Penulis telah meneliti ucapan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung Tun Dr Mahathir Mohamad dalam banyak klip video yang disiarkan dalam internet termasuk You Tube.
Anwar bertegas mendakwa Dr Mahathir banyak melakukan penyelewengan kuasa dan membina kekayaan keluarga ketika menjadi perdana menteri sama dengan Dato' Seri Abdulah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Terbaru ketika berucap di perhimpunan Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini malam semalam, Anwar menggesa Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjalankan siasatan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir sewaktu mengetuai kerajaan selama 22 tahun.
Anwar mendakwa Dr Mahathir merosakkan sistem kehakiman, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana awam, termasuk untuk anak-anaknya.
Ini bermakna Anwar kini melancarkan semula perang terhadap Dr Mahathir sempena pembebasannya daripada sekatan undang-undang selepas dihukum penjara selama enam tahun akibat dakwaan rasuah yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Dr Mahathir kini memainkan peranan secara kritis di luar kepompong parti untuk mengembalikan imej Umno/Barisan Nasional (BN) dengan mendesak Abdullah dan kepimpinan tertinggi parti itu berubah segera. Sejauh mana tindakannya itu berkesan, kita lihat perkembangan politik tanah air selepas ini.
Komen:
Pakatan Rakyat jika dilihat dengan lebih mendalam hanya merupakan satu pakatan rapuh yang di dalangi oleh DAP. Rencah pakatan ini adalah hanya untuk mengaburi mata rakyat bahawa mereka boleh dilihat membela nasib rakyat tetapi di dalam diam mereka bagaikan nanah yang memakan sedikit-demi sedikit isi hati rakyat hingga kelak segala kuasa dan suara rakyat di mamah hingga hilang kesemua hak-hak rakyat terutamanya bangsa Melayu.
Kasihan bila melihat pakatan yang melibatkan PAS. PAS bagaikan tenggelam punca mencari cara rawatan untuk meloloskan diri daripada cengkaman kuat DAP ke atas mereka. Mereka langsung tiada nyawa untuk menentang DAP hingga sanggup mengikut telunjuk mereka tanpa sebarang bantahan. Lihat sahaja isu HINDRAF, nyata sekali mereka takut untuk berkata atau menolak kesalahan yang dilemparkan HINDRAF terhadap orang Islam. Mereka mengambil jalan selamat dengan tidak memberi komen dan dalam masa yang sama ditekan oleh DAP untuk menelan segala kecelakaan yang di lemparkan oleh HINDRAF terhadap orang Melayu Islam.
Maka jelas di sini hilang segala pemahaman mereka terhadap hukum-hukum Allah dek dihimpit dan diasak oleh parti lain yang tidak sedikit pun memahami Islam. Oleh kerana kuasa yang diimpikan PAS bagai tidak lagi menoleh kebelakang untuk mengimbau kembali saat mereka melaungkan memartabatkan Islam serta tidak akan bersongkol dengan kafir laknat. Demi kuasa yang diberikan hukum Islam dan ajaran yang dilandaskan oleh Allah s.w.t di tolak ketepi, biar apa pun terjadi kuasa dan kemewahan dunia dicari dan perlu dirasai.
No comments:
Post a Comment