Thursday, May 15, 2008

5 Faktor Letupan Bom Bangunan DAP

Bernama melaporkan ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku.

Kejadian pada pukul 2.20 pagi tadi disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.

Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.

Ketika ditemui, Ammeri berkata beliau melihat dua lelaki melemparkan sesuatu ke tingkap atas pejabat itu menyebabkan dua letupan kuat berlaku. Katanya apabila beliau menghampiri pejabat berkenaan, dua lelaki itu melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Pengerusi DAP Perak Dato' Ngeh Koo Ham menganggap kejadian itu bermotif politik dan berharap polis membuat siasatan rapi.

Komen:

Memang hebat. Kita pernah dengar masalah bangunan kerajaan yang perlu diperbaiki. Tapi ini hal kecil, ini kita diperhebatkan lagi dengan letupan bom petrol di bangunan DAP Perak. Kita sasarkan fikiran kita kepada beberapa faktor yang menjadi punca letupan bom petrol ini.

  1. Rakyat Perak sudah up-to date dalam bidang-bidang pembuatan bom. Di mana nak dicuba? Bangunan PAS - Bulan dan Bom tak sesuai dengan coraknya, PKR dengan Bom, tanpa Bom pun mereka boleh meletup tetapi Roket dengan Bom, memang sesuai!
  2. Kekurangan Padang Sasar untuk mencuba bom buatan sendiri menyebabkan mereka mencubanya di Bangunan DAP. Nampak lebih meriah dan kena dengan isu-isu semasa yang dibangkitkan mereka.
  3. Jika ini merupakan sasaran rakyat terhadap isu politik DAP, maka ia merupakan isu serius kerana jika sesebuah parti politik itu ingin membela nasib rakyat tetapi secara tidak langsung mereka tidak mampu untuk membela nasib parti sendiri, bagaimana nak mempertahankan nasib rakyat akhirnya.
  4. Adakah ini merupakan satu amaran agar DAP sedar bahawa tindakan mereka kebelakangan ini dilihat oleh rakyat bukan membela rakyat tetapi lebih kepada menghancurkannya.
  5. DAP sudah mula bermain dengan API jadi apa salahnya disimbahkan dengan PETROL agar lebih semarak perasaan dendam dan amarah rakyat Perak terhadap mereka.

7 comments:

yusof said...

Taniah dan terima kasih kepada PM dan pemimpin umno lain yang dalam beberapa hari ini bekerja keras membina padang sasar untuk pembakaran api perkauman dan selepas latihan di padang sasar, tentunya semangkat yang membakar ini mudah merebak ke sasaran sebenar.

Anonymous said...

DAP jangan mudah menuding jari kepada persoalan politik.DAP dan pembangkang semuanya hendak dijadikan politik.Ini mengundang kehancuran,DAP/PAS/PKR dan yusuf sendiri adalah kelompok pemusnah yang hebat dan bernombor wahid.

Ini perbuatan orang-orang PAS/DAP/PKR sendiri dengan sengaja untuk mengalih perhatian dari isu Karpal/DAP jahanam itu.

yusof said...

Ya sedang menghitung hari bila parti PR akan mengantikan UMNO dan BN sekarang kerana terlalu banyak perkara buruk dan hina dilakukan oleh pemimpin UMNO, namun tanpa segan silu mereka masih mengharapkan orang Melayu menerima mereka semula. PRU12 yang lalu seperti mula berlaku pencairan air batu atau ice breaking dalam bahasa Inggeris dan apabila air batu sudah cair menjadi air, maka tidak mudah ia membeku semula, kecuali UMNO mahu kita semua kembali semula ke zaman air batu. Saya tidak mahu memusnahkan bangsa sendiri, saya mahu mereka membangunkan satu semangat baru melalui logik baru tapi bukanlah di bawah kepimpinan UMNO.

yusof said...

Tandanya, UMNO sudah terjerumus ke dalam jurang kepincangan dan tidak lagi boleh memimpin orang Melayu untuk menjadi masyarakat progresif di dalam masa 50 tahun akan datang. Ada kalangan UMNO mahu terus menjadikan Melayu sebagai satu bangsa dominan, tapi mereka tidak tahu apa caranya. Seorang Orientalis pernah menulis satu warkah kepada Maharaja Charles V, salah seorang pemilih makhota Maharaja Rom, beliau yang tinggal di Istanbul 100 tahun selepas kejatuhan Byzantine, ketika tentera Islam sudah hampir menawan Vienna, menceritakan bagaimana orang Islam boleh menjadi sebuah kaum dominan: Setiap lelaki mereka percaya bahawa segala kuasa terletak di tangan mereka untuk hidup di dalam kecemerlangan, sebagaiman mereka menikmati kuasa tuhan yang memberikan kekuatan, begitu juga cara mereka menikmati ilmu, tapi bukan semua boleh diturukan dari ayah kepada anak lelaki, tidak kira bagaimana sesaorang dilahirkan kedunia atau siapa yang mentadbir negara, semuanya terletak pada tekad diri, sedangkan kaum kita masih bergantung kepada pertalian darah dan hubungan lama untuk mendapatkan kejayaan hidup. Inilah semangat yang sepatutnya ada pada setiap orang Melayu untuk membawa masyarakat mereka bergerak ke era baru.

Unknown said...

Lebih baik Malaysia diperintah oleh melayu daripada diperintah oleh bangsa asing yang lain. Jika ini terjadi maka hilanglah semua usaha yang dibuat oleh orang melayu. Jangan kita lupa sekali negara diserahkan kepada bangsa lain, jangan harap akan mudah dikembalikan kepada bangsa kita.

Mungkin nanti sampai masa untuk kuasa melantik PM diberikan kembali kepada Agong. Dengan itu tidak kira parti mana yang menang dalam pilihanraya, Agong masih mempunyai hak muktamad untuk meluluskannya mengikut perbincangan antara raja-raja melayu. Dengan ini sampai bila-bila pun Malaysia akan selamat dari kembali di jajah.

Unknown said...

Tindakan mengebom ibu pejabat DAP di Ipoh tidak akan menyelesaikan sebarang masalah, kata Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan perbuatan itu didalangi oleh mereka yang kecewa.

"Pengeboman dan pembunuhan tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Cara ini hanya dilakukan oleh mereka yang kecewa," Bernama memetik beliau berkata.

Sekurang-kurangnya DAP sedar yang tindak tanduk mereka mengundang bencana. Ini mungkin hanya dijadikan sebagai petanda bahawa mungkin akan ada perkara buruk yang terjadi. Harap-harap tidak berualang peristiwa seakan-akan 13 Mei nanti.

Padamkan api yang telah dihidupkan oleh DAP agar rakyat kembali tenang .

yusof said...

Peristiwa 13 Mei ya, boleh berlaku lebih buruk dari itu selagi bangsa Malaysia berbelah bagi menurut kaum dan satu kaum sahaja mesti dianggap dominan sepanjang masa. Jadi adakah doktrin yang mahu digunakan oleh UMNO ini boleh menjamin Malaysia tidak boleh dijajah sekali lagi? lagi pun apa yang sebenar mencetuskan rusuhan kaum itu tiada siapa yang mempunyai peluang untuk mengungkit kembali selain daripada sumber kerajaan BN,ya selagi parti BN memerintah, mereka mahu orang Melayu percaya pada dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti membaca ayat-ayat koran. Ya hanya ayat-ayat koran yang tidak boleh dipertikaikan kebenarnya kerana ia menjadi sebagai salah satu rukum iman. Jadi dokumen mengenai 13 Mei dari kerajaan itu sudah pastinya mengandungi fakta benar dan tidak benar. Di antara fakta benar dan tidak benar itulah wujudnya kebenaran sebenar yang harus di kaji dan diumumkan kepada rakyat Malaysia dan harus terus dikaji sampai bila-bila. Jikalau tidak pihak yang melakukan sebarang jenayah, maka tidak perlu takut mendedahkan perkara sebenar, kerana perlu fakta sebenar untuk mengelakkan dari disebut sebagai karut-marut. Malaysia mesti bergerak ke hadapan tanpa meninggalkan sebarang rahsia yang tersembunyi.