Kegiatan itu menyebabkan perairan sekitar kawasan tersebut tercemar teruk hingga menjejaskan aktiviti nelayan di samping kerosakan harta benda.
Komen:
Ini baru ladang kecil belum lagi buat Projek Ladang Ternakan Babi bersaiz mega yang kononnya boleh sama-sama dilihat sebagai ikon terbaik negeri Selangor yang akan dipromosikannya sebagai pusat tarikan pelancong terbaru di Negeri Selangor oleh Pakatan Rakyat.
Dengan adanya projek berskala besar ini bukan sahaja perairan sekitar kawasan akan tercemar teruk tetapi penduduk di sekitar kawasan juga akan turut menjadi mangsa kekurangan pendapatan akibat tiada sumber pekerjaan dari hasil lautan dan sebagainya. Dengan mudah tanah disekitar kawasan tersebut boleh dibeli oleh kerajaan Selangor untuk menambahkan lagi jumlah ternakan babi hingga ketahap maksimum dan kelak akan meliputi seluruh Sepang.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Kundang, Shahamid Sanusi, berkata, satu ketika dahulu aktiviti membuat belacan merupakan salah satu daripada mata pencarian utama penduduk di situ.
Bagaimanapun, akibat pencemaran, aktiviti itu sukar diteruskan kerana kekurangan udang geragau yang menjadi sumber utama dalam pembuatan belacan.
“Selain udang geragau, kawasan pesisir pantai di sini juga kaya dengan hidupan laut lain seperti ikan, kerang, kepah dan mentarang tetapi sekarang semuanya berkurangan kerana pencemaran yang dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa najis dari ladang-ladang babi yang banyak terdapat di kawasan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan meneruskan cadangan membina ladang ternakan babi moden di Kampung Tumbuk, Kuala Langat dalam Parlimen Sepang kerana kawasan itu telah menjadi tapak utama ladang babi.
Berikutan itu, orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah cadangan tersebut kerana dikhuatiri akan membawa pencemaran alam sekitar di Sepang.
Shahamid memberitahu, selain pantai sekitar kampung Tumbuk, pantai di kampung Gadong, pekan Tanjung Sepat dan Batu Laut antara yang teruk terjejas akibat pencemaran sisa buangan najis babi itu.
Katanya, kekurangan udang geragau juga menyebabkan kilang memproses belacan bernilai RM100,000 yang dibina oleh Jabatan Perikanan kini terbiar tidak digunakan.
Seorang penduduk, Hashnah Jemain berkata, lapan tahun lalu dia boleh menghasilkan sebanyak 100 ketul belacan seberat 500 gram setiap satu bagi menyara keluarganya.
Bagaimanapun katanya, hari ini untuk menghasilkan 20 ketul belacan amat sukar kerana kekurangan udang geragau.
Ketua Kampung Batu Laut, Bajuri Pakeh pula berkata, banyak kawasan paya bakau yang terdapat di situ telah musnah akibat pencemaran.
Katanya, dia bimbang kemusnahan akan menjadi lebih teruk kerana ramai pengusaha ladang babi itu kini sedang membesarkan kandang masing-masing.
“Jika tidak dikawal, saya tidak boleh bayangkan apa akan terjadi pada alam sekitar di kawasan ini malah sektor pelancongan termasuk homestay juga akan terjejas,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Noridah Endut memberitahu, tanah tepi laut seluas satu hektar milik keluarganya juga telah musnah akibat pencemaran.
“Dahulu kawasan itu pernah digunakan untuk menanam sayur-sayuran selain menjadi tempat berehat sekeluarga. Kini semua kehidupan telah mati dan pasir menjadi hitam,” katanya.
Ketua Unit Peladang Kampung Tanjung Layang, Saharudin Mohd. Said pula berkata, ramai penduduk di kawasan itu terpaksa mencari kerja di luar kampung untuk terus menyara keluarga masing-masing.
‘‘Tinggal di kampung pun tidak ada guna. Bukan boleh turun ke laut lagi,” katanya.
Komen:Kata-kata dan suara rakyat tidak akan didengari oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana secara terang-terangan Projek ini memberi keuntungan kepada bangsa lain kecuali Melayu.
2 comments:
So? semua menda alah yang dah terjadi tu ; tak leh turun laut "sebelum ini", "dulu" pusat buat belacan, "dahulu" tempat tanam sayuran, jika "tidak dikawal".... tu masa bila tu? marah kat sapa tu? sebelum ini tu sapa? dulu tu sapa? dahulu tu sapa? sapa yang menyebabkan ianya tidak dikawal?
Dah kerajaan s'gor nak tutup semua kandang babi yang berselerak, dan letak kat satu tempat berkonsepkan "zero pollution". What's wrong with it? Melaka n negeri sembilan? kerajaan2 tu tak amek tindakan pun, nak kawal ke nak pindah kan ke... ini orang dah nak bendung, nak kawal... lagi mau marah ke bang?
pastikah dengan janji 0 pollution PR ni. Bagaimana kalau ianya tidak seperti yang dikatakan. Habis satu Sepang semua akan jadi tempat lepasan najis babi terbesar. Kat mana masyarakat kampung akan hidup.
Kandang babi berselerak yang tumbuh macam cendawan sebelum ni semuanya secara haram, dan seperti yang terjadi di Melaka, tengok apa mereka buat. Kita nak tutup mereka boleh pula berperang dengan FRU untuk pertahankan hak mereka. Hak apanya tanah yang digunakan itu semua tanah haram, ada pula tanah hak kerajaan. Inilah yang terjadi bila kita bagi muka pada bangsa lain. Mereka pijak kita kembali. Tapi lagi menyedihkan bangsa kita sendiri dalam PR luluskan projek yang satu sen pun tak halal untuk orang Melayu islam nak telan.
Post a Comment