Tuesday, May 13, 2008

Parlimen riuh dengan ungkapan "Babi Negara"

Dewan Rakyat hari ini riuh dengan ungkapan "babi negara" apabila Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menolak akronim yang diberikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa PKR itu adalah singkatan kepada "projek khinzir raksasa".

"Bukan projek khinzir raksasa (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)," Ahli Parlimen Pokok Sena itu meningkah.

Komen:

Bukan nama babi negara tetapi nama yang sesuai adalah babi Selangor kerana kerajaan Selangor di bawah pimpinan Projek Khinzir Rakyat (PKR) selaku peneraju utama yang berkeras untuk meneruskannya keperingkat yang lebih mega. Tak cukup dengan yang ada sekarang nak ditambah keperingkat yang lebih hebat. Macamlah berguna semuanya kepada rakyat. Ia lebih memihak kepada kepentingan sesetengah kaum sahaja.

Selepas itu dewan riuh dengan perkataan "BN, babi negara" sehingga menyebabkan timbul cabaran siapa yang menyebut perkataan itu termasuk dari Khairy sendiri yang kedengaran marah dengan perkataan "babi negara" itu.

Selepas keriuhan agak berkurangan, Mahfuz bangun lagi dan menjelaskan bahawa "bukan 'projek khinzir raksasa' (PKR) tetapi projek 'babi negara' (BN)".

Mahfuz juga meminta Khairy berucap di hadapan kanak-kanak tadika dan bukan di dalam Dewan Rakyat.

Mahfuz berkata demikian apabila menantu Perdana Menteri itu enggan memberi laluan kepada Ahli-Ahli Parlimen lain yang meminta penjelasan.

Ucapan Khairy yang diselang-selikan dengan hentaman terhadap pembangkang diganggu hampir sepanjang masa apabila beliau enggan memberi laluan untuk penjelasan.

Komen:

Hentaman terhadap Khairy ini semata-mata untuk menutup malu serta kesalahan mereka. Mereka cuba untuk mengalihkan pandangan kita kepada orang lain. Salah sendiri tak nak mengaku tapi nak dialihkan salah kepada orang lain. Biasalah mereka bila dah kena hentam dengan rakyat barulah gelabah nak cover line. Bila babi dah berak barulah PKR kelam kabut nak korek lubang.

No comments: