Monday, May 12, 2008

U-LAR-MA & RPK

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuskan warkah kepada Raja Petra Kamarudin yang dipenjara dan didakwa di bawah Akta Hasutan kelmarin.

Dalam surat yang dihantar ke kediaman pengendali laman web Malaysia Today hari ini, Tuan Guru kagum dengan keberanian Raja Petra mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa menerima pelbagai risiko.

Beliau turut mengajak Raja Petra mencontohi perjuangan Nabi Yusuf yang tetap istiqamah walaupun dipenjarakan.

Raja Petra dibebaskan hari ini selepas isteri beliau Marina Lee Abdullah membayar wang jaminan sebanyak RM5000.

Kes beliau yang disabitkan melalui tulisannya di portal Malaysia Today yang menyentuh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu akan disebut 6 Oktober depan.

Komen:

Nik Aziz mengangkat RPK sebagai hero sama seperti hero filem tamil. Nik Aziz mengagumi RPK atas keberaniannya melemparkan hasutan dan fitnah secara terbuka. Tetapi yang jenakanya di sini, tidakkah U- la –ma (Ular Dalam Semak) Nik Aziz sedar bahawa tidak ada sebarang bukti kukuh yang menyokong penulisan RPK yang penuh dengan hasutan dan fitnah itu. Tidakkah Nik Aziz tercelik mindanya untuk meneliti dahulu kebenaran sesuatu cerita sebelum menerimanya atau mengagumi seseorang yang dilihat hero di hadapan mata tetapi yang jelas berlaku hal yang sebaliknya

Belum ada sebarang keputusan mahkamah yang membabitkan TPM dalam kes pembunuhan tersebut, jadi kenapa Nik Aziz begitu ber-ia benar menerimanya dan sanggup menyamakan RPK sama seperti perjuangan Nabi Yusof. Jika diteliti perjuangan Nabi Yusof, dan membandingkannya dengan RPK jelas tidak ada langsung persamaannya.

Berikut disiarkan teks penuh surat Tuan Guru Nik Aziz:-

8hb Mei 2008/ 2 Jamadil Awwal 1429

YM. Raja Petra Raja Kamarudin

Warkah Simpati dan Pengiktirafan

Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan.

Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di sana masih ada seorang sehebat tuan yang cekal mempertahankan apa yang difikirkan benar.

Komen:

Di mana kebenarannya? Untuk pengetahuan U-LA-MA Nik Aziz, belum ada sebarang keputusan dari mahkamah yang mengaitkan TPM dalam kes pembunuhan ini. Jadi bagaimana ia boleh dikatakan “mempertahankan kebenaran” jika kebenaran itu sendiri sebenarnya direka tanpa mengambil kira dari aspek perundangan serta keputusan kes dari mahkamah.

Bagaimana boleh dikatakan mempertahankan sesuatu kebenaran melalui olahan pemikiran sendiri. Jika begini, ramai yang boleh menjadi hebat dengan hanya membuat tindakan melalui pemikiran sendiri serta melalui apa yang dirasakan benar.

Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar.

Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.

Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya.

Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."

Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34).

Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT.

Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir.

Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan.

Salam perjuangan. Wassalam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap Mursyidul Am PAS

4 comments:

cicakmankampung said...

memanglah PAS akan sokong tindakan RPK sebab kan mereka sealiran dalam pendapat. Macam PAS yang menghalalkan mengumpat dan mengeji, macam itu juga yang berlaku apabila RPK ditahan. Sebenarnya itu cuma satu contoh sahaja sebab kalau nak disabitkan tak terkira la... Apa pun dah jadi lumrah bahawa kebenaran akan tetap terserlah dan tidak akan memihak kepada mereka yang menipu.

spongegoat said...

nabi yusof a.s dipenjarakan sbb fitnah wanita, makanya betapa bagusnya nik ajis menyamakan RPK dgn nabi yusof, tahniah la nik ajis ye...

ashraf haikal affendi said...

Siapa yg tak kenal PAS, suka menangguk di air keruh... kalau ada kepentingan pada dia banyak lah kerjanya

Pak Agenda said...

PAS ni menyokong RPK sebab RPK hentam kerajaan sekarang je. Ni katakan contohnya aku pun hentam kerajaan, konfem PAS buat perarakan satu kampung sebab jadi hero walhal aku sendiri tak sokong dasar PAS. Hero pekejadahnya. RPK itu sendiri dah jelas menaip artikel yang penuh unsur fitnah dan tidak menunjukkan kebenaran. Sikap PAS yang suka ambil kesempatan memang dah tak kira baik buruk asalkan hentam kerajaan.