Wednesday, April 9, 2008

Ahh!! Back Fire



Komen:

Heboh kononnya isu Ladang Babi Moden ini diluluskan oleh kerjaan BN Selangor sebelum ini. Sebenarnya ini hanyalah provokasi semata-mata oleh Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Jelasnya tiada bukti kukuh yang mampu menyokong isu ini. Kerjaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Dr Muhamad Khir Toyo masih membuat kajian terperinci sebelum meluluskan Projek Ladang Babi Moden ini. Kini Kerajaan Negeri Selangor yang baru telah sebulat suara meluluskan projek tersebut. Tindakan mengeluarkan kenyataan media oleh mereka jelas menunjukkan ini merupakan cubaan "BACK FIRE" kepada kerajaan terdahulu.

Komen Baru:

09 April, 2008 21:24 PM

Ladang Babi Moden Di Sepang Untuk Keperluan Selangor

SHAH ALAM, 9 April (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek penternakan babi secara moden di Tumbuk, Sepang adalah bagi memenuhi permintaan rakyat Selangor.

Nilai projek sebanyak RM100 juta itu hanyalah satu anggaran, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari Rabu.

Beliau berkata keputusan meneruskan projek ladang babi moden itu adalah satu keputusan yang munasabah dan penyelesaian bagi isu pencemaran air sungai oleh ladang-ladang ternakan babi.

"Keadaan penternakan babi di Selangor tidak memuaskan dan tak wajar diteruskan dengan keadaan sekarang," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor terdahulu telah mengambil keputusan untuk "menimbang dan meluluskan" pengambilan tanah seluas 134.84 hektar di Mukim Batu Kuala Langat bagi tujuan berkenaan di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960. Beliau berkata secara prinsipnya projek itu telah diluluskan dan proses pengambilan tanah sedang berjalan.

Sementara itu bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam sidang akhbar di sini hari ini, berkata keputusan yang dibuat oleh exco di bawah pimpinannya pada 30 Jan 2008 itu adalah keputusan awal.

Beliau berkata semua keputusan kerajaan negeri semasa kerajaan pimpinannya hanya boleh dilaksana setelah mendapat ulasan teknikal dan pandangan umum dan perkara itu belum dibuat untuk projek ladang babi itu.

Dr Mohamad Khir berkata projek ladang babi yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional itu bersaiz kecil iaitu cukup untuk memenuhi permintaan negeri Selangor sahaja.

"Di seluruh Selangor ada 400,000 ekor babi mengakibatkan pencemaran yang teruk, kita hendak ia dikecilkan...majoriti babi diternak di daerah Sepang dan Kuala Langat.

Sedangkan keperluan semasa daging babi di Selangor hanya sekadar 250,000 ekor," katanya.

-- BERNAMA


9 comments:

gaban said...

babi lagi....

letih betul la korang ni... x kembang minda, cuba fikir projek tu nanti akan lebih menjaga alam sekitar, xde la mcm skrg bersepah, sistem kumbahan terus cemarkan sungai... korg tgk la nanti, betapa bagusnya sistem PR nanti...

WaZiRai said...

takder ke projek lain yang boleh dibuat selain projek ni. Ambil contoh masalah kupang ke, ikan dalam sangkar ke, kambing ke, lembu ke, apa-apa binatang halal ke. Untuk boleh makan sama-sama rakyat. Ini binatang haram-jaddah ni juga yang nak dimodenkan. Mungkin esok lusa nak buat Ladang Ternakan Anjing Moden pulak kot!

gaban said...

pendek akal la ko ni... diorg cuma nak buat sistem berpusat dan lebih bersistematik...

xde la bersepah mcm skrg di melaka n N9 (sampai terpaksa panggil askar tembak babi-babi tu).. kalau jd mcm kes kt melaka tu, kerajaan negeri pun takut nak ambik tindakan sbb time nak pilihan raya, sampai kotorkan kampung berdekatan...

Cth lagi, tgk paper hari ni, ketua kg kt sepang tu ngadu habis polution kt kg dia, sbbnye berpunca dr kandang2 yg tidak sistematik yg diamalkan oleh penternak skrg (hasil zaman BN)...

so, skrg ni PR cuma nak buat yg terbaik je utk rakyat dia, NO MORE POLUTION...

WaZiRai said...

bukan masalah polution sekarang jadi isu. Ini masalah kalau projek ini dibangunkan, sapa yang dapat untung sepenuhnya. Ada ke orang melayu akan dapat menikmati keuntungan dari projek ini. Soal polution ini cuma sampingan, sungai Kelang tuh sampai sekarang polution tak pernah nak habis. Kenapa tak ambil berat masalah tu. Dulu secara sembunyi mereka jual babi ni, sekarang dah dapat green light dari kerajaan untuk buat business secara terbuka, lagi banyak ler produk ini dijual di pasaran.

Cuba tengok kat kedai makanan mereka, berapa banyak dalam kedai mereka orang melayu kita boleh berniaga. Orang melayu nak berniaga dalam kawasan cina..huh! kirim salam. Tapi cuba tengok berapa banyak orang cina berniaga dalam kawasan melayu! bersepah!..tu pun tak sedar, lagi nak buka pusat untuk mereka rampas tanah dan ekonomi pula 100%

syah_jahan05 said...

Pada pandangan saya kerajaan negeri selangor harus mengutamakan ternakan yang dimakan oleh hampir seluruh umat selangor@malaysia seperti ayam, kambing, lembu dan lain lain kerana ianya memberi peluang pekerjaan, hasil keuntungan sama rata pada semua kaum. Jika diternak khimzir sahaja maka ianya hanya menguntungkan kaum cina dan segelintir kaum india sahaja. maka hasilnya tidak dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat.Saya juga tertanya tanya dengan jumlah bajet yang besar yang diperuntukan itu adakah untuk pasaran tempatan sahaja atau kerajaan selangor bercita cita untuk menjadi pengekspot khinzir terbesar di asia.?
Di samping itu juga persoalan tentang status tanah yg akan diberikan kepada pengusaha terbabit.adakah Kerajaan negeri selangor akan mengurniakan tanah milik kepada mereka..?Adakah ianya akan dibina di perkampungan melayu? adakah semua orang melayu di selangor sudah terlebih tanah sampaikan (mungkin)akan memberi tanah milik kepada pengusaha2 cina ini..?
Sila kaji balik berkaitan pembinaan ladang khinzir ini dari segala aspek sosial, ekonomi, politik dan lain lain. saya takut orang orang melayu dan kerajaan di masa depan akan mengutuk anda kerana kesilapan ini.
Terima kasih.

gaban said...

jgn cerita bab untung la... nak tanya sikit la, sebenarnya sape yg dpt untung wilayah pembangunan ekonomi tu kalau tak kroni2 pemimpin umno yg juga ada antaranya cina, terutama patrick badawi, apa kejadahnya org cina buat masjid, xde dah ke melayu yg berkelayakan....

kt pasaraya2 pun diorg jual ada section yg ditulis non halal, so bg muslim, x kan nak g beli jugak kot...

ada selera ke cik wazirai nak g mkn kt kedai cina walaupun kt dlm tu ada gerai melayu yg tumpang niaga.. kebanyakan muslim x kan sanggup.

persoalannya, siapa yg salah kalau perniagaan diorg mampu hidup kt kwsn majoriti melayu, sbb ORANG MELAYU JUGAK YG MEMBELINYA...

Menjadi satu fardhu kifayah bg sesuatu penempatan yg majoriti melayu islam, menjalankan xtvt niaga brg keperluan...

WaZiRai said...

Kenapa tak boleh cerita bab untung? Ini bukan guna duit sikit. Bukan guna duit rakyat selangor untuk projek yang menguntungkan semua pihak. Bukan buat projek yang orang Melayu boleh maju dan boleh dibanggakan sebagai produk terbaik Negara Islam. Kalau nak ikut fardhu kifayah,macam yang dicakap gaban, awal-awal kita dah salah jika kita sokong isu ladang babi ini. Sepatutunya orang melayu dalam PR sendiri perlu tentang hal Ladang Babi ni.

Sebab utama mereka tak tentang sebab mereka sendiri jadi suara minoriti dalam PR tersebut. Suara tenggelam dek sokongan cina DAP. Ni sekarang perlukah kita sokong buka ladang babi yang memang terang-terang tak ada kepentingan kepada bangsa Melayu. Tiada keuntungan pada orang Islam. Jangan lupa ini negara Islam bukan CHINA.

Kalau Patric buat masjid walaupun dia bukan orang Islam sekurang-kurangnya dia buat benda baik yang menguntungkan semua. Dia buat masjib, bukan buat kandang babi. Orang Islam Melayu PR sendiri pula sokong buat kandang babi. Mereka lebih teruk dari projek yang si Patric ni buat. Orang bukan Islam boleh puji keindahannya, sektor pelancongan pun boleh meningkat. Ini buat projek babi, ingat ada ke orang asing nak datang melawat tempat busuk dan kotor macam tu. Ada ke orang nak datang buat lawatan...

"LADANG TERNAKAN BABI MODEN TERHEBAT DI MALAYSIA. SILA DATANG MELAWAT"

si_merahhati said...

Hebat2 si wazirai...
Bagus2 si gaban....

Gaduh la korang pasal babi ni!

WaZiRai said...

ini bukan soal gaduh! ini soal dah sampai masa kita pertahankan hak kita. Kita kena pertahankan supaya jangan nanti kita menyesal tengok bangsa lain boleh buat sewenang-wenangnya terhadap hak kita. Mereka berkuasa sahaja macam-macam mereka nak campur tangan, macam-macam projek yang menguntungkan bangsa mereka. Kalau apa-apa jadi pada Malaysia, bangsa lain boleh balik negara masing-masing, kita bangsa Melayu nak balik mana? Malaysia ni sahaja negara yang kita ada!