Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.
PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.
PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.
Komen:
Ini merupakan reaksi spontan Menteri Besar Kelantan (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ketika ditanya mengenai pengumuman keluar UMNO yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu.
- “Saya antara orang paling bahagia apabila mengetahui pengumuman Tun (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) keluar daripada UMNO.
- “Ia memberi semangat dan perangsang kepada ahli Pas dan ahli UMNO sendiri supaya keluar parti kerana parti itu lebih membawa kepada kekusutan”
- Menurut Nik Aziz, Dr. Mahathir sepatutnya telah lama memilih untuk keluar daripada UMNO dan memilih perjuangan Islam sebagai gantinya.
- “Saya sebenarnya amat sanjung dan hargai kebijaksanaan Dr. Mahathir malah ucapan bernas beliau juga saya selalu ikut dan pegang.
- “Antara yang paling saya suka ialah semasa dia menyerang Yahudi dan menggalakkan syarikat besar negara mencari dan membuat pelaburan di luar negara seperti yang dilakukan oleh Petronas"
- “Kalau dia nak masuk Pas saya setuju sangat kerana dia amat berwibawa, berfikiran tajam dan kalau dia sertai kita maka kita tumpang tuah dia.
No comments:
Post a Comment