Tuesday, May 27, 2008

Episod 1 : Antara Janji-Janji Besar DAP @ PRU-12 – Dah Tunai Ke!

  • Berjaya menang dalam Pilihan Raya ke 12 -bonus sehingga RM6,000 bagi setiap anggota isi rumah yang berpendapatan RM6,000 atau kurang setahun.
  • Berjaya menang dalam Pilihan Raya ke 12 - menyediakan bekalan air bersih yang selamat dan mampu dibayar oleh rakyat.
  • Berjaya menang dalam Pilihan Raya ke 12 - 100,000 anggota polis ditugaskan meronda di jalan-jalan bagi mengurangkan jenayah dan menghapuskan ancaman dadah.
  • Berjaya menang dalam Pilihan Raya ke 12 - menarik pelaburan yang berkualiti dengan pekerjaan yang menyediakan ganjaran yang tinggi.
  • Berjaya menang dalam Pilihan Raya ke 12 - mendapatkan khidmat ahli-ahli akademik terbaik di peringkat dunia untuk menerajui institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan menaikkan gaji bagi menarik dan mengekalkan para guru dan pensyarah yang terbaik.

Komen:

Janji telah dibuat, tapi APA yang rakyat dapat selepas berbulan DAP menang. Nak kata bayar bonus! Gaji pekerja akademik sampai sekarang tak nampak apa cerita. Kita tunggu dan lihat bagaimana DAP akan tunaikan janji mereka. Manifesto DAP jelas ketandusan idea di mana janjinya mahu meletakkan 100,000 polis khas meronda lebuh raya dan kediaman jelas menunjukkan mereka menggunakan idea BN, ini hanyalah idea mesin pencetak mereka.

Ada 2 faktor yang dilihat amat menarik punca mengapa DAP tidak mampu untuk tunaikan janji mereka pada rakyat!

  1. DAP berjanji tetapi tidak tahu bagaimana nak laksanakan. Nak cerita bab duit tambahan pula yang melibatkan nilai pemberian kepada rakyat yang tinggi memang pasti DAP tak akan mampu lakukan. First time tadbir kerajaan sendiri, banyak benda nak joli
  2. DAP dari awal tidak menyangka mereka akan menang, jadi janji yang mereka taburkan memang dari awal-awal lagi mereka dah pasti tak mampu ditunaikan. Ianya semata-mata gimik untuk tatapan rakyat. Ini semua hanyalah helah atau pemainan sewaktu musim Pilihan Raya ke-12.

DAP sekarang kelu tidak mampu berkata, pusing kanan tak senang, pusing kiri tak senang, bila dah berjanji rakyat mestilah nak tuntut! Kalau tak mampu nak tunaikan lebih baik tak berjanji. Nasihat pada DAP, jangan dipermainkan perasaan rakyat dengan janji yang DAP tak mampu nak tunaikan, makin ramai yang tampil kehadapan buat laporan polis tentang mungkir janji DAP pada mereka. Ini satu petanda bagus kerana kalau dibiarkan, sampai ke PRU-13 janji tak dikota, janji baru yang lebih hancing muncul pula!

No comments: