Wednesday, April 16, 2008

Harga Beras Naik, Pakatan Rakyat Cabut Lari

Harga beras di negeri ini naik kira-kira RM1 hingga RM2 sejak minggu lalu apabila bekalan beras dunia dilaporkan semakin meruncing.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Datuk Yusuff Ismail berkata, pejabatnya telah menerima lebih 100 panggilan telefon daripada pengguna yang mengadu kenaikan harga beras secara mendadak.

"Ada pengguna yang mengadu bahawa dia perlu membayar RM17.50 berbanding RM15.50 untuk sekampit berat 10 kilogram.

"Tinjauan saya juga mendapati banyak pekedai mendakwa mereka terpaksa menaikan harga berikutan terpaksa membeli beras dengan harga yang mahal daripada pemborong," ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Yusuff, kenaikan harga beras tidak patut berlaku kerana kerajaan masih belum diumumkan kerajaan dan pengguna terpaksa menghadapi pelbagai kenaikan harga barang makanan sejak akhir-akhir ini.

"Harga mi baru sahaja naik baru-baru ini, jadi para pemborong beras tidak perlu menambahkan beban pengguna dengan menaikkan harga beras.

"Negara kita mempunyai bekalan beras yang mencukupi dan saya menasihatkan mereka agar jangan cuba meraih keuntungan walaupun berlaku masalah bekalan beras di pasaran dunia," katanya.

Ujar beliau, negeri Kedah merupakan jelapang padi negara dan masalah kekurangan beras tidak sepatutnya berlaku.

"Beras merupakan makanan ruji penduduk negara ini dan pengguna terpaksa membelinya juga walaupun harga semakin meningkat.

"Saya mahu pihak berkuasa memantau perkara ini bagi memastikan harga beras tidak dinaikkan sesuka hati oleh para peniaga," ujarnya.

Komen:

Nampaknya yang paling gembira sekarang, Pakatan Rakyat tetapi yang sengsara rakyat apabila harga beras melonjak naik. Negeri Jelapang Padi ini akan jadi perintis negeri terawal akan naikan harga beras ketahap maksima. Masalah rakyat tak jadi masalah, yang penting kenyangkan poket anggota kerajaan Pakatan Rakyat masing-masing.

Kita tunggu dah lihat samada Menteri Besar Kedah yang baru akan berikan subsidi kepada rakyat atau tidak ekoran daripada kenaikan harga beras yang melambung tinggi.

Mungkin ini jawapannya "Kami tak menang dengan majoriti 2/3 dalam PRU-12 dan tak dapat bentuk kerajaan jadi semua janji kami tak boleh tunaikan. Masalah beras ini pun kami tak boleh buat apa-apa kerana bukan kerajaan, jadi minta pada kerajaan, kami tak mahu ambil peduli"

Motif dari perenggan di atas: "Mudah nak lepas tangan, tolak masalah pada kerajaan BN, kerajaan BN tetap pemurah dan sentiasa mementingkan rakyat walau apa pun terjadi, tetapi Pakatan Rakyat telan duit rakyat dan kongsi kekayaan dengan penternak babi".

1 comment:

si_merahhati said...

Naik, naik, naik.... Sedap je naik rege barang. Tak pikir ke golongan yg berpendpatan rendah? Haiyooo... apa nk jadi ni?