Wednesday, May 7, 2008

PM Tiada Kaitan Dengan Oil For Food Program

Jawatankuasa Penyiasat Bebas mengenai Program Minyak Untuk Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati tiada bukti yang boleh mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam urus niaga membabitkan kerajaan Iraq dengan syarikat Tradeyear Sdn. Bhd. dan Mastek Sdn. Bhd.

Justeru, kata Abdullah, kerajaan tidak mempunyai sebab untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat hasil penemuan jawatankuasa tersebut.

Menurutnya, pembabitan syarikat Tradeyear dan Mastek memang dinyatakan dalam kandungan laporan tersebut namun kenyataan bahawa syarikat-syarikat tersebut berkait rapat dengan beliau adalah tidak tepat sama sekali.

''Ini telah dijelaskan di dalam perenggan 3 muka surat 161 laporan penuh Jawatankuasa Penyiasat Bebas yang menyatakan pembabitan Faek Ahmad Shareef, salah seorang pemilik syarikat Mastek, adalah berdasarkan persepsi anggota kerajaan Iraq ke atas beliau, yang dilihat sebagai individu yang boleh membantu mengatasi sekatan ekonomi dengan mengeratkan hubungan antara Iraq dan Malaysia," katanya.

Persepsi itu, menurut Abdullah, disebabkan hubungan kekeluargaan Faek yang pernah berkahwin dengan Noor Asiah Mahmood iaitu adik Allahyarham isterinya, Datin Seri Endon Mahmood.

Faek dilihat oleh kerajaan Iraq sebagai berkebolehan membawa lebih banyak delegasi perdagangan dari Malaysia ke Iraq.

Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) yang me- minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja akan ditubuhkan untuk menyiasat penemuan jawatankuasa bebas PBB itu.

Menurut Abdullah, nota 324 yang terkandung dalam muka surat 161 dan 162 laporan penuh jawatankuasa itu menyatakan tiada sebarang bukti ditemui yang menunjukkan beliau menerima faedah atau ganjaran dalam apa jua bentuk daripada urus niaga minyak yang diperuntukkan kepada Mastek.

Nota 324 juga menurutnya, menjelaskan, satu-satunya hubungan beliau dengan kerajaan Iraq pada ketika itu hanya menerusi surat bagi memperkenalkan delegasi perdagangan dari Malaysia kepada Naib Presiden Republik Iraq ketika itu, Taha Yassin Ramadan.

Komen:

Jelas tiada sebarang kaitan antara PM dengan Oil For Food Program. Isu yang dibangkitkan hanya mahu memburukkan imej PM. Diharap tiada lagi isu berbangkit selepas semua penjelas telah diberikan. Oil For Food Program ditubuhkan untuk membantu kerajaan Iraq menjual hasil minyak mereka untuk membeli keperluan asas rakyat seperti makanan dan perubatan di mana tidak termasuk peralatan senjata. Desa-desus mengatakan program ini mempunyai tujuan yang serong hanyalah merupakan fitnah serta hasutan tanpa sebarang bukti yang kukuh.


1 comment:

yusof said...

Ya, but masa ini sahaja, tapi tidak boleh menerima keputusan itu sama seperti membaca ayat-ayat koran. Maka di dalamnya sudah tentu ada perkara yang benar dan tidak benar. Di antara perkara yang benar dan tidak benar itu, disitulah terletaknya perkara yang sebenarnya. Tidak bererti manusia di Malaysia mesti berhenti dari mencari kebenaran, walau pun hingga akhir zaman.