Wednesday, April 16, 2008

Berhenti Jadi Pengacau Parti UMNO

Tindakan Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) menggantung keahlian lima pemimpin kanannya berkuat kuasa serta-merta kerana didakwa mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini adalah suatu ketegasan yang wajar dipuji. Apatah lagi di masa sama, Umno sebagai tunjang BN dilihat terlalu berhati-hati untuk mengambil tindakan serupa terhadap ahli partinya yang didakwa turut melakukan pengkhianatan sama bulan lalu.

Dalam satu kenyataan media pada Ahad (13 April), Presiden LDP, Dato' Liew Vui Keong mengumumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merotai, Dato' Liew Yun Fah, digantung keahlian berkuatkuasa di hari sama. Yun Fah adalah juga Naib Presiden LDP. Beliau digugurkan daripada mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai pada pilihan raya bulan lalu.

Turut digantung keahlian mereka ialah empat yang lain, iaitu Bendahari parti yang juga Pengerusi LDP Bahagian Karamunting, Lawrence Tan Kien Yee; Ahli Majlis Tertinggi (MT) LDP, Francis Chang Yin Kong; Ketua Pemuda LDP Merotai, Vun Nyuk Onn dan Ketua LDP Bahagian Balung, Raymond Sia Vun.

Menurut Vui Keong, dakwaan terhadap mereka termasuk mensabotaj calon-calon BN di Parlimen Sandakan, DUN Merotai dan Karamunting. Mereka diarahkan menghadap Lembaga Disiplin LDP dalam masa 10 hari bagi menjawab segala tuduhan terhadap mereka.

"Jika mereka gagal memberikan penjelasan dan sah terhadap dakwaan mereka mensabotaj calon parti, mereka akan dipecat," tegasnya.

Kata Vui Keong lagi, tindakan ini ialah bagi memperkuatkan parti dan memastikan disiplin parti sentiasa dipatuhi setiap ahlinya.

Tindakan tegas LDP itu amat mengejutkan. Bahkan, di masa sama ia seolah-olah cuba mengajar Umno mengenai cara bertindak tegas terhadap ahli yang belot atau mengkhianati parti. Dalam hal ini, perbandingan antara kes dialami LDP itu dengan Umno sangat menarik.

Pertama, tindakan LDP diumumkan secara tiba-tiba, tanpa didahului sebarang gegak-gempita. Sedangkan benak rakyat negara ini lebih banyak disumbati cerita sabotaj oleh ahli-ahli Umno. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Presiden Umno, yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lalu.

"Kalau tidak kerana faktor itu (sabotaj), kita tidak hilang kedudukan (majoriti) dua pertiga dan dua buah negeri iaitu Perak dan Kedah," kata Abdullah, selepas menyampaikan ucapan di Majlis Penerangan Bersama Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 6 April lalu.

Menurutnya, ekoran perbuatan sabotaj itu, BN kehilangan 14 kerusi Parlimen dan 22 kerusi DUN yang sebelum ini diisytiharkan kawasan putih dan dijamin dimenangi BN.

Sebagai Presiden, Abdullah meminta tindakan tegas diambil terhadap ahlinya yang bertanggungjawab menyebabkan kekalahan BN. Pendedahan pemimpin utama Umno itu disusuli pelbagai pandangan dan kenyataan anak-anak buahnya.

Perbezaan kedua, LDP telah mendahului Umno dalam bertindak terhadap pensabotaj itu. LDP hanyalah komponen kecil BN, sedangkan Umno tulang belakangnya. Pada ketika Umno masih tercari-cari kaedah paling sesuai untuk bertindak, parti Sabah itu telah seakan-akan menunjukkan "precedent" kes itu.

Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak awal-awal lagi telah membayangkan bahawa sebarang hukuman terhadap individu yang terlibat dalam perbuatan sabotaj itu akan "mengambil masa". Ia akan melalui proses laporan bahagian-bahagian terlibat, diikuti siasatan oleh Lembaga Disiplin Umno .

"Memang kita ada dengar suara-suara dari ahli parti dan calon yang kalah (mengenai perbuatan mensabotaj), tetapi itu tidak cukup untuk kita memulakan proses dan prosiding disiplin terhadap mereka," kata Najib, sebagaimana disiarkan akhbar, 8 April.

Komen:

Kenapa pihak parti diluar daripada UMNO begitu fanatik ingin campur tangan dalam urusan hal-ehwal perjalanan parti UMNO. Biarlah LDP dan UMNO menjalankan tugas parti. Apakah mereka terlalu bosan dan tiada kerja di dalam parti mereka sendiri hingga terpanggil untuk "busy-body" menjaga tepi-kain UMNO. Ini bukan hal parti luar, jadi "SHUT-UP AND GET LOST"!

UMNO & LDP tidak perlu hebohkan apakah tindakan dan perancangan yang akan di ambil mengenai sesuatu isu dan UMNO tidak perlu publisiti murahan yang mahu mencanangkan apakah strategi yang akan dijalankan. UMNO punya tata-cara untuk menghukum ahli dan tata-cara inilah yang merupakan cara penyelesaian terbaik untuk menguraikan segala kekusutan yang timbul. Nak ambil tindakan perlulah sistematik dan logik. Tindakan yang diambil perlulah berdasarkan bukti dan menggunakan ilmu pengetahuan yang bijak. Tindakan tidak akan diambil berdasarkan kepada khabar angin dan sebagainnya.

Jadi sekarang apa parti lain selain UMNO mahu ambil peduli masalah UMNO. Parti sendiri pun ada banyak masalah dan salah-laku lagi bangang nak kacau perjalanan parti lain. Lagipun mengenai isu ini, UMNO telah mengetahui hal ini terlebih dahulu dan UMNO boleh membaca segala perancangan mereka sejak dari awal lagi. UMNO mempunyai pengalaman dan sudah masak dengan asam-garam perjalanan politik parti dan negara. Jadi UMNO tidak mengharapkan langsung parti-parti lain yang baru setahun jagung untuk campur tangan dalam urusan perjalanan parti ini.

Semua tindakan yang akan diambil oleh UMNO adalah melalui lunas-lunas dan bukti-bukti yang kukuh. Tanpa bukti yang kukuh cakap apa pun tak guna. Jadi pendek kata jangan hanya tahu memutarkan fakta dan membuat andaian palsu kerana lu orang luar UMNO satu habuk pun tah perlu ambil tahu. Lu orang apa tau!

No comments: