Wednesday, April 30, 2008

Arah tukar serta-merta - MB Perak mahu Pengarah JAIP keluar pejabat 24 jam

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas.

Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diarah keluar dari pejabatnya oleh Mohammad Nizar pagi ini.

Menurut sumber kerajaan negeri, arahan Menteri Besar berkenaan melanggar tradisi di negeri ini dan mendahului Sultan Perak yang bertanggungjawab penuh dalam hal ehwal Islam.

Difahamkan, Jamry telah dihubungi melalui telefon supaya mengosongkan pejabatnya.

Perselisihan Pengarah JAIP itu dengan Menteri Besar dikatakan ada kaitan dengan usaha kerajaan negeri menukar ahli-ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

“Jamry diarah keluar tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa untuk membela dirinya,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini.

Jamry, 48, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai arahan itu, tetapi memaklumkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini.

“Setakat ini, saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.

“Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan selepas menghadap Sultan,” kata beliau.

Arahan Menteri Besar Perak supaya Jamry mengosongkan pejabatnya boleh mencetuskan kontroversi kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak yang menjadi Ketua Agama Islam negeri.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pula merupakan Pengerusi MAIAMP.

MAIAMP sepatutnya mengadakan mesyuarat pada 15 Mei ini untuk membincangkan senarai baru jawatankuasa masjid di seluruh Perak yang dibuat dengan mengambil kira nasihat Istana Perak.

Jamry dilantik memegang jawatan Pengarah JAIP sejak tahun 2004. Sebelum itu, beliau ialah Pegawai Daerah Kuala Kangsar.

Sementara itu, Mohammad Nizar yang genap 43 hari menjadi Menteri Besar mendakwa pertukaran serta-merta Jamry itu adalah sesuatu yang ‘normal’ dari segi prosedur pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut beliau, Jamry ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan penggantinya di JAIP akan diumumkan kemudian.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa Jamry diarah bertukar dalam tempoh 24 jam, Mohammad Nizar terdiam seketika.

Beliau kemudian sekali lagi menegaskan bahawa arahan pertukaran tersebut adalah sesuatu yang biasa dan tiada apa-apa yang negatif mengenainya.

“Sebelum ini juga terdapat beberapa pertukaran dan perpindahan beberapa pegawai kerajaan negeri, tetapi ia tidak dihebahkan kepada umum.

“Bertukar atau naik pangkat dalam pentadbiran adalah perkara biasa. Kita ada Timbalan SUK (Setiausaha Kerajaan) ditukarkan... naik pangkat pergi ke ibu pejabat, ini biasa.

“Anda patut kemukakan soalan ini kepada Menteri Besar yang dulu bila dia masuk-masuk sahaja, dia malah menukarkan SUK... saya tidak,” katanya pada sidang media selepas satu majlis di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini petang ini.

Mohammad Nizar turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dan Jamry hingga menyebabkan Jamry ditukarkan.

Komen:

Tindakan ini dilihat terlalu cepat dan tidak mengambil kira alasan pihak yang dituduh. Walaupun mempunyai kuasa penuh di dalam pentadbiran negeri Perak, Menteri Besar seharusnya mendengar dan mengambil kira alasan pihak terbabit sebelum membuat sesuatu keputusan atau hukuman. Kita mahu tahu alasan kedua-dua belah pihak sebelum sesuatu keputusan atau hukuman di buat. Ini bersesuaian dengan perundangan Islam yang menetapkan hukuman hanya akan dijatuhkan sekiranya terbukti bersalah selepas melalui proses kehakiman yang lengkap.

Tetapi jika dikaji perlembagaan negeri Perak, Sultan sahaja mempunyai kuasa mutlak terhadap Jabatan Agama Islam dan hanya Sultan sahaja yang boleh menghentikan perkhidmatan seseorang pengarah atau mufti di dalam Jabatan Agama Islam. Jika di lihat di sini, Menteri Besar telah mendahului kuasa yang ada pada Sultan Perak dengan mengarahkan perletakkan jawatan pengarah tanpa apa-apa kata putus daripada Sultan sendiri.

Sebab musabab kenapa Menteri Besar bertindak mendahului kuasa Sultan tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti makin dibiarkan kelak Menteri Besar berkuasa Sultan dan kuasa Sultan beralih menjadi kuasa Menteri Besar.

Daulat Tuanku!



Perkataan Allah: Permohonan gereja Katolik ditentu 5 Mei

Mahkamah Tinggi di sini akan menentukan pada 5 Mei ini keputusan permohonan gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly.

Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung permohonan berkenaan.

Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi yang mewakili responden-responden berhujah bahawa pihaknya tidak membantah permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman terhadap tuntutan perisytiharan bahawa larangan itu adalah tidak sah dan batal.

Bagaimanapun, beliau membantah tuntutan pemohon berhubung perisytiharan penggunaan perkataan dalam penerbitan itu dan tuntutan perkataan Allah tidak eksklusif kepada agama Islam.

Ini kerana, katanya, perisytiharan berkaitan hak tersebut seharusnya dibuat melalui tindakan saman (writ action) dan bukannya melalui semakan kehakiman yang digubal untuk menyemak keputusan menteri.

''Pemohon tidak boleh mengisytiharkan hak peribadi mereka untuk menggunakan perkataan Allah dalam permohonan semakan kehakiman. Cara yang betul adalah melalui tindakan saman atau di bawah Seksyen 41 Akta Relif Spesifik 1950,'' katanya.

Gereja Katolik selaku pemohon menamakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua.

Gereja berkenaan mengemukakan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut perisytiharan agar keputusan responden-responden yang melarang penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan tersebut adalah tidak sah dan batal.

Larangan penggunaan perkataan tersebut terkandung dalam keputusan responden-responden yang menyatakan bahawa permit penerbitan pemohon bagi tempoh sepanjang tahun ini adalah tertakluk kepada 'Garis Panduan Penerbitan'.

Pemohon turut menuntut perisytiharan bahawa mereka berhak menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan itu dan perkataan Allah tidak eksklusif kepada agama Islam.

Menurut Azizah, isu sama ada pemohon mempunyai hak menggunakan perkataan Allah berdasarkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, perlu ditentukan oleh mahkamah selepas mendengar keterangan pakar terhadap isu tersebut.

Begitu juga, kata Azizah, keterangan pakar diperlukan sebelum mahkamah membuat keputusan bagi menentukan tuntutan mengenai perkataan Allah yang dikatakan tidak eksklusif kepada agama Islam kerana ia membabitkan kepercayaan dan penggunaan bahasa.

''Persoalan penting tersebut tidak boleh ditentukan oleh mahkamah berdasarkan kepada afidavit pemohon dan menteri semata-mata,'' kata beliau ketika memohon agar permohonan kebenaran bagi kedua-dua isu itu ditolak.

Sementara itu, peguam Porres Royan pula berhujah, adalah pramatang untuk mahkamah mendengar hujah berhubung remedi yang sesuai berhubung tuntutan kedua-dua isu itu di peringkat awal ini yang hanya membabitkan permohonan mendapatkan kebenaran.

Isu tersebut, menurut beliau, sepatutnya didengar pada peringkat semakan kehakiman kelak jika kebenaran diberikan oleh mahkamah.

Komen:

Mula-mula mereka menggunakan perkataan Allah dalam penulisan, kemudian tak mustahil mereka menggunakan perkataan Allah juga untuk menghina Islam. Ini merupakan isu serius dan perlukan tindakan menyeluruh dari semua pihak termasuklah mahkamah dan perundangan Islam. Lebih baik kita berwaspada daripada terjadi lagi penghinaan yang sama.

Salah guna subsidi perbuatan hina - Tuanku Mizan

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyifatkan perbuatan pihak tertentu menyalahgunakan kemudahan subsidi yang disediakan kerajaan ke atas barang keperluan dengan menyorok dan menyeludup barangan tersebut ke luar negara untuk mengaut keuntungan besar sebagai sangat hina.

Seri Paduka yang bangga dengan kerajaan kerana telah menyediakan pelbagai subsidi bagi membendung kenaikan harga barang dan meringankan beban perbelanjaan rakyat, kesal kerana tindakan pihak terbabit telah menyusahkan rakyat dan merampas hak mereka.

''Perbuatan tersebut adalah sangat hina kerana mendatangkan kesusahan dan merampas hak rakyat," titah Tuanku Mizan ketika merasmikan pembukaan penggal pertama Persidangan Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sepanjang 2008, titah Tuanku Mizan, lebih RM36 bilion telah diperuntukkan bagi memberi subsidi dan bantuan kepada rakyat yang meliputi gas, diesel, petroleum, pertanian, kesihatan dan pendidikan daripada prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi, golongan warga emas dan kurang upaya selain ibu tunggal.

Dalam hal ini, tegas Seri Paduka, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk meneruskan pemberian subsidi dan pelbagai bantuan lain demi kesejahteraan rakyat.

''Paras harga minyak di pasaran antarabangsa yang tinggi telah memberi kesan langsung kepada harga barangan dan perkhidmatan.

''Sehubungan ini, kerajaan mengambil pelbagai langkah termasuk mengenakan kawalan harga dan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk membendung kenaikan harga demi kesejahteraan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah," titah Seri Paduka.

Mekanisme baru kawal harga – PM

Kerajaan telah merumuskan satu mekanisme baru bagi mengawal kenaikan mendadak harga barangan termasuk bahan-bahan binaan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, mekanisme itu yang akan diumumkan dalam masa terdekat bertujuan memastikan projek-projek yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

“Jawatankuasa Menangani Inflasi yang bermesyuarat hari ini telah mengambil pertimbangan mengenai keperluan bahan-bahan binaan.

“Apakah bentuk pendekatan yang dibuat, kita akan umumkan dalam masa terdekat,” kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Perdana Menteri menjelaskan, mekanisme tersebut diperkenalkan bagi memastikan projek-projek berorientasikan rakyat dalam RMK-9 dapat digerakkan sehingga tiga tahun lagi tanpa sebarang masalah.

“Selepas itu kita akan lihat, jika ada wang, kita akan teruskan dengan projek-projek lain. Jika kemudian kita tidak ada wang, kita akan kaji balik,” katanya.

Menurut beliau, projek-projek yang akan diberikan keutamaan pada masa kini adalah projek yang bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah.

Katanya, mana-mana projek RMK-9 yang berkaitan dengan infrastruktur yang besar dan tiada hubung kait dengan rakyat akan dipertimbangkan semula.

Abdullah juga memberi jaminan projek-projek yang dirancang di bawah beberapa koridor pembangunan akan diteruskan seperti biasa.

“Saya percaya jika kita ada wang yang cukup, kita akan laksanakannya pada tahun ini,” ujar beliau.

Perdana Menteri berkata, jika berlaku peningkatan kos dalam mana-mana projek, kerajaan akan menambah peruntukan supaya pelaksanaan projek-projek itu tidak terganggu.

Komen:

Kerajaan perlukan mekanisma untuk mengawal harga barang dan juga menambahkan stok simpanan barangan mentah untuk kegunaan rakyat dalam negara. Negara tidak perlu mengharapkan orang tengah lagi yang selama ini mengawal barangan di pasaran kerana dengan adanya badan khas yang mengawal dan menyimpan stok barangan (bank barang) maka segala bentuk kekurangan makanan dan bahan mentah akan dapat ditangani dengan mudah dan cepat.


Friday, April 25, 2008

UMNO Tunggak Ketuanan Bangsa (2)

Penyata Rasmi sebagai bukti bagaimana ahli-ahli Parlimen UMNO memperjuangkan kepentingan bangsanya, agamanya dan tanah airnya di dalam Dewan Rakyat (Sambungan).

3. Isu Kebajikan Petani / Peladang Kecil

Encik Ahmad bin Arshad (Muar Utara): Saya hendak menarik perhatian pada muka 80, iaitu Rancangan Menanam Getah Semula. Oleh sebab saya ada mengikut kempen yang baru diadakan pada bulan November yang lalu; saya nampak ada beberapa perkara yang patut diambil perhatian oleh Kementerian ini berhubung dengan rancangan ini.

Yang pertama, bantuan yang diberikan sekarang ini sebanyak $600 itu patut ditambah lagi $200 supaya menjadi $800.

Yang kedua, masalah memberi baja kepada pekebun kecil. Saya harap supaya diawasi oleh pegawai-pegawai menanam getah semula ini, kerana saya dapat tahu bahawa setengah-setengah pekebun kecil ini apabila mereka dapat baja itu tidak ditaburkannya pada pokok itu tetapi baja itu dijualnya. Maka perkara ini tidak mendatangkan faedah kepada rancangan kita.

Yang ketiga, berkenaan dengan benih. Saya harap Kementerian mengambil perhatian berhubung dengan benih yang hendak diberi kepada pekebun kecil itu iaitu hendaklah setaraf dengan yang didapati oleh pekebun besar, sebab kalau sekiranya benih kurang baik yang didapati oleh pekebun kecil, taraf kehidupannya di masa akan datang sama juga mereka akan kena nombor dua.

Yang keempat, saya hendak menarik perhatian berkenaan dengan racun. Racun ini adalah satu perkara yang mustahak, sebab jikalau sekiranya pekebun kecil ini diberi bantuan baja dan benih, tetapi kebunnya semak, ini tidak akan mendatangkan hasil juga. Saya fikir racun yang hendak membunuh pokok untuk menjadi baka pada tanaman pekebun kecil itu disertakan pemberian sebagaimana yang telah diberi iaitu diberi wang dan bajanya sekali.

Tuan Yang di-Pertua, pada akhirnya saya menarik perhatian Kementerian ini iaitu patutlah Kerajaan berusaha mengadakan satu rancangan menanam terbalik.

Maksud saya menanam terbalik ini iaitu usaha lembaga kemajuan tanah hendaklah disekalikan dan juga usaha Kerajaan pada membuat tanah dengan cara berkumpul atau beramai.

Tuan Yang di-Pertua saya hendak memberi takrif rancangan menanam terbalik ini iaitu pekebun kecil yang mempunyai getah kurang daripada lima ekar itu, mereka ini tidak berupaya hendak menanam getah semula, kerana mereka ini miskin, nafkah mereka bergantung pada pokok getah tua ini.

Saya mintalah kepada Kerajaan supaya mendaftarkan nama-nama mereka itu, sesudah didaftarkan, daripada jumlah kawasan yang didapati daripada pekebun-pekebun kecil itu Kerajaan sayugianya membuat satu kesimpulan dari daerah itu menanamkan getahnya dan setelah getahnya itu mendapat hasil, maka Kerajaan boleh memerintahkan mereka itu supaya menebangkan pokok-pokok yang telah tua itu.

Jadi, di sini saya fikir tidak patutlah dilengahkan lagi sebab bagi pihak mereka itu tidak berupaya menebang getahnya kerana keadaan hidup mereka.

Pada akhirnya tentulah saya percaya, Tuan Yang di-Pertua, kalau dapat diambil perhatian, mudah-mudahan rancangan menanam getah semula ini akan dapat berjalan dengan licin dan baik. (Muka surat : 3887 – 3888)

Sumber : DEWAN RAKYAT, Part III, Vol II, December 1960 to February 1961, Second session of the First Dewan Rakyat,
Monday, 12th December, 1960, The House met at Ten o’clock a.m

UMNO Tunggak Ketuanan Bangsa (1)

SEJARAH membuktikan, perjuangan UMNO sejak ditubuhkan semata-mata mempertahankan ketuanan bangsa, agama dan tanah air bermula daripada penentangan terhadap Malayan Union, usaha mencapai kemerdekaan hinggalah kini, memajukan nilai tambah bangsa.

Sehubungan itu, diutarakan Penyata Rasmi sebagai bukti bagaimana ahli-ahli Parlimen UMNO memperjuangkan kepentingan bangsanya, agamanya dan tanah airnya di dalam Dewan Rakyat.

1. Isu Pendidikan

Encik Ahmad bin Arshad (Muar Utara) bertanya kepada Menteri Pelajaran iaitu adakah benar iaitu semenjak tahun 1951 orang-orang di Bukit Gambir, Muar, Johor, telah merayu kepada Kerajaan supaya diadakan sebuah Sekolah Perempuan untuk seramai 335 murid-murid perempuan di tempat itu yang pada masa ini ditempatkan dalam Sekolah Lelaki pada sebelah petang, dan jika demikian, adakah Kerajaan bercadang hendak mendirikan sebuah sekolah seperti itu dan bila akan didirikan.

Mukasurat: 3869

Sumber : DEWAN RAKYAT, Part III, Vol II, December 1960 to February 1961

Second session of the First Dewan Rakyat

Monday, 12th December, 1960, The House met at Ten o’clock a.m

2. Isu Keusahawanan

Encik Tajudin bin Ali (Larut): Tuan Pengerusi, saya hendak bercakap pendek sahaja dalam Majlis yang berbahagia ini berhubung dengan muka 39, item (1) Minister of Commerce and Industry.

Kalau pelawat-pelawat datang dari luar negeri sampai ke ibu kota Persekutuan ini tentu sekali terkejut melihat kedudukan ibu kota ini kerana perusahaan dan perniagaan di ibu kota ini dipegang hampir oleh segolongan manusia.

Kerajaan memang sedar di atas perkara yang sedemikian ini. Kalaulah dibiarkan perkara ini berjalan dengan berluasan atau berpanjangan maka rasa tidak puas hati akan timbul iaitu akan mengakibatkan huru-hara dalam negeri.

Langkah Kerajaan yang hendak mengadakan sekretariat ini untuk membantu orang-orang Melayu dalam lapangan perniagaan sangatlah sesuai pada masa sekarang ini sungguh pun pada masa yang sudah-sudah bermacam-macam cara telah dijalankan oleh Kerajaan ke arah ini, tetapi hasil yang tepat dengan memuaskan tidak didapati.

Saya bercakap dalam perkara ini saya mengambil peluang membuat bermacam-macam teguran ke atas terdirinya sekretariat tersebut. Di atas pengalaman yang sudah maka hendaklah sekretariat ini janganlah memakai banyak filing cabinet atau pun K.I.V tray yang pada masa lampau makin timbul nampaknya dan dengan yang demikian Kerajaan mempelawa pakar-pakar dari luar negeri supaya menyiapkan laporan yang tertentu kerana hendak menjalankan perkara ini. Cara yang demikian itu akan mengambil masa.

Akhirnya kita dapati pada teorinya ada dan praktisnya akan menjadi kosong.

Undang-undang berkenaan dengan lesen dan seumpamanya untuk menggalakkan orang-orang Melayu dalam lapangan tersebut memang bagus. Saya syorkan supaya sekretariat ini untuk menjayakan orang-orang Melayu dalam lapangan perniagaan hendaklah umpamanya mesti ada orang-orang Melayu yang berkebolehan dan difikirkan betul-betul yang hendakkan berniaga patutlah sekretariat ini pergi bertemu dengan pejabat-pejabat yang berkenaan dan menguruskan perkara ini dengan secepat mungkin.

Maka dengan ini saya dapati cara-cara red tape yang sedemikian rupa yang telah kita alami dapat dibetulkan. Bakat-bakat perniagaan bagi orang-orang kita memang banyak.

Tiap-tiap tahun beratus-ratus ataupun beribu-ribu pemuda kita yang lulus daripada Sekolah Pertukangan. Mereka ini ada kebolehan bagi menjalankan perniagaan dan pandai dalam segala lapangan perniagaan.

Maka timbul pula orang-orang yang telah dididik daripada RIDA dan juga orang-orang yang telah mendapat galakan dan pimpinan dari gedung-gedung perniagaan yang bertaburan pada hari ini yang banyak ketinggalan sekarang ini supaya diberi peluang yang sebenar-benarnya mereka itu menjalankan perniagaan.

Kesulitan dalam lapangan perniagaan memang banyak dan begitu juga kesulitan dalam lapangan yang lain. Adalah dalam hal ehwal ini memang berlawanan sangat pada masa sekarang ini, tetapi di Persekutuan Tanah Melayu ini kita bernasib baik kerana orang-orang Cina dan orang-orang India memegang peranan yang penting dalam hal ehwal ekonomi yang tidak langsung ada perasaan perkauman.

Mereka tidak semacam orang-orang Yahudi, kerana orang-orang Yahudi itu sangat-sangat perkauman maka di sini suka saya menyatakan bahawa orang-orang Cina dan India memang suka menggalakkan orang-orang Melayu, tinggal lagi terpulang orang-orang Melayu itu menunjukkan adalah perniagaan mereka itu setanding dengan bangsa-bangsa asing.

Berkenaan dengan modal adalah satu kesulitan yang besar, bukan sahaja kepada orang-orang Melayu bahkan juga Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ataupun kerajaan mana-mana dunia sekali pun adalah berkehendakkan modal.

Maka di sini RIDA memang benarkan orang-orang Melayu mengambil hutang daripada pejabat RIDA untuk menggalakkan orang-orang Melayu dalam lapangan perniagaan, tetapi usaha ini cuma terhad sahaja.

Saya syorkan supaya kerajaan benarkan satu bank bagi menerima geran merah – Malay Reservation. Maka cagaran daripada orang-orang Melayu yang sungguh-sungguh betul hendak berniaga mendapatkan modal dengan secepat mungkin dalam urusan perniagaan.

Waktu kerajaan gelisah hendak memimpin dan memberi peluang yang lebih besar sedikit kepada orang-orang Melayu untuk berniaga maka timbul pula orang-orang ataupun segolongan manusia yang terdiri daripada orang-orang Melayu juga cuba mendapatkan peluang dalam lapangan ini.

Saya anggap orang ini sebagai “Musang berbulu ayam”. Setengah daripada mereka itu telah pindah ke ibu kota supaya mereka itu dapat berdamping dengan menteri-menteri dan mendapat peluang yang utama dan di samping itu mereka mengatakan yang peluang ini diberi kepada orang-orang Melayu……

Mukasurat: 3890 - 3894

Sumber : DEWAN RAKYAT, Part III, Vol II, December 1960 to February 1961

Second session of the First Dewan Rakyat

Monday, 12th December, 1960, The House met at Ten o’clock a.m

Monday, April 21, 2008

SIRI 2: ANWAR DAN YAHUDI

Hari ini kita bongkar maksud tersirat Perenggan Kedua kenyataan yang sama. Kenyataan Media Anwar Ibrahim mengenai Foundation For The Future.

Kenyataan Anwar: "Yayasan tersebut merupakan sebuah badan yang independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani ntuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara."

BACALAH DENGAN TELITI APA ISI KANDUNGAN KENYATAAN INI.


Yang pertama, adakah yayasan ini badan independen? JAWAPANNYA TIDAK! (akuilah kenyataan ini wahai umat keAdilan). Seperti penulisan siri Satu Yayasan Masa Depan yang didukungi oleh Anwar Ibrahim adalah pro US kerana dikawal Elizabeth Cheney dan ditampung dananya oleh USAID, MEPI, World Bank, IMF & National Endowment For Democracy (NED).

Yang kedua, Elizabeth Cheney dibantu oleh Shaha Ali Riza yang dipindahkan dari Bank Dunia ke The US State Department oleh Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia)pada September 2005.

Yang Ketiga, mengapa Shaha Ali Riza dipindahkan? Pemindahan Riza dari Bank Dunia adalah untuk menutup "conflict of interest" skandal peribadi dengan Paul Wolfowitz. Selain itu, kepakaran dan pengaruh Riza di Timur Tengah & Afrika Utara (semasa di Bank Dunia) adalah amat diperlukan untuk membantu Yayasan Masa Depan.

Yang Keempat, Riza mencadangkan kepada Elizabeth 3 nama Islam yang Pro US untuk menjadi jawatankuasa pemilih Board of Director yayasan. Mereka ialah ANWAR IBRAHIM (MALAYSIA), Rahma Bourqia (Maghribi) dan Bakhtiar Amin (Iraq). Ketiga-tiga mereka ini mempunyai sejarah peribadi iaitu pernah dibiayai US.

Yang Kelima, ANWAR IBRAHIM, Pengerusi Yayasan Masa Depan adalah bekas pekerja di Bank Dunia, John Hopkins & Georgetown University, US. Dia dianggap sebagai "duta US" di negara-negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tenggara dan Asia berdasarkan perlantikannya sebagai Diplomat Jemputan, Couincil of Foreign Relations, New York.

Rahma Bourqia(Naib Pengerusi Yayasan) & Bakhtiar Amin tidak perlu dibuktikan lagi kecenderungan mereka kepada US dan Yahudi.

Yang Keenam, Anwar menyebut tentang 'kerajaan dan masyarakat madani'. Adakah Kerajaan Malaysia mengiktiraf pertubuhan ini di Malaysia? tentu TIDAK! Jadi kerajaan mana yang mengiktiraf Yayasan yang dibawa Anwar? Pastilah kerajaan yang mahukan New World Order diterima di serata pelusuk dunia. Kerajaan US yang didalangi Yahudi.

KESIMPULANNYA, Anwar memang agen Yahudi dan akan terus konsisten membawa agenda Yahudi di Malaysia.

Baru kita analisis dua perenggan dalam satu kenyataan, kita sudah memperoleh 12 bukti atau perkara yang mengaitkan Anwar dan Yahudi.

Kepada seluruh pembaca, tulisan ini hanya membawa bersama niat untuk melihat Malaysia ini terus makmur dan Islam terus subur dibumi ini.

Sampaikan tulisan ini kepada rakyat yang terkeliru di luar sana.

Menyampaikan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Semoga bertemu lagi di masa depan.

HUBUNGAN ANWAR DENGAN YAHUDI : INI BUKTINYA!

Anwar selalu mencabar media arus perdana untuk membuktikan tuduhan yang dia adalah agen yahudi. Tapi bila di buktikan maka dia akan cakap yang itu hanya alat kerajaan untuk menjatuhkannya.

Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk membuktikannya dalam media arus elektronik ini.

Hari ini kita akan buktikan PENGLIBATAN YAHUDI DALAM FOUNDATION FOR THE FUTURE yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim.

Dalam blognya, pada 20 May 2007 iaitu Kenyataan media Anwar ibrahim mengenai Foundation for the future. Kita akan analisis kenyataannya yang jika tidak di teliti akan menutup hati kita tanpa apa2 prasangka terhadap dsai. Hakikatnya, banyak kenyataannya boleh di pertikaikan dan membuktikan dia terlibat dengan agenda yahudi menjatuhkan Islam.

Kenyataan Anwar: "Foundation For The Future (Yayasan Masa Depan)mula2 di umumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat"

ANALISIS DAN KRONOLOGI YANG PERLU DIKETAHUI!!!!

1. FFF diumumkan oleh Condoleeza Rice (US Secretary of State) di Bahrain pada 12 November 2005 semasa merasmikan Forum For The Future.

2. Forum For The Future pula adalah usahasama antara Middle Eastern & North African Nations dan The Group of Eight (G8) yang ditaja oleh International Monetary Fund (IMF), World Bank, Asian Development Bank & The International Finance Corporation.

3. Menurut kenyataan US State Governments, penaja utama G8 Broader Middle East and North African Initiative adalah The United State Agency for International Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative (MEPI)

4. MEPI adalah projek US Department of State yang diuruskan oleh Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney) yang berjaatan sebagai Principal Deputy Assitant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North African Initiatives (BREMA).

5. INI BERMAKNA..Foundation For The Future (Yayasan Masa Depan) yang diketuai Oleh ANWAR IBRAHIM adalah projek US Department of State,yang dikendalikan oleh Elizabeth Cheney, dengan bantuan kewangan dari USAID, MEPI, BANK DUNIA, IMF & NATIONAL ENDOWMENT FOR DEMOCRACY (NED)

6. Keahlian FFF adalah gabungan antara Middle Eastern & North Africans Nations & The Group of Eight (G8)

KESIMPULANNYA, Anwar Ibrahim memang terlibat dengan agenda Yahudi dan dia adalah jelmaan Mustpha Kamal Atturtuk di Malaysia.

Kita faham pendedahan ini tidak cukup kuat untuk membuka hati sanubari pembaca untuk tidak menyokong Anwar Ibrahim. tetapi kita akan membuat penjelasan dari semasa ke semasa.

Jika anda cinta Malaysia, Melayu dan Islam, ikuti pendedahan ini akan datang.

Kita tetap berpesan dengan sabar dan mengikut hak.

Jika anda yakin sebarkan kepada raka-rakan. sekian Terima Kasih Jumpa Lagi dalam Pendedahan akan datang.

Pembangkang berpecah di Selangor?

Rakyat Selangor diseru supaya bersatu dan bersedia menghadapi kemungkinan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP yang ketika ini memerintah negeri ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar berkata, pakatan ketiga-tiga parti berkenaan terlalu 'rapuh' dan tidak berada pada landasan atau matlamat yang sama untuk menerajui negeri itu.

Katanya, keadaan sedemikian jelas dilihat pada pilihan raya umum lalu dengan penggunaan simbol masing-masing dan bukannya berpegang kepada satu simbol seperti Barisan Nasional (BN).

Malah, tiada satu parti pun termasuk BN sendiri berjaya mendapatkan kemenangan majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang memerlukan 29 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurutnya, Selangor kini diperintah sebuah kerajaan yang lemah kerana tiga parti itu sebenarnya, mempunyai ideologi berbeza dan hanya bergabung untuk membentuk kerajaan negeri semata-mata.

"Kita tahu Pas yang bercakap tentang negara Islam tetapi DAP sudah beri amaran kepada Pas jangan lagi cakap mengenai perkara itu.

''PKR pula terdiri daripada pelbagai kaum dan kita tidak tahu bagaimana mereka akan membela antara satu dengan lain termasuklah menjaga kepentingan orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis kesyukuran bersama persatuan penduduk dan persatuan teksi di Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Noh yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menambah, sekiranya satu parti dalam pembangkang itu keluar daripada pakatan mereka, kerajaan Selangor yang ditadbir mereka akan runtuh.

''Kalau Pas keluar daripada pakatan, mereka akan tinggal 28 kerusi saja kerana PKR hanya mempunyai 15 kerusi manakala DAP hanya 13 kerusi.

"Sekiranya DAP keluar, lagi hancur kerajaan negeri kerana mereka akan hanya tinggal 23 kerusi, lagilah mereka tidak boleh memerintah," jelasnya.

Beliau turut menyeru setiap ahli UMNO supaya kembali dan menghayati semangat generasi terdahulu yang ditunjukkan pada tahun 1946 yang sentiasa bersatu walaupun pada ketika itu masyarakat Melayu berada dalam serba kemiskinan, tiada kemajuan dan buta huruf.

Katanya, semangat perpaduan sedemikian perlu diterapkan kepada generasi hari ini kerana ia terbukti telah membawa perubahan kepada orang Melayu dahulu menentang penjajahan.

"Semangat sedemikian perlu ada pada setiap ahli UMNO dan orang Melayu pada masa ini kerana tanpa ahli yang bersatu padu, tiada siapa pun yang boleh menjadi pemimpin atau bangsa yang hebat,'' ujarnya.

Katanya, sekiranya pemimpin datang dari langit sekali pun, tetapi jika ahli tidak bersatu padu, pemimpin dan keseluruhan masyarakat tidak akan berjaya.

Komen:

Gabungan PR hanya untuk kepentingan sesuatu pihak di dalamnya. Dilihat sekarang DAP memegang kuasa penuh dalam parti PR, keduanya PKR dan terakhir adalah PAS. Jelas di sini telah timbul persempadanan dalam pemberian kuasa dan hak majoriti bersuara dalam pakatan tersebut.

PR hanya untuk mengaburi mata rakyat kononnya mereka bersatu untuk kepentingan rakyat walaupun sebenarnya ianya hanyalah untuk kepentingan mereka untuk mengaut keuntungan dan kuasa.


Friday, April 18, 2008

China Plans To Import Pork In Malaysia

CHINA, which is facing a serious shortage of pork, plans to shop for the meat in Malaysia. Once the plan is realized, Malaysia will be exporting pork to China for the first time. It will mean a good opportunity for Malaysian pig farmers to earn foreign exchange from the world’s most populous nation.

Federation of Livestock Farmers Associations of Malaysia’s pig unit Chief Beh Kim Hee told Nanyang Siang Pau he has made arrangements for representatives from Chinese state-owned as well private companies to meet Veterinary Services Department director-general Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin for discussions on the import of pork from Malaysia, including looking into procedures involved, pricing and transportation.

He said China is facing an acute shortage of pork and urgently wants to import the meet from Malaysia to meet its growing demand as a result of the country’s growing prosperity.

Beh said China is already importing pork from Thailand but still unable to overcome the shortage and has to look to Malaysia for more pork.

He said if such a deal goes through, it will bring in handsome foreign exchange for Malaysia which has not been exporting the meat since Singapore banned the import of pork from Malaysia following the Nipah virus outbreak in 1998. Compared with Singapore, China is much bigger market, said Beh.

Asked about the federation’s intention to seek a dialogue with Abdul Aziz on his proposal for a new ruling requiring farmers to transport their pigs, fresh pork or pork products in lorries with air-conditioned sealed cabin, Beh said he has yet to meet Abdul Aziz as he is overseas at the moment.

Abdul Aziz, who made the proposal saying the sight of pigs and pork being transported in open trucks can be repulsive to some, drew flak from pig farmers and pork traders.

Beh said Abdul Aziz’s remarks had touched a raw nerve of those involved in industry.

He said he will convey the farmers’ and butchers’ views to Abdul Aziz, and will seek a meeting with Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Mustapa Mohamed if the matter is not resolved.

On Tuesday, the Federation of Malaysia Pork Traders Associations threatened to stage a protest against Abdul Aziz unless he apologizes for his remarks.

Komen:

Inilah sebenarnya tujuan projek ladang babi yang mahu didirikan oleh PR bernilai RM 100 juta. Para penternak babi sudah mula mahu melebarkan ekor mereka ke negara China untuk meneksport babi ternakan Malaysia ke sana. Kelak wang dari hasil penjualan babi haram ini akan disalurkan kembali kepada Malaysia untuk dilantak bersama rakyat dalam negara. Bangsa Melayu Islam akan menjadi mangsa dalam hal ini kerana kita akan dipaksa untuk memakan hasil haram dalam negara serta menerima lambakan kandang babi yang pasti akan bercambah dengan gahnya.

Selain itu dengan adanya hubungan babi antara China dan Malaysia, agak mustahil untuk kita menyekat lambakan babi dalam negara. RM 100 Juta untuk projek penternakan babi terancang di bawah kawal selia kerajaan Selangor tetapi jangan kita lupa akan bercambahlah lagi kandang babi haram tanpa sebarang kawalan di dalam Malaysia ini kerana mereka mahu mengejar keuntungan mengeksport babi ke luar negara.

Nampaknya belum apa-apa lagi para penternak babi sudah mula menunjukkan belang ekor babi mereka hingga sanggup mengugut Datuk Dr Abdul Aziz untuk meluluskan permohonan babi mereka. Ini sudah dilihat terlalu melampau dan biadap. Diharap pihak kerajaan akan menolak rancangan busuk mereka ini demi kepentingan semua pihak yang dilihat hanya menguntungkan sesuatu pihak sahaja. Singapura pun sanggup untuk tidak menjadi pengeksport babi kerana tahu akan masalah yang akan timbul pada negara dan rakyatnya, jadi kenapa kita mahu meletakkan nyawa serta tengkuk rakyat kerana ketamakkan sesuatu pihak sahaja. Isu ini lebih banyak mengundang buruk daripada yang baik!


Thursday, April 17, 2008

PKR Tunjuk Baik Tapi...

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman hari ini menafikan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan sebagai penceramah pada perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kampung Baru, di sini, Isnin lalu.

Menurut beliau, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, telah memutarbelitkan kenyataan apabila mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu termasuk dalam senarai awal yang diserahkan kepada polis.

Beliau menegaskan, situasi itu bercanggah dengan surat permohonan yang dikemukakan oleh pejabat Menteri Besar itu kepada polis pada 8 April lalu.

"Menerusi surat berkenaan, mereka memaklumkan hanya tiga pemimpin tertinggi sepatutnya berucap iaitu Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Abdul Khalid serta Timbalan Pengerusi Kelab Sultan Sulaiman, Datuk Mokhtar Ahmad.

"Dalam surat itu juga tidak dinyatakan nama Anwar sebagai salah seorang yang akan memberi ucapan pada malam itu tetapi apabila polis mendapat tahu beliau berucap ia telah melanggar kebenaran yang kita berikan sehingga membawa kepada satu perhimpunan tanpa permit," katanya.

Sehubungan itu, katanya, jawatankuasa penganjur diminta membuat permohonan permit tetapi tidak diendahkan oleh pihak penganjur.

"Justeru, kita akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab memutarbelitkan kebenaran yang diberikan," katanya selepas merasmikan Majlis Kor Kadet Polis ke-38 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, polis hanya memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan majlis makan malam sebaliknya bertukar menjadi perhimpunan dihadiri kira-kira 10,000 penyokong Anwar bagi meraikan 'Black 14', sambutan tahunan sempena memperingati tarikh Anwar dijatuhkan hukuman untuk kes pertamanya pada 1999.

Tegas Muhammad Sabtu, beliau menyangkal dakwaan Menteri Besar itu hari ini yang mengatakan bahawa beliau telah menyenaraikan nama Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) sebagai antara penceramah yang akan hadir.

Sementara itu, Muhammad Sabtu berkata, empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Khalid Ibrahim; Azmin dan Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shahril diminta untuk memberi keterangan mengenai perhimpunan haram itu.

"Jika mereka tidak dapat ke IPK Selangor, mereka boleh pergi ke mana-mana balai polis berhampiran untuk diambil keterangan. Mereka diberi peluang untuk datang dalam tempoh beberapa hari.

"Jika gagal, polis akan menggunakan Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk memanggil keempat-empat mereka memberi keterangan," katanya.

Muhammad Sabtu menegaskan, sekiranya mereka enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki, perkara itu akan dibawa kepada Majistret yang mana mahkamah boleh mengeluarkan waran supaya mereka menghadirkan diri sebagaimana yang diarahkan.

Katanya, ini kerana perhimpunan itu tetap tidak mendapat permit daripada polis.

"Tidak timbul sama ada ia berjalan dengan aman atau tidak kerana setiap perhimpunan awam perlu mendapat permit terlebih dahulu demi menjamin ketenteraman orang awam," katanya.

Komen:

Ingat mereka ada kuasa jadi tolak tepi undang-undang negara. Janji nak buat lain tapi lain jadinya. Ini semua lakonan mereka semata-mata untuk minta permit daripada pihak berkuasa. Bila dah dapat permit mulalah lupa diri dan akhirnya jadi "cakap tak serupa bikin".

Dari dahulu hingga sekarang, kalau dilihat PKR ni tak pernah serik atau tak pernah belajar adab dan tata-susila untuk berkumpul, sentiasa sahaja bertindak salah-laku. Bodoh nak mampus, benda kecil macam ni pun tak reti-reti nak sedar!

Kalau dah janji nak buat makan malam, macam mana boleh jadi perhimpunan haram. Ini nampak sangat gimik semata-mata dan tujuan utama tak nak letak nama DSAI adalah kerana takut rahsia mereka untuk adakan perhimpunan haram menggunakan tiket makan malam akan terbongkar.

Dah tu masih lagi nak tunjuk lagak tak mahu turun ke IPD untuk beri keterangan, boleh paksa-paksa dan minta polis pergi jumpa mereka, apa ingat polis ini kuli batak korang ka. Ingat tinggi sangat ke darjat korang, tinggi dajal korang ada la! Tak ada hormat dan adab langsung, dah buat salah pun lagi nak tunjuk lagak!


Wednesday, April 16, 2008

The royalty must stay apolitical, says Karpal

The royalty in the country must stay apolitical, said DAP chairman Karpal Singh.
He said the tone of the statements made by Tengku Mahkota of Kelantan Tengku Mohammad Faris Petra Sultan Ismail Petra was an affront to the other races in the country.

“The other races acquired citizenship after Merdeka and are entitled to enjoy the rights and privileges that flow from that citizenship,” he said.

“It was not right for the Tengku Mahkota of Kelantan 51 years later to descend to the political arena and make statements which are on the verge of sedition,” he said.

Meanwhile, Action Front for Malay Solidarity (BBPM) yesterday defended the speech by the Tengku Mahkota of Kelantan.

BBPM chairman Osman Abu Bakar said that although in his speech the Tengku Mahkota of Kelantan stressed that the special Malay privileges should not be disputed, the Tengku Mahkota did not ignore the interests and rights of the other ethnic groups.
“The Tengku Mahkota emphasised that he would not tolerate any form of injustice committed on the other races,” said Osman. – Bernama

tunku : again this kapal singh opps karpal talking nonsense.better rest, you are the one who is tired and stressed.the royalty got every rights to express their views, who are you to stop them from expressing their view.you mean to say that they should just shut their mouth? they are the head of the states and the country.they are not there just for official functions and signing appointments.

Harga Beras Naik, Pakatan Rakyat Cabut Lari

Harga beras di negeri ini naik kira-kira RM1 hingga RM2 sejak minggu lalu apabila bekalan beras dunia dilaporkan semakin meruncing.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Datuk Yusuff Ismail berkata, pejabatnya telah menerima lebih 100 panggilan telefon daripada pengguna yang mengadu kenaikan harga beras secara mendadak.

"Ada pengguna yang mengadu bahawa dia perlu membayar RM17.50 berbanding RM15.50 untuk sekampit berat 10 kilogram.

"Tinjauan saya juga mendapati banyak pekedai mendakwa mereka terpaksa menaikan harga berikutan terpaksa membeli beras dengan harga yang mahal daripada pemborong," ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Yusuff, kenaikan harga beras tidak patut berlaku kerana kerajaan masih belum diumumkan kerajaan dan pengguna terpaksa menghadapi pelbagai kenaikan harga barang makanan sejak akhir-akhir ini.

"Harga mi baru sahaja naik baru-baru ini, jadi para pemborong beras tidak perlu menambahkan beban pengguna dengan menaikkan harga beras.

"Negara kita mempunyai bekalan beras yang mencukupi dan saya menasihatkan mereka agar jangan cuba meraih keuntungan walaupun berlaku masalah bekalan beras di pasaran dunia," katanya.

Ujar beliau, negeri Kedah merupakan jelapang padi negara dan masalah kekurangan beras tidak sepatutnya berlaku.

"Beras merupakan makanan ruji penduduk negara ini dan pengguna terpaksa membelinya juga walaupun harga semakin meningkat.

"Saya mahu pihak berkuasa memantau perkara ini bagi memastikan harga beras tidak dinaikkan sesuka hati oleh para peniaga," ujarnya.

Komen:

Nampaknya yang paling gembira sekarang, Pakatan Rakyat tetapi yang sengsara rakyat apabila harga beras melonjak naik. Negeri Jelapang Padi ini akan jadi perintis negeri terawal akan naikan harga beras ketahap maksima. Masalah rakyat tak jadi masalah, yang penting kenyangkan poket anggota kerajaan Pakatan Rakyat masing-masing.

Kita tunggu dah lihat samada Menteri Besar Kedah yang baru akan berikan subsidi kepada rakyat atau tidak ekoran daripada kenaikan harga beras yang melambung tinggi.

Mungkin ini jawapannya "Kami tak menang dengan majoriti 2/3 dalam PRU-12 dan tak dapat bentuk kerajaan jadi semua janji kami tak boleh tunaikan. Masalah beras ini pun kami tak boleh buat apa-apa kerana bukan kerajaan, jadi minta pada kerajaan, kami tak mahu ambil peduli"

Motif dari perenggan di atas: "Mudah nak lepas tangan, tolak masalah pada kerajaan BN, kerajaan BN tetap pemurah dan sentiasa mementingkan rakyat walau apa pun terjadi, tetapi Pakatan Rakyat telan duit rakyat dan kongsi kekayaan dengan penternak babi".

PR Mara Kehadapan, Tolak Suara Rakyat Terima Suara Babi

Penulis telah meneliti ucapan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung Tun Dr Mahathir Mohamad dalam banyak klip video yang disiarkan dalam internet termasuk You Tube.

Anwar bertegas mendakwa Dr Mahathir banyak melakukan penyelewengan kuasa dan membina kekayaan keluarga ketika menjadi perdana menteri sama dengan Dato' Seri Abdulah Ahmad Badawi (Pak Lah).

Terbaru ketika berucap di perhimpunan Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini malam semalam, Anwar menggesa Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjalankan siasatan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir sewaktu mengetuai kerajaan selama 22 tahun.

Anwar mendakwa Dr Mahathir merosakkan sistem kehakiman, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana awam, termasuk untuk anak-anaknya.

Ini bermakna Anwar kini melancarkan semula perang terhadap Dr Mahathir sempena pembebasannya daripada sekatan undang-undang selepas dihukum penjara selama enam tahun akibat dakwaan rasuah yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir kini memainkan peranan secara kritis di luar kepompong parti untuk mengembalikan imej Umno/Barisan Nasional (BN) dengan mendesak Abdullah dan kepimpinan tertinggi parti itu berubah segera. Sejauh mana tindakannya itu berkesan, kita lihat perkembangan politik tanah air selepas ini.

Komen:

Kononnya Pakatan Pembangkang bergerak maju kehadapan tanpa sebarang masalah. Ah! ini semua kata-kata nak sedapkan diri mereka sendiri kononnya mereka sahaja yang betul dalam semua segi. Pakatan Rakyat memang maju, begitu maju hingga menjahanamkan hak-hak orang Melayu. Kemajuan mereka boleh diukur dengan ekor-ekor babi yang mereka cuba biakan melalui teknik dan percampuran yang dikawal selia oleh PAS & PKR. Mereka begitu maju hinggakan suara rakyat yang menuntut keadilan dan janji-janji manis mereka tidak langsung diambil pusing, malah lebih teruk lagi dibebani dengan masalah-masala menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu serta ketuanan orang Melayu di dalam Malaysia.

Pakatan Rakyat jika dilihat dengan lebih mendalam hanya merupakan satu pakatan rapuh yang di dalangi oleh DAP. Rencah pakatan ini adalah hanya untuk mengaburi mata rakyat bahawa mereka boleh dilihat membela nasib rakyat tetapi di dalam diam mereka bagaikan nanah yang memakan sedikit-demi sedikit isi hati rakyat hingga kelak segala kuasa dan suara rakyat di mamah hingga hilang kesemua hak-hak rakyat terutamanya bangsa Melayu.

Kasihan bila melihat pakatan yang melibatkan PAS. PAS bagaikan tenggelam punca mencari cara rawatan untuk meloloskan diri daripada cengkaman kuat DAP ke atas mereka. Mereka langsung tiada nyawa untuk menentang DAP hingga sanggup mengikut telunjuk mereka tanpa sebarang bantahan. Lihat sahaja isu HINDRAF, nyata sekali mereka takut untuk berkata atau menolak kesalahan yang dilemparkan HINDRAF terhadap orang Islam. Mereka mengambil jalan selamat dengan tidak memberi komen dan dalam masa yang sama ditekan oleh DAP untuk menelan segala kecelakaan yang di lemparkan oleh HINDRAF terhadap orang Melayu Islam.

Maka jelas di sini hilang segala pemahaman mereka terhadap hukum-hukum Allah dek dihimpit dan diasak oleh parti lain yang tidak sedikit pun memahami Islam. Oleh kerana kuasa yang diimpikan PAS bagai tidak lagi menoleh kebelakang untuk mengimbau kembali saat mereka melaungkan memartabatkan Islam serta tidak akan bersongkol dengan kafir laknat. Demi kuasa yang diberikan hukum Islam dan ajaran yang dilandaskan oleh Allah s.w.t di tolak ketepi, biar apa pun terjadi kuasa dan kemewahan dunia dicari dan perlu dirasai.

Beri Kami TV & Radio, Kami Tamak Ni!

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa membidas Menteri Penerangan yang baru, Dato' Ahmad Sabery Chk yang menyifatkan Menteri Besar Selangor sebagai tamak kuasa apabila Tan Sri Khalid Ibrahim meminta Radio Selangor FM memberikan peruntukan masa satu jam seminggu bagi memboleh beliau dan Exconya menerangkan dasar-dasar pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat negeri itu.

"Siapa yang sebenarnya tamak kuasa dan gila kuasa, Umno/BN yang setiap hari menggunakan televisyen untuk kepentingan Umno dan BN dan tidak langsung memberikan ruang untuk parti-parti pembangkang menerangkan dasar perjuangan, sebaliknya memberikan gambaran yang jahat kepada rakyat, sebenarnya BN yang gilakan kuasa dan tamakkan kuasa," jelasnya.

Beliau yang mewakili Menter Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat berkata demikian di hadapan lebih 50,000 orang yang membanjiri Stadium Perak bagi mendengar amanat dari pimpinan Pakatan Rakyat.

BN telah menggunakan media elektrobik dan surat khabar arus perdana bagi memburuk-burukan Pakatan Rakyat, malah memutar belitkan kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat, katanya.

"Rakyat sudah muak dengan gelagat Umno/BN, malah rakyat sudah hilang kepercayaan dengan media arus perdana yang tidak bersikap adil dalam membuat laporan, terutama sekali pada kempen pilihan raya umum ke-12 yang lalu," ujarnya.

Menurut beliau, sudah sampai masanya Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai siaran televisyen dan radio sendiri bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat di kelima-lima negeri yang dikuasainya.

Jesteru, beliau meminta Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri dan Menteri Penerangan memberikan lesen kepada Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan dan mengendalikan siaran televisyen dan radio sendiri.

"Beri kami lesen untuk kami menerbitkan siaran televisyen dan radio sendiri agar segala maklumat dapat disampaikan kepada semua rakyat di kelima-lima negeri Pakatan Rakyat sebagai tanda negara ini benar benar mengamalkan demokrasi," jelasnya.

Komen:

Cakap tak serupa bikin. Tu dah ada PAS TV segala mak nenek tv yang pembangkang ada tu nak buat apa! Tak cukupkah dengan apa yang dah dapat. Kenapa nak lebih! yang ada tuh tak memadai ke! Tamak haloba sangatkah bila dah dapat kuasa baru ini. Kenapa, segala mak-nenek tv yang PR ada tuh tak berkemampuan nak buat tugas dan paparan macam media lain ke? Apa semua mak nenek tv pembangkang sebelum ni dah mula nak lupa diri dan tidur tak mahu buat kerja skodeng cari kesalahan orang ke? Bagus-bagus akhirnya sedar juga yer daripada mimpi korang tu.

Dah ada blog pembangkang, dah ada laman web pembangkang, dah ada tv pembangkang dan segalanya pembangang eh! pembangkang masih tak cukup lagikah nak buat liputan. Masih nak bolot semua lagi. Cukup-cukuplah tu sedarlah diri sikit. Baru dapat kuasa 5 negeri dah mula nak tunjuk lagak macam kuasai semua negeri! Ambil semua pun buat apa, bukannya korang boleh uruskan pun. Cukuplah apa yang dah ada tu, belajar-belajarlah berjimat dan kurang tamak haloba sikit.

Adat orang Melayu dan juga ikut ajaran Islam nak mintak sesuatu tu biarlah berlapik sikit cakap dan tingkah laku. Kita orang Melayu kata orang timur, tapi tak ada langsung adab dan tertib waktu nak mintak sesuatu. Kalau dah tak dapat terima jelah ni kutuk belakang cakap orang tu tak betul orang ni tak betul, macamlah betul sangat. Kalau dah akhlak macam ni siapa nak beri, tak ada hormat harta benda dan kuasa orang lain langsung!

Berhenti Jadi Pengacau Parti UMNO

Tindakan Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) menggantung keahlian lima pemimpin kanannya berkuat kuasa serta-merta kerana didakwa mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini adalah suatu ketegasan yang wajar dipuji. Apatah lagi di masa sama, Umno sebagai tunjang BN dilihat terlalu berhati-hati untuk mengambil tindakan serupa terhadap ahli partinya yang didakwa turut melakukan pengkhianatan sama bulan lalu.

Dalam satu kenyataan media pada Ahad (13 April), Presiden LDP, Dato' Liew Vui Keong mengumumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merotai, Dato' Liew Yun Fah, digantung keahlian berkuatkuasa di hari sama. Yun Fah adalah juga Naib Presiden LDP. Beliau digugurkan daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai pada pilihan raya bulan lalu.

Turut digantung keahlian mereka ialah empat yang lain, iaitu Bendahari parti yang juga Pengerusi LDP Bahagian Karamunting, Lawrence Tan Kien Yee; Ahli Majlis Tertinggi (MT) LDP, Francis Chang Yin Kong; Ketua Pemuda LDP Merotai, Vun Nyuk Onn dan Ketua LDP Bahagian Balung, Raymond Sia Vun.

Menurut Vui Keong, dakwaan terhadap mereka termasuk mensabotaj calon-calon BN di Parlimen Sandakan, DUN Merotai dan Karamunting. Mereka diarahkan menghadap Lembaga Disiplin LDP dalam masa 10 hari bagi menjawab segala tuduhan terhadap mereka.

"Jika mereka gagal memberikan penjelasan dan sah terhadap dakwaan mereka mensabotaj calon parti, mereka akan dipecat," tegasnya.

Kata Vui Keong lagi, tindakan ini ialah bagi memperkuatkan parti dan memastikan disiplin parti sentiasa dipatuhi setiap ahlinya.

Tindakan tegas LDP itu amat mengejutkan. Bahkan, di masa sama ia seolah-olah cuba mengajar Umno mengenai cara bertindak tegas terhadap ahli yang belot atau mengkhianati parti. Dalam hal ini, perbandingan antara kes dialami LDP itu dengan Umno sangat menarik.

Pertama, tindakan LDP diumumkan secara tiba-tiba, tanpa didahului sebarang gegak-gempita. Sedangkan benak rakyat negara ini lebih banyak disumbati cerita sabotaj oleh ahli-ahli Umno. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Presiden Umno, yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lalu.

"Kalau tidak kerana faktor itu (sabotaj), kita tidak hilang kedudukan (majoriti) dua pertiga dan dua buah negeri iaitu Perak dan Kedah," kata Abdullah, selepas menyampaikan ucapan di Majlis Penerangan Bersama Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 6 April lalu.

Menurutnya, ekoran perbuatan sabotaj itu, BN kehilangan 14 kerusi Parlimen dan 22 kerusi DUN yang sebelum ini diisytiharkan kawasan putih dan dijamin dimenangi BN.

Sebagai Presiden, Abdullah meminta tindakan tegas diambil terhadap ahlinya yang bertanggungjawab menyebabkan kekalahan BN. Pendedahan pemimpin utama Umno itu disusuli pelbagai pandangan dan kenyataan anak-anak buahnya.

Perbezaan kedua, LDP telah mendahului Umno dalam bertindak terhadap pensabotaj itu. LDP hanyalah komponen kecil BN, sedangkan Umno tulang belakangnya. Pada ketika Umno masih tercari-cari kaedah paling sesuai untuk bertindak, parti Sabah itu telah seakan-akan menunjukkan "precedent" kes itu.

Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak awal-awal lagi telah membayangkan bahawa sebarang hukuman terhadap individu yang terlibat dalam perbuatan sabotaj itu akan "mengambil masa". Ia akan melalui proses laporan bahagian-bahagian terlibat, diikuti siasatan oleh Lembaga Disiplin Umno .

"Memang kita ada dengar suara-suara dari ahli parti dan calon yang kalah (mengenai perbuatan mensabotaj), tetapi itu tidak cukup untuk kita memulakan proses dan prosiding disiplin terhadap mereka," kata Najib, sebagaimana disiarkan akhbar, 8 April.

Komen:

Kenapa pihak parti diluar daripada UMNO begitu fanatik ingin campur tangan dalam urusan hal-ehwal perjalanan parti UMNO. Biarlah LDP dan UMNO menjalankan tugas parti. Apakah mereka terlalu bosan dan tiada kerja di dalam parti mereka sendiri hingga terpanggil untuk "busy-body" menjaga tepi-kain UMNO. Ini bukan hal parti luar, jadi "SHUT-UP AND GET LOST"!

UMNO & LDP tidak perlu hebohkan apakah tindakan dan perancangan yang akan di ambil mengenai sesuatu isu dan UMNO tidak perlu publisiti murahan yang mahu mencanangkan apakah strategi yang akan dijalankan. UMNO punya tata-cara untuk menghukum ahli dan tata-cara inilah yang merupakan cara penyelesaian terbaik untuk menguraikan segala kekusutan yang timbul. Nak ambil tindakan perlulah sistematik dan logik. Tindakan yang diambil perlulah berdasarkan bukti dan menggunakan ilmu pengetahuan yang bijak. Tindakan tidak akan diambil berdasarkan kepada khabar angin dan sebagainnya.

Jadi sekarang apa parti lain selain UMNO mahu ambil peduli masalah UMNO. Parti sendiri pun ada banyak masalah dan salah-laku lagi bangang nak kacau perjalanan parti lain. Lagipun mengenai isu ini, UMNO telah mengetahui hal ini terlebih dahulu dan UMNO boleh membaca segala perancangan mereka sejak dari awal lagi. UMNO mempunyai pengalaman dan sudah masak dengan asam-garam perjalanan politik parti dan negara. Jadi UMNO tidak mengharapkan langsung parti-parti lain yang baru setahun jagung untuk campur tangan dalam urusan perjalanan parti ini.

Semua tindakan yang akan diambil oleh UMNO adalah melalui lunas-lunas dan bukti-bukti yang kukuh. Tanpa bukti yang kukuh cakap apa pun tak guna. Jadi pendek kata jangan hanya tahu memutarkan fakta dan membuat andaian palsu kerana lu orang luar UMNO satu habuk pun tah perlu ambil tahu. Lu orang apa tau!

Sombongnya Pakatan Rakyat!

Pakatan pembangkang antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhasrat menguasai beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang dan meninggalkan Johor kepada UMNO sebagai 'muzium'.

Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, matlamat berkenaan boleh dicapai selepas pakatan pembangkang itu berjaya menawan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, antara negeri yang akan mereka rampas daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO selepas ini ialah Perlis, Terengganu dan Pahang.

''Kita akan menguasai semua negeri seperti Perlis, Terengganu dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang dan kita mahu tinggalkan Johor kepada UMNO sebagai muzium.

''Kalau orang mahu tengok UMNO, pergilah ke Johor,'' katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak anjuran pakatan pembangkang di sini malam tadi.

Azizan mendakwa, kejayaan Pas, DAP dan PKR mengambil alih kerajaan negeri di Kedah membolehkan rakyatnya bebas daripada pemerintahan UMNO dan membolehkan mereka hidup di bawah kerajaan baru yang lebih mesra rakyat.

Komen:

Pakatan Rakyat nampaknya semakin angkuh dengan kuasa yang baru mereka miliki hinggakan tanpa segan silu mencanangkannya secara terbuka.

Sifat angkuh dan sombong telah banyak membinasakan makhluk Allah s.w.t., bermula dari peristiwa pengusiran Iblis dari syurga kerana , lantaran niat sombongnya, enggan sujud kepada Nabi Adam a.s tatkala diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk sujud hormat kepadanya.

Demikian juga Allah s.w.t telah menenggelamkan Qarun beserta seluruh hartanya ke dalam perut bumi disebabkan kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah s.w.t dan juga kepada kaumnya sendiri.

Allah s.w.t juga telah menenggelamkan Fir'aun dan bala tenteranya ke dalam laut kerana kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah s.w.t. dan juga kepada kaumnya sendiri, dan kerana kesombongannya itulah dia lupa diri sehingga dengan keangkuhannya dia menyatakan dirinya adalah tuhan yang mesti disembah dan diagungkan.

Kehancuran kaum Nabi Luth a.s juga karena kesombongan mereka dengan menolak kebenaran yang disampaikan Nabi Luth a.s. agar mereka meninggalkan kebiasaan buruk mereka iaitu melakukan penyimpangan seksual, yakni lebih suka memilih pasangan hidup sama jenis (homosek); sehingga tanpa disangka-sangka pada suatu pagi, Allah s.w.t membalikkan bumi tempat tinggal mereka dan tiada seorang pun dari mereka yang dapat menyelamatkan diri dari azab Allah yang datangnya secara tiba-tiba itu.

Mungkin kali ini dengan kuasa dari Allah s.w.t kesombongan dan keangkuhan Pakatan Rakyat akan diperlihatkan. Janganlah menjadi terlalu angkuh dan bersifat biadab dan sombong terhadap kuasa kecil dan sementara yang diberikan kepada rakyat. Rakyat makin merasakan bahawa kuasa yang diberikan oleh mereka kepada Pakatan Rakyat adalah satu kesilapan besar yang pernah dilakukan. Rakyat kini kembali berdoa untuk dilepaskan kuasa yang mereka berikan kepada PR agar mereka sedar bahawa kuasa yang diberikan adalah dari rakyat dan rakyat sendiri memohon dari Allah s.w.t untuk merestui permohonan rakyat terhadap kuasa yang mereka perolehi.

Mengapa manusia dilarang bersikap sombong? Sebabnya ialah manusia adalah makhluk yang lemah. Layakkah makhluk yang lemah itu bermegah-megah dan sombong di hadapan penguasa langit dan bumi? Sayangnya, realiti masakini , kita dapati ramai manusia yang lupa hakikat dan jati dirinya, sehingga membuat dia sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, memandang rendah orang lain, serta memandang dirinya sempurna segala-galanya.

Rasulullah s.a.w. , telah menjelaskan tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh, sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w , beliau bersabda,

"Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong, kemudian seseorang berkata: "(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus", Beliau bersabda: "Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain" (HR. Muslim)

Janganlah Hilang Ketuanan Melayu Malaysia

Pengerusi Pemuda Sosialis DAP, Nga Kor Ming mendakwa orang Melayu secara keseluruhannya tidak marah jika orang Cina membela babi tetapi aktiviti itu hanya ditentang oleh orang UMNO.

Menurutnya, masyarakat Melayu Pas sentiasa menghormati hak orang Cina yang memakan daging babi seperti masyarakat India menghormati hak orang Islam memakan daging lembu.

''Apabila kerajaan negeri Melaka hendak menghapuskan babi di Melaka pada tahun lalu, orang Islam Melayu Pas yang mempertahankan hak penternak babi di negeri itu.

''Saya juga gembira kerana orang Pas menyokong supaya ladang-ladang babi di Selangor yang menyebabkan pencemaran dipindahkan ke pusat setempat yang moden," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada puluhan ribu penyokong Pas yang membanjiri Stadium Perak di sini malam tadi.

Kor Ming mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada majlis Perhimpunan Rakyat itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.

Turut hadir, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali mewakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Husam Musa mewakili Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping meminta semua yang hadir pada majlis itu menghentikan amalan politik berasaskan perkauman seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN).

Katanya, parti politik berasaskan perkauman sudah tidak relevan dan UMNO, MCA dan MIC hanya layak diletakkan di muzium untuk tatapan.

''UMNO dan BN boleh masuk kubur. Negara Malaysia untuk semua, ini negara Cina, negara Melayu dan juga negara India.

''Kita tidak bicara tentang ketuanan Melayu tetapi ketuanan rakyat," katanya.

Komen:

"Ketuanan Melayu ialah konsep yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia (sekarang) yang dibawa masuk oleh British disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Persetujuan "quid qo pro" atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial"

Tanpa ketuanan Melayu sudah lama orang Melayu akan merempat di dalam negara sendiri. Tanpa UMNO yang berjuang bermati-matian membela orang Melayu dari dahulu hingga sekarang, pasti orang Melayu sekarang tidak akan berjaya dan mempunyai taraf kehidupan yang boleh dikatan mewah dan cukup segalanya.

Dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO semenjak dari selepas negara mencapai kemerdekaan, kita orang Melayu terus meningkat maju dan dapat merasakan keselesaan dalam hidup hingga ke hari ini. Masyarakat Melayu zaman sekarang mungkin sudah lupa bagaimana susahnya hidup keluarga dan moyang mereka di zaman dahulu sewaktu belum bercambahnya ketuanan Melayu. Semuanya merempat di negara sendiri. Ditekan dan diterajang oleh bangsa lain dari semua sektor seperti pertanian, perladangan dan perniagaan. Orang Melayu telah ditolak dari memahami perjalanan serta kawalan ekonomi dan dengan itu mudah sahaja ditolak ketepi oleh bangsa lain yang awal-awal lagi ingin melihat bangsa Melayu daif di negara sendiri.

Bila UMNO memperjuangkan dan menaik taraf ketuanan Melayu di Malaysia barulah rakyat Melayu merasakan kenikmatan dan kebebasan untuk berada di dalam semua sektor. Ambil contoh mudah, tanpa perjuangan UMNO dalam memartabatkan ketuanan Melayu di dalam sektor swasta, orang Melayu sekarang boleh bekerja di dalam sektor ini walaupun dipenuhi oleh bangsa lain selain orang Melayu. Orang Melayu boleh berniaga di dalam kelompok yang dahulunya dikuasai oleh orang bukan Melayu. Bayangkan jika tiada ketuanan Melayu, jangankan hendak bekerja di sektor swasta, ingin membeli makanan di kedai pun kita akan ditekan dan dibeza-bezakan seperti kita tiada langsung kepentingan dalam negara.

Kita tidak mahu isu ketuanan Melayu dipermainkan. Ianya telah dipersetujuai sejak dahulu lagi dan dengan itu isu ketuanan Melayu tidak perlu lagi dipersoalkan. Kita mahu hidup secara harmoni, tetapi jika DAP sudah mula mahu bermain api serta bertindak untuk mempertikaikan isu ini maka kita orang Melayu perlu bangun untuk mempertahankannya. Kita tidak perlu lagi berperang atau bermusuhan, tetapi apa yang perlu adalah kesedaran, penerangan dan pemahaman mengenai isu ketuanan Melayu yang semua sedia maklum diterima sejak dari awal lagi pemerintahan di Malaysia.

Adakan kita mahu jadi seperti Singapura yang dahulunya pernah dikuasai oleh ketuanan Melayu. Semenjak dimansuhkan ketuanan Melayu semua boleh lihat bagaimana orang Melayu diperhamba dan diperlekehkan. Jika mahu bekerja dengan bangsa lain mereka akan lihat apa yang bagus pada diri kita, apa yang menyebabkan kita lebih baik dari bangsa mereka dan bagaimana corak pemikiran kita serta kebolehan kita yang berbeza atau lebih daripada bangsa mereka.

Kita orang Melayu perlu sedar, jika tiada ketuanan Melayu di dalam Malaysia, takkan ada lagi suara-suara orang Melayu, kurang pekerjaan dalam sektor swasta untuk orang Melayu. Untuk orang Melayu diterima bekerja, kelayakan tertentu akan diambil kira oleh mereka termasuk segalanya yang menunjukkan kebolehan kita yang berbeza dari kaum atau calon lain bukan berbangsa Melayu. Ini bukan kata-kata untuk menunjukkan sikap perkauman, tetapi ini adalah fakta sebenarnya tentang apa yang berlaku sekarang. Perkara yang berlaku di depan mata kita tetapi kita cuba untuk tidak memikirkannya dan menyerahkan semuanya kepada keadaan.

Tanpa kita sedari, orang Melayu sudah pun secara diam-diam ditekan di dalam sektor luar selain sektor kerajaan. Lihat sahaja pada gaji maksima yang diterima oleh orang Melayu berbanding kaum lain. Orang Melayu rata-rata bergaji kurang dari RM 3000, mempunyai kenderaan pilihan yang merangkumi kereta buatan nasional yang mampu bayar dan mampu milik. Tetapi lihat sahaja bangsa lain, mereka mempunyai kerja yang sama, menjawat jawatan yang sama di dalam syarikat yang sama tetapi berbeza dari segi bayaran gaji maksimanya. Mereka mampu membeli kenderaan yang melebihi RM 100,000 ringgit dan mampu untuk memliki segalanya melebihi daripada kaum Melayu.

Mungkin para pembaca blog mempunyai pengalaman atau komen yang menyokong atau menolak tulisan saya ini. Tetapi yang pasti jika DAP mahu menolak ketuanan Melayu dan kita secara terbuka menerimanya maka bersiap sedialah untuk kita orang Melayu untuk kembali dihentak, diherdik dan dicaci kerana di mata bangsa lain selain orang Melayu kita hanyalah bangsa lemah yang tidak perlu diberi perhatian selain dari mengganggu rancangan besar mereka untuk merampas Malaysia serta menolak bentuk pemerintahan beraja serta pentadbiran berasaskan ajaran Islam.

Fikir-fikirkanlah sebelum terlewat!

Tuesday, April 15, 2008

Dr. Khir Toyo Menjawab Isu Babi - 3

Bukan Pemodenan Ladang Yang Dibantah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saudara/i sekalian,

Berdasarkan beberapa komen yang sempat saya baca dalam waktu terhad ini, nampaknya penjelasan saya tidak berapa jelas kepada sebahagian pembaca. Izinkan saya menjelaskan sedikit lagi.

Pertamanya, saya tidak pernah membantah projek memodenkan kaedah penternakan atau perladangan babi. Sebab itu, kerajaan Selangor semasa saya lagi sudah mengkaji dan melihat kaedah-kaedah perladangan babi di negara luar termasuk di Thailand dan Jerman. Memang benar kita bersetuju tentang pemodenan ladang babi memandangkan ladang dalam bentuk sekarang amat mencemar alam sekitar.

Yang dibantah ialah kenyataan untuk menjadikan Selangor sebagai pengeskpot babi dan saiz ladang yang dikatakan melebihi keperluan domestik. Bagi saya penternakan babi hendaklah untuk keperluan domestik sahaja.

Keduanya, saya membuat penjelasan ini untuk rakyat. Supaya rakyat faham hasrat dan matlamat kerajaan Selangor pimpinan BN dahulu dalam menyelesaikan isu penternakan babi ini.

Penjelasan ini juga bertujuan mengingatkan kerajaan Selangor hari ini bahawa kelulusan pada 30 Januari tersebut hanyalah untuk sistem yang akan digunakan dan proses mengenalpasti tanah atau kawasan bukannya kelulusan projek.

Justeru adalah tidak adil untuk kerajaan Selangor meneruskan projek ini dengan alasan keseluruhan projek ini diluluskan oleh kerajaan pimpinan saya sebelum ini.

Saya khuatir jika projek ini dijalankan secara terburu-buru, kelak BN akan dipersalahkan jika berlaku sebarang masalah.

Rakan saya, Datuk Tang See Hang, turut membuat penjelasan dalam Utusan Malaysia hari ini.

Saya harap penjelasan tambahan ini dapat menjernihkan keadaan dan memberi persepsi yang jelas kepada umum mengenai apa yang telah diluluskan dan apa yang belum.

Akhir sekali, terdapat beberapa komen yang memohon supaya BN tidak mengkritik kerajaan Selangor hari ini bagi memberi peluang kepada mereka. Saudara/i perlu faham, saya dan rakan-rakan BN Selangor bukan mengkritik dengan niat jahat.

BN sebagai pembangkang turut bertanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan negeri. Jika kita berniat untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata, pasti kita tunggu bila hampir pilihan raya untuk mengkritik.

Sebaliknya kita mengkritik sekarang kerana mahukan keputusan yang dibuat kerajaan negeri memberi kebaikan kepada rakyat dan negeri.

Dr. Khir Toyo Menjawab Isu Babi - 2

Ladang Babi Mega: Satu Komentar

EXCO Kanan kerajaan negeri Selangor, YB Teresa Kok ketika mengumumkan kelulusan pembinaan kandang babi moden dengan bajet RM 100 juta mungkin tidak menyedari sensitiviti isu ini. Beliau dengan bangga membuat pengumuman tersebut (walupun bukan di bawah bidang tugasnya) seolah-olah itu merupakan hadiah dari kerajaan negeri Selangor yang baru.

Yang menyedihkan, apabila tersangkut dengan kemarahan masyarakat, kerajaan negeri mula mencuci tangan dan menyalahkan kerajaan Selangor semasa pimpinan saya. Justeru, saya fikir adalah perlu untuk saya menjelaskan beberapa perkara.

Kerajaan negeri semasa di bawah pentadbiran BN belum membuat keputusan muktamad. Sebab itu tiada sebarang surat persetujuan atau perjanjian diadakan. Tujuan kelulusan awal ialah untuk diadakan kajian lanjut dan juga membolehkan kerajaan mendengar pandangan rakyat (pendengaran awam) terutama penduduk setempat. (lihat penjelasan dalam catatan awal Penjelasan Isu Ladang Babi Mega

Apabila ada bantahan orang ramai maka kerajaan negeri akan mengkaji semula projek tersebut.

Perlulah ditekankan saya tidak pernah bersetuju kewujudan ladang penternakan babi berskala besar atau bersifat Ladang Babi Mega sehingga menjadi pengekspot seperti yang dihebahkan oleh kerajaan Selangor hari ini.

Justeru, saya amat terkilan dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang ingin lepas tangan dan tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat.

Beliau tidak perlu menunding jari kepada saya mahu pun Barisan Nasional. Beliau pada bila-bila masa bebas mengkaji dan membatalkan projek ini kerana tiada sebarang perjanjian ditandatangani.

Beliau selalu menguar-uarkan untuk mengkaji keputusan dan perjanjian kerajaan Selangor semasa saya. Justeru mengapa isu ini beliau begitu cepat sekali bersetuju.

Jika kita lihat cara pengumuman projek ini juga menunjukkan keghairahan mereka untuk mendapat sokongan masyarakat Cina. Tidak pun disebut keputusan kerajaan lama atau perancangan kerajaan sebelum ini.

Hanya apabila timbul tentangan orang ramai, barulah kerajaan lama dijadikan kambing hitam.

Saya percaya Tan Sri Khalid sedang ditekan oleh DAP. Penguasaan kerusi DUN yang tidak seberapa menyebabkan beliau terpaksa banyak bergantung kepada sokongan DAP untuk terus berkuasa.

Cuma harapan saya tekanan itu tidak menjadikan Selangor sebagai negeri pengekspot babi pula nanti.

Apakah ini projek mega Parti Keadilan Rakyat dan Pas yang mereka janjikan sewaktu pilihan raya lalu?

Dr. Khir Toyo Menjawab Isu Babi - 1

Penjelasan Isu Ladang Babi Mega

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Secara kebetulan ketika saya telah merancang untuk menunaikan umrah, timbul pula isu penternakan babi di Sepang yang sedang heboh diperkatakan di dalam negara sekarang.

Justeru saya memohon bantuan rakan di Malaysia menaip penjelasan saya ini agar tidak timbul sebarang pertikaian semasa saya menjalani ibadah umrah.

(Mohon maaf kerana tidak dapat membaca dan meluluskan komen saudara/i. Insyallah saya akan laksanakan selepas pulang dari Mekah.)

Penjelasan


Isu penternakan babi ini di bawa kepada pengetahuan saya oleh penduduk di sekitar DUN Tanjong Sepat mengenai masalah pencemaran air di Sungai Sepang Kecil dan bau yang terlalu busuk akibat penternakan babi di Tumbuk, Sepang. Para penduduk juga turut membawa setesen TV3 membuat liputan masalah mereka.

Bagi melihat dengan jelas masalah ini, saya telah membuat lawatan persendirian ke kawasan ini dan mendapati aduan tersebut betul. Air sungai telah menjadi pekat dan bau busuk yang amat sangat kerana najis babi telah dibuang secara langsung ke dalam sungai.

Kerajaan negeri ketika itu juga mendapati jumlah babi yang ada terlalu banyak melebihi keperluan orang bukan Islam. Menurut Pengarah Jabatan Haiwan ketika itu terdapat lebih 400 ribu ekor babi berbanding keperluan dalam negeri sebanyak 250 ribu ekor sahaja.

Justeru saya telah mengarahkan Dato’ Tang See Hang dan Dato’ Ch’ng untuk mengatasi isu ini kerana penternak babi ini tidak faham bahasa Malaysia ketika kita ingin mengadakan dialog dengan mereka bagi mengurangkan jumlah babi dan mengatasi masalah.

Saya telah meminta pandangan Jabatan Pertanian dan juga EXCO Pertanian negeri. Dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada bulan Oktober 2007, beberapa cadangan dari beberapa syarikat telah dibincangkan. Dari sekian banyak cadangan semuanya memerlukan bantuan kewangan kerajaan negeri kecuali satu syarikat yang bersedia membiayai sendiri. Justeru MTES bersetuju untuk membenarkan syarikat tersebut menjalankan kajian yang lebih tanpa sebarang komitmen.

Kerajaan negeri ketika itu ingin melihat bagaimanakah jumlah babi dapat dikurangkan kepada hanya untuk keperluan dalam negeri dan masalah pencemaran akibat industri ini diatasi secara tuntas.

Pada 30 Januari 2008, syarikat ini mengadakan pembentangan semula. Kerajaan secara dasarnya bersetuju syarikat ini membina “modern pig farming” berskala kecil dengan pelaburan sendiri termasuk kos pengambilan tanah dan lain-lain kos. Kerajaan negeri tidak membuat sebarang komitmen dalam bentuk pemberian tanah mahu pun kewangan.

Dalam mesyuarat yang sama, kerajaan negeri mengarahkan kawasan dikecilkan dari 1100 ekar kepada 337 ekar sahaja. Pejabat Tanah Kuala Langat telah diberi tanggungjawab mengenal pasti kawasan yang dicadangkan oleh penternak babi.

Kerajaan negeri juga telah mensyaratkan bahawa kos pengambil alihan tanah adalah atas tanggungjawab syarikat terbabit dan ia mestilah mendapat persetujuan penduduk setempat.
Tidak pernah kerajaan negeri memuktamadkan keputusan pembinaan ladang babi moden di Tumbuk ini.

Tujuan kerajaan di bawah pimpinan saya ketika itu ialah untuk mengurangkan jumlah penternakan babi daripada mengeksport ke negeri lain dan negara luar kepada sekadar keperluan domestik Selangor sahaja.

Ini merupakan tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional ketika itu untuk memastikan bekalan domestik untuk orang bukan Islam mencukupi.

Isu penternakan babi bukanlah sekadar sensitiviti umat Islam tetapi yang lebih besar ialah isu pencemaran alam sekitar dan juga risiko pelbagai virus seperti yang terjadi di Bukit Pelanduk sedekad yang lalu. Sebab itu, kita tidak berminat untuk menjadikan ia satu industri yang besar di Selangor.

Negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga telah lama tidak membenarkan industri penternakan babi ini. Justeru pada hemat saya, ia tidak sepatutnya menjadi satu masalah besar kepada rakan-rakan dari kaum Tionghua.