Ingatlah…. Kita adalah kaum melayu yg banyak memberikan pengorbanan pada kaum-kaum bukan melayu… banyak keistimewaan yang telah kita berikan…
Kenapa kaum-kaum bukan melayu tidak sedikit untuk berterima kasih pada kaum-kaum melayu? Di atas apa yang kita korbankan pada mereka?
Malah kaum melayu sering dipinggirkan dari pembangunan dan kekayaan…
Komen:
Perlukah kita menanti hingga saat matinya Melayu di bumi sendiri. Dihimpit oleh kaum-kaum bukan Melayu yang secara lantang ingin merampas serta menyekat kedaulatan serta ketuanan bangsa Melayu itu sendiri. Secara rata mereka merampas hak-hak dominan yang satu masa dahulu kepunyaan bangsa Melayu.
Sedihnya segelintir bangsa Melayu menyokong tindakan bangsa bukan Melayu untuk sama-ratakan hak-hak Melayu hingga akhirnya dirampas semuanya didepan hidung mereka sendiri. Kita mudah alpa, memang mudah alpa. Kita tidak sensitif langsung tentang isu ini atau kita cuba untuk menidakkan kesensitiviti kita terhadap isu ketuanan Melayu seperti mana sensitifnya perjuang Melayu kita terdahulu terhadap anasir-anasir luar yang cuba merampas hak-hak kedaultan serta ketuanan kita ini.
Fikir-fikirkanlah kerana isu ketuanan Melayu bukan untuk diguna pakai oleh UMNO sahaja tetapi UMNO ingin mengembalikan perasaan sensitiviti rakyat terhadap isu ini kerana jelas kaum-kaum bukan melayu sudah mula bertindak menentang kesultanan Melayu serta kedaulatan ketuanan bangsa Melayu yang selama ini tidak pernah dicerobohi atau dipertikaikan kekuasaannya.
1 comment:
Betulkan tajuk ini: Pengorbanan Melayu UMNO yang berjaya memengang kuasa untuk membentuk sebuah kerajaan: "a government of a few Malay who ruled the rest", the rest of the Malay tidak mempunyai banyak pilihan selama 50 tahun. Sekarang mereka sudah pun mempunyai pilihan. Sekarang mereka boleh bertanya,"Adakah mereka sukarela berkorban atau dipaksa berkorban untuk memenuhi agenda tertentu?"
Post a Comment