Friday, May 2, 2008

Tiga wakil rakyat ditahan polis

Tiga wakil rakyat DAP ditahan di Balai Polis Melaka Tengah atas dakwaan merosakkan harta benda kerajaan.

Ketiga-tiga mereka ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Goh Leong San dan ADUN Bachang, Lim Jak Wong.

Mereka ditahan tengah hari ini atas kesalahan memotong kira-kira 10 batang skru yang dibiarkan terpacak di sebuah kawasan di Taman Kesidang, Kampung Lapan, di sini.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dibebaskan kira-kira pukul 5.15 petang dengan jaminan polis RM2,000 setiap seorang.

Difahamkan, semua skru berukuran kira-kira 0.3 meter itu dibiarkan terpacak ditapak tersebut kesan daripada projek terbengkalai sejak enam bulan lalu.

Projek itu ialah membina sebuah tiang lampu dengan pemancar telekomunikasi di kawasan tersebut tetapi kerajaan mengambil keputusan membatalkannya apabila ia dibantah oleh penduduk.

Tong Him berkata, penduduk di kawasan tersebut telah mengadu bahawa skru tersebut membahayakan keselamatan penduduk sekiranya terus dibiarkan begitu.

"Jadi, kira-kira pukul 10.30 pagi ini, kami bertiga mengambil inisiatif memotong skru tersebut dengan gergaji setelah usaha membengkokkannya gagal," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Melaka Tengah.

Dakwanya, Jak Wong ditahan di tempat skru itu dipotong dan beliau serta Leong San yang bergegas ke balai polis berkenaan kemudiannya turut ditahan.

"Saya juga difahamkan, kami bertiga akan disiasat di bawah Seksyen 440 Kanun Keseksaan," katanya.

Di bawah seksyen tersebut, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Johari Yahya ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

Komen:

Pandai-pandai ambil tindakan sendiri, akhirnya sendiri yang dapat masalah. Dalam negeri ada undang-undang dan ada pihak berkuasa yang bertindak dalam menguruskan soal keselamatan rakyat jadi janganlah ambil tindakan sendiri macam yang dilakukan oleh adun DAP ini. Walaupun ianya dilihat bertujuan untuk membantu rakyat tetapi mereka bukannya mempunyai kuasa dalam menentukan keputusan sesuatu masalah yang timbul. Seharusnya mereka menggunakan minda yang ada dan suara yang diberikan rakyat untuk selesaikan masalah yang timbul ini dengan cara berunding dengan pihak yang berkuasa dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi rakyat. Bukannya dengan cara pandai-pandai sendiri yang akhirnya bertindak merosakkan harta awam.

Jadi pengajarannya di sini, sebelum nak buat sesuatu jangan ikut rasa - binasa dan jangan ikut hati - mati. Jangan ingat ada sedikit kuasa, dah mula nak tunjuk lagak atau berfikir mereka boleh buat sesuka hati. Biarpun pada mata rakyat tindakan mereka itu benar, tetapi jangan sesekali lupa pada undang-undang dalam negara. Jika dibelakangkan undang-undang maka beginilah jadinya.

Jadi pada adun DAP yang terbabit, sebelum nak mengaut populariti pada rakyat, fikir dulu secara waras jangan bertindak sesuka hati kerana kalau nak tunjuk bagus pun biarlah bertepat an serta kena dengan caranya!

p/s: Sekarang harga besi pun tinggi di pasaran. Skru pun tinggi harganya.



2 comments:

jasindaily online said...

abis dah minta pihak yang bertanggungjawab buat tapi xde tindakan..kalo anak @ sedara mara ko main kat situ jatuh dan kepala terhentak kat besi tu sapa mau jawab...ko juga yang terseksa...nak buat baik pun dislaah erti..apa punyer UMNo la....kaji sikit ni tidak, copy artikel & buat ulasan sendiri....adiossss

WaZiRai said...

kalau yer pun nak buat tindakan biarlah ikut cara yang betul. Bila dah buat cara haram macam ni, didapati bersalah mula nak salahkan orang lain. Bab keselamatan tu satu hal-lah tetapi bab rosakkan harta orang lagilah satu hal. Lain kali nak bertindak pun fikirlah habis-habis jangan nak sangat tunjuk konan boleh buat sesuka hati. Lagi satu kanapa nak salahkan UMNO? Salahkan diri sendiri tak sabar nak tunjuk pandai sapa suruh