“Engkaulah yang memakbulkan permohonan dua mempelai ini dan dengan redha-Mu jadikanlah kedua mempelai sebagai suami-isteri yang saling mencintai, melengkapi dan menjaga satu sama lain. Sama-sama mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam hal ibadat kepada mu Allah S.W.T”
Thursday, May 29, 2008
Siapa Mereka Untuk Persoalkan Ketuanan dan Kuasa Melayu!
Tuesday, May 27, 2008
PAS Sokong Tak Mahu Tutup Kilang Arak
Sebaliknya beliau berkata, janji itu tidak pernah dibuat kepada rakyat ketika kempen-kempen pilihan raya sebelum ini, termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu.
Malah, beliau turut mencabar mana-mana pihak supaya tampil mengemukakan bukti yang menunjukkan mana-mana pemimpin Pas termasuk dirinya membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu.
Komen:
Arak dan babi merupakan 2 perkara haram dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Bila PAS menyertai PR dan berjaya dalam PRU-12, mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil dalam menghadkan atau menghentikan terus perkara-perkara yang dimurkai Allah itu. Tidak langsung walau sejentik, PAS membuat sebarang kenyataan mengenai isu Arak dan Babi. PAS menjadi PAK-TURUT selepas menyertai PR. PAS sanggup dicucuk hidung, di tarik kesana-kemari oleh DAP dan PKR tanpa sepatah melawan tindak-tanduk mereka walupun dilihat merosakan imej Islam yang dipertahankan oleh PAS sendiri. Lihat sahaja isu babi, mereka sanggup berjuang bermati-matian bersama babi-babi mereka kerana mahukan projek babi mega mereka berjaya. Ini pula hal kilang Arak, tidak sedikit pun PAS mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini. Siap sekarang sanggup bersongkol meng-iakan agar tidak ditutup kilang arak tersebut dan mencabar mereka yang membuat kenyataan tetang isu arak ini.
Sewaktu mereka di Kelantan, bukan sahaja kilang Arak, panggung wayang pun tiada, kononnya ini semu haram serta menyesatkan penduduk/ rakyat Kelantan. Jadi apa sudah jadi sekarang, PAS telah meluaskan tanah jajahannya keluar dari Kelantan, jadi sudah pasti rakyat atau penyokong setia mereka mengharapkan perkara yang sama dilakukan di tanah jajahan baru mereka ini. Amat mendukacitakan sekali kerana PAS yang satu masa dahulu lantang bersuara, mengeluarkan fatwa yang ada kalanya ditegur menyimpang dari landasan sebenar, kini sujud menyembah serta meng-iakan semua benda haram yang diharamkan terus oleh Islam.
Apa PAS telah lembik dalam pertarungan mereka dalam PR, atau mereka hanyalah boneka bertali yang dikawal sepenuhnya oleh DAP & PKR di dalam PR tersebut. Jika PAS tidak rasa bersalah atas tindakan mereka, sekurang-kurangnya malulah sikit pada penyokong mereka yang selama ini menyangka menyokong singa tetapi rupa-rupanya menyokong parti yang telah dicucuk hidungnya!
Episod 1 : Antara Janji-Janji Besar DAP @ PRU-12 – Dah Tunai Ke!
- Berjaya menang dalam Pilihan Raya ke 12 -bonus sehingga RM6,000 bagi setiap anggota isi rumah yang berpendapatan RM6,000 atau kurang setahun.
- Berjaya menang dalam Pilihan Raya ke 12 - menyediakan bekalan air bersih yang selamat dan mampu dibayar oleh rakyat.
- Berjaya menang dalam Pilihan Raya ke 12 - 100,000 anggota polis ditugaskan meronda di jalan-jalan bagi mengurangkan jenayah dan menghapuskan ancaman dadah.
- Berjaya menang dalam Pilihan Raya ke 12 - menarik pelaburan yang berkualiti dengan pekerjaan yang menyediakan ganjaran yang tinggi.
- Berjaya menang dalam Pilihan Raya ke 12 - mendapatkan khidmat ahli-ahli akademik terbaik di peringkat dunia untuk menerajui institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan menaikkan gaji bagi menarik dan mengekalkan para guru dan pensyarah yang terbaik.
Komen:
Janji telah dibuat, tapi APA yang rakyat dapat selepas berbulan DAP menang. Nak kata bayar bonus! Gaji pekerja akademik sampai sekarang tak nampak apa cerita. Kita tunggu dan lihat bagaimana DAP akan tunaikan janji mereka. Manifesto DAP jelas ketandusan idea di mana janjinya mahu meletakkan 100,000 polis khas meronda lebuh raya dan kediaman jelas menunjukkan mereka menggunakan idea BN, ini hanyalah idea mesin pencetak mereka.
- DAP berjanji tetapi tidak tahu bagaimana nak laksanakan. Nak cerita bab duit tambahan pula yang melibatkan nilai pemberian kepada rakyat yang tinggi memang pasti DAP tak akan mampu lakukan. First time tadbir kerajaan sendiri, banyak benda nak joli
- DAP dari awal tidak menyangka mereka akan menang, jadi janji yang mereka taburkan memang dari awal-awal lagi mereka dah pasti tak mampu ditunaikan. Ianya semata-mata gimik untuk tatapan rakyat. Ini semua hanyalah helah atau pemainan sewaktu musim Pilihan Raya ke-12.
DAP sekarang kelu tidak mampu berkata, pusing kanan tak senang, pusing kiri tak senang, bila dah berjanji rakyat mestilah nak tuntut! Kalau tak mampu nak tunaikan lebih baik tak berjanji. Nasihat pada DAP, jangan dipermainkan perasaan rakyat dengan janji yang DAP tak mampu nak tunaikan, makin ramai yang tampil kehadapan buat laporan polis tentang mungkir janji DAP pada mereka. Ini satu petanda bagus kerana kalau dibiarkan, sampai ke PRU-13 janji tak dikota, janji baru yang lebih hancing muncul pula!
Monday, May 26, 2008
Lim Kit Siang Tersasar Usul
Kit Siang pada 16 Mei lepas menghantar notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk meminda usul menjunjung kasih dengan menambah perkataan berikut: ‘‘Satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menangani masalah pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah yang menimbulkan kekhuatiran bahawa bilangan orang asing lebih ramai daripada rakyat Sabah selepas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pada sesi perbahasan Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas Dewan Rakyat.”
Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat menolak usul tersebut menyebabkan Kit Siang hari ini menggunakan Peraturan Mesyuarat Perkara 31 dan 33 (3) bagi mendapatkan sebab-sebab usul itu ditolak.
Komen:
Kit Siang hanya mahu menangguk di air keruh. Mengguna atau mencipta pindaan usul-usul untuk kepentingan dirinya sendiri. Jelas usul yang dikemukan tidak relevan dengan peraturan mesyuarat. Memang patut pun usulnya ditolak kerana usul tersebut tersasar jauh dengan perkara yang diperbincangkan.
Thursday, May 22, 2008
UMNO Kukuh Dengan Gabungan Dua Generasi
Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang hampir empat jam Rabu malam menyuarakan harapan suatu hari nanti bekas Presiden parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan kembali ke pangkuan UMNO.
”Mesyuarat pada hari ini mengambil maklum akan keputusannya dan Majlis Tertinggi juga berharap bahawa Yang Amat Berbahagia Tun dapat kembali kepada parti pada suatu masa nanti,” demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi tersebut.
Najib sebelum sidang media bermula kelihatan mencatatkan sesuatu berdasarkan perbincangannya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Komen:
Terbaik jika PM dan bekas PM bersatu mengukuhkan UMNO. Rugi jika seorang bekas PM tidak menurunkan segala ilmu yang ada kepada generasi PM baru agar UMNO menjadi lebih kuat serta tidak tersasar dalam memartabatkan bangsa Melayu.
UMNO tidak salah, UMNO tidak lemah tetapi UMNO akan hilang arah serta menjadi lemah jika pucuk pimpinan dahulu dan sekarang tidak kembali bersatu padu. Gabungan dua generasi ini jika kena dengan caranya, maka UMNO mampu berdiri sendiri, dapat merampas kembali negeri yang telah dijajah pembangkang sekarang, malah lebih dari itu.
Moga dalam sedikit masa lagi semuanya akan kembali seperti asal. Mungkin pucuk pimpinan memerlukan masa untuk berfikir. Pentingkan parti dan pentingkanlah orang Melayu kerana inilah tujuan sebenar perjuangan UMNO.
Wednesday, May 21, 2008
Bush Perlu DiJadikan Latihan Menembak Di Iraq!
Stesen televisyen tempatan hari ini melaporkan, kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan, Bush telah menyampaikan permohonan maafnya kepada Nuri melalui satu panggilan telefon yang dibuat lewat malam tadi.
Komen:
Apa kata ditukarkan pula gambar kepala si Bush ni dijadikan "target" tembakan di Iraq. Nak lagi "best" jadikan mereka yang bersalah sebagai "target" untuk berlatih menembak menggunakan senjata, tembakan bom dan sebagainya. Ada kalanya kita kena kejam untuk menegakkan kebenaran. Walaupun dalam Islam kita kena banyak bersabar, tetapi sabar itu ada juga had-hadnya. Ini hal serius dan tidak boleh dipandang ringan. Kita sudah lama bersabar dengan kerenah mereka yang tidak langsung menghormati Islam dan kitab suci kita Al-Quran.
Apa ingat dengan meminta maaf boleh menyelesaikan semua masalah ke? Ada kalanya hukuman yang setimpal perlu dikenakan pada mereka yang terbabit agar perkara yang sama tidak berulang. Iraq perlu menurunkan hukuman yang paling berkesan pada askar yang terbabit agar ianya boleh dijadikan sebagai ukuran serta sempadan buat yang lain. Jika hanya dengan meminta maaf boleh menyelesaikan masalah ini, pasti hal yang sama akan berulang kelak. Askar US bukannya makan saman hal-hal sensitif macam ni, mereka ingat mereka je yang betul. Jadi ringkas cerita Umat Islam kena bersatu ajar sikit US agar menghormati sensitiviti masyarakat Islam dunia.
Peluru Hidup Buat Karpal!
Sampul berwarna kuning itu diserahkan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali kepada kerani pejabat guaman tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika Karpal tiada di pejabat berkenaan.
Karpal berkata, beliau hanya mengetahui hal itu apabila dimaklumkan oleh seorang keraninya melalui panggilan telefon kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.
"Selepas diberitahu, saya terus ke pejabat dan mendapati memang ada sebutir peluru serta nota ugutan ditujukan kepada saya".
"Saya seterusnya membawa nota ugutan dan peluru berkenaan kepada polis untuk membuat laporan mengenainya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini".
Menurutnya, nota ugutan itu antara lain memintanya supaya jangan mempersoalkan kuasa raja-raja Melayu dan ia adalah amaran pertama penghantarnya.
Komen:
Nampak jelas dan terang pada kita bahawa tindakan Karpal mempersoalkan tentang ketuanan Melayu serta raja-raja Melayu memang satu tindakan yang kurang bijak. Tapi masalahnya Karpal sahaja yang masih "Blur" tak nampak cahaya peluang terakhir sebelum apa-apa perkara yang lebih buruk terjadi. Cuba-cubalah bawa berfikir sebelum nak buat sesuatu.
P/S: Sarang Tebuan Jangan Dijolok, Kalau Dijolok Juga Buruk Padahnya Nanti! Rakyat tetap setia pada Rajanya sejak dari azali, jadi tak mustahil perkara sebegini boleh berlaku bila rakyat merasakan raja yang mereka sembah diperlekehkan tindakan serta kuasa yang ada pada baginda.
Menteri Besar Kelantan Lulusan Al-Azhar
Nik Aziz berkata, parti itu tidak ada masalah untuk berbuat demikian memandangkan parti itu dakwanya telah diterima baik daripada kalangan orang Cina dan India ketika ini.
“Saya sanggup beri orang Cina jadi Menteri Besar kalau dia ada kelulusan Al-Azhar".
PAS sanggup ambil orang Cina jadi ketua dalam pemerintahan mereka termasuklah menggubal undang-undang Islam negeri Kelantan kelak jika mereka mempunyai kelulusan Al-Azhar. Tempat Nik Aziz pun boleh ditukarkan jika semua cukup syarat. Tanah tapak rumah penduduk melayu di Kelantan tak nak bagi sekal ke!
Tuesday, May 20, 2008
Pakatan Rakyat Ciplak Idea BN
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, pemberian insentif tersebut di bawah kerajaan BN pernah diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta diberikan kepada semua pelajar yang lahir dan bermastautin di negeri ini tanpa mengira jumlah pendapatan keluarga.
Menurutnya, dulu LZS memberikan bantuan RM1,000 setahun sehingga pengajian pelajar berkenaan tamat bagi meringankan beban terutama keluarga yang mempunyai ramai anak, tidak termasuk peralatan pengajian seperti komputer.
Komen:
PR mana ada idea baru pun. Semua ciplak dari kerajaan juga. Nak bagi subsidi itu dan ini semuanya ciplak kaw-kaw dari kerajaan BN sepenuhnya. Parti baru tubuh, mana ada pemikir yang beridea bernas untuk cipta benda baru.
Ketua PR ramai datang dari kerajaan BN, jadi mana mereka boleh fikir sendiri untuk cari idea baru. Ciplak aje lah untuk kesenangan sendiri!
PAS Mahu Tumpang CheDet
Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.
PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.
PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.
Komen:
Ini merupakan reaksi spontan Menteri Besar Kelantan (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ketika ditanya mengenai pengumuman keluar UMNO yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu.
- “Saya antara orang paling bahagia apabila mengetahui pengumuman Tun (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) keluar daripada UMNO.
- “Ia memberi semangat dan perangsang kepada ahli Pas dan ahli UMNO sendiri supaya keluar parti kerana parti itu lebih membawa kepada kekusutan”
- Menurut Nik Aziz, Dr. Mahathir sepatutnya telah lama memilih untuk keluar daripada UMNO dan memilih perjuangan Islam sebagai gantinya.
- “Saya sebenarnya amat sanjung dan hargai kebijaksanaan Dr. Mahathir malah ucapan bernas beliau juga saya selalu ikut dan pegang.
- “Antara yang paling saya suka ialah semasa dia menyerang Yahudi dan menggalakkan syarikat besar negara mencari dan membuat pelaburan di luar negara seperti yang dilakukan oleh Petronas"
- “Kalau dia nak masuk Pas saya setuju sangat kerana dia amat berwibawa, berfikiran tajam dan kalau dia sertai kita maka kita tumpang tuah dia.
Cakap - Cakap Selepas Tun Letak Jawatan
Beliau mengumumkan keputusan 'mengejutkan' itu pada satu majlis di Alor Star, Kedah pada pukul 12.35 tengah hari tadi.
Tun Mahathir Berkata
Tun Mahathir: : “Saya umum saya keluar parti hari ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota UMNO Kedah pada forum Nasib Kedudukan Bangsa Melayu di sebuah hotel di sini.
Tun Mahathir: : “Saya akan menulis surat kepada UMNO bagi memaklumkan kepada mereka (mengenai langkah keluar daripada UMNO)”
Tun Mahathir: : “Saya tidak akan suruh orang lain buat sesuatu (letak jawatan dan keluar UMNO) yang mana saya sendiri tidak berani buat”
Tun Mahathir: “Saya boleh beri senarai perkara yang dibuat olehnya (Abdullah) yang merugikan negara. “UMNO yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lepas. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar daripada UMNO”
Mukhriz Berkata
Mukhriz : "Sekarang ini saya sedang berfikir"
Tun Musa Hitam : "Duri dalam daging sudah pun terkeluar dan dari sekarang pucuk pimpinan harus menumpukan usaha mereka kepada: Pertamanya, menerima realiti bahawa Umno sekarang bukan lagi sekuat atau diterima sepenuhnya oleh rakyat, terutamanya Melayu."
Tun Musa Hitam : "Sambarlah peluang keemasan ini!. Bertafakurlah dan berhati-hati dengan tenang...serta baliklah ke pangkal jalan!."
Tengku Razaleigh : "Kalau saya keluar daripada parti, saya hendak lawan dengan siapa"
Tengku Razaleigh : "Dr Mahathir tidak sepatutnya mengambil tindakan ini (keluar) tapi apakan daya kerana beliau merasakan tiada tindakan yang lebih baik selain untuk keluar parti"
Tengku Razaleigh : "Jika ini berlaku pasti ia memberi kesan mendalam kepada parti jika ramai yang mengikuti jejak Dr Mahathir"Karpal Berkata
Karpal : "Beliau dengan jelas menunjukkan bahawa beliau bukan seorang negarawan. Beliau adalah dan masih merupakan seorang ahli politik murahan"
Karpal : "Beliau sepatutnya kekal sebagai ahli (Umno) sehingga beliau membersihkan namanya terhadap tuduhan terhadapnya semasa menjadi perdana menteri"
Karpal : "Seorang yang panik memperlihatkan kelemahannya, yang tidak sepatutnya terjadi kepada seorang bekas presiden Umno dan perdana menteri selama lebih 21 tahun. Ia tidak boleh jadi lebih teruk lagi. Dari segi kredibiliti dan kebebasan kehakiman negara, kita sudahpun berada di bawah sekali"
PM - Dato Seri' Abdullah Berkata
PM Abdullah : "Saya terkejut dengar Tun letak jawatan, tak mahu jadi ahli Umno lagi dah. Tapi saya ingat, dia dah fikir habis. Dan Tun (Dr Mahathir) ini, bila dia kata dia nak buat sesuatu perkara, dia tak kisah dah apa orang nak kata pada dia. Dia buatlah apa dia nak. Tapi yang pentingnya dalam hal ini, kalau itu keputusan dia, ahli-ahli Umno perlulah bertenang dan memahami bahawa ahli Umno mestilah taat setia kepada parti."
PM Abdullah : "Semua ini bergantung sama ada kita sayang atau tidak kepada parti, dan saya percaya ahli Umno sayangkan parti. Dan kita mahu bersama-sama berada dalam parti untuk meneruskan perjuangan kita."
PM Abdullah : "Tidak lojik mereka akan meninggalkan Umno. Meninggalkan Umno (bererti) meninggalkan BN. Itu maksudnya. Mereka tidak mahu Umno terancam dengan cara itu."
PM Abdullah : "Kita ramai, tiga juta lebih. Entahlah, mungkin ada, mungkin tak ada. Tapi yang pentingnya, kita perlu berfikir, adakah kita benar ingin meninggalkan Umno dan kita benar memperjuangkan Umno. Kalau tak ada itu, maknanya tak ada lagi perjuangan Umno dalam diri kita."
PM Abdullah : "Saya tak kata tak menjejaskan langsung (Tun keluar UMNO), mungkin ada. Tapi yang pentingnya, saya percaya majoriti ahli Umno mahu berada dalam Umno, mahu meneruskan perjuangan Umno. Dulu pun begitu juga. Bila ada pemimpin besar dan berpengaruh tidak ada dalam parti (meninggalkan parti), majoriti ahli Umno tetap berada dalam Umno. Sebab itu Umno sampai hari ni (terus) wujud."
PM Abdullah : "Kenapa mesti (letak jawatan Presiden UMNO)? Saya ada banyak kerja untuk dibuat." "
Thursday, May 15, 2008
5 Faktor Letupan Bom Bangunan DAP
Kejadian pada pukul 2.20 pagi tadi disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.
Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.
Ketika ditemui, Ammeri berkata beliau melihat dua lelaki melemparkan sesuatu ke tingkap atas pejabat itu menyebabkan dua letupan kuat berlaku. Katanya apabila beliau menghampiri pejabat berkenaan, dua lelaki itu melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.
Pengerusi DAP Perak Dato' Ngeh Koo Ham menganggap kejadian itu bermotif politik dan berharap polis membuat siasatan rapi.
Komen:
Memang hebat. Kita pernah dengar masalah bangunan kerajaan yang perlu diperbaiki. Tapi ini hal kecil, ini kita diperhebatkan lagi dengan letupan bom petrol di bangunan DAP Perak. Kita sasarkan fikiran kita kepada beberapa faktor yang menjadi punca letupan bom petrol ini.
- Rakyat Perak sudah up-to date dalam bidang-bidang pembuatan bom. Di mana nak dicuba? Bangunan PAS - Bulan dan Bom tak sesuai dengan coraknya, PKR dengan Bom, tanpa Bom pun mereka boleh meletup tetapi Roket dengan Bom, memang sesuai!
- Kekurangan Padang Sasar untuk mencuba bom buatan sendiri menyebabkan mereka mencubanya di Bangunan DAP. Nampak lebih meriah dan kena dengan isu-isu semasa yang dibangkitkan mereka.
- Jika ini merupakan sasaran rakyat terhadap isu politik DAP, maka ia merupakan isu serius kerana jika sesebuah parti politik itu ingin membela nasib rakyat tetapi secara tidak langsung mereka tidak mampu untuk membela nasib parti sendiri, bagaimana nak mempertahankan nasib rakyat akhirnya.
- Adakah ini merupakan satu amaran agar DAP sedar bahawa tindakan mereka kebelakangan ini dilihat oleh rakyat bukan membela rakyat tetapi lebih kepada menghancurkannya.
- DAP sudah mula bermain dengan API jadi apa salahnya disimbahkan dengan PETROL agar lebih semarak perasaan dendam dan amarah rakyat Perak terhadap mereka.
PAS Dengki Calonnya Tak Jadi Pengarah JAIP
Beliau mendedahkan perkara itu ketika mencadangkan usaha-usaha pengukuhan institusi agama Islam supaya setanding dengan institusi-institusi lain.
Sebagai contoh, katanya, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury bukan sahaja tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dalam agama Islam malah gred perjawatannya pula tidak mencapai taraf untuk dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam.
Dr Mujahid, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, juga mencadangkan supaya dibentuk jawatankuasa bagi mengukuhkan institusi fatwa dengan mengemukakan acuan fiqh Malaysia dan bukan fiqh yang datang dari suasana dan negara lain.
Komen:
Macamlah dia pandai sangat! Nak kata orang tak ada kelayakan untuk memegang jawatan dalam kerajaan. Kalau setakat pegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS lebih baik duduk diam. Bukan sahaja tak terlibat dalam sektor kerajaan malah teramat jauh untuk dipanggil orang gomen. Dr. beli ke apa ni. Pemikiran tak macam Dr. langsung! Apa dengan tamat sekolah pondok baru boleh di iktiraf sebagai cukup syarat pendidikan tinggi dalam agama Islam ke? Janganlah terlalu kolot sangat. Macam-macam bentuk pendidikan ada sekarang jadi tak payah nak bising lebih-lebih.
Sekali lagi janganlah kita mempertikaikan hak-hak seseorang individu kerana ini semua ketentuan dari-Nya. Rezeki seseorang itu telah ditentukan jadi kita tidak ada hak untuk mengatakan seseorang itu layak atau tidak menerima rezeki dari-Nya. Jagalah hal diri sendiri daripada nak kacau hal orang lain. Pengarah JAIP tak ada pula nak komen lebih-lebih sedangkan orang lain yang tak ada langsung kaitan lebih-lebih pulak nak bising-bising telampau. Dalam Islam sendiri ada mengatakan supaya kita jangan memburukan manusia sesama agama. Orang berlatarbelakang pendidikan Islam yang biasa pun tahu tentang hal ini, tapi yang peliknya orang yang kononnya Dr. pandai sangat bab Islam ni terkecuali pula untuk faham hal ini.
Hanya orang bodoh sahaja yang bagi komen menunjukkan dia pandai. Orang pandai pula tak akan pandai-pandai bagi komen yang menunjukkan dia bodoh! Dalam dunia serba canggih ni, nak berdakwah perlu up-to date seiring dengan keadaan semasa. Kalau masih pemikiran di tampok low class memang jadi typical people-lah sampai ke mati. Nak berdakwah jika diselitkan dengan info-info serba canggih selain dari keutamaan diberi kepada agama Islam, penghayatannya akan jadi lebih cemerlang. Kalau tengok sekarang, kat masjid-masjid pada hari Jumaat semuanya semakin canggih seiring dengan bentuk penyampaian Islam itu sendiri. Mudah diterima oleh umat Islam serta mudah difahami.
Mengulas sistem pemerintahan Islam yang diperjuangkan oleh PAS, beliau menjelaskan, kemuncak sistem pemerintahan ialah menegakkan keadilan dan mengamalkan musyawarah.
Komen:
Tak payah nak cerita hal pemerintahan Islam serta kemuncak sistem pemerintahanlah kalau pemikiran serta perasaan PHD (Perasaan Hasad Dengki) masih penuh dalam diri. Tak boleh nak tengok orang senang dan tak boleh tengok orang lebih sikit dari diri sendiri. Adakah ini yang di ajar dalam Islam? Pikirlah sikit!
Islam, tegas beliau, mempunyai sistem yang substantif untuk menegakan keadilan dan melaksanakan syura.
Wednesday, May 14, 2008
Pengorbanan Orang Melayu Telah Di Tolak Bukan Melayu
Ingatlah…. Kita adalah kaum melayu yg banyak memberikan pengorbanan pada kaum-kaum bukan melayu… banyak keistimewaan yang telah kita berikan…
Kenapa kaum-kaum bukan melayu tidak sedikit untuk berterima kasih pada kaum-kaum melayu? Di atas apa yang kita korbankan pada mereka?
Malah kaum melayu sering dipinggirkan dari pembangunan dan kekayaan…
Komen:
Perlukah kita menanti hingga saat matinya Melayu di bumi sendiri. Dihimpit oleh kaum-kaum bukan Melayu yang secara lantang ingin merampas serta menyekat kedaulatan serta ketuanan bangsa Melayu itu sendiri. Secara rata mereka merampas hak-hak dominan yang satu masa dahulu kepunyaan bangsa Melayu.
Sedihnya segelintir bangsa Melayu menyokong tindakan bangsa bukan Melayu untuk sama-ratakan hak-hak Melayu hingga akhirnya dirampas semuanya didepan hidung mereka sendiri. Kita mudah alpa, memang mudah alpa. Kita tidak sensitif langsung tentang isu ini atau kita cuba untuk menidakkan kesensitiviti kita terhadap isu ketuanan Melayu seperti mana sensitifnya perjuang Melayu kita terdahulu terhadap anasir-anasir luar yang cuba merampas hak-hak kedaultan serta ketuanan kita ini.
Fikir-fikirkanlah kerana isu ketuanan Melayu bukan untuk diguna pakai oleh UMNO sahaja tetapi UMNO ingin mengembalikan perasaan sensitiviti rakyat terhadap isu ini kerana jelas kaum-kaum bukan melayu sudah mula bertindak menentang kesultanan Melayu serta kedaulatan ketuanan bangsa Melayu yang selama ini tidak pernah dicerobohi atau dipertikaikan kekuasaannya.
Tuesday, May 13, 2008
Karpal Si Peguam Makan Gaji Nak Lawan Sultan Ketua Negara
Karpal mempertikaikan mengapa beliau dituduh derhaka oleh sesetengah pihak sedangkan para pemimpin UMNO pada tahun 1993 membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan mewujudkan mahkamah khas dan menjadikan sultan sama taraf dengan rakyat.
Sebaliknya beliau mendakwa semua laporan polis yang dibuat terhadapnya dalam isu itu didalangi oleh UMNO.
Katanya sekalipun ada 2,000 laporan polis beliau tidak ubah pendirian.
“Saya tidak lakukan perbuatan melanggar undang-undang, tetapi ada 20 laporan polis mengenai isu Sultan Perak. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengarahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membuat laporan polis.
Kuasa untuk meletakkan jawatan seseorang pekerja kerajaan boleh dilakukan oleh Menteri Besar atau melalui penjawat SPA. Tetapi jangan kita lupa akan kuasa yang ada pada Sultan yang menjadi ketua dalam agama islam termasuklah Jabatan Agama Islam itu sendiri. Memang benar seorang penjawat jawatan dalam kerajaan telah dipilih melalui SPA sendiri tetapi apabila seseorang itu bertugas di bawah Jabatan Agama Islam setiap negeri, ianya secara langsung bertugas di bawah kuasa Sultan dalam negeri tersebut.
Menteri Besar boleh menghentikan sesorang pekerja sektor kerajaan dalam Jabatan Agama Islam jika ia mendapat mandat daripada Sultan itu sendiri. Jika Sultan memperkenankannya maka tidak menjadi satu kesalahan untuk diteruskan, tetapi dalam soal perletakkan jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak ini, dengan jelas Menteri Besar mengambil tindakan melulu menghentikan Pengarah JAIP tanpa mendapat sebarang arahan terdahulu daripada Sultan dan tambahan pula tindakan memandainya telah melebihi kuasa yang ada pada Sultan hinggakan Sultan tidak mengetahui hal ini dahulu.
Jadi sekarang tindakan undang-undang yang diambil selepas Karpal secara melulu menidakkan kuasa Sultan hingga dilihat ianya menghina kredibiliti dan kuasa penuh Sultan terhadap Jabatan Agama Islam negeri Perak itu sendiri amatlah bersesuaian malahan sekarang beliau tidak mahu berganjak daripada kenyataanya berkaitan tuduhan-tuduhan dan pandangannya terhadap Sultan yang telah mengarah kembali Pengarah JAIP dikembalikan jawatannya serta merta. Jika hal ini berterusan nampaknya Karpal akan merasakan apa yang dikatakan orang dahulu DAULAT DARI SULTAN!
Siapa Karpal untuk melawan Sultan apatah lagi meragui kuasa yang ada pada Sultan serta sebarang tindakan yang mampu dilakukannya. Sultan tidak akan mencampuri urusan negeri jika ianya mengikut rencah yang telah disediakan tetapi jika terjadi seperti ini, kita tahu pasti ada sesuatu yang disembunyikan hinggakan Sultan mengeluarkan arahan hingga menolak terus kuasa Menteri Besar yang telah diberikan oleh baginda sendiri. Kita fikirlah sendiri.
Y.M Sultan Azlan Shah mempunyai pengalaman yang lebih tinggi dari Karpal dalam soal undang-undang negara, jadi baginda tahu selok-belok undang-undang dan kuasa Sultan melebihi dari seorang rakyat biasa yang hanya bekerja makan gaji. Mungkin Karpal lupa tentang hal ini, mari sama-sama kita saksikan apa akan terjadi pada mamat gelap sorang ni!
UMNO 62 - Perjuangan Era Baru Telah Bermula!
Sambutan memperingati ulangtahun kelahiran Umno pada 11 Mei 1946, tahun ini amat berbeza dengan sambutan yang dibuat pada tahun-tahun sebelum ini.
Sambutan tahun ini amat hambar kerana orang-orang Umno tidak pernah menerima hukuman yang sebegini berat, apabila ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lepas.
Selama lebih 50 tahun Umno menerusi gabungan Perikatan dan Barisan Nasional begitu 'enjoy' dengan kuasa pemerintahan mutlak dengan menguasai lebih dua pertiga kerusi Parlimen di peringkat Persekutuan.
Umno dan parti gabungannya juga menguasai semua negeri secara mutlak kecuali Kelantan dan Terengganu (1999-2004) sehingga PRU lepas.
PRU 2008 benar-benar menguji kewibawaan Umno untuk terus kekal sebagai parti tonggak pemerintahan negara.
Setelah 62 tahun berkuasa penuh, tanpa diduga rakyat, memberikan signal bahawa nama Umno tidak sinonim dengan kuasa yang memerintah sebuah kerajaan.
Di Kelantan, Umno sudah lama menjadi pembangkang. Di Terengganu juga Umno pernah menjadi pembangkang. Sekarang Umno dipilih rakyat untuk menjadi pembangkang di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Gelaran pembangkang sebelum ini, disandang PAS, DAP, KeADILan, PRM dan lain-lain.
Kini Umno dan sekutu mereka dalam BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain adalah pembangkang di enam negeri (termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jika sebelum ini Umno dan sekutunya begitu alergi dengan gelaran pembangkang, namun itulah hakikatnya sekarang.
Umno bukan lagi parti yang didokong rakyat untuk berada ditampuk kuasa, malah Umno sudah dilabel dengan gelaran pembangkang.
Komen:
Birthday UMNO ke 62 amat meriah pada tahun ini. Sambutan yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana UMNO berjaya mengekalkan tampuk pimpinan selepas menang di dalam pilihan raya yang lepas. Walaupun kemenangan ini tetap ada kesedihannya dengan kekalahan BN di 5 Negeri, tetapi UMNO tetap bersikap positif serta makin berfikiran "Critical Thinking".
Untuk maju kehadapan UMNO tidak akan menjadikan kekalahan terhadap 5 negeri tersebut sebagai satu kesedihan berkekalan atau sebagai satu isu untuk melemahkan BN dan UMNO. UMNO akan tetap dengan perjuangannya untuk mempertahankan ketuanan Melayu serta memartabatkan bangsa Melayu biarpun dibidas atau dikritik oleh pembangkang yang mahukan ketuanan Melayu dihapuskan dan digantikan dengan ketuanan Rakyat.
UMNO memandang isu ketuanan Melayu secara lebih serius dan tidak akan membiarkan orang Melayu kembali menjadi lemah serta ditindas oleh bangsa lain yang hanya mempunyai satu tujuan untuk mematikan terus bangsa Melayu dari terus mempunyai kuasa di atas tanah tumpahnya sendiri.
Dengan meraikan hari ulangtahun UMNO tahun ini, UMNO telah berikrar dan berjanji untuk terus mengorak langkah serta mencipta teknik-teknik baru utuk menigkatkan jati diri orang Melayu serta menolak lebih tinggi orang Melayu agar berdiri lebih tinggi dari bangsa lain. UMNO merasakan bahawa sudah sampai masanya untuk tidak sentiasa mengenagkan apa yang terjadi dibelakang tetapi terus menoleh kehadapan seraya kemajuan yang dikecapi negara Malaysia.
PAS Samakan JAKIM dengan Penderhaka Raja-Raja Melayu
Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, perkara tersebut berlaku apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Halal Industry Development Corporation, mengambil alih tanggungjawab persijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sebuah akhbar harian melaporkan 30 April lalu, semua tanggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia yang sebelum ini dikendalikan oleh Jakim kini diserahkan kepada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).
"Dengan pengambilalihan tugas ini juga bermakna HDC turut bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal Malaysia termasuk bagi produk dari negara luar yang menggunakan logo Jakim," kata Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
Menurut Mahfuz, soal pengesahan dan persijilan halal hakikatnya berada di bawah tanggungjawab majlis agama negeri-negeri yang diketuai Raja-Raja Melayu.
"Majlis agama negeri-negeri telahpun bersetuju bahawa Jakim menjadi badan tunggal yang mengeluarkan sijil halal.
"Hari ini, HBC rampas kuasa raja-raja Melayu," katanya.
Beliau juga mempersoalkan bila HBC diperbadankan, bilakah akta untuk memperbadankan HBC dibentangkan.
"Apakah status HBC? Betulkan ia (sebuah perbadanan) atau (hanya) syarikat?" beliau mempersoalkan.
Komen:
Kenapa nak dipertikai hal ini. Jika asalnya JAKIM dan kemudiannya JAKIM membuka satu badan baru atas nama HBC tetapi masih lagi dibawah kuasa JAKIM. Bukan ada sebarang tentangan terhadap kuasa raja-raja Melayu pun tentang hal ini. Kenapa perlu dipersoalkan hal-hal seperti melanggar atau merampas kuasa Raja-Raja Melayu?
Kuasa yang diberikan oleh Raja-Raja Melayu akan turun kepada HBC kerana HBC bukan satu badan baru yang ditubuhkan selain JAKIM, tetapi HBC dicipta berlandaskan kerja-kerja yang telah diperuntukkan oleh JAKIM tanpa melanggar sebarang syarat atau kuasa yang diberikan oleh Raja-Raja Melayu ke atasnya.
Kenapa nak dipersoalkan hal ini? Jika nak buat pusing U-Turn untuk samakan JAKIM dengan hal Karpal, maka ini sudah lebih. Karpal secara direct menolak titah sultan, tambahan pula mengkritik tindakan sultan. Tetapi berbeza dengan JAKIM kerana tidak ada sebarang perlanggaran pada kuasa yang ditetapkan oleh Raja-Raja kepada JAKIM, jadi ini bukan menolak kuasa sultan tetapi menjadikan JAKIM lebih kuat dalam mengawal produk halal di Malaysia dengan adanya bantuan baru dari HBC.
Jangan Termakan Gimik Pembangkang Yang Menolak Ketuanan Melayu
Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perlis, Khoo Yang Chong berkata demikian dalam ceramahnya di Markas PAS Simpang Empat dekat sini baru-baru ini.
"Hak keistimewaan orang Melayu dan Orang Asli Sabah-Sarawak sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Jika adanya ketuanan Melayu, bagaimana dengan bangsa yang lain? Adakah mereka hamba atau abdi? Ini adalah satu istilah yang tidak logik dan tak masuk akal.
"Hak orang Melayu sudah terjamin dalam perlembagaan seperti kemasukan ke Universiti, hak mendapat pekerjaan dalam sektor awam, permit perniagaan, bahasa Melayu dan kuasa Raja-raja Melayu. Semua ini tidak boleh diusik," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Khoo.
Cikgu Khoo menegaskan bahawa sebarang pindaan ke atas perkara-perkara yang membabitkan hak-hak orang Melayu ini perlu mendapat sokongan 2/3 undi di Parlimen dan harus dipersembahkan kepada Raja-raja Melayu sebelum diluluskan.
Justeru katanya, rakyat khususnya orang Melayu tidak perlu bimbang dengan konsep "Ketuanan Melayu" yang cuba dimainkan oleh Umno.
"Pihak Umno atau BN tak boleh pinda dengan mudah hak-hak ini melainkan mendapat kelulusan 2/3 di Parlimen dengan dipersetujui Raja-raja Melayu," jelasnya.
Komen:
UMNO bukannya cuba untuk bermain dengan konsep Ketuanan Melayu, tetapi UMNO sebagai pembela bangsa Melayu mahu generasi kini sedar bahawa tanpa adanya ketuanan Melayu, tidak akan sebarang hak- hak tertentu yang diberikan kepada orang Melayu. Tanpa ketuanan Melayu, orang Melayu sendiri akan merempat dibumi Malaysia.
Makin hari makin ramai generasi baru muncul dan jika tiada sebarang pendidikan bagi mengekalkan soal ketuanan Melayu pada mereka, maka mereka akan membesar tanpa mempunyai semangat membantu serta memartabatkan bangsa Melayu. Kita tidak boleh terus mengharapkan pada pemikir-pemikir veteran Melayu untuk menyelamatkan ketuanan Melayu, tetapi perkara ini perlu ada penyambungnya. Kita tidak mahu anak-anak kita nanti membesar tanpa mengenali asal-usul dan sejarah kegemilangan Melayu itu sendiri.
Kini makin ramai keluarga yang mendidik anak mereka menjurus kepada pendidikan gaya barat. Hingga kadang kala hampir hilang adat dan tata-susila gaya timur serta Melayu sendiri. Mereka lebih membanggakan barat hingga menolak bulat-bulat gaya hidup timur yang satu masa dahulu merupakan satu kebanggaan pada generasi terdahulu kita.
Menolak ketuanan Melayu adalah seperti mematikan terus hak-hak Melayu di bumi Malaysia. Menolak ketuanan Melayu adalah sama seperti menghunuskan keris pusaka bangsa Melayu kesetiap dada orang Melayu. Merobek hatinya serta dibiarkan mati dalam keadaan yang menyedihkan! Tiada yang akan membantu, malah mereka melihat sambil berkata - sekarang hilanglah Melayu di dunia.
Parlimen riuh dengan ungkapan "Babi Negara"
"Bukan projek khinzir raksasa (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)," Ahli Parlimen Pokok Sena itu meningkah.
Komen:
Bukan nama babi negara tetapi nama yang sesuai adalah babi Selangor kerana kerajaan Selangor di bawah pimpinan Projek Khinzir Rakyat (PKR) selaku peneraju utama yang berkeras untuk meneruskannya keperingkat yang lebih mega. Tak cukup dengan yang ada sekarang nak ditambah keperingkat yang lebih hebat. Macamlah berguna semuanya kepada rakyat. Ia lebih memihak kepada kepentingan sesetengah kaum sahaja.
Selepas itu dewan riuh dengan perkataan "BN, babi negara" sehingga menyebabkan timbul cabaran siapa yang menyebut perkataan itu termasuk dari Khairy sendiri yang kedengaran marah dengan perkataan "babi negara" itu.
Selepas keriuhan agak berkurangan, Mahfuz bangun lagi dan menjelaskan bahawa "bukan 'projek khinzir raksasa' (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)".
Mahfuz juga meminta Khairy berucap di hadapan kanak-kanak tadika dan bukan di dalam Dewan Rakyat.
Mahfuz berkata demikian apabila menantu Perdana Menteri itu enggan memberi laluan kepada Ahli-Ahli Parlimen lain yang meminta penjelasan.
Ucapan Khairy yang diselang-selikan dengan hentaman terhadap pembangkang diganggu hampir sepanjang masa apabila beliau enggan memberi laluan untuk penjelasan.
Komen:
Hentaman terhadap Khairy ini semata-mata untuk menutup malu serta kesalahan mereka. Mereka cuba untuk mengalihkan pandangan kita kepada orang lain. Salah sendiri tak nak mengaku tapi nak dialihkan salah kepada orang lain. Biasalah mereka bila dah kena hentam dengan rakyat barulah gelabah nak cover line. Bila babi dah berak barulah PKR kelam kabut nak korek lubang.
Monday, May 12, 2008
U-LAR-MA & RPK
Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuskan warkah kepada Raja Petra Kamarudin yang dipenjara dan didakwa di bawah Akta Hasutan kelmarin.
Dalam surat yang dihantar ke kediaman pengendali laman web Malaysia Today hari ini, Tuan Guru kagum dengan keberanian Raja Petra mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa menerima pelbagai risiko.
Beliau turut mengajak Raja Petra mencontohi perjuangan Nabi Yusuf yang tetap istiqamah walaupun dipenjarakan.
Raja
Kes beliau yang disabitkan melalui tulisannya di portal Malaysia Today yang menyentuh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu akan disebut 6 Oktober depan.
Komen:
Nik Aziz mengangkat RPK sebagai hero sama seperti hero filem tamil. Nik Aziz mengagumi RPK atas keberaniannya melemparkan hasutan dan fitnah secara terbuka. Tetapi yang jenakanya di sini, tidakkah U- la –ma (Ular Dalam Semak) Nik Aziz sedar bahawa tidak ada sebarang bukti kukuh yang menyokong penulisan RPK yang penuh dengan hasutan dan fitnah itu. Tidakkah Nik Aziz tercelik mindanya untuk meneliti dahulu kebenaran sesuatu cerita sebelum menerimanya atau mengagumi seseorang yang dilihat hero di hadapan mata tetapi yang jelas berlaku hal yang sebaliknya
Belum ada sebarang keputusan mahkamah yang membabitkan TPM dalam kes pembunuhan tersebut, jadi kenapa Nik Aziz begitu ber-ia benar menerimanya dan sanggup menyamakan RPK sama seperti perjuangan Nabi Yusof. Jika diteliti perjuangan Nabi Yusof, dan membandingkannya dengan RPK jelas tidak ada langsung persamaannya.
Berikut disiarkan teks penuh
8hb Mei 2008/ 2 Jamadil Awwal 1429
YM. Raja
Warkah Simpati dan Pengiktirafan
Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan.
Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di
Komen:
Di mana kebenarannya? Untuk pengetahuan U-LA-MA Nik Aziz, belum ada sebarang keputusan dari mahkamah yang mengaitkan TPM dalam kes pembunuhan ini. Jadi bagaimana ia boleh dikatakan “mempertahankan kebenaran” jika kebenaran itu sendiri sebenarnya direka tanpa mengambil kira dari aspek perundangan serta keputusan kes dari mahkamah.
Bagaimana boleh dikatakan mempertahankan sesuatu kebenaran melalui olahan pemikiran sendiri. Jika begini, ramai yang boleh menjadi hebat dengan hanya membuat tindakan melalui pemikiran sendiri serta melalui apa yang dirasakan benar.
Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar.
Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.
Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya.
Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."
Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34).
Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT.
Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir.
Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan.
Salam perjuangan. Wassalam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap Mursyidul Am PAS
Thursday, May 8, 2008
Rakyat Rasa Ditipu Manifesto Pakatan Rakyat
Mohd. Shaid Rosli, 25, dari Simpang Tiga, Ijok, berkata, pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus adalah bertentangan dengan konsep negara berkebajikan yang diuar-uarkan oleh PKR dan Pas dalam manifesto tersebut.
Beliau yang masih menganggur memberitahu, kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji setelah berjaya memerintah merupakan satu bentuk penipuan secara bertulis dan menjadi kesalahan jenayah.
"Janji-janji Menteri Besar Selangor yang ketika itu merupakan calon wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok semasa berkempen merupakan suatu tindakan memperdaya rakyat seperti saya supaya mengundi pakatan pembangkang .
"Saya rasa dipermain-mainkan dan ditipu bulat-bulat kerana apa yang dijanjikan tidak ditunai setelah rakyat beri kepercayaan kepada mereka untuk memerintah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 7 di sini hari ini.
Kelmarin, Abdul Khalid mengumumkan untuk tidak menurunkan cukai taksiran berikutan keadaan ekonomi negeri ketika ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
Beliau bimbang langkah menurunkan cukai taksiran akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil.
Penurunan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus merupakan antara tawaran yang dibuat oleh PKR dan Pas dalam manifesto pilihan raya umum baru-baru ini bagi mengurangkan beban dan membantu ekonomi rakyat.
Tawaran-tawaran lain ialah cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Menurut Mohd. Shaid, beliau membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara yang sama berulang pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, parti-parti politik seharusnya bertanggungjawab dengan apa yang telah dijanjikan semasa berkempen dan bukan bertindak sesuka hati setelah memenangi pilihan raya.
Katanya, beliau juga bersedia untuk membawa perkara itu ke mahkamah jika ada pihak yang mahu membiayai kos guaman.
Komen:
Jangan ingat rakyat akan berdiam diri. Ini merupakan satu contoh mudah bagaimana tersinggungnya rakyat terhadap janji yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Ini baru seorang yang tampil membuat laporan mengenai keburukan kerajaan campuran.
Manusia memegang kepada janji jadi sekarang bila janji bertukar menjadi sebaliknya maka jelas dapat dilihat rakyat bagaimana lemahnya pentadbiran kerajaan campuran yang hanya sekadar mengambil kesempatan untuk membantu rakyat tetapi sebaliknya mereka langsung tidak berkehendak untuk menunaikannya. Ini dilihat sekadar wayang dan janji boneka semata-mata.
Wednesday, May 7, 2008
PM Tiada Kaitan Dengan Oil For Food Program
Justeru, kata Abdullah, kerajaan tidak mempunyai sebab untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat hasil penemuan jawatankuasa tersebut.
Menurutnya, pembabitan syarikat Tradeyear dan Mastek memang dinyatakan dalam kandungan laporan tersebut namun kenyataan bahawa syarikat-syarikat tersebut berkait rapat dengan beliau adalah tidak tepat sama sekali.
''Ini telah dijelaskan di dalam perenggan 3 muka surat 161 laporan penuh Jawatankuasa Penyiasat Bebas yang menyatakan pembabitan Faek Ahmad Shareef, salah seorang pemilik syarikat Mastek, adalah berdasarkan persepsi anggota kerajaan Iraq ke atas beliau, yang dilihat sebagai individu yang boleh membantu mengatasi sekatan ekonomi dengan mengeratkan hubungan antara Iraq dan Malaysia," katanya.
Persepsi itu, menurut Abdullah, disebabkan hubungan kekeluargaan Faek yang pernah berkahwin dengan Noor Asiah Mahmood iaitu adik Allahyarham isterinya, Datin Seri Endon Mahmood.
Faek dilihat oleh kerajaan Iraq sebagai berkebolehan membawa lebih banyak delegasi perdagangan dari Malaysia ke Iraq.
Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) yang me- minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja akan ditubuhkan untuk menyiasat penemuan jawatankuasa bebas PBB itu.
Menurut Abdullah, nota 324 yang terkandung dalam muka surat 161 dan 162 laporan penuh jawatankuasa itu menyatakan tiada sebarang bukti ditemui yang menunjukkan beliau menerima faedah atau ganjaran dalam apa jua bentuk daripada urus niaga minyak yang diperuntukkan kepada Mastek.
Nota 324 juga menurutnya, menjelaskan, satu-satunya hubungan beliau dengan kerajaan Iraq pada ketika itu hanya menerusi surat bagi memperkenalkan delegasi perdagangan dari Malaysia kepada Naib Presiden Republik Iraq ketika itu, Taha Yassin Ramadan.
Komen:
Jelas tiada sebarang kaitan antara PM dengan Oil For Food Program. Isu yang dibangkitkan hanya mahu memburukkan imej PM. Diharap tiada lagi isu berbangkit selepas semua penjelas telah diberikan. Oil For Food Program ditubuhkan untuk membantu kerajaan Iraq menjual hasil minyak mereka untuk membeli keperluan asas rakyat seperti makanan dan perubatan di mana tidak termasuk peralatan senjata. Desa-desus mengatakan program ini mempunyai tujuan yang serong hanyalah merupakan fitnah serta hasutan tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Karpal Singh Pertikai Kuasa Sultan Perak
Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menimbulkan persoalan tentang siapa yang menyediakan titah ucapan diraja dan adakah ia ‘titah kerajaan’ pada perasmian persidangan Parlimen Ke-12 dilihat sebagai perbuatan yang menghina institusi raja.
‘‘Tuanku merupakan Ketua Negara dan rakyat kena akur dan taat kepada Seri Paduka. Memang Tuanku bertindak atas nasihat Perdana Menteri tetapi tidak perlulah bertanya titah ini titah siapa...titah kerajaan atau titah menterikah.
‘‘Apabila perkara itu dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong maka ia adalah titah Seri Paduka,” kata Razali Ibrahim (BN-Muar) ketika membahaskan usul terima kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Pada hari pertama persidangan Rabu lepas, Karpal berkeras ingin tahu siapa yang bertanggungjawab menyediakan teks titah Seri Paduka.
‘‘Terlalu banyak soal berkaitan sultan ini, negara ini ditubuh, sebab wujudnya Kesultanan Raja-Raja Melayu. Ini bukan soal perkauman tetapi kedaulatan. Bukit Gelugor semasa (Parlimen) rasmi dulu juga bangkit soalan yang sama,” kata Razali.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangkit mencelah, meminta penjelasan Razali sama ada wajar Karpal dikenakan tindakan.
Razali menjawab: “Saya seorang tidak boleh menentukan tindakan terhadap beliau. Kita semua sudah dewasa dan merupakan wakil rakyat, agenda politik patut diketepikan.”
Ketika ini, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) turut mencelah dan meminta pandangan Razali sama ada Karpal wajar meminta maaf kepada Sultan Azlan Shah kerana mempertikaikan kuasa baginda dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang ingin mempertahankan tindakan bapanya yang ketika itu tiada di dalam Dewan berkata: ‘‘Saya tidak faham apakah salah jika tanya, kenapa takut hendak jawab soalan siapa yang sediakan (titah Agong). Itu yang kita hendak tahu.”
Dalam hal ini, Razali berkata, soal berani atau tidak untuk menjawab soalan itu tidak timbul.
‘‘Apabila sesuatu perkara itu dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong, itu adalah titah Seri Paduka,” tegasnya.
SETELAH dibidas oleh pelbagai pihak ekoran tindakannya mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) semalam turut dikritik oleh ahli-ahli Parlimen kerana mempersoalkan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menimbulkan persoalan tentang siapa yang menyediakan titah ucapan diraja dan adakah ia ‘titah kerajaan’ pada perasmian persidangan Parlimen ke-12 dilihat sebagai perbuatan yang menghina institusi raja.
“Tuanku merupakan Ketua Negara dan rakyat kena akur dan taat kepada Seri Paduka. Memang Tuanku bertindak atas nasihat Perdana Menteri tetapi tidak perlulah bertanya titah ini titah siapa...titah kerajaan atau titah menterikah.
“Apabila perkara itu dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong maka ia adalah titah Seri Paduka,” kata Razali Ibrahim (BN-Muar).
Komen:
Bukan sahaja generasi baru yang alpa tentang kuasa yang ada pada Sultan-Sultan Melayu tetapi yang malunya generasi-generasi yang veteran juga nampaknya seakan-akan alpa tentang apa itu negara berdaulat, menghormati titah perintah Sultan serta kuasa-kuasa yang ada pada Sultan.
Kehebatan negara Malaysia adalah kerana kita masih lagi mengekalkan dan menyanjung kedaulatan Sultan dalam negara. Tiada siapa yang mahu menentang titah Sultan kerana Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam negara serta merupakan ketua utama dalam negara Malaysia.
Jika hal sebegini terjadi jelas di sini bahawa mereka yang alpa serta berani menolak atau mempersoalkan titah Sultan secara langsung menolak akan kewujudan dan kekuasaan Sultan dalam Malaysia, tindakan keras pasti dikenakan bagi menjadi contoh bahawa jangan sesekali menidakan titah Sultan serta menolak dari menghormati kedaulatan Sultan-Sultan Melayu.
RPK Ke Penjara
Raja Petra yang merupakan pengendali blog pertama didakwa atas kesalahan seumpama itu dilihat tenang sepanjang prosiding serta mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurmala Salim.
Mengikut pertuduhan, Raja Petra, 58, didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell (Mari hantar pembunuh-pembunuh Altantuya ke neraka) yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://www.malaysia-today.net.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di alamat No. 5, Jalan BPR5/5, Bukit Rahman Putra Sungai Buloh dekat sini pada 25 April lalu.
Raja Petra yang hadir ke mahkamah berkemeja kuning dan seluar jeans biru dituduh di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Kertas pertuduhan itu turut menggariskan sembilan perenggan daripada artikel berkenaan yang didakwa mengandungi ayat-ayat menghasut.
Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi), Jabatan Peguam Negara, Datuk Nordin Hassan yang akan mengemukakan 15 orang saksi menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.
Peguam K. Balaguru yang mengetuai barisan peguam bela pada mulanya mengemukakan bantahan awal terhadap pertuduhan yang didakwa tidak mempunyai masa serta kategori hasutan yang khusus.
Sebelum sempat beliau berhujah lanjut, peguam Karpal Singh dan anaknya, Gobind Singh Deo tiba di bilik bicara untuk menyertai pihak pembelaan menyebabkan Balaguru memohon mahkamah berhenti rehat selama 10 minit.
Sebaik mahkamah bersidang semula, Balaguru tiba-tiba menarik balik bantahan itu dengan alasan isu tersebut akan dibangkitkan kemudian.
Katanya, beliau juga diarah agar tidak membuat sebarang rayuan bagi mengurangkan jumlah jaminan yang ditawarkan.
Berikutan itu, Nurmala mengekalkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 6 Oktober ini.
Semasa ditemui di luar mahkamah, Balaguru memaklumkan bahawa anak guamnya ‘tidak mampu’ untuk membayar wang ikat jamin tersebut.
Bagaimanapun difahamkan, Raja Petra memilih untuk ditahan di penjara sehingga wang yang dikumpulkan melalui kempen ‘Seorang Seringgit’ di laman web Malaysia Today mencukupi untuk membebaskannya.
Raja Petra yang turut diwakili empat lagi peguam bela kemudiannya dibawa ke Penjara Sungai Buloh dekat sini pada kira-kira pukul 3.15 petang.
Terdahulu, Raja Petra tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 9.20 pagi selepas dimaklumkan bahawa dia akan didakwa di Mahkamah Majistret di sana.
Komen:
Langsung tidak timbul perasaan serik dalam diri yang menyebabkan RPK terus disaman dan diheret kemahkamah. Belum selesai kes lepas, timbul pula isu hasutan. Sudah-sudahlah tu. Tidak salah menulis sesuatu di dalam laman blog jika ianya benar dan tepat, tetapi salah jika menggunakan laman blog semata-mata untuk meyebarkan hasutan, fitnah dan sebagainya kerana suara blog adalah suara rintihan rakyat yang mahukan keadilan dan bukan sebaliknya.
Janji Tinggal Janji oleh Kerajaan Selangor
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus 'membuka mata' terhadap perkembangan yang berlaku itu kerana ia menggambarkan kemampuan sebenar kerajaan negeri berkenaan.
Beliau berkata, apa yang pasti kerajaan Selangor yang kini dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas gagal menunaikan salah satu janji mereka seperti mana yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
''Kita sudah jangka apabila sampai pada masanya mereka akan menghadapi kesukaran untuk menunaikan semua janji pilihan raya. Pada waktu pilihan raya sesiapa pun boleh membuat janji tetapi untuk menunaikannya bukan satu perkara mudah.
''Kemungkinan pengundi-pengundi termakan dengan janji-janji yang mereka buat. Sebut sahaja turun cukai sudah tentu akan ada pihak yang termakan dengan janji-janji ini tanpa memikirkan sama ada ia boleh ditunaikan atau sebaliknya,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Pekerja dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan kerajaan Selangor tidak akan menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan bagi membolehkan janji tersebut dilaksanakan.
Komen:
Bukan soal ekonomi Selangor tidak mencapai tahap yang memuaskan bagi membolehkan janji tersebut dilaksana sebaliknya kerajaan Selangor memang tidak langsung bercadang untuk menunaikan janji mereka itu.
Bagi mereka apa rakyat boleh buat jika mereka tidak mahu menunaikan janji kerana Selangor telah pun mereka takluki, suka atau tidak, janji atau mungkir mereka telah dapat apa yang mereka mahukan. Terpulanglah pada rakyat untuk buat apa sahaja. Siapa yang tidak mahu duit, siapa mahu lihat wang yang banyak mereka perolehi terpaksa diberikan kepada orang lain. Hal yang sama dilihat timbul di dalam janji kerajaan Selangor. Dengan menurunkan cukai bermakna kuranglah jumlah wang di dalam koleksi dana kerajaan Selangor. Cuma satu yang pasti mereka mungkin tiada masalah jika janji tersebut tidak melibatkan wang ringgit.
P/S: Janji tinggal janji..yang pening rakyat sendiri
Lim Kit Siang Meludah Ke Muka Sendiri
Akibat tindakan melulu Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang membangkitkan beberapa isu yang didakwanya menunjukkan unsur korupsi dan salah guna kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mempertikaikan keikhlasan wakil rakyat BN memperjuangkan masalah rasuah akhirnya memalukan dirinya sendiri.
Lim Kit Siang yang dilihat tergamam dengan isu yang dibangkitnya selepas dilihat tidak dapat menjawab kembali persoalan yang dibangkitkan oleh Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Tiong King Sing berkenaan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan merobohkan halangan yang menutup laluan masuk ke Bandar Mahkota Cheras dari arah Lebuh Raya Kajang-Cheras baru-baru ini. Arahan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat Selangor dengan jelas menunjukkan mereka sendiri telah menyalahguna kuasa tanpa mengikut prosedur serta berpandukan kepada undang-undang.
Lim Kit Siang yang dengan tersipu malu serta tidak dapat menjawab kembali hujah yang dikemukakan oleh King Sing hanya mampu berkata “Saya langsung tidak tahu kes apa ini” dengan tujuan untuk mengelak daripada menjawab soalan King Sing tersebut. Desakan King Sing yang bertalu-lalu akhirnya menyebabkan suasana di Dewan Rakyat kecoh dan pembangkang saling bertukar ejekan akibat jawapan Lim Kit Siang yang dilihat tidak mengikut perkembangan semasa tentang apa yang berlaku di dalam negara.
Lim Kit Siang akhirnya diselamatkan oleh Teo Nie Ching (DAP Segambut) yang bangun meminta laluan untuk meredakan keadaan di dalam Dewan Rakyat itu.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini telah membatalkan saman yang dibuat oleh Lim Kit Siang berhubung tuntutan perisytiharan kerajaan sementara selepas Lim Kit Siang menarik balik saman pemula tersebut yang difailkan pada 4 Februari lalu.
Lim Kit Siang telah memfailkan saman pemula bagi menuntut perisytiharan agar kerajaan sementara mengambil alih kerajaan dalam tempoh antara akhir pembubaran Parlimen sehingga penubuhan kabinet baru selepas piliha raya.
Beliau turut menuntut perisytiharan bahawa dalam tempoh tersebut, kerajaan sementara itu hanya melaksanakan pentadbiran harian kerajaan tanpa apa-apa kuasa berhubung dasar kebangsaan, peruntukan kewangan awam atau penggunaan kemudahan-kemudahan awam semasa kempen pilihan raya umum.
Penarikan balik saman itu dibuat dengan alasan ia telah menjadi akademik dan tidak menepati tujuan saman itu difailkan kerana Pilihan Raya Umum ke-12 telah pun berakhir.
Friday, May 2, 2008
Tiga wakil rakyat ditahan polis
Ketiga-tiga mereka ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Goh Leong San dan ADUN Bachang, Lim Jak Wong.
Mereka ditahan tengah hari ini atas kesalahan memotong kira-kira 10 batang skru yang dibiarkan terpacak di sebuah kawasan di Taman Kesidang, Kampung Lapan, di sini.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dibebaskan kira-kira pukul 5.15 petang dengan jaminan polis RM2,000 setiap seorang.
Difahamkan, semua skru berukuran kira-kira 0.3 meter itu dibiarkan terpacak ditapak tersebut kesan daripada projek terbengkalai sejak enam bulan lalu.
Projek itu ialah membina sebuah tiang lampu dengan pemancar telekomunikasi di kawasan tersebut tetapi kerajaan mengambil keputusan membatalkannya apabila ia dibantah oleh penduduk.
Tong Him berkata, penduduk di kawasan tersebut telah mengadu bahawa skru tersebut membahayakan keselamatan penduduk sekiranya terus dibiarkan begitu.
"Jadi, kira-kira pukul 10.30 pagi ini, kami bertiga mengambil inisiatif memotong skru tersebut dengan gergaji setelah usaha membengkokkannya gagal," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Melaka Tengah.
Dakwanya, Jak Wong ditahan di tempat skru itu dipotong dan beliau serta Leong San yang bergegas ke balai polis berkenaan kemudiannya turut ditahan.
"Saya juga difahamkan, kami bertiga akan disiasat di bawah Seksyen 440 Kanun Keseksaan," katanya.
Di bawah seksyen tersebut, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Johari Yahya ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut, namun enggan mengulas lanjut.
Komen:
Pandai-pandai ambil tindakan sendiri, akhirnya sendiri yang dapat masalah. Dalam negeri ada undang-undang dan ada pihak berkuasa yang bertindak dalam menguruskan soal keselamatan rakyat jadi janganlah ambil tindakan sendiri macam yang dilakukan oleh adun DAP ini. Walaupun ianya dilihat bertujuan untuk membantu rakyat tetapi mereka bukannya mempunyai kuasa dalam menentukan keputusan sesuatu masalah yang timbul. Seharusnya mereka menggunakan minda yang ada dan suara yang diberikan rakyat untuk selesaikan masalah yang timbul ini dengan cara berunding dengan pihak yang berkuasa dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi rakyat. Bukannya dengan cara pandai-pandai sendiri yang akhirnya bertindak merosakkan harta awam.
Jadi pengajarannya di sini, sebelum nak buat sesuatu jangan ikut rasa - binasa dan jangan ikut hati - mati. Jangan ingat ada sedikit kuasa, dah mula nak tunjuk lagak atau berfikir mereka boleh buat sesuka hati. Biarpun pada mata rakyat tindakan mereka itu benar, tetapi jangan sesekali lupa pada undang-undang dalam negara. Jika dibelakangkan undang-undang maka beginilah jadinya.
Jadi pada adun DAP yang terbabit, sebelum nak mengaut populariti pada rakyat, fikir dulu secara waras jangan bertindak sesuka hati kerana kalau nak tunjuk bagus pun biarlah bertepat an serta kena dengan caranya!
p/s: Sekarang harga besi pun tinggi di pasaran. Skru pun tinggi harganya.