Menurutnya, walaupun berkawan rapat dengan Pas tetapi DAP hanya mahukan Malaysia menjadi negara sekular dan bukannya negara Islam.
‘‘Kami berkawan rapat. Di peringkat pemimpin tertinggi DAP dan Pas, kami sentiasa berbincang. Cuma satu perkara yang kami tidak setuju iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. Kami mahu Malaysia menjadi negara yang sekular.
Komen:
Para pengundi PRU-12 yang menyokong DAP terutamanya pada golongan Melayu Islam, sedarlah semua bahawa tindakan anda menyokong mereka adalaha satu kesilapan besar. DAP secara terbuka menyatakan hasrat mereka menentang Negara Islam. Jika hubungan yang terjalin antara PAS dan DAP hanyalah berkisar kepada kawan rapat (ada udang sebalik batu) sahaja tetapi bukan hubungan menyokong dan menerima Malaysia sebagai negara Islam. Secara diam-diam dan terancang, DAP telah mengatur strategi menentang agama Islam sebelum memperolehi kuasa kerajaan. Kini apabila mereka berkuasa dan berjaya mengelirukan PAS untuk turut sama sebagai jentera mereka, secara terbuka mereka bertindak menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Sedarlah wahai rakyat sebelum terlewat. Kita masih mampu bertindak memperbetulkan keadaan.
‘‘Kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, kami tidak punyai masalah dan ketika ini kami sedang berunding beberapa kerusi di Sabah dan Sarawak. Lain negeri tiada masalah,” katanya dalam satu pertemuan di kliniknya di sini hari ini.
Man Hin, 83, yang pernah menjadi Ahli Parlimen Seremban Timur pada tahun 1969 berkata, sehingga kini DAP tidak boleh menerima apa yang diinginkan oleh Pas itu.
Mengenai krisis dalaman DAP yang berlaku ketika ini termasuk calon menarik diri daripada bertanding, beliau berkata, ia biasa berlaku dalam mana-mana parti politik.
“Kadangkala mereka yang tidak dicalonkan merajuk. Bila letak tempat lain, tak mahu. Tetapi kita akan selesaikan krisis itu dengan segera.” jelasnya.
Man Hin turut mengakui adalah menjadi amalan DAP untuk meletakkan calon luar dalam pilihan raya di kawasan yang difikirkan boleh dimenangi oleh calon berkenaan.
‘‘Sudah tentulah kita meletakkan calon yang boleh menang di mana-mana kerusi yang ditandingi oleh DAP. Itu adalah perkara biasa. Mana mungkin kita letakkan calon yang tidak popular dan tidak boleh menang di kawasan tertentu,’’ katanya.
Ditanya apakah DAP masih berhasrat untuk menawan Pulau Pinang, Man Hin berkata: ‘‘Hasrat memang ada tetapi bukan satu kemestian. Kita ada calon yang kuat di Pulau Pinang. Kami akan bersama PKR.”
Mengenai pemimpin de-facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya, beliau masih relevan.
‘‘Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) juga masih relevan dan dia memang calon paling layak bertanding untuk DAP. Mentalnya juga baik. Cuma badannya sahaja yang lemah. Dia telah memberi khidmat yang baik, bukan sahaja kepada rakyat tetapi dalam Parlimen dan sebagai peguam,” jelas Man Hin.
Mengenai peluang DAP di Negeri Sembilan, Man Hin memberi gambaran bahawa parti pembangkang itu akan memenangi enam kerusi DUN dan satu Parlimen pada pilihan raya nanti kerana calonnya berkaliber, muda dan bertenaga.
‘‘Gaya pengundi hari ini sudah berubah, mereka cenderung untuk menyokong pembangkang. Mereka adalah generasi muda yang boleh berfikir panjang. Hanya 10 peratus sahaja generasi berusia 60 ke 70 tahun ke atas. Pengundi India dan Cina juga akan menyokong pembangkang,’’ kata beliau.
9 comments:
Siut betul DAP ni. Tu la korang yg pangkah DAP/PKR/PAS mesti nyesal giler. PAS tak nyesal ke wat pakatan ngan parti yg bangang ni?
UMNO pn satu, jangan tidur lagi..
DAP baru dapat kuasa, semuanya dia nak ubah. Manifesto dahulu hanya gimik semata-mata. Sekarang rakyat boleh lihat bagaimana syaitannya mereka dan betapa busuk babinya minda dan hati mereka terhadap kita umat Islam Malaysia.
malaysia sekarang ni negara Islam ke..
cuma dlm perlembagaan je ada kata Islam agama rasmi, tp bkn menggambarkan negara ini ditakrifkan negara Islam, sbbnya, malaysia masih mengekalkan perlembagaan penjajah
negara islam yg sebenar2nya hanyalah negara yg menggunapakai hukum dari alquran dan assunnah.
Apakah dengan pengisytiharan, maka jadilah negaralah Islam
xde lg dlm dunia ini yg blh ditakrifkan sbg negara islam, yg ada hanya negara yg bermajoritikan orang islam dan pemerintahannya dikuasai oleh org islam.
Sekrg ni kami mahu menanam nilai2 murni dan ajaran2 suci islam kepada semua org terutama umat islam spy puak2 dap nampak, betapa baiknya ajaran Islam,
bak kata org yg ngaji agama ini cara ‘dakwah bilhal’, sbb tu kitorg ajak diorg g kelantan tgk macamana penerimaan org cina kt sana dgn pemerintahan tuan guru kitorg, ini belum tgk lagi dah kata macam2
Rasullullah dulu pun pernah kena baling batu dan najis semasa sampaikan dakwahnya, tp akhirnya org yg aniaya dia tu insaf peluk Islam, sebab apa? Sbb org tu nampak akhlak Rasulullah yg menggambarkan sebenar2nya akhlak Islam.
Kalau PAS sendiri dah bersongkol dengan DAP & PKR sokong kandang babi, mana nak datangnya PAS boleh bawak negara ke arah ajaran Islam. Nak angkat dan julang PAS tinggi-tinggi pun tak gunalah kalau PAS sendiri jadi pecacai tak boleh cakap apa ikut telunjuk DAP cina kafir tu.
Malaysia jika diperintah bangsa lain selain Islam, ko ingat akan jadi negara ke arah negara Islam atau akan terus jadi negara umat islam ditindas kafir. Cubalah ko pikir sikit Gaban! lebih baik negara kita sekarang yang diperintah oleh orang Melayu kita daripada diperintah oleh bangsa lain yang cuma ada motif untuk hancurkan orang Islam. Ko pilihlah mana satu! memandangkan komen ko lebih berpihak kepada kafir.
sama aja UMNO-DAP ..
UMNO tolak hudud, DAP tolak Hudud
Kalau betul UMNO nak Islam, tentu dah lama laksanakan hukum Islam..
Heran jugak.. semua tahu mencuri tu hukumnya potong tangan dalam al-Quran, tapi tolak juga ..kemudian dok kata DAP tolak Hukum Hudud.. dia kapir, memang la mcm tu ..
Ni UMNO pun sama ..siap promote sapa nak makan sup tangan boleh pergi ke kelantan .. nak tanya hukum dalam al-Quran tu sapa buat? PAS buat ka ??
Dok sibuk DAP tolak hudud pasal apa ?? Kalau kata hudud kelantan tu hudud PAS, bawak mari la Hudud SeBENAR MCM MANA ??
Kan ramai pakar-pakar Agama yang pandai Tafsir al-Quran .. draf la hudud yang sebenar dan bentang dalam Parlimen ..KIta nak tengok la mcm mana tafsiran UMNO tentang hukum yang telah sahih ada dalam al-Quran ..
KALAU DAH KATA PAS TAK BETUL, TAK PANDAI, TAK RETI.. UMNO BUAT LA YANG BETUL MENGIKUT APA YANG TERCATAT DALAM AL-QURAN TU ..
KUALA LUMPUR 14 April (Utusan Malaysia)- Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting menegaskan bahawa parti itu menolak pembentukan sebuah negara Islam.
Menurut beliau, penolakan itu adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
''Kami tidak akan menerima sebuah negara Islam kerana ia bertentangan dengan apa yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
apa kata survey wahai wazirai
Keadaan dah genting camni pn korang semua tuding2 kepala orang lain lagi. Bila korang nak sedar?
PAS skang ni dh dpt kuasa tp kuasa tu dikuasai oleh DAP. Korang nak cakap apa? Nak watpa?
UMNO dah lemas dah skang ni, reti tak wat CPR? Tu la korang pun satu tak ajar siap2 ahli korang wat CPR, skang kan susah. Tak payah nak salahkan orang tu salahkan orang ni...
PKR ni menghancurkan dan memecahbelahkan Melayu adalah. Dasar perjuangan PKR pn aku tak jelas maksudnya. Klu stakat nk memenuhi hasrat DSAI tu tak payah la. Yg kena tipu orang kampung jugak!
Sekarang DAP dah dapat kuasa, kuasa mereka sekarang bukan setakat nak tadbir negeri tetapi siap pakej nak hancurkan negeri tersebut daripada terus berada di dalam pembentukan sebuah negara Islam. Ini merupakan satu masalah serius. Jika mereka boleh secara terus dan lantang bertindak untuk tidak menerima Islam sebagai satu acuan dalam pentadbiran negeri dan negara, bagaimana kesnya ini. Sekarang bagi bangsa Melayu yang beragama Islam kenapa perlu bertekak sesama sendiri. Isu ini bukan lagi tergolong dalam parti masing-masing tetapi ianya melibatkan sensitiviti umat Melayu dan perundangan Islam Malaysia.
Jika nak dikira hukum hudud dan sebagainya, jika betul PAS ingin mempraktikannya kenapa tidak dibuat di Kelantan. Mengikut kepada undang-undang hudud berdasarkan kepada Rang "Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 – Kerajaan Negeri Kelantan"
Contoh pertama ialah hukuman untuk mencuri:
“Sesiapa yang melakukan sariqah (mencuri), melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:
(a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya;
(b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan
(c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan sesal.” (Bahagian I, perenggan 6)
Hukuman ini mengatasi hudud Allah yang hanya menyuruh potong tangan.
Itulah had hukuman yang ditetapkan Allah bagi pencuri. Firman-Nya,
“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38).
Itulah juga hukuman maksima yang dijatuhkan oleh rasul ke atas pencuri kerana dia menuruti perintah Tuhan berbunyi,
“Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu” (5:48).
Contoh kedua ialah hukuman bagi kesalahan merompak:
“Sesiapa melakukan hirabah (merompak) hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:
(a) dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil;
(b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak ada apa-apa harta yang telah diambil;
(c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika harta sahaja yang diambil dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau mencederakannya; tetapi sekiranya harta-harta diambil dan kecederaan dilakukan ke atas mangsanya, maka diyat atau irsy hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki .....” (Bahagian I, perenggan 9).
Jadi sekarang pikir-pikirlah sendiri kenapa PAS sendiri tidak mampu melaksanakan hukum hudud serta tidak mendapat sokongan daripada kerajaan. Nyata ianya berbeza dari apa yang dinyatakan oleh Allah.
Benar DAP tidak memahami ajaran dan perlembagaan sesebuah negara Islam tetapi jika mereka tidak lagi menghormati penduduk Melayu Islam serta menolak sepenuhnya perlembagaan sebuah negara Islam ini secara tidak langsung mencerminkan mereka tidak lagi menghormati Islam sama seperti yang dilakukan oleh Israel dan Belanda sebelum ini. Jika dibiarkan lambat laun ditakuti akan timbul filem FITNA baru keluaran DAP yang jelas menidakkan dan mengutuk ajaran dan perlembagaan Islam di Malaysia.
Post a Comment