SEJARAH membuktikan, perjuangan UMNO sejak ditubuhkan semata-mata mempertahankan ketuanan bangsa, agama dan tanah air bermula daripada penentangan terhadap Malayan Union, usaha mencapai kemerdekaan hinggalah kini, memajukan nilai tambah bangsa.
Sehubungan itu, diutarakan Penyata Rasmi sebagai bukti bagaimana ahli-ahli Parlimen UMNO memperjuangkan kepentingan bangsanya, agamanya dan tanah airnya di dalam Dewan Rakyat.
1. Isu Pendidikan
Encik Ahmad bin Arshad (Muar Utara) bertanya kepada Menteri Pelajaran iaitu adakah benar iaitu semenjak tahun 1951 orang-orang di Bukit Gambir, Muar, Johor, telah merayu kepada Kerajaan supaya diadakan sebuah Sekolah Perempuan untuk seramai 335 murid-murid perempuan di tempat itu yang pada masa ini ditempatkan dalam Sekolah Lelaki pada sebelah petang, dan jika demikian, adakah Kerajaan bercadang hendak mendirikan sebuah sekolah seperti itu dan bila akan didirikan.
Mukasurat: 3869
Sumber : DEWAN RAKYAT, Part III, Vol II, December 1960 to February 1961
Second session of the First Dewan Rakyat
Monday, 12th December, 1960, The House met at Ten o’clock a.m
2. Isu Keusahawanan
Encik Tajudin bin Ali (Larut): Tuan Pengerusi, saya hendak bercakap pendek sahaja dalam Majlis yang berbahagia ini berhubung dengan muka 39, item (1) Minister of Commerce and Industry.
Kalau pelawat-pelawat datang dari luar negeri sampai ke ibu kota Persekutuan ini tentu sekali terkejut melihat kedudukan ibu kota ini kerana perusahaan dan perniagaan di ibu kota ini dipegang hampir oleh segolongan manusia.
Kerajaan memang sedar di atas perkara yang sedemikian ini. Kalaulah dibiarkan perkara ini berjalan dengan berluasan atau berpanjangan maka rasa tidak puas hati akan timbul iaitu akan mengakibatkan huru-hara dalam negeri.
Langkah Kerajaan yang hendak mengadakan sekretariat ini untuk membantu orang-orang Melayu dalam lapangan perniagaan sangatlah sesuai pada masa sekarang ini sungguh pun pada masa yang sudah-sudah bermacam-macam cara telah dijalankan oleh Kerajaan ke arah ini, tetapi hasil yang tepat dengan memuaskan tidak didapati.
Saya bercakap dalam perkara ini saya mengambil peluang membuat bermacam-macam teguran ke atas terdirinya sekretariat tersebut. Di atas pengalaman yang sudah maka hendaklah sekretariat ini janganlah memakai banyak filing cabinet atau pun K.I.V tray yang pada masa lampau makin timbul nampaknya dan dengan yang demikian Kerajaan mempelawa pakar-pakar dari luar negeri supaya menyiapkan laporan yang tertentu kerana hendak menjalankan perkara ini. Cara yang demikian itu akan mengambil masa.
Akhirnya kita dapati pada teorinya ada dan praktisnya akan menjadi kosong.
Undang-undang berkenaan dengan lesen dan seumpamanya untuk menggalakkan orang-orang Melayu dalam lapangan tersebut memang bagus. Saya syorkan supaya sekretariat ini untuk menjayakan orang-orang Melayu dalam lapangan perniagaan hendaklah umpamanya mesti ada orang-orang Melayu yang berkebolehan dan difikirkan betul-betul yang hendakkan berniaga patutlah sekretariat ini pergi bertemu dengan pejabat-pejabat yang berkenaan dan menguruskan perkara ini dengan secepat mungkin.
Maka dengan ini saya dapati cara-cara red tape yang sedemikian rupa yang telah kita alami dapat dibetulkan. Bakat-bakat perniagaan bagi orang-orang kita memang banyak.
Tiap-tiap tahun beratus-ratus ataupun beribu-ribu pemuda kita yang lulus daripada Sekolah Pertukangan. Mereka ini ada kebolehan bagi menjalankan perniagaan dan pandai dalam segala lapangan perniagaan.
Maka timbul pula orang-orang yang telah dididik daripada RIDA dan juga orang-orang yang telah mendapat galakan dan pimpinan dari gedung-gedung perniagaan yang bertaburan pada hari ini yang banyak ketinggalan sekarang ini supaya diberi peluang yang sebenar-benarnya mereka itu menjalankan perniagaan.
Kesulitan dalam lapangan perniagaan memang banyak dan begitu juga kesulitan dalam lapangan yang lain. Adalah dalam hal ehwal ini memang berlawanan sangat pada masa sekarang ini, tetapi di Persekutuan Tanah Melayu ini kita bernasib baik kerana orang-orang Cina dan orang-orang India memegang peranan yang penting dalam hal ehwal ekonomi yang tidak langsung ada perasaan perkauman.
Mereka tidak semacam orang-orang Yahudi, kerana orang-orang Yahudi itu sangat-sangat perkauman maka di sini suka saya menyatakan bahawa orang-orang Cina dan India memang suka menggalakkan orang-orang Melayu, tinggal lagi terpulang orang-orang Melayu itu menunjukkan adalah perniagaan mereka itu setanding dengan bangsa-bangsa asing.
Berkenaan dengan modal adalah satu kesulitan yang besar, bukan sahaja kepada orang-orang Melayu bahkan juga Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ataupun kerajaan mana-mana dunia sekali pun adalah berkehendakkan modal.
Maka di sini RIDA memang benarkan orang-orang Melayu mengambil hutang daripada pejabat RIDA untuk menggalakkan orang-orang Melayu dalam lapangan perniagaan, tetapi usaha ini cuma terhad sahaja.
Saya syorkan supaya kerajaan benarkan satu bank bagi menerima geran merah – Malay Reservation. Maka cagaran daripada orang-orang Melayu yang sungguh-sungguh betul hendak berniaga mendapatkan modal dengan secepat mungkin dalam urusan perniagaan.
Waktu kerajaan gelisah hendak memimpin dan memberi peluang yang lebih besar sedikit kepada orang-orang Melayu untuk berniaga maka timbul pula orang-orang ataupun segolongan manusia yang terdiri daripada orang-orang Melayu juga cuba mendapatkan peluang dalam lapangan ini.
Saya anggap orang ini sebagai “Musang berbulu ayam”. Setengah daripada mereka itu telah pindah ke ibu kota supaya mereka itu dapat berdamping dengan menteri-menteri dan mendapat peluang yang utama dan di samping itu mereka mengatakan yang peluang ini diberi kepada orang-orang Melayu……
Mukasurat: 3890 - 3894
Sumber : DEWAN RAKYAT, Part III, Vol II, December 1960 to February 1961
Second session of the First Dewan Rakyat
Monday, 12th December, 1960, The House met at Ten o’clock a.m
2 comments:
Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu harus mendokong nilai ketuanan Melayu dalam diri. Tanpa harga diri serta memartabatkan ketuanan melayu maka kita akan mudah ditindas serta hilang kedaulatan pada raja dan agama buat selamanya.
Melayu tak bepecah. Masih hidup aman damai. Kenduri kendara, ke pasar minggu dan sebagainya.. semuanya aman.
Bukan seperti negara lain (afrika).
Cuma UMNO yg PECAH. Sudah tidak kuat .. krn perjuangannya sudah diselubungi EGO dan kepentingan diri.
jemputlah ke blog ana.
www.sinarpru13.blogspot.com
TQ
Post a Comment