(Utusan Malaysia 14/4/2008)
Kerajaan Selangor perlu sensitif bantahan penduduk
Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor sepatutnya lebih sensitif terhadap bantahan penduduk Sepang yang enggan menerima projek ternakan babi yang membabitkan pelaburan RM100 juta. Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator A. Kohilan Pillay berkata, dalam keadaan sekarang kerajaan negeri sepatutnya mencari lokasi lain yang lebih sesuai.
“Ini penting untuk menenangkan hati penduduk yang terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke kilang memproses kenaf di Kampung Air Tawar di sini hari ini.
Isu ladang berkenaan hangat diperkatakan selepas anggota Exco kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok mengesahkan kerajaan negeri telah meluluskan projek itu.
Sehubungan itu, Kohilan berkata, jika projek itu hendak diteruskan juga ia mesti mengambil kira cadangan asal yang dirangka oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
“Selain itu teknik pembelaannya juga mesti dijaga dengan baik, menggunakan teknik moden supaya sisa buangannya tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan penduduk di kawasan terbabit.
“Ladang ternakan yang ada sekarang sudah banyak menyusahkan penduduk di sekitarnya terutama masyarakat Melayu apabila sisa seperti buangan najis ternakan itu tidak diselia dengan sempurna,” katanya.
Komen:
Hentikan sahaja usaha ini, tak perlu kerajaan Selangor nak buang duit rakyat ke benda yang bukan menguntungkan semua pihak. Buat secara teratur pun, masih akan ada yang berminda lahanat bina kandang secara haram. Kalau dah dalam kepala asyik nak pikir untung, halal ke haram tolak tepi, janji duit masuk. Kelak rakyat sendiri yang merana. Sudahlah dibina kandang babi bersaiz mega, kelak dikelilingi pula kandang haram.
Orang Melayu jangan jual tanah
Orang Melayu di sekitar Sepang, daerah projek ternak babi, dinasihat tidak terburu-buru menjual tanah kerana termakan khabar angin mengatakan nilai tanah di tempat mereka akan jatuh.
Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, penduduk diminta jangan mudah diperdaya mengenai nilai tanah mereka ekoran projek penternakan babi secara moden bernilai RM100 juta di kawasan tersebut.
Jelasnya, Perdasama bimbang usaha oleh golongan tertentu menakutkan penduduk di kawasan berkenaan kononnya nilai tanah di situ mengalami kejatuhan berikutan rancangan kerajaan negeri untuk membuka ladang babi.
Katanya, khabar angin itu mungkin sengaja diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu dengan harapan untuk mengaut tanah milik orang Melayu dengan kadar harga yang rendah.
“Penduduk di kawasan Kampung Tumbuk terutamanya janganlah menjual tanah atas sebab geli atau rimas dengan pembukaan ladang babi, itu mungkin hanya satu helah untuk memastikan tanah Melayu dijual,” katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kata beliau, orang Melayu perlu terus mempertahankan tanah milik masing-masing kerana nilainya adalah amat tinggi di pasaran semasa.
Komen:
Ini semua rancangan dari pihak tertentu untuk merampas tanah orang Melayu secara halus. Memang ini semua rancangan untuk mengaut keuntungan secara menyeluruh. Bila buat cerita sebegini, orang Melayu yang mempunyai tanah berhampiran ladang babi ini akan terpalit cerita kononnya harga tanah mereka tidak lagi mempunyai nilai cagaran atau jualan yang tinggi. Bila semua termakan dek khabar-khabar angin ini mulalah semua nak jual. Jangan orang Melayu kita termakan atau terperangkap dengan cerita-cerita dongeng babi ini. Pertahankan hak kita. Jangan gadaikan tanah yang ada itu, biarlah apa yang terjadi, jangan dijual tanah-tanah itu kerana dengan tanah itulah kita orang Melayu masih mempunyai kuasa ke atas negara kita ini.
No comments:
Post a Comment