Thursday, April 10, 2008

Janji PKR & PAS Tengelam Macam "Tahi Babi"


MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Parti Keadilan Rak- yat (PKR) dan Pas, begitu bersungguh- sungguh menguar-uarkan konsep per- juangan mereka yang bertunjangkan ne- gara kebajikan.

Semua janji-janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang itu begitu menarik dilihat, sudah pasti bagi orang yang tidak berfikir panjang, tidak ada alasan bagi mereka untuk me- nolaknya.

Keputusannya, rakyat memberi mandat besar kepada pembangkang, sehingga mampu merampas empat negeri – Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah daripada Barisan Nasional (BN).

Tanpa berlengah, kerajaan keempat- empat negeri berlumba-lumba cuba me- nunaikan janji-janji mereka yang ‘berjaya’ menawan pengundi.

Namun dalam keghairahan itu, umpama ‘kaduk naik junjung’, ada kerajaan negeri yang terlampau cuba menonjolkan ketelusan kepada rakyat.

Sikap keterlaluan itu menyebabkan ada yang terlupa akan sensitiviti penduduk pelbagai kaum di negara ini setelah merasakan mereka kini mempunyai ‘lesen besar’.

Di Selangor, keputusan kerajaan negeri yang segera meluluskan projek ladang ternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Mukim Batu di Kuala Langat, merupakan hadiah negara kebajikan yang melukakan hati rakyat.

Sebelum ini, PKR dan Pas menjaja ke seluruh negara membelasah BN yang mencadangkan projek itu. Malah, pendu- duk kawasan sekitar Kuala Langat dan Sepang, pasti masih mengingati risalah yang diedarkan Pas menjelang pilihan raya umum lalu mengenai projek itu.

‘Teknologi dari Jerman, yang terbesar di Asia. Bersih, bau tak ada, katanya. Ta- pi babi tetap najis! Buat apa ternak kat sini. Tempat lain tak ada? Yang tak ada orang duduk. Sementara ada peluang sekarang, gunakanlah. Memang bagi orang Islam, babi merupakan perkara paling sensitif sekali. Tidak ada orang Islam sanggup menyentuh haiwan itu.’

Tetapi semata-mata mahu cara meng- halalkan matlamat, dua Exco Melayu ber- agama Islam di Selangor sanggup mempertahankan keputusan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari misalnya, mempersoalkan kenapa media terlalu menonjolkan isu itu.

“Umat Islam sendiri dibenarkan men- jamah daging babi apabila darurat, tetapi kenapa media tidak menonjolkan berita mengenai zina,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali pula menjelaskan, selagi projek itu tidak mencemarkan alam sekitar, Pas tidak menghalang daripada menyokongnya bagi memenuhi keperluan penduduk bukan Islam.

“Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi tetapi orang bukan Islam pula makan babi, itu hak mereka, ini bukan soal rasuah dan jenayah yang sepatutnya menjadi keutamaan kita untuk membanterasnya,” katanya.

Itulah kata-kata apabila orang sudah mendapat kuasa. Jika sebelumnya, sebut apa sahaja yang dilakukan kerajaan BN, semua tidak betul, bekerjasama dengan bukan Islam adalah haram, tetapi lihatlah sekarang, inilah hadiah negara kebajikan yang dijanjikan kepada rakyat.

Berselerak

Barangkali kerajaan campuran diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas di Selangor, melihat projek yang dikatakan mencecah nilai RM100 juta itu, mampu memusatkan ternakan babi yang ketika ini dijalankan secara berselerak di sesetengah kawasan di negeri itu.

Setakat ini, sebanyak 137 ladang dicatatkan beroperasi di Selangor, keempat tertinggi selepas Pulau Pinang yang mempunyai 227 ladang, Perak (152) dan Kelantan (151).

Persoalannya kenapa kerajaan negeri begitu beria-ia benar untuk meluluskan projek ini? Adakah bekalan babi masih tidak mencukupi untuk menampung ke- perluan orang bukan Islam di Selangor yang dianggarkan seramai 1.3 juta Cina dan 647,000 India.

Setakat ini tidak pernah ada laporan bekalan babi di negeri itu tidak mencukupi termasuk ketika musim-musim perayaan, sesuatu yang mustahil memandangkan mengikut penternak, seekor babi betina mampu melahirkan 10 ekor anak dalam masa tiga bulan.

Sekiranya, sebuah ladang mempunyai 300 ekor babi betina dewasa, jika dihitung, setiap seekor mampu melahirkan kira 900 ekor setiap tempoh tiga bulan dan 3,600 ekor untuk tempoh setahun.

Oleh itu, Selangor boleh dikatakan mampu menternak kira-kira 493,200 ekor babi untuk tempoh setahun. Jumlah itu dilihat cukup untuk menampung keperluan orang bukan Islam kerana angka tersebut tidak lagi termasuk jumlah kemasukan bekalan daging babi da- ripada negeri lain ke Selangor.

Keputusan kerajaan negeri meluluskan projek ladang babi yang berskala besar, perlu difikirkan semula kerana ia sebenarnya satu projek yang tidak mem- beri manfaat kepada semua rakyat.

Sebaliknya, kelulusan projek ternakan yang kononnya ‘berteknologi Jerman’ itu hanya mengundang kemarahan rakyat terutamanya di daerah Sepang yang majoritinya tidak mahu projek itu dilaksanakan di kawasan mereka.

Ini kerana, daerah berkenaan terdiri daripada kira-kira 86,000 penduduk majoriti adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Kerajaan negeri seharusnya mengambil kira komposisi itu sebelum bersetuju melaksanakan projek sedemikian.

Ini kerana bantahan yang sama mungkin timbul sekiranya kerajaan negeri membina sebuah masjid besar di tengah-tengah kawasan yang majoritinya bukan Islam.

Bagi bekas Menteri Besar Selangor, belum terlambat untuk kerajaan negeri membatalkan atau mengalihkan projek itu ke tempat lain.

“Kerajaan negeri dahulu hanya bersetuju meluluskan projek untuk skala kecil, itu pun belum ditetapkan lokasinya.

“Kalau penduduk setempat membantah atau penternak tidak bersetuju, kita akan batalkan projek itu,” kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Sepatutnya, sebarang keputusan terutama membabitkan perkara-perkara menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, kerajaan negeri perlu mengambil kira segala pandangan dan memberikan keutamaan yang difikirkan sesuai demi ke- pentingan majoriti.

Akibat keresahan dan kebimbangan terhadap projek itu, sekumpulan kira-kira 200 penduduk bertindak berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, membantah projek itu.

Ketua Kampung Tumbuk Darat, Mohamad Tarmudi Tushiran yang mengetuai penduduk Kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat, Tanjung Laut, Layang, Kundang dan Indah, meluahkan suara hati mereka terhadap ketidakprihatinan kerajaan negeri terhadap permasalahan mereka.

Sedangkan penternak babi secara kecil-kecilan sudah cukup membuatkan penduduk Melayu di situ menanggung derita sejak puluhan tahun lalu, inikan pula projek berskala besar.

Sebut apa sahaja – bau busuk, air su- ngai dan pantai yang tercemar akibat pembuangan sisa serta najis ternakan itu yang tidak terkawal.

“Kami (penduduk) sudahlah tidak tahan lagi dengan masalah itu, ditambah lagi dengan keputusan kerajaan negeri nak bina projek ternak babi secara besar-besaran di kawasan ini.

“Apakah kawasan tanah di sekitar penempatan kami ini sesuai untuk ternak babi? Kenapa tidak ternak benda lain menggunakan teknologi tinggi seperti lembu atau kambing secara besar-besaran supaya semua orang sama ada Melayu, Cina dan India dapat nikmati semua, paling kurang pun, ada juga peluang kerja untuk semua orang,’’ katanya.

Dalam soal ini, kerajaan negeri pimpinan parti campuran ini seolah-olah menidakkan peranan rakyat dalam setiap pembangunan di negeri itu.

Malah, kerajaan negeri juga dilihat se- perti lupa diri selepas dihadiahkan man- dat oleh rakyat. Demi memenuhi tuntutan ‘rakan sebantal’, kepentingan pengundi sanggup dikorbankan.

14 comments:

gaban said...

Apa lg nak kata... cuba baca statement mufti ni...

Umat Islam jangan terlalu emosi

SHAH ALAM - Umat Islam di negeri ini dinasihati agar tidak terlalu emosi, sebaliknya bertolak ansur berhubung tindakan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok di Sepang bernilai RM100 juta.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata isu ladang babi tidak perlu diperbesar-besarkan kerana dalam konteks Islam, kita disarankan agar menjaga kepentingan bangsa lain untuk keharmonian serta kesejahteraan masyarakat setempat.

“Sebagai umat Islam yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kita seharusnya menjaga hati umat Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum terutamanya perkara yang melibatkan perasaan mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Tamyes, rakyat perlu mengambil kira matlamat kerajaan negeri dalam melaksanakan projek berkenaan untuk kepentingan bersama terutama bagi bagi memudahkan kawalan dan penyeliaan ternakan itu yang kini berselerak.

“Jika matlamat kerajaan negeri adalah untuk keperluan masyarakat bukan Islam, kita tidak seharusnya menyekat hasrat itu. Ini merupakan kepentingan bagi mereka. Mereka (golongan bukan Islam) mempunyai hak untuk menikmati keperluan tersebut. Masing-masing mempunyai hak mereka sendiri,” katanya lagi.

Tambah beliau, walaupun perkara ini menjadi sensitif pada sesetengah pihak kerana masing-masing beranggapan cadangan berkenaan akan memberi kesan negatif seperti pencemaran yang berlaku sebelum ini kepada mereka namun secara saintifik ia mendatangkan faedah kepada semua pihak terutama kepada penternak terbabit.

“Projek ini boleh dilaksanakan sekiranya diuruskan dalam keadaan bersih seperti yang dibuat di negara Denmark dengan menjadikan kumbahan serta sisa-sisa najis haiwan berkenaan sebagai baja serta tidak melibatkan kawasan berhampiran penduduk terutamanya masyarakat Islam kerana akan menimbulkan perkara yang tidak diingini.

“Jika perkara sebegini tidak berlaku, tentu masyarakat setempat termasuk umat Islam dapat menerima pelaksanaan projek ini dengan baik,” ujarnya.

Beliau turut menasihati kepimpinan negeri agar melaksanakan segala program dengan dengan adil dan saksama di samping mengambil kira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.

“Walaupun isu ini terlalu sensitif di kalangan umat Islam, tidak salah jika kita bertolak ansur dan cuba memahami sesuatu itu dengan rasional," katanya.

Kelmarin, Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turut bersetuju tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek ternakan babi berkelompok kerana bertujuan untuk menyatukan semua ladang ternakan haiwan itu.

Memetik laporan dari sebuah akhbar harian, beliau dilaporkan berkata tindakan berkenaan adalah salah jika ia bertujuan untuk menyumbang kepada kepesatan industri ternakan haiwan berkenaan yang jelas salah di sisi agama.

“Sebaliknya jika niat mereka (kerajaan Selangor) ingin memelihara alam sekitar dengan menyatukan semua ladang ternakan itu di Selangor, maka ia boleh diterima kerana dapat mengelak pencemaran berlaku.

“Oleh kerana projek ini hanya untuk bekalan domestik, mungkin jumlahnya tidak begitu besar dan boleh dikawal sekiranya ia benar-benar bukan untuk dieksport dan dengan niat menjaga persekitaran,” katanya sebagaimana dilaporkan.

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story1403810.asp

WaZiRai said...

terlalu banyak yang kita dah kompromi dengan mereka. Lagi banyak kita beri lagi naik kepala mereka. Kita diam diri bila mereka tubuh kandang babi haram, tapi bila tanah rakyat pun nak diambil, nak dibesarkan lagi kawasan kandang, digunakan duit rakyat sebanyak mungkin, ini dah melampau. Bagi betis nak peha pulak.

Lainlah kalau kerajaan nak belanja rm 100 juta untuk projek yang boleh dinikmati semua secara bersama, ini tidak terus-terus nak buang duit sewenang-wenangnya. Bagaimana kalau apa yang dicakap tak menjadi. Cakap nak jaga alam dengan memproses kembali najis kepada bahan yang boleh digunakan kembali tetapi rupanya tak menjadi? Masalah pencemaran akan bertambah teruk dan kerajaan akan cakap perlukan rm 100 juta lagi duit rakyat selangor untuk jalankan proses rawatan.

Jika ini terjadi siapa yang menanggung beban! rakyat Selangor juga dan yang lagi teruk masyarakat kampungan yang majoritinya melayu di Sepang.

Kalau binatang halal, najisnya boleh dibuat baja, tetapi binatang haram ni, apa boleh buat selain mencemarkan alam sekitar!

AnakWatan said...

Inilah padahnya mengundi parti cina....

mula mula depa buat ialah kepentingan bangsa mereka sendiri.... bukan kepentingan semua kaum.....

adakah mereka cuba menambat hati org MELAYU macam mana pemimpin melayu lakukan pada bangsa cina.... hinggakan bangsa sendiri di anak tirikan.....

itu belum perintah malaysia lagi....

nanti habis org melayu di buang ke kandang babi.....

ekonomi nak pegang ... negara nak pegang.... itulah niat cina sekarang....

tapi MELAYU bodoh......

bagi manja kat bangsa CINA....

bangsa sendri dianak tirikan....

kalau cakap pun guna bahasa elok2... taku bangsa cina kecil hati.....

AnakWatan said...

kalau melayu semua bersatu mereka tidak akan jadi macam ini.....

mereka kata jika melayu jadi pemerintah mereka tak heran sebab mereka boleh beli dgn duit.....


memang betul.... tgk ajelah kandang babi haram tiada tindakan....

memang melayu agaknya suka duduk dalam kandang BABI nie....

kenapa baru sekarang nak sedar....

masih belum terlambat untuk mengubah keadaan.....

ini tanah melayu....

hak MELAYU.....


fikir2kanlah

gaban said...

kan kerajaan selangor dah janji, slps ni x akan ada lg kandang2 babi yg bersepah dan merata-rata tempat, yg ada cuma satu di sepang tu je..

apa zaman BN buat dulu, ladang hak milik org perseorgan pun x leh nak control..

PR dah buktikan, mrk akan jaga kebajikan rakyat

TheTruth said...

PRU 12 baru-baru ini, Pas bukan main lagi dengan risalahnya:

'Teknologi dari Jerman, yang terbesar di Asia.
Bersih, bau tak ada, katanya.
Tapi 'babee' tetap najis!
Buat apa ternak kat sini.
Tempat lain tak ada?
Yang tak ada orang duduk.
Sementara ada peluang sekarang, gunakanlah.
Jangan diperbodohkan lagi oleh yang penting perut sendiri.'

Pakcik aku (penyokong pas, tinggal di Kuala Selangor) yang sebelum ini begitu bangga atas kemenangan pakatan pembangkang menakluk selangor pada PRU 12 , kini mula menyesal krn menyokong Pas, apabila melihat exco kerajaan negeri dr pas sokong ladang BABI yang bernilai 100 juta itu

“Dulu masa kempen bkn main lg ngata org bela babi, skrg ni diorg lak yang bela babi, 100 juta tu mcm2 blh buat, tolong org miskin lagi baik” kata pakcik aku tu dlm slang jawanya.

spongegoat said...

Kenyataan mufti selangor dan perlis dlm sinar harian memang memeranjatkan penduduk kwsn sepang sbb kt situ majoriti Islam.

Memang betul toleransi dan alam sekitar, tetapi mengapa buat kt kawasan yg majoritinya penduduk Islam, kenapa mereka tak syorkan buat je kt area penduduknya cina, kt pulau ketam ke waima kerajaan negeri penang yg dipegang oleh org cina pun tak buat!

Walaupun dua-duanya bertitle mufti, jgn la sesapa takut nak argue pendapat mereka sebab mereka berdua bukan maksum mcm nabi, so, apa sahaja pendapat mereka dalam perkara furu’ masih boleh diperbincangkan.

Aku berharap betul Dato’ Tamyes dan Dr Asri pergi duk kt kawasan penternakan BABI, duk sana seminggu cukuplah macamana keadaan dan dialu-alukan menghirup udara di sana, baju yg dibasuh and then jemur, sure baju tu melekat bau taik BABI, sure tok2 mufti tu tak g mesejid dgn baju tu.

Kalau dah bernilai 100 juta, adakah target penternak tu hanya kpd pasaran domestik je, cubalah fikir sikit Dr. weh..

Agak2 berselera ke gamaknya Dato’ Tamyes nak makan sayur/buah yg dibajai oleh taik BABI tu, aku yg x tinggi ilmu agamanya pun x sanggup, pehal lak dia nak ikut cara denmark, lupa gamaknya mufti tu yg negara tu la dulu buat kontroversi karikatur Nabi Muhammad, kemudian dia gak canang suruh boikot barangan denmark, alih2 dia lak suruh ikut cara denmark.

Jangan disebabkan menjaga ‘tembolok’ sendiri, memikirkan jawatan dan kedudukan, prinsip diri hilang ke mana.

US yg bela babi pakai tekologi canggih pun masih dibelenggu pencemaran alam sekitar, so kesimpulannya tak payah la 2 org mufti tu nak BELA BABI, di mana sensitiviti mereka sebagai org Islam, sepatutnya diorg maklum yg orang Islam ni cukup sensitif bab BABI.

Anonymous said...

Projek 100 juta ladang ternak babi di Selangor ni memang besar.. besar gila BABI. Sama besar dengan besar kepala orang yang bersekongkol dan bersetuju dengan projek tersebut. Baru je pegang kerajaan dalam sebulan, dah besar lubang hidung macam hidung menatang tuu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin antara ‘manusia’ yang setuju sangat projek tu diteruskan. Yang paling peliknya, ada dua orang mufti pun ikut pegang ekor babi ni.. Apa cerita beb? Ulama apa macam ni? Semua ulama PAS pun jadi ular dalam semak je laa. Negeri Kelantan di bawah kibaran bendera PAS yang kononnya serambi Mekah pun negeri ketiga terbesar di Malaysia dengan 151 kandang penternak BABI.

Ni baru betul, PAS dan PKR pun dah jadi pencacai tua pengangkat najis. Belajar-belajarlah angkat najis BABI beramai-ramai yee. Lepas ni boleh buat program turun padang. Gotong royong bersama PAS-PKR cuci kandang BABI. Bila dah bersih, boleh la jadikan kandang tu dewan lokasi untuk ceramah perdana PAS-PKR. Boleh ajak BABI semua jadi jemputan. Lepas tu boleh belajar buat filem animasi macam filem animasi ‘BEB’ yang pelakon utamanya BABI.

Ternak BABI skala besar pulak berdekatan dengan kawasan penempatan Melayu-Islam. Kenapa tak dibuat di kawasan yang bukan Islam atau di kawasan mereka yang makan menatang ni? Apa kata kalau diorang ni semua dipindahkan dan duduk menginap di kawasan projek ni nanti? Sanggup ke? Duduk la mana-mana kawasan yang diminati. Alami sendiri. Buat pengalaman baru. Boleh buat banglo kalau nak. Buat semua rumah dari kepala menteri BABI sampai lah ke semua barisan exco. Bayangkan, bangun pagi nak hirup udara segar, dapat lah bau babi sarapan. Lepas balik kerja nak rehat dengan keluarga dapatlah bau taik BABI. Sambil-sambil bergelak ketawa dengan jiran atau tetamu disampuk pula bunyi BABI. Masa nak menikmati makan malam, dapat juga bau babi dan makan minumnya. Apatah lagi masa nak solat, tidur, dan lain-lain. Suri rumah penat-penat basuh baju dan siap guna Softlan dan Brownie nak bagi pakaian wangi dan lembut, tapi akibatnya, habis semua pakaian bau taik BABI. Itu belum lagi ambil kira kualiti air.

Cubalah fikir dan bayangkan situasi dan perasaan para penduduk setempat dahulu.. Selamilah isi hati mereka.

Dah la menatang tu BABI. Haram. Memang haram di sisi Islam. Apatah lagi kalau nak dilaksanakan hukum hudud kononnya nanti? Dulu bukan ke para pencacai ni kata BN haram, UMNO haram sebab bekerjasama dengan bukan Islam? Yang diorang ni nak bela menatang BABI ni? Halal ke? Skala besar pulak tu. Belanja sampai 100 juta. Besar gila BABI. Dah la bau BABI busuk, air sungai dan pantai pun tercemar akibat pembuangan sisa dan najis BABI yang tidak terkawal.

Habis rosak kawasan sekitar Sepang; Kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat, Tanjung Laut, Layang, Kundang dan Indah sampai lah ke pantai Morib. Sebelum ni, kawasan sekitar nyaman dengan tiupan angin sepui-sepui bahasa.. Lepas ni? Jadi lah angin sepui-sepui taik BABI.

Teknologi ternak babi pula dikatakan teknologi tercanggih yang diimport dari Jerman. Nak letak babi dalam hawa dingin? Pengawalan, pengurusan dan semua operasi guna komputer? Teknologi canggih ni kan ke lagi elok kalau diguna untuk ternak ayam, lembu, kambing, arnab, dan lain-lain. Lebih bermanfaat kepada semua dan lebih terjamin kebersihan dan kualitinya.

BABI ni diternak sebegitu banyak untuk apa? Sedangkan lembu, ayam, kambing, malahan beras sekali pun kita import. Importlah dari negara-negara pengeluar babi. Lagi jimat kos. Tak perlu susah payah nak jaga kebersihan kandang, kualiti sumer alam sekitar, kawasan tanah dan sebagainya.

AnakWatan said...

PKR-PAS-DAP.... BABI

Bulan Penuh 2012 said...

Seorang sahabat saya di Tumbok menceritakan kisah menjadi penunjuk perasaan upahan dan mendedahkan cukai ufti kepala babi yang dibayar oleh tokey2 babi di Selangor kpd ketua2 kampung Umno selama ini.

http://bulanpenuh2012.blogspot.com

manjalara said...

aku mmg sokong kelian semua..
Ketua menteri besar nya dan pengikut nya mmg taik BABI..... semua yang dijanji semua pembohong besar.bukan nak menolong org melayu, rupanya tolong bangsa cina buat ladang BABI rupanya.nilah dia pemimpin melayu yang terungul dalam negeri selangor. MENTERI BESAR BABI tulah gelaran yang paling manis diberi pada Ketua BABI PKR BABI>PAS BABI>DAP lagi BABI BESAR sama macam MB gak...rasanya tak payah pakai sokonglah khalid...buat berlaku aje kami memang tak nak tanah disepang ini dijadikan tempat penternakan BABI......!!!!!!

ingatlah wahai khalid dan juga pas jangan kerana gilakan kuasa sanggup buat apa aje yang disuruh olih DAP macam BABI kena cucuk hidung.!!!!!

TheTruth said...

kepada anak bulan;

cuba baca statement ni yg geng2 korang canang masa kempen PRU12 haritu kt sepang, apa kes..

'Teknologi dari Jerman, yang terbesar di Asia.
Bersih, bau tak ada, katanya.
Tapi 'babee' tetap najis!
Buat apa ternak kat sini.
Tempat lain tak ada?
Yang tak ada orang duduk.
Sementara ada peluang sekarang, gunakanlah.
Jangan diperbodohkan lagi oleh yang penting perut sendiri.'

skrg geng2 korang gak sokong BABI, mana statement nik ajis dan hj hadi, senyap je, play safe la tu

WaZiRai said...

Hj hadi tengah tercungap sekarang terpalit isu babi. Dia sendiri dah hilang punca nak bantah DAP & PKR.. sama- sama dah buat MoU, nak sokong rakyat takut nanti kena pecat tak ada kuasa dalam pentadbiran negeri.

Anonymous said...

anak babi pon jalan tunduk sebab malu jadi babi.. ni boleh bangga pulak kepala menteri & barisan exco dia nak bela babi? gile BABI tol..