Monday, April 14, 2008

Jumlah Khinzir terbesar di Selangor dalam masa 4 tahun akan datang

Baru sebulan memerintah Selangor, Pakatan Rakyat yang diterajui PKR-DAP-PAS sudah meluluskan projek ternak babi bernilai RM100 juta di Sepang. Memang hebat kerajaan baru Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Kalau kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guang Eng yang buat projek itu, orang Melayu tidaklah berapa marah. Tapi yang luluskan ialah kerajaan Selangor yang bermenteribesarkan orang Melayu.

Memanglah babi makhluk ciptaan Allah, yang dimakan orang bukan Islam. Ini bererti Tan Sri Khalid ternak babi untuk pengundi bukan Islam makan. Tetapi tak ada benda lain ke yang Tan Sri Khalid nak buat ? Apatah pula Pengerusi Jawatankuasa Pertanian pun orang Melayu.

Saya percaya ramai pengundi Melayu yang pangkah PKR dan PAS baru-baru ini menyesal kerana undi mereka disalahgunakan oleh Tan Sri Khalid untuk ternak babi. Justeru itu mereka akan kembali memangkah BN pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam tempoh empat tahun akan datang, berapa ribu anak babi akan dihasilkan di Sepang? Selangor akhirnya akan dikenali sebagai Selangor Darul Khinzir dan saya percaya isu khinzir ini akan menjatuhkan kerajaan PKR pada pilihan raya umum akan datang. Terima kasih kepada Tan Sri Khalid kerana anda membuatkan orang Melayu akan kembali mengundi BN.

Komen:

Industri perlancongan akan dinaik taraf di Selangor. Dengan kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor, rakyat akan dapat menyaksikan julung-julung kalinya pesta babi terbesar di Malaysia yang dianjurkan di Sepang. Litar F1 di Sepang akan bergema dengan perlumbaan Babi peringkat dunia seperti perlumbaan F1, F2, F3 dan Drag Battle.

Dalam tempoh terdekat selepas pembinaan dan perasmian Kandang Babi Terbesar di Selangor, rakyat boleh menyaksikan pesta pakaian beragam bagi babi bagi menggantikan pesta pakaian beragam rakyat. Selain itu produk makanan akan dicambahkan lagi dengan terbina pusat makanan babi yang menyediakan masakan berupa satey babi dan sebagainya.

Maskot terbaru bagi negeri Selangor akan bertukar wajah kepada maskot babi bagi mencerminkan kemajuan yang dicapai oleh kerajaan Selangor melalui Kandang Ternakan Babi Moden yang bernilai RM 100 Juta ringgit.

Bagi memastikan Selangor sebagai sebuah negeri beramalan demokrasi, kerajaan akan menaik taraf babi dan para penternaknya agar menjadi lebih popular di mata dunia. Mereka yang terpilih akan mewakili negeri Selangor dan menjadi jurucakap kerjaan negeri Selangor untuk menjayakan lagi projek mega itu setanding Jerman.

Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri Selangor dan terutamanya kaum Melayu yang terbabit dalam menjayakan usaha murni mereka itu. Hidup melayu PKR & PAS

2 comments:

gaban said...

jangan terlalu cpt buat andaian, diorg cdg nak buat menda tu dgn teknologi yg moden dan berpusat demi menjaga alam sekitar bkn mcm kerajaan BN spt di N9 dan melaka, bersepah...

kopi_likat said...

Aper citer ek ba alif ba ya kat melaka tu ek? Ali rustam tak wat pape ker? Tak leh ke bertegas dan berkeras sket kt penternak kat stu? Takut hilang undi ker?