Thursday, May 15, 2008

PAS Dengki Calonnya Tak Jadi Pengarah JAIP

Kebanyakan pengarah Jabatan Agama Islam tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam, kata Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar).

Beliau mendedahkan perkara itu ketika mencadangkan usaha-usaha pengukuhan institusi agama Islam supaya setanding dengan institusi-institusi lain.

Sebagai contoh, katanya, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury bukan sahaja tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dalam agama Islam malah gred perjawatannya pula tidak mencapai taraf untuk dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam.

Dr Mujahid, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, juga mencadangkan supaya dibentuk jawatankuasa bagi mengukuhkan institusi fatwa dengan mengemukakan acuan fiqh Malaysia dan bukan fiqh yang datang dari suasana dan negara lain.

Komen:

Macamlah dia pandai sangat! Nak kata orang tak ada kelayakan untuk memegang jawatan dalam kerajaan. Kalau setakat pegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS lebih baik duduk diam. Bukan sahaja tak terlibat dalam sektor kerajaan malah teramat jauh untuk dipanggil orang gomen. Dr. beli ke apa ni. Pemikiran tak macam Dr. langsung! Apa dengan tamat sekolah pondok baru boleh di iktiraf sebagai cukup syarat pendidikan tinggi dalam agama Islam ke? Janganlah terlalu kolot sangat. Macam-macam bentuk pendidikan ada sekarang jadi tak payah nak bising lebih-lebih.

Sekali lagi janganlah kita mempertikaikan hak-hak seseorang individu kerana ini semua ketentuan dari-Nya. Rezeki seseorang itu telah ditentukan jadi kita tidak ada hak untuk mengatakan seseorang itu layak atau tidak menerima rezeki dari-Nya. Jagalah hal diri sendiri daripada nak kacau hal orang lain. Pengarah JAIP tak ada pula nak komen lebih-lebih sedangkan orang lain yang tak ada langsung kaitan lebih-lebih pulak nak bising-bising telampau. Dalam Islam sendiri ada mengatakan supaya kita jangan memburukan manusia sesama agama. Orang berlatarbelakang pendidikan Islam yang biasa pun tahu tentang hal ini, tapi yang peliknya orang yang kononnya Dr. pandai sangat bab Islam ni terkecuali pula untuk faham hal ini.

Hanya orang bodoh sahaja yang bagi komen menunjukkan dia pandai. Orang pandai pula tak akan pandai-pandai bagi komen yang menunjukkan dia bodoh! Dalam dunia serba canggih ni, nak berdakwah perlu up-to date seiring dengan keadaan semasa. Kalau masih pemikiran di tampok low class memang jadi typical people-lah sampai ke mati. Nak berdakwah jika diselitkan dengan info-info serba canggih selain dari keutamaan diberi kepada agama Islam, penghayatannya akan jadi lebih cemerlang. Kalau tengok sekarang, kat masjid-masjid pada hari Jumaat semuanya semakin canggih seiring dengan bentuk penyampaian Islam itu sendiri. Mudah diterima oleh umat Islam serta mudah difahami.

Mengulas sistem pemerintahan Islam yang diperjuangkan oleh PAS, beliau menjelaskan, kemuncak sistem pemerintahan ialah menegakkan keadilan dan mengamalkan musyawarah.

Komen:

Tak payah nak cerita hal pemerintahan Islam serta kemuncak sistem pemerintahanlah kalau pemikiran serta perasaan PHD (Perasaan Hasad Dengki) masih penuh dalam diri. Tak boleh nak tengok orang senang dan tak boleh tengok orang lebih sikit dari diri sendiri. Adakah ini yang di ajar dalam Islam? Pikirlah sikit!


Islam, tegas beliau, mempunyai sistem yang substantif untuk menegakan keadilan dan melaksanakan syura.

3 comments:

Anonymous said...

PAS ni memang lah terdesak.PAS merupakan gerombolan pedagang ugama akhir zaman.Sperti kata peneraju PAS dulu,jangan jual agama untuk dapat dunia,untuk jawatan dan untuk mengampu kerajaan. Hari ni terbukti PAS lah yang menjual ugama untuk kuasa.Lihat di Kedah sanggup tidak haramkan arak dan judi semata-mata kasihkan DAP,takut DAP tak sokong mereka.Perbuatan PAS ini sangatlah biadap kepada Allah. PAS hari ini adalah kelompok mengubah hukum tuhan demi kuasa, sama seperti nasrani dan yahudi.Golongan yang mereka panggil ulamak diam membisu, ini setan bisu namanya,demi menghalalkan hukum kerajaan PAS Kedah.Hukum tuhan dibuat berbeza,Kelantan suku,Kedah suku.PAS ini mungkir janji kepada ALLAH, ingat janji kepada ALLAH,hari ini PAS tubuh kerajaan esok hudud dikuatkuasakan. Mana hudud anda PAS?

Unknown said...

hudud hanya pada namanya sahaja, perlaksanaan hancur. Bukan hudud jadinya tapi setiap seorang dari mereka dah jadi kudud atau kudis sekarang.

AIDC said...

Salam

Untuk mengenali siapakah Anwar, harap luangkan masa tonton video2 ni…

Video 5
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 3
http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber : http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/