Thursday, April 3, 2008

Siasatan Polis Ke atas Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak akan terkecuali daripada dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan mengenai kenyataannya berkaitan sistem tender terbuka yang akan mengantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), kata Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Salleh Mat Rasid.

Beliau berkata perkara itu adalah prosedur biasa yang dilakukan oleh polis semasa menjalankan siasatan.

"Sesiapa sahaja boleh dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan, termasuk juga Ketua Menteri (Lim Guan Eng). Itu perkara biasa dalam menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program derma darah sempena sambutan Hari Polis ke-201 di Pengkalan Marin Wilayah Utara, Batu Uban di sini hari Selasa.

Siasatan itu diadakan berikutan laporan polis yang dibuat seorang peguam Abu Backer Sidek Mohamad Zain pada 14 Mac lepas yang meminta pihak berkuasa menyiasat Lim yang beliau dakwa telah mengeluarkan kenyataan cukup sensitif kepada orang Melayu.

Ditanya bila polis akan memanggil Lim untuk memberi keterangan, Salleh berkata ia bergantung kepada tahap dan proses siasatan kes itu.

Beliau berkata polis juga akan mengambil keterangan daripada wartawan yang menghadiri sidang akhbar Lim mengenai sistem terbuka yang bakal dilaksanakan kerajaan campuran DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengantikan DEB sebaik dilantik sebagai Ketua Menteri baru-baru ini.

"Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan, itu prosedur biasa. Bila ada laporan yang dibuat, kita akan siasat kes dan ambil keterangan untuk memastikan sama ada kes itu kukuh atau sebaliknya.

"Kalau ada keterangan yang kukuh, kita akan dakwa dan sebaliknya," kata Salleh.

Komen:

Kita tunggu dah lihat apa keputusan dari pihak polis selepas selesai siasatan. Sebelum ini secara terbuka Lim mengumumkan akan memansuhkan DEB di Pulau Pinang selepas PRU-12. Jika dilihat secara kasarnya telah terbukti Lim telah mengumumkan
kenyataannya berkaitan sistem tender terbuka yang akan mengantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tanpa mengkaji dan mengambil kira perasaan rakyat dan juga suara kaum Melayu Pulau Pinang.

DEB bukan isu remeh tetapi ianya melibatkan pelbagai kaum dan pihak yang selama ini bergantung kepada perlaksanaan DEB ini. Jika ianya dimansuhkan maka Lim perlu berhadapan dengan pelbagai masalah yang pasti timbul dari semua penjuru dan tindakan rakyat di Pulau Pinang.

1 comment:

yusof said...

DEB tidak dinafikan sebagi satu kaedah ekonomi yang difikirkan sebagi satu jalan penyelesaian selepas satu episod yang lalu, tapi pada hemah saya, arkiteknya tidak pernah merancang untuk menjadikan semua rakyat pelbagai kaum, termasuk orang Melayu menggantungkan hidup dan mati mereka ke atas dasar ini. Siapa yang menjadikan orang Melayu, hidup dan mati mereka bergantung kepada DEB ini seharusnya seperti orang yang memakan lada, dialah sepatutnya merasa pedas, bukan semua rakyat pelbagi kaum kerana mereka sekarang sudah mendapat sedikit air penawar untuk cuba merawat diri mereka.