Tuesday, April 8, 2008

The Truth Story of PAS, & Nik Aziz

Semakin lama pemimpin Pas yang ada terus menerajui kepimpinan parti tersebut selama itulah Islam akan dilihat sebagai agama yang suka menghina, mencerca dan menghukum semahu dan sepuas hati para tok gurunya.

Kita masih ingat suatu ketika dahulu Pas menganjurkan panggilan Mahafiraun ke atas Dr. Mahathir hanya kerana berbeza pensirian politik dan cara pentadbiran. Dalam masa yang sama Mahafiraun inilah yang dijumpai oleh Menteri Besar Kelantan memohon bantuan sebanyak RM 600 juta bagi memperbaiki sistem pengurusan air Kelantan.

Kita juga belum lupa dengan ejekan Pas terhadap Pak Lah semasa beliau diberi tanggungjawab mengahpuskan wabak JE. Kata Pas "Badwi di arab jaga Unta, badwi di Malaysia jaga babi", kata-kata ini merujuk kepada nama keluarga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Komen:

Apa lagi nak kata, sekarang ni PAS, PKR & DAP yang bergabung menjadi Pakatan Rakyat bersetuju untuk membuka ladang ternakan babi terbesar dengan kos RM100 Juta, di mana merupakan kos yang lebih besar dari ternakan unta Badwi di Arab dan ternakan babi haram di Melaka.

Antara yang banyak membuat kenyataan yang menyakitkahn hati ini ialah Datuk Nik Aziz Nik Mat. Semenjak menjadi Menteri Besar, nampaknya semakin banyak kesilapan dan keterlanjuran kata-katanya.

Semasa menjadi Ahli Parlimen pada pertengahan tahun 1980-an, beliau tidak begitu. Rupa-rupanya kuasa telah mengubah pembawaan insan bernama Nik Aziz. Sukar untuk mempercayai perubahan itu terutama dengan imejnya sebagai Tok Guru dan Mursyidul Am Pas.

Mungkin juga gelora politik dan tekanan untuk membuktikan kemampuan memimpin Kelantan yang masih di takuk lama sejak Pas memerintah tiga penggal lalu, menjadikan Nik Aziz lebih retorik. Ini menjadikan beliau ada kalanya kelihatan riak dan tidak lagi bersikap sederhana.

Kadang-kadang terasa simpati pada beliau. Simpati memikirkan bagaimana Nik Aziz sendiri telah menghakis rasa hormat dan keyakinan sebahagian masyarakat terhadap beliau.

Rakyat Malaysia masih ingat kenyataan beliau tentang dibolehkan umat Islam bekerjasama dengan syaitan, wanita cantik tidak perlu bekerja, Tuhan boleh mencarut, tidak perlu berterima kasih kepada orang yang menolong kita selain beberapa lagi kenyataan yang menghina individu.

Tetapi siapakah yang mempunyai ingatan terhadap kejayaan menyediakan banyak peluang pekerjaan, idea-idea baru yang boleh dimanfaatkan untuk kemajuan ekonomi Islam dan kemampuan membawa keluar rakyat daripada kemiskinan dan kebejatan sosial sejak beliau memerintah Kelantan.

Baru-baru ini, Nik Aziz sekali lagi mahu rakyat mengenang beliau dengan kontroversi dan bukan kecemerlangan kepimpinannya.

Beliau tergamak menyamakan orang Melayu di negara ini yang tidak menerima konsep negara Islam Pas sebagai Proksi Yahudi. Apakah Nik Aziz ingin mengatakan bahawa dokumen negara Islam pas tersebut sebagai sesuatu yang dari Allah sedangkan ia dirangka oleh parti tersebut?

Nik Aziz seakan mahu melepaskan kesempatan terbaik untuk melonjakkan Pas sebagai parti politik yang lebih berwibawa pada pilihan raya umum akan datang.

Sungguhpun beliau kemudiannya mendakwa ditujukan kepada para pemimpin UMNO, tapi apakah kita dapat menerima gelaran sebegini kepada orang Melayu dan Islam yang tidak sealiran dengan Pas?

Menurut Nik Aziz:

Isu atau dakwaan sebenar saya di sini ialah pemimpin dunia yang menjadi proksi Yahudi. Ia disahkan oleh bekas Presiden Umno yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Saya cuma mengulangi dan meniti di atas hujah beliau. Saya faham yang Tun Dr Mahathir tidak menuduh 'seluruh rakyat di seluruh dunia' kerana beliau menyebut perkataan 'Pemimpin Dunia'.

Saya pula merujuk kepada pemimpin Melayu yang berkuasa di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada pemimpin di atas dunia. Saya seterusnya membanding dan membuktikan persamaan sifat dan perangai pemimpin Umno yang tidak setuju dengan Al-Quran dengan perangai pemimpin Yahudi yang menjadi proksi di seluruh dunia.

Jika tidak percaya, pergilah tanya pemimpin Yahudi mana yang setuju dengan pelaksanaan hukum hudud. Kemudian, kita kembali ke Malaysia dan tengok pemimpin parti manakah yang membawa perangai yang sama dengan pemimpin Yahudi. (dipetik dari Harakahdaily.net, 5 Januari 2003)

Soalan untuk Nik Aziz pakah pemimpin Melayu yang telah mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam wajar dianggap proksi Yahudi? Apakah kerana pemahaman negara Islam yang dibawa oleh UMNO tidak sama dengan pemahaman negara Islam yang dibawa oleh Pas maka pemimpin UMNO seperti Pak lah boleh dianggap proksi Yahudi?

Siapa Nik Aziz untuk mengatakan Dokumen Negara Islam Pas betul dalam konteks yang lain selain bentuk negara Islam Pas adalah salah? Siapa Nik Aziz untuk memanggil Pak Lah proksi Yahudi?

Nik Aziz menulis lagi: "Pendek kata, Umno perlu buktikan yang dia mahu melaksanakan Islam. Dia bukan proksi Yahudi. Dia perlu pinda Perlembagaan dan meletakkan Al-Quran dan Hadis di atas."(dipetik dari Harakahdaily.net, 5 Januari 2003)

Jika ini dakwaan Nik Aziz, maka beliau perlu menjawab mengapa dalam Amanat Perdana Sulit Datuk Seri Hadi Awang, Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan pada 18 Januari 2003 terkandung ucapan ini,

"Justru kerana negara Islam dan pelaksanaan Hudud dan Syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan Hudud di peringkat Federal. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam perlembagaan Persekutuan dan sepertio yang diamalkan kini di peringkat Federal"

Jadi kita hendak tanya tuan guru Nik Aziz, adakah Hadi Awang juga proksi Yahudi kerana tidak bercadang untuk meminda Perlembagaan.

Apa pun, Nik Aziz begitu istimewa. Di kalangan ahli Pas, biarpun mereka ada kalanya malu dan bingung dengan kenyataan-kenyataannya yang dilihat menggugat parti itu tetapi beliau tidak dikritik secara terbuka. Uniknya, beliau mendapat kompromi yang cukup hebat daripada sebahagian orang Melayu terutama ahli Pas.

Tapi beliau perlu ingat bukan semua orang Melayu dan Islam terutamanya di luar Pas taksub kepada Nik Aziz.

1 comment:

Unknown said...

perhhh .. orang tu punya la niat baik nak dirikan negara islam .. ade jugak orang condemn..

ISLAM is where we stand .. negara Islam ke kita sekarang ni? .. kenape org2 Islam kat malaysia ni macam tak well educate?

kenape ramai orang tak pakai tudung kat malaysia ni? ape hukum isteri pemimpin tak tutup aurat? ..