu bersumpah. Selepas mubahalah (bersumpah laknat) mereka yang berdusta tidak boleh bercakap, cakapnya tidak lancar, tergaman, terjatuh dan bermacam-macam lagi.

Menurut Dr. Mohd Radzi, andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu.

Berani kerana benar takut kerana salah. Apakah Anwar sudah tahu risiko yang akan beliau tanggung jika beliau bercakap bohong? Atau apakah Anwar sudah dinasihat oleh alim ulama supaya jangan mengambil risiko untuk bersumpah jika beliau berada dipihak yang bersalah?

Saiful berani bersumpah laknat kerana merasakan dirinya berada dipihak yang benar dan teraniaya. Saiful sudah tahu risiko yang akan beliau tanggung jika beliau berbohong, bukan sahaja dirinya malah seluruh keturunannya akan menerima laknat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu, Permatang Pauh bahawa beliau tidak mengenali perempuan yang bernama Altantuya Shaariibuu.

Datuk Seri Najib bersumpah "Dengan nama Allah, Waallahi, Wabillahi, Wataallahi, saya tidak mengenali wanita yang bernama Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan saya oleh mereka yang terbabit".

Beliau berani bersumpah kerana berada dipihak yang benar dan mahu membersihkan namanya setelah diserang secara peribadi berulang kali oleh Anwar dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Persoalan sekarang ini yang bermain di minda rakyat Malaysia ialah, "Mengapa Anwar boleh berceramah selama sejam tetapi takut untuk bersumpah selama 10 minit".

Fikirkanlah dan bukakan minda....


Monday, August 18, 2008

Orang Permatang Pauh Mahu Anwar Bersumpah

Anwar juga perlu bersumpah - Mufti Perlis

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan mubahalah bagi menghilangkan keraguan orang ramai terhadap beliau selepas pembantunya bersumpah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu, maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti", katanya.

Menurutnya, oleh kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan sudah bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bagi menghilangkan keraguan tersebut Anwar yang didakwa meliwatnya juga perlu bersumpah laknat.

Dr. Mohd Asri menyifatkan Mohd Saiful menanggung risiko yang besar apabila membuat mubahalah atau sumpah laknat yang mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.

Menurutnya, bekas pembantu peribadi Anwar itu akan menghadapi laknat Allah jika dia berbohong dan akan selamat kalau dia bercakap benar.

"Saya terkejut dengan keberaniannya bermubahalah tetapi dia sebenarnya menanggung risiko yang amat besar.

"Jika dia berbohong, banyak kelaknatan akan diturunkan Allah kepadanya," kata beliau.

Mufti Perlis itu ialah tokoh agama yang mencetuskan cadangan supaya Anwar dan Mohd Saiful melakukan mubahalah.

Dr. Mohd Asri bagaimanapun berkata, keberanian Mohd Saiful melafazkan sumpah laknat tersebut menunjukkan pemuda itu yakin dengan apa yang didakwanya.

"Tetapi dia juga perlu faham akan kesan sumpah yang dibuatnya jika dia berbohong".

Komen:

Anwar sudah membuat kenyataan beliau tidak akan bersumpah bimbang kononnya sumpahnya itu akan dimanipulasi.

Beliau mendakwa sumpah yang dilakukan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan mahu menafikan peluangnya memenangi pilihanraya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sekali lagi Anwar memberi alasan yang sama bimbang `dimanipulasi'.
Sebelum ini Anwar juga enggan menjalani ujian DNA bimbang hasil ujian itu akan dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

Anwar tidak yakin kepada pihak berkuasa boleh berlaku adil kepadanya. Tetapi adakah Anwar juga tidak yakin kepada KEESAAN ALLAH.

Seperti kata Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mohd Saiful menanggung risiko yang besar apabila membuat sumpah laknat kerana jika dia berbohong banyak kelaknatan akan diturunkan Allah kepadanya.

"Saya terkejut dengan keberaniannya bermubahalah tetapi dia sebenarnya menanggung risiko yang amat besar," kata Dr Asri.

Oleh itu bagi menghilangkan keraguan orang ramai terhadapnya Anwar juga perlu melakukan mubahalah (sumpah) bahawa beliau benar-benar tidak bersalah.

Persoalan yang bermain di fikiran orang ramai sekarang ialah mengapa Anwar berkeras tidak mahu bersumpah sedangkan beliau boleh berbuat demikian di mana-mana masjid di Permatang Pauh?

Saiful berani bersumpah menunjukkan beliau yakin dengan apa yang didakwanya dan jika Anwar yakin dirinya difitnah tidak ada sebab mengapa beliau tidak boleh menyahut cabaran Saiful.

Sebagai seorang Islam kita dituntut untuk menyerahkan diri kepada yang Maha Esa jika merasakan diri kita difitnah dan dianaiya dan inilah yang dilakukan oleh Saiful.

Jika Anwar merasakan dirinya difitnah dan dianaiya mengapa beliau tidak `menyerahkan diri' kepada Yang Maha Esa dengan bersumpah di mana-mana masjid atas nama Allah beliau tidak meliwat Saiful.

Mengapa mesti berlindung dan memberi berbagai alasan mesti disaksikan oleh ulama seluruh dunia dan sebagainya hanya untuk bersumpah menafikan beliau tidak melakukannya.

Hari ini bukan sahaja rakyat di seluruh negara menunggu Anwar menyahut cabaran Saiful untuk bersumpah di mana-mana masjid malah orang Permatang Pauh juga menunggu Anwar bersumpah laknat bagi menghilangkan keraguan mereka.

Jika Anwar gagal berbuat demikian orang Permatang Pauh terutama pengundi-pengundi Melayu terpaksa memangkah calon BN Ariff Shah kerana mereka tidak mahu seorang yang tidak bermoral menjadi wakil mereka.

Monday, August 11, 2008

Tolak Pemimpin Yang Menjadi Pengkhianat Kepada Bangsa Melayu

Khalid Syor UITM Ambil 10 % Bukan Bumiputera

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa koata pelajar di Universiti Teknologi Mara (UITM) dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing.

Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UITM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.

"UITM perlu bersikap global dalam usaha untuk menentukan siswazahnya lebih mesra dan serasi dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa agar dapat bersaing secara sihat," kata beliau kepada pemberita selepas menyertai `Fun Walk' anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam bersama Adidas di sini hari ini.

Komen:

Malang sungguh nasib orang Melayu di Selangor mendapat Menteri Besar seperti Tan Sri Khalid Ibrahim.Berfikirnya bukan seperti pemimpin Melayu tetapi pemimpin DAP yang mahu memperjuangkan nasib bukan Bumiputera dan orang asing.

Kenapa Tan Sri Khalid jadi begitu? Ketika memimpin Guthrie beliau adalah antara korporat Melayu yang lantang dan begitu tebal sentimen Melayunya tetapi mengapa setelah menyertai politik dan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar beliau menjadi pengkhianat bangsa dan mahu mengambil hak Melayu untuk diberikan kepada kaum lain.

Jawapannya mudah. Hari ini Khalid bukan lagi CEO Guthrie yang bernaung di bawah PNB tetapi Khalid hari ini sudah menjadi Menteri Besar Selangor atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan berkawan dengan DAP. Sebab itu berfikirnya pun sudah menjadi seperti DAP.

Semua orang tahu, di Selangor dalam Pilihanraya Umum ke 12, PKR menang 15 kerusi dan DAP menang 13 manakala Pas menang 6. Khalid dapat jadi MB Selangor setelah berkompromi dengan DAP. Semua orang tahu DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia di mana semua rakyat di negara ini mendapat hak yang sama rata dan tidak ada keistimewaan kepada mana-mana kaum.

Buktinya jelas, cadangan supaya UITM membuka 10 % daripada jumlah koata pelajar kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing sebenarnya mahu memberi keistimewaan hak yang sama rata kepada semua kaum di negara ini. Inilah perjuangan DAP yang disampaikan melalui Khalid sebagai MB.

Cadangan ini juga membuktikan Khalid sebagai pemimpin Melayu sanggup mengadai hak keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu dan Bumiputera yang sudah termaktub dalam perlembagaan demi menjaga survival politik PKR.

Bangunlah orang Melayu membetulkan kesilapan yang dibuat dalam PRU ke 12.

Hari ini Majlis Peguam sudah berani membuat forum menyentuh Islam yang membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh negara. Sebelum ini Majlis Peguam membuat forum mempertikai kontrak sosial yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara.

Mengapa Majlis Peguam begitu berani mahu mencabar hak keistimewaan orang Melayu yang sudah tercatat dalam perlembagaan negara. Jawapannya, kerana Majlis Peguam melihat orang Melayu lemah dan berpecah seperti yang dilihat dalam Pilihanraya Umum ke 12 baru- baru ini.

Orang Melayu sanggup memberi undi kepada pemimpin DAP sehingga pemimpin Melayu daripada UMNO kalah di kawasan majoritinya Melayu.

Pemimpin DAP seperti Karpal Singh mengunakan kuasa yang diberikan oleh orang Melayu sehingga berani mencabar kuasa Raja Raja Melayu.

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12, Karpal Singh tidak sebiadap ini sehingga berani mempertikai teks ucapan Yang DiPertuan Agong ketika merasmikan penggal Parlimen baru-baru ini.

Bangkitlah orang Melayu membetulkan keadaan. PKR diperalatkan oleh DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera secara perlahan-lahan di negara ini.

Kalau dibuka koata untuk bukan Bumiputera dan pelajar asing di UITM dimanakah lagi benteng dan simbol kekuatan Melayu? Hanya UITM satu-satu institusi pengajian tinggi yang telah melahirkan ramai profesional dan pemimpin politik berwibawa belum ditembusi oleh bukan Bumiputera.

Apalah yang boleh diharapkan kepada pemimpin PKR. Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim cakap siangnya lain cakap malamnya lain. Dihadapan orang Cina dan India mahu menghapuskan DEB dan mahu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Tetapi apabila dihadapan orang Melayu beliaulah pemimpin yang akan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu daripada dicabar oleh mana-mana kaum lain di negara ini.

Bangkitlah orang Melayu untuk mengembalikan semula kuasa politik kepada bangsa Melayu. Pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah gelanggang pertama orang Melayu membetulkan semula kesilapan dalam pilihanraya umum lalu dengan menolak pemimpin PKR dan DAP yang menjadi pengkhianat bangsa Melayu di negara ini.

Thursday, August 7, 2008

Mahkamah Adil Benarkan Anwar Dijamin

Peguam: Mahkamah adil benarkan Anwar dijamin

Seorang peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berlaku adil kerana membenarkan penasihat PKR diikat jamin.

Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan liwat dengan bekas pembantunya pagi ini.

Sankara Nair, seorang daripada sembilan peguam Anwar, berkata hakim SM Komathy Suppiah telah mengunakan budi bicara secara adil dan tanpa gentar dengan membenarkan tokoh pembangkang itu dibebaskan dengan ikat jamin.

Anwar dibebaskan dengan jaminan peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Anwar pula berkata beliau sendiri telah menandatangi bon peribadi itu, demikian menurut laporan Bernama.

"Ia tidak libatkan sumber kewangan, dana dan passport saya juga masih kekal dengan saya," katanya kepada pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Anwar meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah pada 11.37 pagi.

Laluan ke kompleks itu penuh sesak seketika apabila lebih 2,000 penyokong beliau berhimpun di luar dan dalam perkarangan kompleks menyebabkan Anwar sukar meninggalkkan kawasan itu.

Sumber Bernama.

Komen:

1. Apakah Datuk Seri Anwar dan Peguamnya Sankara Nair akan mengatakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah berlaku ADIL jika hakim membuat keputusan hari ini beliau tidak dibenarkan diikat jamin dan ditahan di penjara sehingga kesnya disebut?

2. Apakah Datuk Seri Anwar dan Peguamnya Sankara Nair akan memuji hakim SM Komathy Suppiah telah mengunakan budi bicara secara adil dan tanpa gentar jika hakim tersebut TIDAK membenarkan tokoh pembangkang itu dibebaskan dengan ikat jamin walhal kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan tidak membenarkan ikat jamin.

Rakyat boleh membuat penilaian dua perkara di atas. Mahkamah dan sistem kehakiman di negara ini dipuji kerana bertindak adil jika keputusan yang dibuat menyebelahi Datuk Seri Anwar.

Tetapi jika keputusan sebaliknya, bukan sahaja mahkamah dan sistem kehakiman di negara ini dikeji malah kerajaan pula dituduh berniat jahat dan berkonspirasi dengan hakim untuk menjatuhkannya.

Apakah semua keputusan mesti berpihak kepada Anwar baru semua pihak termasuk kerajaan, hakim, polis dan hospital dilihat adil serta bebas? Pihak Polis dan Hospital belum lagi mengambil ujian DNA dituduh sudah mahu memanipulasi keputusan ujian, hakim belum lagi membuat keputusan dituduh hakim sudah diperalat oleh kerajaan.

Apakah selepas memuji hakim di mahkamah, Anwar akan berubah sikap mengikut tempat dan masa mengeji dan menyerang sistem kehakiman negara sebagai tidak adil dan bebas berada dibawah telunjuk kerajaan dalam kempen Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh?

Rakyat sedang perhatikan!

Monday, August 4, 2008

Pas Pulau Pinang hendak boikot Pakatan Rakyat

Ini adalah berita baru yang diterima, Pas merasakan diri mereka terpinggir di Pulau Pinang kerana itu mereka merasakan tidak perlu bersusah payah membantu Anwar dalam pilihan raya berkenaan. Maka mereka bertindak untuk memboikot pilihan raya tersebut. Begitulah ceritanya!

Banyak sebab kenapa Pas Pulau Pinang merasakan diri mereka terpinggir. Pas tidak dibawa berbincang langsung mengenai beberapa perkara termasuk soal perlantikan dalam Majlis Daerah, ataupun tidak diberi tempat dalam agensi-agensi kerajan Pulau Pinang yang sesuai diduduki oleh Pas sebagai parti Islam.

Tetapi yang paling mengecewakan Pas adalah berhubung dengan hel ehwal Islam. Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng katanya tidak mempedulikan Pas?

Komen:

Idea paling 'simple' yang boleh diberi pada PAS, keluarlah terus dari Pakatan Rakyat dan kembalilah bersama UMNO jika benar mereka mahu berjuang demi negara, rakyat dan Islam. Selagi mereka menjadi kambing yang ditebuk hidungnya oleh DAP dan PR, maka sampai bila-bila mereka akan tetap dijadikan hamba pecacai oleh malaun-malaun ini.

Masih ada ruang untuk PAS dan UMNO kembali bergabung menjadi satu kuasa yang kukuh dalam membela nasib rakyat dan agama tercinta, masih ada masa untuk memperbetulkan segala kekusutan yang timbul sebelum ini, jadi gunakanlah peluang yang ada ini untuk sama-sama membuka minda demi rakyat terutamanya Melayu dan Islam.

Tindakan memboikot ini jika benar terjadi merupakan satu langkah mudah tanpa kos tersembunyi untuk membuktikan pada mereka (DAP dan PKR) bahawa mereka masih lemah dan tidak relevan untuk memerintah dalam negara kerana dalam sesama pakatan pun masih wujud ketidak puasan dalam hati terutamanya orang Melayu-Islam.


Beberapa cadangan dikemukakan Pas untuk kepentingan Islam tidak dilayan sewajarnya oleh Ketua Menteri yang mengambil Umar Ibnu Aziz sebagai model pemerintahan itu.

Tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku di pulau Mutiara itu. Tetapi kalau itulah alasannya ada logik kalau Pas Pulau Pinang memulaukan pilihan raya itu ataupun mengambil sikap hanya sebagai pemerhati saja.

Friday, August 1, 2008

PAS Turut Sula Martabat Islam

Pas hari ini membuat keputusan menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat Pusat atau negeri.

Bagaimanapun rancangan Pas untuk mengadakan pertemuan dengan semua pihak termasuk UMNO demi kepentingan negara dan ummah akan tetap diteruskan. Pas juga tetap berpendirian untuk kekal berada di dalam pakatan pembangkang dengan memainkan peranan yang lebih aktif dan positif selaras matlamat perjuangan untuk menukar kerajaan sedia ada.

‘‘Sehubungan ini, sebarang tawaran daripada UMNO untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat sama ada Pusat atau negeri tidak lagi berbangkit’’

Komen:

Kenapa masih mahu mempertahankan ego tinggi yang tidak boleh dibawa kemana pun malah kelak akan dipersoalkan di liang kubur atau di akhirat? Mengapa menolak penyatuan antara parti yang memegang teguh dalam memartabatkan Islam dan juga Melayu? Adakah dengan lebih mementingkan ego dan dendam kesumat mampu membawa cahaya baru dalam memperjuangkan Islam dan rakyat? Soalan-soalan ini perlu mendapat jawapan yang khusus.

Tindakan menolak gabungan penyatuan suara yang berlandaskan Islam perlu dipandang serius. Tindakan PAS untuk tidak mahu berjuang bersama-sama UMNO dalam memartabatkan Islam dan rakyat khususnya Melayu dilihat sebagai kesanggupan mereka bersongkol dengan parti anti-Islam dan perkauman. Mereka lebih rela berjuang dengan parti lain yang dalam masa yang sama menekan serta melanyak umat Islam serta masyarakat Melayu. Adakah betul tindakan PAS ini? Walaupun masih banyak perbincangan perlu dijanlankan sebelum penyatuan itu lengkap, tetapi jika tiada mualanya maka mana akan ada akhirnya.

Mereka sanggup meng-ia-kan semua tindakan parti gabungan baru mereka berkaitan isu-isu sensitif umat Islam, menutup sebelah mata apabila ada pihak menghina Islam dan yang lebih teruk tidak mengadakan sebarang tindakan apabila nama Allah yang maha agung dipersendakan oleh makhluk berminda syaitan. Mereka lebih sanggup melihat ini terjadi daripada menerima pelawaan ikhlas parti umat Islam untuk menamatkan segala onar yang dilemparkan oleh parti anti-Islam terhadap Islam itu sendiri. Mengapa begitu hitam hati mereka, mengapa begitu kusut otak mereka dan mengapa buta tuli mata mereka hingga tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Jika kuasa yang menjadi penentu dan luka lampau dibangkitkan semula, apa tidak ada cara lainkah untuk kita bermaaf-maafan dan melupakannya demi untuk memartabatkan bangsa sendiri di kala rakyat terutamanya Melayu dikopek satu persatu martabat mereka dan disula hak mereka semahu-mahunya.

Sayang...mengapa perlu jadi sebegini. Apa kuasa, ego dan dendam mampu membawa mereka melepasi titian menyeberangi neraka dan mampu dikira sebagai pahala terhebat yang mereka pernah lakukan sewaktu berada di atas muka bumi ciptaan Allah S.W.T

renung-renungkanlah....

Tuesday, July 29, 2008

Cerita Bahalol Mengenai Kes Anwar!

PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim claimed that the medical report leaked on Monday confirmed that the sodomy allegations against him were baseless and were politically-motivated.
He urged the police to stop their investigation and to send the medical report to the Attorney-General’s Chambers and classify the case under “no further action.”

The medical report from Hospital Pusrawi, signed by Dr Mohamed Osman Abdul Hamid at 2.14pm on June 28, was leaked on the Internet on Monday.

The report said that there was no medical indication that Mohd Saiful Bukhari Azlan, Anwar’s 23-year-old former aide, had been sodomised.

In the report, Dr Mohamed Osman had also recommended that Mohd Saiful go to a government hospital for further check-up.




Komen:

Kalau bab khabar angin memang 'tip-top speed' kelajuannya. Tak ada benda lain nak buat! Apa dah takut sangat hingga boleh terpikir gaya bangang untuk mereka cerita di dalam blog kononnya Saiful tak kena lewat. Nak buat cerita pun tunggulah hingga ada bukti kukuh daripada polis atau hospital bukannya mereka cerita yang lebih bergaya ala-ala publisiti murahan macam ini. Belum ada cukup bukti yang menunjukkan Anwar tidak bersalah dan kes ini masih jauh daripada selesai. Masalah yang paling ketara kita boleh lihat adalah bagaimana permainan politik Anwar dalam kes ini. Bagi mereka yang memang terlibat secara langsung dalam mereka-cipta cerita karut dalam blog Internet diharapkan duduk tenang dan berfikir, apa ke-jadahnya ko buat tu bahalol!



Thursday, July 24, 2008

Mencelah Mana...!

Tindakan Dari Majlis- Majlis Agama Islam Negeri-Negeri

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menjadi pencelah dalam kes semakan kehakiman Gereja Katolik berhubung larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly.

Setakat ini, tujuh majlis agama Islam telah memfailkan permohonan iaitu Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pada 1 Julai lalu, Majlis Gurdwara Malaysia yang mewakili masyarakat Sikh turut memfailkan permohonan sama.

Permohonan mencelah ini difailkan memandangkan keputusan semakan kehakiman bagi kes tersebut akan menimbulkan impliasi berikut ;
  • Membenarkan Gereja tersebut untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan buletin gereja tersebut ‘Herald-the Catholic Weekly’.
  • Membenarkan gereja tersebut mendapatkan hak penggunaan kalimah Allah.
  • Menyebabkan timbul kekeliruan di dalam beragama yang boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam dan komuniti Islam.
Tindakan Mencelah Dari PAS

Memperbanyakkan kuasa dan harta sewaktu masih berkuasa. Permohonan mencelah dah tak main-la..

Komen:

Di manakah fail permohonan mencelah dari PAS! Sedang kita asyik membaca permohonan mencelah dari Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, tidak pula saya terpandang adanya fail yang dicelah oleh PAS berhubung isu ini. Apa PAS tidak lagi sensitif dalam memperjuangkan Islam dalam Malaysia? Apa selepas mereka bergabung dengan Pakatan Rakyat dan selepas mereka berjaya menjadi Menteri Besar dalam tanah jajahan baru mereka, maka tiada lagi wujudnya sensitiviti dalam memperjuangan Islam seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini.

Sedang semua institusi agama dalam Malaysia sedang bertungkus-lumus memperjuangankan Islam dan termasuk juga Majlis Gurdwara Malaysia yang sama- sama memperjuangan isu ini, PAS dengan penuh selamber bertindak berdiam diri dan tidak langsung memberi komen atau terlibat dalam perjuangan Islam ini.

PAS lebih rela membiarkan nama Allah dipermainkan dan digunakan oleh pihak tertentu daripada berjuang mempertahankan Islam seperti mana yang mereka war-warkan dalam corak perjalanan dan fahaman parti mereka ini. Jelas di sini PAS dah menjadi

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

p/s: Bila dalam kesusahan maka pada waktu itu mereka memohon pada Allah untuk diringankan masalah dan ujian tersebut tetapi apabila Allah kurniakan dengan keselesaan dan kesenangan maka pada waktu itu mereka alpa, besar kepala dan seterusnya lupa pada Allah sepenuhnya.

Kita Benasib Baik!

Malaysians should adopt a positive attitude over the government's decision to cut fuel subsidies, said Akhmed Shaptukaev, the director-general of Russian-based Invest-Capital Ltd. "You are fortunate as you are still enjoying a fuel subsidy. Your oil price is also not high.

"Russia produces 10 million barrels of oil a day, 10 times more than Malaysia's output. Yet, the price of our fuel is much higher than yours. Our salaries are also lower.

"Malaysians should be grateful for the prevailing situation with regards to fuel prices. In the end, the government will return savings from subsidies to the people," he said.

Komen:

Mekanisme yang diwujudkan oleh kerajaan dalam membendung masalah kenaikan harga minyak dan juga barangan runcit di pasaran perlu dipandang secara positif. Negara lain belum tentu akan lakukan seperti mana yang kerajaan kita usahakan. Kerajaan sentiasa berfikiran terbuka dan mementingkan kesusahan rakyat dalam negara. Walaupun masih ada yang hidup kais pagi makan pagi kais petang tak tentu lagi, kerajaan masih dalam usaha untuk meminimakan masalah sebegini.

Janganlah kita mudah terpengaruh dengan dalil-dalil hampeh! sipolan-sipolan yang berkata kononnya mereka mampu mengurangkan harga minyak sedangkan buktinya jelas, negara luar masih tidak mampu memikirkan cara paling effektif untuk mengurangkan harga minyak seperti mana yang diwar-warkan itu.

LIMAU PURUT 3 SERANGKAI - BUTA PERUT TAKDAK AKAI!

p/s: Allah berikan kita tenaga dan tulang 4 kerat untuk kita bekerja mencari nafkah halal dalam dunia bukannya diberikan untuk kita menagih simpati dari orang lain semata-mata. Fikirlah samada hidup kita adalah untuk makan atau kita makan untuk hidup!

Tuesday, July 22, 2008

Penampau Jopun Desa Mentari!

Loh, individu yang merakamkan perbualan peguam V.K. Lingam berkaitan aturan pelantikan hakim sehingga mencetuskan kontroversi tahun lalu, menemui pihak penganjur majlis tersebut selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah tindakan mendirikan bangunan di kawasan itu. Katanya, beliau ke tempat kejadian selepas menerima maklumat ada bantahan. Isu berkenaan yang timbul sejak dua minggu lalu seharusnya diselesaikan kelmarin, kata beliau.

Kata Loh, apabila beberapa kali bertanya siapa yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan, pembantu Nik Nazmi menyerangnya. Kata Loh, beliau diserang apabila menyebut "sebagai pembantu khas seharusnya mengetahui siapa pemaju projek."

Untuk rekod tapak berkenaan telah diluluskan oleh pemaju dalam pelan pembangunan kawasan perumahan Desa Mentari itu sebagai tapak surau. Penduduk tempatan telah sejak dua tahun kebelakangan memohon kelulusan dari pihak JAIS dan selepas PRU lepas YB ADUN Seri Setia Sdr Nik Nazmi telah memberikan sokongannya dan akhirnya pihak JAIS telah memberikan kelulusan melalui Pejabat EXCO Agama.

Penduduk tempatan telah mengikuti saluran yang betul, kisah bantahan dari masyarakat bukan Melayu di kawasan itu hanya terdengar sejak kebelakangan ini sahaja itupun bukan melalui saluran rasmi. Saya difahamkan sekumpulan masyarakt India beragama Hindu telah mengadu kepada Pejabat Ahli Parlimen, yang tanpa merujuk kepada pimpinan Pakatan Rakyat Bahagian dan pimpinan PKR (parti beliau sendiri) Bahagian, telah cuba menjadi juara kepada segelintir yang tidak berpuas hati itu.

Pada hari kejadian sejurus majlis dimulakan sekumpulan masyarakat India beragama Hindu telah pun berkumpul dengan poster masing-masing. Dari bilangan sekitar 20-25 orang ia mula membesar apabila kawan-kawan mereka dari luar turut hadir tetapi tidaklah sampai melebihi 100 orang. Mereka mula menjerit-jeirt kan slogan dan ada yang meniup wisel dan membuat bising sebaik majlis yang dimulakan dengan bacaan doa itu berjalan.

Semasa majlis berjalan wakil ADUN Seri Setia, Sdr Meor Azam telah duduk mewakili YB Nik Nazmi. Tiba-tiba YB Loh datang dan terus menuju ke arah mereka yang sedang berhimpun secara haram itu. Kehadiran beliau menggamatkan mereka yang sedang berhimpun itu. Ketika itulah Sdr Meor memaklumkan kepada saya yang beliau mahu melihat keadaan dan cuba mententeramkannya.

Majlis terus berjalan walaupun kelihatan dari jauh YB Loh beria-ia melayan mereka yang sedang bising berhimpun itu. Sejurus majlis berakhir mereka yang hadir dijamu oleh pihak penganjur manakala para tetamu menuju ke surau lama untuk menikmati jamuan. Ketika itulah kami dimaklumkan yang berlaku pertengkaran antara Sdr Meor dan YB Loh dan akhirnya berlakulah apa yang berlaku.

Komen:

Kesimpulannya inilah dia contoh didikan yang diperolehi ahli Exco dan Parlimen dari parti Pakatan Rakyat. Mereka sendiri tidak boleh duduk berbincang jadi bagaimana mereka boleh menjadi wakil yang boleh diharapkan oleh rakyat untuk menjadi pembela dan tempat bergantung semua rakyat.

Inilah dia Pakatan Rakyat, satu puak dengan kepala batu lebihkan bangsa sendiri dan suka lihat bangsa lain porak-peranda (DAP), satu puak lagi suka cari kesempatan atas kelemahan dalam parti lain dan yang derita adalah rakyat jelata. Parti yang ditubuhkan tanpa ada tujuan selain daripada pemimpinnya yang mahu membolot kuasa untuk diri sendiri - parti cap cendawan (PKR) dan terakhir, satu puak lagi yang jadi bola - boleh dirembat ke kiri ke kanan oleh kedua-dua parti di atas. Islam hanyalah pada nama dan tiket untuk mengaburi mata rakyat semata-mata (PAS).

p/s: Malangnya ketiga-tiga parti ini berada di bawah satu bumbung beratap zink yang berkarat dan tiada persefahaman antara satu sama lain.

Monday, July 21, 2008

UMNO & PAS Muzakarah, PR & DAP Busy-Body!

On the collaboration between PAS, PKR and DAP, he said: “We didn’t talk about their cooperation with others.” Asked when actual discussions were going to take place, Abdullah said the meetings he held were serious. “It is not a game.“ On Nik Aziz’s proposal that there should be a third party at the discussions, the Prime Minister said: “At this stage, I have not considered whether there is a need for a third party or not.”

Yesterday, when told what Abdullah had said, Nik Aziz changed his stand about the dialogue with Umno, saying he was open to it. Nevertheless, he insisted that a third party needed to be present during the dialogue. Nik Aziz said he was unaware of any informal discussions taking place between PAS leaders and Abdullah.

Umno supreme council member Datuk Seri Shafie Apdal said the muzakarah (dialogue) was good to unite the people. “As the minister in charge of unity, I encourage such discussions as they will benefit the people when there is unity regardless of political ideology,” said Shafie, who is the Unity, Culture, Arts and Heritage Minister.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng said Abdullah should act as the Prime Minister of Malaysia by taking into consideration the interest of all Malaysians instead of just one race. In Ipoh after opening the Taman Tasek Damai DAP branch at Kampung Tawas in Ipoh, DAP adviser Lim Kit Siang said the party was not aware of what was going on in the Umno-PAS talks.

DAP chairman Karpal Singh said any discussions between Umno and PAS need to be endorsed by Pakatan Rakyat. “I think a matter like this has far-reaching consequences and should be agreed upon first,” he said, adding that the matter was never brought before Pakatan Rakyat.

Komen:

Bukankah ini merupakan perbincangan tertutup antara PAS dan UMNO jadi mengapa diajukan pula pandangan dari parti DAP? Walaupun mereka bersama di dalam satu parti yang digelar Pakatan Rakyat, tetapi apakah bukti yang wujudnya hubungan akrab di antara mereka? Bendera parti pun tak mampu nak 'design' inikan pula mahu berhujah dan memberi pandangan tentang perbincangan atau muzakarah antara parti sesama Islam. Apa hak mereka untuk mencampuri dan memberi komen tentang ini.

Perlukan ditanyakan soalan pada DAP yang rata-rata mahu melihat rakyat terutamanya orang Melayu berpecah-belah. Perlukan kita menilai, membaca dan mendengar komen mereka sedangkan muzakarah ini tidak langsung ada kaitan dengan mereka? 'Endorsed by Pakatan Rakyat'? kenapa perlu ada begini. Ini bukan perbincangan tentang politik, ini bukan perbincangan untuk menetukan siapa kuat atau siapa lemah dan ini bukannya ada kaitan dengan mereka? Kita bukan mahu berbincang dengan Pakatan Rakyat, tetapi mahu berbincang dan ber-muzakarah dengan PAS! Apa kini untuk berbincang soal mendaulatkan bangsa Melayu dan ajaran Islam, kita perlu tunduk dengan karenah dan undang-undang yang dibuat oleh si khafir!

Ini soal agama dan soal kita orang Melayu, bukannya ada kena mengena dengan bangsa lain, jadi kenapa mereka perlu nak 'busy-body' menjaga tepi kain kita. Siapakah yang mempertikaikan Ketuanan Melayu, siapa yang menekan dan mempersenda Islam yang merupakan agama rasmi kita? Jawablah siapa.....! Jadi perlukah PAS ikut telunjuk mereka demi memartabatkan bangsa kita dan juga agama keagungan kita...perlukah kita ikut semua ini...perlukah!

Wednesday, July 16, 2008

POORAH CHITT! Dengan PROTES

Dalam dua ke tiga pos saya yang sebelum ini, saya sudah sentuh isu berkaitan PKR dan penasihat mereka yang kini dalam keadaan bermain "flipping & flopping" terhadap pemikiran dan jiwa rakyat yang memerhati corak permainan "Dam Ular"nya. Kita biarkan penasihat "Dam Ular" ini seketika dan saya berminat untuk menyentuh sedikit isu panas yang diterjah iaitu berkaitan isu kelemahan PROTES.

Protes yang pada mulanya dikategorikan sebagai program yang berteraskan isu keIslaman bertukar menjadi satu bentuk konsert "Tiger Show" ditengah-tengah padang. Konsert yang lebih kepada suasana "Happy Jer dan Pesta Hari Minggu" daripada perhimpunan yang menyalurkan info berkualiti dan positif.

Menariknya disini apabila terjadi sesuatu yang diluar jangkaan, geng-geng bas sekolah Pemuda PAS dan Unit Amal jariahnya bersama-sama menyusup keluar lari-lari anak menghilang diri dek takut diterjah oleh rakyat yang datang pada hari itu. Biasalahkan siapa nak nama mereka busuk!

Di akhir episod, Dr. Hatta - Bendahari PAS terpaksa tampil kehadapan menerima cemuhan dan kritikan rakyat yang rata-rata mencemuh persembahan dan pengisian program tersebut. Dr. Hatta terpaksa menyucuk hidungnya sendiri dan membiarkan diri ditolak kesana-kesini menerima kritikan pedas lagi berapi dari rakyat sedangkan kalau hendak dikira berapa ramaikah yang terlibat dalam pengurusan program tersebut, kenapa seorang sahaja yang dicucuk hidung dan ditolak macam bola! mana pergi mereka yang kononnya pembela rakyat tetapi rata-rata melarikan diri dari dikecam akibat kelemahan program tersebut.

Jelas disini PROTES telah gagal, tetapi yang berjayanya pada hari itu adalah PR-BONTOT yang telah menjadi tontonan beribu rakyat. Kini rakyat tahu bagaimana BONTOTNYA pengurusan mereke hingga perkara kecil sebegini yang melibatkan rakyat penyokong mereka tidak dapat diuruskan dengan lancar. Kasihan pada penyokong yang datang di serata pelusuk negeri memberi sokongan terhadap program yang julung-julung kali di adakan tetapi berkesudahan rakyat di-BONTOT KUALIKAN sedaif rupa.

Beginalah mungkin cara untuk mereka mengekalkan agenda PR dibenak rakyat. "Buat buruk orang senang ingat, buat baik cepat sahaja dilupa rakyat", maka beginikah cara PR melaungkan agenda mereka? Sebut mengenai agenda, kemana pergi pemimpin mereka, kemana pergi semua takkala terjadi perkara yang mengaibkan ini. Semuanya diam dan menyepi gentar digelar PR...! PORAH CHITT!!

PAS & PKR - Retak Menunggu Belah!

Presiden PAS dan Penasihat PKR sudah sama-sama bertegang urat. Sama-sama menolak dalam hubungan yang kononnya dikategorikan sebagai hubungan dalam parti Pakatan Rakyat yang akrab. Hadi Awang semakin panas hatinya terhadap tingkah-laku parti PKR malah dilihat ada banyak perkara yang tidak kena dalam konteks hubungan di antara mereka berdua.

Tetap yang makin merasa bahangnya adalah PKR yang semakin bimbang akan keretakkan hubungan yang terjalin antara dua parti ini. Dalam keadaan yang makin tegang, ditambah pula masalah yang timbul dan di kaitkan terhadap penasihat PKR seraya ini jelas menunjukkan PAS semakin tawar hati untuk meneruskan hubungan yang disifatkan sebagai hubungan pertalian sama perlu dalam politik Pakatan Rakyat mereka.

Sewaktu diwujudkan hubungan antara 3 parti pembangkang ( PAS, PKR & DAP), pada waktu itu hubungan akrab amat jelas dapat dilihat - Hinggakan mereka boleh berdiri dan tunduk pada satu bendera yang sama iaitu Pakatan Rakyat. Tetapi itu dulu apabila mereka sama-sama memerlukan antara satu sama lain. Kuasa yang diberi rakyat kini jelas memporak-perandakan hubungan antara mereka. "Kuasa mengubah segalanya", pepatah orang lama ini meyusup masuk ke dalam hubungan mereka dan akhirnya terjadilah ura-ura kini bahawa ketidakpuasan diri meruntuhkan hubungan ini. Kuasa yang mereka kejar ini sendiri meranapkan hubungan dan persefahaman yang terjalin.

Kini sudah timbul isu mereka menkhianati rakyat, isu mereka memungkiri janji dan mengejar kuasa yang satu sesama sendiri malah timbul juga isu perkauman yang mana orang melayu diperlekehkan dan tidak dijaga martabatnya dan begitu mudah diperlekehkan oleh bangsa lain. Itulah cabaran yang mereka hadapi apabila 3 kuasa besar pembangkang bersatu merebut kuasa rakyat yang satu, kelak yang ruginya rakyat yang menyokong mereka kembali.

"Harapan rakyat" dari Pakatan Rakyat kini menjadi "Punahnya Rakyat" dari Pakatan Rakyat! di akhir cerita rakyat jua yang menderita.