Akibat tindakan melulu Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang membangkitkan beberapa isu yang didakwanya menunjukkan unsur korupsi dan salah guna kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mempertikaikan keikhlasan wakil rakyat BN memperjuangkan masalah rasuah akhirnya memalukan dirinya sendiri.
Lim Kit Siang yang dilihat tergamam dengan isu yang dibangkitnya selepas dilihat tidak dapat menjawab kembali persoalan yang dibangkitkan oleh Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Tiong King Sing berkenaan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan merobohkan halangan yang menutup laluan masuk ke Bandar Mahkota Cheras dari arah Lebuh Raya Kajang-Cheras baru-baru ini. Arahan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat Selangor dengan jelas menunjukkan mereka sendiri telah menyalahguna kuasa tanpa mengikut prosedur serta berpandukan kepada undang-undang.
Lim Kit Siang yang dengan tersipu malu serta tidak dapat menjawab kembali hujah yang dikemukakan oleh King Sing hanya mampu berkata “Saya langsung tidak tahu kes apa ini” dengan tujuan untuk mengelak daripada menjawab soalan King Sing tersebut. Desakan King Sing yang bertalu-lalu akhirnya menyebabkan suasana di Dewan Rakyat kecoh dan pembangkang saling bertukar ejekan akibat jawapan Lim Kit Siang yang dilihat tidak mengikut perkembangan semasa tentang apa yang berlaku di dalam negara.
Lim Kit Siang akhirnya diselamatkan oleh Teo Nie Ching (DAP Segambut) yang bangun meminta laluan untuk meredakan keadaan di dalam Dewan Rakyat itu.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini telah membatalkan saman yang dibuat oleh Lim Kit Siang berhubung tuntutan perisytiharan kerajaan sementara selepas Lim Kit Siang menarik balik saman pemula tersebut yang difailkan pada 4 Februari lalu.
Lim Kit Siang telah memfailkan saman pemula bagi menuntut perisytiharan agar kerajaan sementara mengambil alih kerajaan dalam tempoh antara akhir pembubaran Parlimen sehingga penubuhan kabinet baru selepas piliha raya.
Beliau turut menuntut perisytiharan bahawa dalam tempoh tersebut, kerajaan sementara itu hanya melaksanakan pentadbiran harian kerajaan tanpa apa-apa kuasa berhubung dasar kebangsaan, peruntukan kewangan awam atau penggunaan kemudahan-kemudahan awam semasa kempen pilihan raya umum.
Penarikan balik saman itu dibuat dengan alasan ia telah menjadi akademik dan tidak menepati tujuan saman itu difailkan kerana Pilihan Raya Umum ke-12 telah pun berakhir.
No comments:
Post a Comment