Penyata Rasmi sebagai bukti bagaimana ahli-ahli Parlimen UMNO memperjuangkan kepentingan bangsanya, agamanya dan tanah airnya di dalam Dewan Rakyat (Sambungan).
3. Isu Kebajikan Petani / Peladang Kecil
Encik Ahmad bin Arshad (Muar Utara): Saya hendak menarik perhatian pada muka 80, iaitu Rancangan Menanam Getah Semula. Oleh sebab saya ada mengikut kempen yang baru diadakan pada bulan November yang lalu; saya nampak ada beberapa perkara yang patut diambil perhatian oleh Kementerian ini berhubung dengan rancangan ini.
Yang pertama, bantuan yang diberikan sekarang ini sebanyak $600 itu patut ditambah lagi $200 supaya menjadi $800.
Yang kedua, masalah memberi baja kepada pekebun kecil. Saya harap supaya diawasi oleh pegawai-pegawai menanam getah semula ini, kerana saya dapat tahu bahawa setengah-setengah pekebun kecil ini apabila mereka dapat baja itu tidak ditaburkannya pada pokok itu tetapi baja itu dijualnya. Maka perkara ini tidak mendatangkan faedah kepada rancangan kita.
Yang ketiga, berkenaan dengan benih. Saya harap Kementerian mengambil perhatian berhubung dengan benih yang hendak diberi kepada pekebun kecil itu iaitu hendaklah setaraf dengan yang didapati oleh pekebun besar, sebab kalau sekiranya benih kurang baik yang didapati oleh pekebun kecil, taraf kehidupannya di masa akan datang sama juga mereka akan kena nombor dua.
Yang keempat, saya hendak menarik perhatian berkenaan dengan racun. Racun ini adalah satu perkara yang mustahak, sebab jikalau sekiranya pekebun kecil ini diberi bantuan baja dan benih, tetapi kebunnya semak, ini tidak akan mendatangkan hasil juga. Saya fikir racun yang hendak membunuh pokok untuk menjadi baka pada tanaman pekebun kecil itu disertakan pemberian sebagaimana yang telah diberi iaitu diberi wang dan bajanya sekali.
Tuan Yang di-Pertua, pada akhirnya saya menarik perhatian Kementerian ini iaitu patutlah Kerajaan berusaha mengadakan satu rancangan menanam terbalik.
Maksud saya menanam terbalik ini iaitu usaha lembaga kemajuan tanah hendaklah disekalikan dan juga usaha Kerajaan pada membuat tanah dengan cara berkumpul atau beramai.
Tuan Yang di-Pertua saya hendak memberi takrif rancangan menanam terbalik ini iaitu pekebun kecil yang mempunyai getah kurang daripada lima ekar itu, mereka ini tidak berupaya hendak menanam getah semula, kerana mereka ini miskin, nafkah mereka bergantung pada pokok getah tua ini.
Saya mintalah kepada Kerajaan supaya mendaftarkan nama-nama mereka itu, sesudah didaftarkan, daripada jumlah kawasan yang didapati daripada pekebun-pekebun kecil itu Kerajaan sayugianya membuat satu kesimpulan dari daerah itu menanamkan getahnya dan setelah getahnya itu mendapat hasil, maka Kerajaan boleh memerintahkan mereka itu supaya menebangkan pokok-pokok yang telah tua itu.
Jadi, di sini saya fikir tidak patutlah dilengahkan lagi sebab bagi pihak mereka itu tidak berupaya menebang getahnya kerana keadaan hidup mereka.
Pada akhirnya tentulah saya percaya, Tuan Yang di-Pertua, kalau dapat diambil perhatian, mudah-mudahan rancangan menanam getah semula ini akan dapat berjalan dengan licin dan baik. (Muka surat : 3887 – 3888)
Sumber : DEWAN RAKYAT, Part III, Vol II, December 1960 to February 1961, Second session of the First Dewan Rakyat,
Monday, 12th December, 1960, The House met at Ten o’clock a.m

No comments:
Post a Comment