Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual ke Sabah pada Isnin depan bagi mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri itu.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pada pertemuan itu, senario politik Sabah sekarang merupakan antara perkara yang dijangka dibincangkan.
"Kita akan membincangkan isu-isu semasa yang ada. Saya harap perkara (senario politik Sabah) berkenaan dapat dibincangkan dari hati ke hati," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian sebanyak RM500 juta kertas komersil dan RM1 bilion nota jangka pertengahan untuk Sabah Development Bank di sini hari Selasa.
Mengenai enam pemimpin Umno Sabah yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada Sabtu lalu di Putrajaya, Musa berkata pertemuan itu adalah atas kapasiti peribadi pemimpin berkenaan.
Ketika diminta mengulas mengenai cadangan penghapusan sistem kuota pada pemilihan Umno, Musa yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata perkara itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat MT.
"Umno adalah sebuah parti yang demokratik. Ia memberi peluang dan ruang kepada ahli-ahlinya untuk memberi pandangan masing-masing. "Bagaimanapun perkara ini akan dibicang dengan teliti dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan keputusan muktamad akan dibuat pada mesyuarat berkenaan," katanya.
Mengenai cadangan anggota Parlimen Sepanggar Eric Majimbun semalam supaya diwujudkan semula portfolio Kementerian Hal Ehwal Khas di peringkat pusat yang diwujudkan ketika Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, Musa berkata perkara itu akan diteliti.

1 comment:
Kalau dalam pengal-penggal yang lalau, selepas kemenangan besar BN, pemimpin UMNO Semenanjung akan bersenang-lenang dengan kedudukan masing-masing dan tak pandang sebelah mata pun dengan rintihan orang dari Sabah dan Sarawak, kalau ada pun orang-orang sinun akan menerima slakan dari orang Semenanjung. Sekarang orang Semenanjung sudah macam anjing tersepit, barulah tak sampai sebulan pun PM sudah terpaksa melawat semua tempat, termasuk tempat jin bertendang seperti Sabah dan Sarawak.
Post a Comment