Tuesday, April 1, 2008

Tujuh bukan Melayu...tiga Melayu di Perak

Seramai tujuh bukan Melayu iaitu enam daripada parti DAP serta satu daripada PKR hari Sabtu mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Exco). Majlis mengangkat sumpah diadakan dihadapan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Dengan perlantikan itu, ini bermakna suara majoriti di dalam mesyuarat Exco Perak ialah tujuh bukan Melayu manakala Melayu pula hanya empat orang termasuk Menteri Besar.

Bangsa Melayu sendiri sudah tidak mendapat tempat di dalam politik negara sendiri hinggakan begitu mudah dirampas oleh bangsa asing. Sedarlah sekarang wahai bangsa ku sebelum semuanya telah terlambat.

Daripada 10 Exco yang mengangkat sumpah, enam orang adalah daripada DAP, tiga daripada PKR dan satu daripada PAS. Mereka ialah Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan), Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis), Su Keong Siong (DAP-Pasir Pinji), Chen Fook Chye (DAP-Keranji), Seah Leong Peng (DAP-Pasir Bedamar), A. Sivanesan (DAP-Sungkai), Tai Sing Ng (PKR-Kuala Sepetang), Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Mohd Zainudin Mohd Yusof (PAS-Lubuk Merbau).

2 comments:

namad said...

Kalau semua orang melayu undi PAS, sure kerusi DUN Perak di monopoli orang Melayu. Tapi nak cakap pun dah tak guna. MP grik menang kerana mengalahkan calon Melayu PKR. Belum lagi cerita kerusi DUN. Nasib la Samy velu kalah, kalau tak semakin kecik MP melayu.
Yang penting pelihara lah akidah, dari pelihara bangsa. Jangan sampai nak murtad pun murtad la, janji masih melayu. Fikir2 kan lah

yusof said...

Kekuatan kuasa Melayu yang disokong dengan bilangan ramai dan kuantiti sistem pemerintahan terbukti tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan dan ternyata juga tidak dapat bertahan lama. Ini digambarkan oleh anak buah saya semasa berada di luar perkarangan kediaman rasmi MB selepas pembentukan kerajaan negeri tahun 2004 pada ketika itu dia kakitangan sebuah syarikah kontraktor bumiputra dan dalam beberapa hari lalu beliau sebagai ushawan kontraktor turut serta untuk menemui MB sekarang. Kalau dalam tahun 2004 beliau tidak berpeluang langsung untuk mendekati MB yang dikelilingi oleh penyokong2 dengan kenderaan-kenderaan mewah, angguta keselamatan yang dengan kasar akan meolak sesiapa terutama orang Melayu yang ingin mendekati MB dan tidak ketinggalan juga kelihatan wanita-wanita bergaya dengan rambut warna-warni dan dalam beberpa hari selepas itu pun beliau masih gagal menemui MB sedangkan tokeh-tokeh Cina dengan mudah memasukki pekarangan kediaman MB, kadang dengan memakai seluar katok aja dan takda hormat pun pada anggota keselamatan kerana mereka ini datang untuk menagih balasan selepas mencurahkan berjuta-juta ringgit untuk membantu BN di dalam PR11. Tapi keadaannya seungguh berbeza dengan suasana semasa MB baru perak memasukki kesiaman rasminya yang hanya dikawal oleh beberapa angguta polis sahaja dan anak buah saya berjaya menemui dan berjabat tangan dengannya pada hari itu juga dan yang lebih pentingnya terdapat juga tokeh-tokeh Cina yang datang, tapi kelihatan lebih tertib walau pun mereka tahu yang majoriti angguta esko kerajaan Perak bukan dari kaum MB. Inilah kuasa sebenarnya seoarng pemimpin moden yang bukan berdasarkan kepada kuantiti sahaja, tapi pemimpin yang dihormati dan disegani. Wabak-wabak filem bollywood sudah berlalu dan kita akan menonton filem-filem epik pemimpin Malaysia.