Monday, May 26, 2008

Lim Kit Siang Tersasar Usul

Percubaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) untuk meminda usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong gagal apabila ditolak oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ronald Kiandee yang dianggap satu perbuatan tidak sopan.

Kit Siang pada 16 Mei lepas menghantar notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk meminda usul menjunjung kasih dengan menambah perkataan berikut: ‘‘Satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menangani masalah pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah yang menimbulkan kekhuatiran bahawa bilangan orang asing lebih ramai daripada rakyat Sabah selepas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pada sesi perbahasan Penggal Pertama Parlimen Kedua Belas Dewan Rakyat.”

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat menolak usul tersebut menyebabkan Kit Siang hari ini menggunakan Peraturan Mesyuarat Perkara 31 dan 33 (3) bagi mendapatkan sebab-sebab usul itu ditolak.

Komen:

Kit Siang hanya mahu menangguk di air keruh. Mengguna atau mencipta pindaan usul-usul untuk kepentingan dirinya sendiri. Jelas usul yang dikemukan tidak relevan dengan peraturan mesyuarat. Memang patut pun usulnya ditolak kerana usul tersebut tersasar jauh dengan perkara yang diperbincangkan.


3 comments:

yusof said...

Ada yang kata Lim Kit Siang sebenarnya mahu membuat usul supaya parti BN segera berundur dari peranan pemerintah selepas maruah negara tercalar disebabkan oleh kebodoh sombongan pemimpin mereka sehingga hampir semua hakim ICJ memihak kepada Singapura. Apa muka tak malu ke?

WaZiRai said...

nak buat usul pun biarlah bertempat. Kena dengan kesesuaian, buatlah beratus usul pun, ni usul merepek tak kena tempat yang disyorkan, memanglah kena terajang keluar! Isu Singapura ni, kita tetap dapat 2 kawasan, yang penting fikirkan ttg nelayan kita, mereka dah berjaya untuk mengaut hasil laut dari 2 tempat tersebut. Open minded sikitlah bro!

yusof said...

Kalau betul pemerintah dalam BN/UMNO lebih pentingkan negara dan nelayan, taklah terbiar sebahagian tanah air ni walau pun sekecil kangkang kera sampai jatuh ke tangan sebuah negara yang satu ketika dulu adalah sebahagian dari tanah jajahan Malaysia. Memang menang 2 kawasan, tapi macam bertaruh untuk mendapatkan hak sebuah rumah, Singapura dapat bahagian hadapan dan kita hanya dapat jamban dan tempat buah sampah. Cuba bayangkan Singapura dapat kawasan yang sudah melampaui sempadan Malaysia di sebelah utara, macam dalam peperangan Singapura sudah sampai di belakang garis sempadan kita. Dulu pun Singapura hilang dari Malaysia hanya dengan sebuah lagu dan lagu ini juga digunakan oleh UMNO dengan membakar semangat perkauman Melayu sebagai helah melepaskan tanah jajahan yang penting dari segala aspek ini. Macam mana BN/UMNO boleh mempertahan negara dari dijahah sedangkan tanah sebesar kangkang kera pun terlepas dengan cara yang memalukan. Maka sudah sampai masalah UMNO/BN berundur sebelum lebih banyak tanah dan pulau tergadai kepada negara lain.