Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menimbulkan persoalan tentang siapa yang menyediakan titah ucapan diraja dan adakah ia ‘titah kerajaan’ pada perasmian persidangan Parlimen Ke-12 dilihat sebagai perbuatan yang menghina institusi raja.
‘‘Tuanku merupakan Ketua Negara dan rakyat kena akur dan taat kepada Seri Paduka. Memang Tuanku bertindak atas nasihat Perdana Menteri tetapi tidak perlulah bertanya titah ini titah siapa...titah kerajaan atau titah menterikah.
‘‘Apabila perkara itu dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong maka ia adalah titah Seri Paduka,” kata Razali Ibrahim (BN-Muar) ketika membahaskan usul terima kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Pada hari pertama persidangan Rabu lepas, Karpal berkeras ingin tahu siapa yang bertanggungjawab menyediakan teks titah Seri Paduka.
‘‘Terlalu banyak soal berkaitan sultan ini, negara ini ditubuh, sebab wujudnya Kesultanan Raja-Raja Melayu. Ini bukan soal perkauman tetapi kedaulatan. Bukit Gelugor semasa (Parlimen) rasmi dulu juga bangkit soalan yang sama,” kata Razali.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangkit mencelah, meminta penjelasan Razali sama ada wajar Karpal dikenakan tindakan.
Razali menjawab: “Saya seorang tidak boleh menentukan tindakan terhadap beliau. Kita semua sudah dewasa dan merupakan wakil rakyat, agenda politik patut diketepikan.”
Ketika ini, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) turut mencelah dan meminta pandangan Razali sama ada Karpal wajar meminta maaf kepada Sultan Azlan Shah kerana mempertikaikan kuasa baginda dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang ingin mempertahankan tindakan bapanya yang ketika itu tiada di dalam Dewan berkata: ‘‘Saya tidak faham apakah salah jika tanya, kenapa takut hendak jawab soalan siapa yang sediakan (titah Agong). Itu yang kita hendak tahu.”
Dalam hal ini, Razali berkata, soal berani atau tidak untuk menjawab soalan itu tidak timbul.
‘‘Apabila sesuatu perkara itu dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong, itu adalah titah Seri Paduka,” tegasnya.
SETELAH dibidas oleh pelbagai pihak ekoran tindakannya mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) semalam turut dikritik oleh ahli-ahli Parlimen kerana mempersoalkan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menimbulkan persoalan tentang siapa yang menyediakan titah ucapan diraja dan adakah ia ‘titah kerajaan’ pada perasmian persidangan Parlimen ke-12 dilihat sebagai perbuatan yang menghina institusi raja.
“Tuanku merupakan Ketua Negara dan rakyat kena akur dan taat kepada Seri Paduka. Memang Tuanku bertindak atas nasihat Perdana Menteri tetapi tidak perlulah bertanya titah ini titah siapa...titah kerajaan atau titah menterikah.
“Apabila perkara itu dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong maka ia adalah titah Seri Paduka,” kata Razali Ibrahim (BN-Muar).
Komen:
Bukan sahaja generasi baru yang alpa tentang kuasa yang ada pada Sultan-Sultan Melayu tetapi yang malunya generasi-generasi yang veteran juga nampaknya seakan-akan alpa tentang apa itu negara berdaulat, menghormati titah perintah Sultan serta kuasa-kuasa yang ada pada Sultan.
Kehebatan negara Malaysia adalah kerana kita masih lagi mengekalkan dan menyanjung kedaulatan Sultan dalam negara. Tiada siapa yang mahu menentang titah Sultan kerana Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam negara serta merupakan ketua utama dalam negara Malaysia.
Jika hal sebegini terjadi jelas di sini bahawa mereka yang alpa serta berani menolak atau mempersoalkan titah Sultan secara langsung menolak akan kewujudan dan kekuasaan Sultan dalam Malaysia, tindakan keras pasti dikenakan bagi menjadi contoh bahawa jangan sesekali menidakan titah Sultan serta menolak dari menghormati kedaulatan Sultan-Sultan Melayu.
3 comments:
Apa yang dilakukan oleh Karpal Singh tidak lebih dari saekor anjing menyalak bukit, tidak sama dengan orang yang mengaku ingin mempertahankan kuasa sultan, tapi dengan lagak menurunkan hampir semua Kuasa Kesultanan Melayu melalui pindaan perlembagaan tahun 1995 sehingga saya ingat pada masa itu En Lim Kit Siang pun tidak bersetuju. Konsep kuasa jangan sehgaja mahu dikelirukan hanya setakat untuk mendapat populariti dari orang Melayu. Kuasa yang pernah dinikmati oleh UMNO yang hampir berakhir pada PRU12 yang lalu bukan berasal dari buluh betong. Kita boleh guna hukum fizik untuk menerangkan erti kuasa, kuasa tidak boleh hilang, hanya boleh bertukar bentuk dari kuasa kimia kepada kuasa mekanikal. Begitu juga kuasa politik, tidak boleh lenyap, ia hanya boleh bertukar tangan. Kuasa politik yang ada pada bumi bertuah ini berasal dari sifat kepahlawanan seorang raja yang membangunkannya sehingga menjadi sebuah empayar yang terkenal di seluruh nusantara sebelum bertukar tangan secara ganas oleh Portugis dan kemudianya Belanda dan akhirnya jatuh secara tipu muslihat ke tangan British walau pun diselang-seli oleh Jepun sekejab. Sebelum British angkat kaki meninggalkan Malaya, kalau mereka itu terlalu jahat, mereka boleh memulangkan semula segala kuasa yang ada pada tangan mereka kepada pewaris-pewaris asal, tapi mereka tidak melakukannya, lalu memperkenalknan kepada kita satu cara baru yang disebut demokrasi bukan kepada raja, tapi kepada rakyat sebagai pemegang amanah untuk memilih siapa yang patut menerimanya di dalam satu proses yang disebut pilihanraya dan lalu memberikan kuasa itu kepada pihak yang tidak ketahui siapa keturunannya. Pada pilihanraya 1955, bukan semua kuasa diberikan kepada rakyat kerana masih ada saki-baki yang masih kekal pada sultan-sultan Melayu di bawah konsep perkongsian kuasa di antara sebuah kerajaan persekutauan dan kerajaan-kerajaan negeri. Adakah saki-saki kuasa ini masih kekal di tangan raja-raja Melayu dan Yang Dipertuan Agung sejak 50 tahun yang lalu? Jikalau kita menyingkat sejarah semasa UMNO bermanarajalela di parlimen selama 50 tahun, sepatutnya mereka menggunakan amanah ini untuk cuba memulangkan kembali kuasa itu kepada pewaris-pewarisnya, tapi mereka dengan sewenang-wenangnya cuba menghakis segala saki-baki yang ada dengan kekuatan lebih 2/3 kerusi di Parlimen. Mengapa pemuda UMNO tidak cuba menghalang perkara ini dari berlaku? Maka janganlah berlagak dengan mengelar diri sebagai pelindung kuasa raja-raja melayu. Apa yang telah berlaku di Perlis dan Terengganu selepas PRU12 yang lalau sepatutnya telah menyedarkan mereka.
Karpal hanya seorang peguam, nak lawan dengan Sultan Azlan yang 4x ganda hebat berbanding si malaun ni.Konon dia arif dalam hal undang-undang tetapi bangang. Tunggu dah lihat apa akan jadi bila sultan murka. Tak berpijak di bumi nyatalah jawabya.
Kalu gitu apa guna bising-bising membuang masa hanya dengan niat untuk merangsang perasaan perkauman? Kita bukan lagi hidup di zaman romaktika, sedangkan di Eropa dulu ketika manusia kurang pertimbangan kerana cetek ilmu, seorang lelaki akan mencabar untuk bertarung nyawa dengan pedang atau pistol apabila perasaan terusik, adakah orang Melayu pun macam itu juga dan sampai sekarang. Karpal Singh memang perangainya buruk begitu tapi kalau dia berkata seribu kali pun tidak boleh merubah kuasa raja Melayu kecuali ia dibincangkan sebagai rang undang-undang seperti yang berlaku di parlimen tahun 1995, tak pulak orang Melayu atau UMNO pergi membuat laporan polis semasa rja-raja Melayu seolah berada di dalam kandang orang salah semasa kedudukan mereka dibincangkan dan takda pula pemuda UMNO yang menentang, kecuali suara sumbang dari PAS dan DAP saja. Ini semuanya premainan politik, lebih baik tumpukan kepada perkara yang lebih penting.
Post a Comment