Beliau yang menghantar sendiri surat peletakan jawatan ke pejabat-pejabat media pukul 10 pagi ini, muncul sekali lagi pada pukul 6 petang menemui wartawan dan kali ini mengumumkan menarik balik surat peletakan jawatan itu.
‘‘Setelah berbincang dengan Guan Eng, saya bersetuju menarik semula surat itu dan atas semangat parti, saya akan meneruskan khidmat sebagai ADUN Buntong mewakili DAP,” katanya dalam satu sidang akhbar ringkas di Pejabat DAP Perak di sini hari ini.
Sebelum itu pada sebelah pagi, Sivasubramaniam, 42, mendakwa keputusannya meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan agihan jawatan Exco kerajaan negeri untuk kaum India.
Menurutnya, Pengerusi DAP, Ngeh Koo Ham tidak menunaikan janji untuk memberi dua jawatan Exco kepada pemimpin kaum India.
‘‘Ini adalah satu penipuan kepada masyarakat India di Perak, sedangkan kemenangan DAP pada pilihan raya lalu adalah melalui ‘Makkal Sakti’ (suara rakyat),” katanya.
Berikutan keputusan nekad Sivasubramaniam, Koo Ham pada sidang akhbar pada pukul 3.30 petang berkata, beliau akan memujuk ADUN Buntong itu.
‘‘Saya percaya apa yang berlaku ini kerana salah faham,” kata Koo Ham.
Katanya, parti itu malah kerajaan campuran yang diketuai Menteri Besar, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin sama sekali tidak mendiskriminasikan kaum India.
‘‘Walaupun kaum itu hanya diberikan satu jawatan Exco, tetapi kesemua gabungan parti memerintah bersetuju pada prinsipnya akan menyerahkan jawatan Speaker DUN kepada kaum India, sesuatu yang tidak dilakukan sebelum ini,” katanya.
Sandiwara pemimpin DAP itu tidak ubah episod ulangan slot Februari lalu yang berlaku sejurus pembubaran Parlimen, apabila Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya.
Bezanya Po Kuan, 34, mengambil masa yang agak lama iaitu lima hari sebelum mengubah pendiriannya.
Komen: Cakap putar belit. Terang-terangan rakyat boleh lihat macam mana rapuhnya pemikiran mereka ini termasuklah dalam hal-hal yang melibatkan mereka membuat keputusan. Semuanya mempunyai daya membuat keputusan yang bodoh, lemah dan amat memalukan.
Betullah kata pepatah kalau jumpa ular dengan DAP mana nak pukul dulu, pukul DAP la. Dia punya belit lagi kotor daripada ular.
No comments:
Post a Comment