Tuesday, May 13, 2008

UMNO 62 - Perjuangan Era Baru Telah Bermula!

Sambutan memperingati ulangtahun kelahiran Umno pada 11 Mei 1946, tahun ini amat berbeza dengan sambutan yang dibuat pada tahun-tahun sebelum ini.

Sambutan tahun ini amat hambar kerana orang-orang Umno tidak pernah menerima hukuman yang sebegini berat, apabila ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lepas.

Selama lebih 50 tahun Umno menerusi gabungan Perikatan dan Barisan Nasional begitu 'enjoy' dengan kuasa pemerintahan mutlak dengan menguasai lebih dua pertiga kerusi Parlimen di peringkat Persekutuan.

Umno dan parti gabungannya juga menguasai semua negeri secara mutlak kecuali Kelantan dan Terengganu (1999-2004) sehingga PRU lepas.

PRU 2008 benar-benar menguji kewibawaan Umno untuk terus kekal sebagai parti tonggak pemerintahan negara.

Setelah 62 tahun berkuasa penuh, tanpa diduga rakyat, memberikan signal bahawa nama Umno tidak sinonim dengan kuasa yang memerintah sebuah kerajaan.

Di Kelantan, Umno sudah lama menjadi pembangkang. Di Terengganu juga Umno pernah menjadi pembangkang. Sekarang Umno dipilih rakyat untuk menjadi pembangkang di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Gelaran pembangkang sebelum ini, disandang PAS, DAP, KeADILan, PRM dan lain-lain.

Kini Umno dan sekutu mereka dalam BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain adalah pembangkang di enam negeri (termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jika sebelum ini Umno dan sekutunya begitu alergi dengan gelaran pembangkang, namun itulah hakikatnya sekarang.

Umno bukan lagi parti yang didokong rakyat untuk berada ditampuk kuasa, malah Umno sudah dilabel dengan gelaran pembangkang.

Komen:

Birthday UMNO ke 62 amat meriah pada tahun ini. Sambutan yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana UMNO berjaya mengekalkan tampuk pimpinan selepas menang di dalam pilihan raya yang lepas. Walaupun kemenangan ini tetap ada kesedihannya dengan kekalahan BN di 5 Negeri, tetapi UMNO tetap bersikap positif serta makin berfikiran "Critical Thinking".

Untuk maju kehadapan UMNO tidak akan menjadikan kekalahan terhadap 5 negeri tersebut sebagai satu kesedihan berkekalan atau sebagai satu isu untuk melemahkan BN dan UMNO. UMNO akan tetap dengan perjuangannya untuk mempertahankan ketuanan Melayu serta memartabatkan bangsa Melayu biarpun dibidas atau dikritik oleh pembangkang yang mahukan ketuanan Melayu dihapuskan dan digantikan dengan ketuanan Rakyat.

UMNO memandang isu ketuanan Melayu secara lebih serius dan tidak akan membiarkan orang Melayu kembali menjadi lemah serta ditindas oleh bangsa lain yang hanya mempunyai satu tujuan untuk mematikan terus bangsa Melayu dari terus mempunyai kuasa di atas tanah tumpahnya sendiri.

Dengan meraikan hari ulangtahun UMNO tahun ini, UMNO telah berikrar dan berjanji untuk terus mengorak langkah serta mencipta teknik-teknik baru utuk menigkatkan jati diri orang Melayu serta menolak lebih tinggi orang Melayu agar berdiri lebih tinggi dari bangsa lain. UMNO merasakan bahawa sudah sampai masanya untuk tidak sentiasa mengenagkan apa yang terjadi dibelakang tetapi terus menoleh kehadapan seraya kemajuan yang dikecapi negara Malaysia.

3 comments:

siakapsenohong said...

sambutan kali ini memang berbeza...amat berbeza berbanding tahun2 yang lalu tetapi perjuangan tetap satu iaitu untuk agama bangsa dan negara.
Memang keputusan PRU12 banyak beri kesan kepada tampuk pimpinan dan juga ahli-ahli UMNO. Secara langsung rakyat juga mendapat kesan akibat keputusan PRU12. Memanglah kita tak kalah dan kita masih lagi mempertahankan tampuk kerajaan tetapi apa yang difahami kita kekurangan pengundi dan sokongan bangsa Melayu terhadap UMNO juga merosot.
Kalau nak lupakan hal tersebut, kita lupakanlah terus... jadikan perkara lalu sebagai teladan dan ahli-ahli UMNO perlulah bersatu semula.
Tak sayangkah pada usia 62 tahun UMNO. Bukan mudah untuk menubuhkan UMNO dan bukan mudah untuk mengekalkannya. Jadi perbaikilah apa yang telah rosak...

gilerpolitik said...

Selamat Hari UMNO dan selamatkan UMNO...Hidup Melayu dan teruskan perjuangan

yusof said...

62 tahun hanya 4 tahun lebih dari umur maksima perkhidmatan dalam kerajaan. Selepas itu perkhidmatan hanya akan disambung secara kontrak. Jadi UMNO sekarang masih terus memerintah secara kontrak dan boleh tidak sambung bila sampai masanya.