Thursday, December 10, 2009
Tunjukkan Kelemahan Orang Untuk Tutup Kelemahan Sendiri
Mula-mula kes pijak gambar Adun Lompat parti, lepas tu haramkan BTN, sekarang ni kes pertikaikan kenapa bina masjid terlalu banyak.
Semua ini mainan politik pakatan pembangkang bagi mengalih pandangan terhadap kekurangan mereka dalam mentadbir negeri yang dikuasai oleh mereka.
Jangan Usik Aku Dan Keluarga Aku!
Orang yang dahulu bukan main lantang mengkritik pemimpin BN yang mengamalkan nepotisme, rupa-rupanya jelas dia yang melakukannya. Allah SWT Maha Berkuasa.
Jangan sesiapa cuba menyentuh keputusan yang dibuatnya.
Isu PMBK jangan sesiapa berani usik, tidak kira siapa sama ada dari lawan mahupun kawan.
Itulah Nik Aziz. Orang lain buat semua salah. Dia sahaja yang betul.
Wednesday, December 2, 2009
Apa Yang Menggelabah Sangat Nie....
Seperti biasa bermacam-macam tuduhan akan dilemparkan oleh Anwar Ibrahim terhadap sistem kehakiman dan perundangan jika keputusan tidak memihak kepada dia. Hanya team lawyer dia sahaja yang 'bagus' sangat.
Tengok pada komen dia pasal kegagalan untuk menggugurkan kes liwat dia tu (klik di sini)
Kesimpulannya, apa yang susah sangat dia tu.. bebs, kalau betul ko tak buat benda terkutuk tu, ko pun ikut la bersumpah laknat macam si saiful tu...
Bila cerita bab keadilan bukan main kaitkan dengan agama, tapi bila terkena batang hidung sendiri dah jadi macam orang yang takde agama...
Bukan susah pun nak lafaz, sebut je Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya Anwar Ibrahim tidak pernah melakukan aktiviti meliwat. Jika saya tipu, laknat Allah akan ditimpakan ke atas saya, jika saya saya benar, laknat Allah akan ditimpakan ke atas tertuduh.
Wednesday, November 11, 2009
Pecah Tembelang, Siapa Penipu!
Salah satu tanda orang munafik adalah apabila berkata-kata akan berdusta.
Isu bai’ah telah didedahkan dengan meluas sejak hujung minggu lalu. Ia menjadi hangat apabila ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari parti Pas mengakui wujudnya bai’ah talak tiga kepada mereka yang melanggari sumpah taat setia itu dan kemudiannya mengakui kesilapan beliau mengesahkan kewujudan amalan songsang itu tetapi enggan menarik balik kenyataan.
Memang benar salah satu tanda orang munafik juga apabila berjanji dia akan mengkhianatinya. Pokoknya sekarang tiada orang mempersoalkan akan keengkaran terhadap janji itu. Isu sekarang adalah berkaitan dengan mengapa menjadikan isteri sebagai barang taruhan.
Tetapi, seperti biasa pucuk pimpinan parti itu akan mencari jalan lepas tangan, seperti mana orang yang lantang mencerca pihak lain mengutamakan kroni walhal diri sendiri pengamal kronisme, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada mereka.
Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu.
Sebab itulah Nik Aziz cukup 'jaki' dengan Timbalan Presidennya sendiri, selebihnya di pautan ini...
http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2009/11/dalang-sebenar-pendedahan-baiah_11.html
Tuesday, November 10, 2009
Forum Pembaca Di Utusan Malaysia
Insiden di stesen LRT mengerikan
''APA yang ingin dibangkitkan di sini ialah apa yang berlaku di luar stadium sebaik sahaja para penyokong Negeri Sembilan keluar selepas meraikan kemenangan lebih kurang pukul 11.30 malam. Kejadian yang berlaku berhampiran Stesen LRT Bukit Jalil adalah satu pengalaman yang amat menakutkan dan telah memberi satu persepsi yang amat negatif tentang sikap orang Kelantan.
Apabila kumpulan penyokong Negeri Sembilan (memakai baju warna kuning) tiba di situ dan ingin memasuki ke stesen LRT, mereka telah dihalang dan dilempar dengan mercun dan botol air secara tiba-tiba dengan kata-kata cacian dan hinaan.
Ini menyebabkan sebilangan penyokong NS lari menyelamatkan diri. Apakah penyokong ganas ini tidak terfikir bahawa terdapat juga kanak-kanak dan wanita yang ada di situ?
Saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Cheras yang menyatakan bahawa keadaan ketika itu adalah terkawal. Apabila orang ramai berlari lintang pukang dan perjalanan mereka telah dihalang, adakah itu masih lagi dikatakan terkawal? Di mana polis ketika itu?''
ANTI SAMSENG JALANAN
Putrajaya
Blogger: Nampaknya keganasan ketika berkempen pilihan raya telah melarat teruk ke dalam bidang sukan pulak. Ini insiden yang kedua yang melibatkan penyokong Kelantan. Jika dahulu mereka membakar bas, kini bakar kerusi yang jika tidak dikawal dengan cepat boleh membakar stadium!
Ingatkan kejadian yang buruk seperti bakar mercun, baling botol air mineral, bakar kerusi stadium habis di dalam stadium, rupa-rupanya berlarutan hingga ke peringkat yang lebih teruk di luar.
Langsung tiada sikap ‘gentleman’ segelintir penyokong-penyokong Kelantan yang tidak dapat menerima kenyataan.
Kepada yang buat kerja-kerja bangang itu, bersedialah anda untuk menerima nasib yang setimpal dengan perbuatan anda!
Thursday, August 13, 2009
Alahai Nik Aziz..
“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Tapi bagi Nik Aziz, yang suka digelar tok guru itu tak bantah Dap hina Islam sebab katanya Dap kurang faham tentang Islam.
Habis tu, macam mana pulak dengan orang kafir lain yang membuat perlakuan yang sama yang dulu pun dia duk kecam spt tindakan ahli parlimen Belanda dengan filem 'fitna'nya, potret nabi Muhammadnya, dan pelbagai lagi kecaman dan kehinaan kepada Islam?
Alahai Nik Aziz..
Tapi bagi Nik Aziz, yang suka digelar tok guru itu tak bantah Dap hina Islam sebab katanya Dap kurang faham tentang Islam.
Habis tu, macam mana pulak dengan orang kafir lain yang membuat perlakuan yang sama yang dulu pun dia duk kecam spt tindakan ahli parlimen Belanda dengan filem 'fitna'nya, potret nabi Muhammadnya, dan pelbagai lagi kecaman dan kehinaan kepada Islam?
Alahai Nik Aziz..
Campur Tangan?
Operasi kedai makan Laksa Shack diarah berpindah oleh MBPJ hanya disebabkan dakwaan penduduk yang tidak berpuas hati. Pasti ada campur tangan pihak lain...
Di Shah Alam, MBSA tarik balik rampasan arak yang dibuat dari sebuah kedai serbaneka dek campur tangan EXCO Kerajaan Negeri.
Di Shah Alam, MBSA tarik balik rampasan arak yang dibuat dari sebuah kedai serbaneka dek campur tangan EXCO Kerajaan Negeri.
Thursday, August 6, 2009
Dah Terang Lagi Bersuluh Tu....
Sudah diberitahu jangan bersekongkol dengan Dap tetapi korang tetap gak nak bersekongkol dengan diorang dek penangan ‘fatwa’ mursyidul am Pas bukan setakat dengan Dap, dengan syaitan pun boleh berkawan.
Dan akhirnya rakan sekutu, Zulkifli Noordin yang juga ahli parlimen Pkr (Kulim Bandar Bahar) mengakui bahawa Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (Dap)merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang seorang yang ekstremis dan chauvinis.
Ini bermakna, secara tidak langsung dia bersetuju sememangnya Dap chauvinis.
Semua ini gara-gara Ooi mengkritik hebat Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerimapakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).
“Saya mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh YB Ooi tersebut. Adalah jelas kenyataan tersebut dibuat samada sebagai seorang yang terlalu dangkal dan bodoh atau pun kerana kesombongan dan keangkuhan yang melampau.” Kata Zulkifli.
Sehubungan itu, minta Zulkifli tanya pula kepada dirinya sendiri dan puak-puak Pas, adakah akan terbina negara Islam sebagaimana yang diidamkan oleh mereka bila bersekongkol dengan Dap?
Baru dapat kuasa kat Pulau Pinang pun Dap dah tunjuk sikap sedemikian rupa, apatah lagi satu negara, pasti Pas akan dijadikan seperti boneka sahaja sebagaimana yang pernah berlaku di Perak dulu.
Dan akhirnya rakan sekutu, Zulkifli Noordin yang juga ahli parlimen Pkr (Kulim Bandar Bahar) mengakui bahawa Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (Dap)merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang seorang yang ekstremis dan chauvinis.
Ini bermakna, secara tidak langsung dia bersetuju sememangnya Dap chauvinis.
Semua ini gara-gara Ooi mengkritik hebat Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerimapakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).
“Saya mengambil pendirian mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan, tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh YB Ooi tersebut. Adalah jelas kenyataan tersebut dibuat samada sebagai seorang yang terlalu dangkal dan bodoh atau pun kerana kesombongan dan keangkuhan yang melampau.” Kata Zulkifli.
Sehubungan itu, minta Zulkifli tanya pula kepada dirinya sendiri dan puak-puak Pas, adakah akan terbina negara Islam sebagaimana yang diidamkan oleh mereka bila bersekongkol dengan Dap?
Baru dapat kuasa kat Pulau Pinang pun Dap dah tunjuk sikap sedemikian rupa, apatah lagi satu negara, pasti Pas akan dijadikan seperti boneka sahaja sebagaimana yang pernah berlaku di Perak dulu.
Monday, August 3, 2009
Pemimpin Pembangkang Tak Peduli Nasib Peniaga Pun...
Dalam berita sama di media cetak dan media elektronik memaparkan keluhan peniaga di premis sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dan juga peniaga pasar malam di jalan tersebut yang mengalami kerugian besar kesan tindakan penyokong pembangkang membuat demonstrasi jalanan kononnya atas nama mansuhkan ISA.
Tetapi, periuk nasi peniaga yang bersengkang mata menjaja hasil jualan tidak penting di mata pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyokong mengadakan demonstrasi jalanan. Bagi mereka penyokong-penyokong mereka perlu dimanipulasi sebaik mungkin.
Kelibat penyokong demonstrasi telah kelihatan berkumpul dalam kumpulan yang kecil di beberapa lokasi kawasan sekitar, dan amat mudah dikenali apabila kebanyakan antara mereka memakai 'surgical mask', dan kelihatan juga dari luar melalui cara dialek dan juga seperti 'rusa masuk kampung'.
Adakah pemimpin pembangkang memikirkan hak majoriti rakyat yang mahukan keamanan dan kemakmuran hidup? Persetankanlah dengan peniaga di kawasan tersebut kerana bagi pemimpin pakatan pembangkang, lebih baik melayan nafsu diri yang telah dikuasai syaitan membuat onar di jalanan, tidak mempedulikan nasib dan hak orang lain untuk hidup dengan aman.
Semuanya itu semata-mata kerana kuasa politik.
Semuanya itu semata-mata kerana kemaruk kuasa.
Percayalah, parti yang ditubuhkan di jalanan akhirnya akan tumbang dan tersungkur juga di jalan satu hari nanti..
p/s Siapa Bapa Demonstrasi Haram?
Tun Mahathir, bekas PM mengatakan demonstrasi haram yang ada di negara ini bukan budaya rakyat negara ini tetapi ia budaya politik jalanan yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Friday, July 10, 2009
Wacana Bincang Kedudukan Bangsa Melayu
Selama dua hari bermula hari ini berlangsung satu wacana yang bertajuk ‘Kedudukan Institusi Beraja & Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Dari Persektif I Malaysia’ di Dewan Merdeka PWTC.
Antara objektif Wacana tersebut ialah :
1. Memberi Kefahaman terhadap kedudukan serta hak istimewa oaring Melayu dari perspektif Perlembagaan dan Undang-undang Malaysia.
2. Kedaulatan dan peranan Raja-raja dalam melindungi orang-orang Melayu di Malaysia.
3. Memperkasa dan menangani persoalan dan isu-isu masa kini terhadap kesahihan kedudukan Melayu dan Raja-Rajanya dari perspektif 1 Malaysia.
Wacana yang akan berlangsung selama dua hari ini akan membariskan golongan pemimpin dan ahli akademik sebagai penceramah dan ucaptama oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antara lain ialah Tan Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah (Naib Canselor UiTM), Prof. Dr. Ramlah Adam (UiTM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari (UIAM), Datuk Sahlan Ismail (JPM), Datuk Salehuddin Saidin (SSA) dan Datuk Fuad Hassan (JASA).
Sesi terakhir wacana tersebut akan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tajuk Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu Dalam Perlembagaan Persekutun dari Perspektif Satu Malaysia.
Antara objektif Wacana tersebut ialah :
1. Memberi Kefahaman terhadap kedudukan serta hak istimewa oaring Melayu dari perspektif Perlembagaan dan Undang-undang Malaysia.
2. Kedaulatan dan peranan Raja-raja dalam melindungi orang-orang Melayu di Malaysia.
3. Memperkasa dan menangani persoalan dan isu-isu masa kini terhadap kesahihan kedudukan Melayu dan Raja-Rajanya dari perspektif 1 Malaysia.
Wacana yang akan berlangsung selama dua hari ini akan membariskan golongan pemimpin dan ahli akademik sebagai penceramah dan ucaptama oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antara lain ialah Tan Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah (Naib Canselor UiTM), Prof. Dr. Ramlah Adam (UiTM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari (UIAM), Datuk Sahlan Ismail (JPM), Datuk Salehuddin Saidin (SSA) dan Datuk Fuad Hassan (JASA).
Sesi terakhir wacana tersebut akan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tajuk Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu Dalam Perlembagaan Persekutun dari Perspektif Satu Malaysia.
Tuesday, June 23, 2009
HADI KENA JAWAB DENGAN TUHAN KERANA BERCAKAP BOHONG
HIPOKRIT. Mungkin itulah perkataan yang paling sesuai ditujukan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengecam UMNO dan BN kerana didakwa membuat fitnah dan tohmahan jahat untuk mengugat kekuatan Pakatan Rakyat.
Satu Malaysia tahu Hadi yang memulakan idea Kerajaan Perpaduan dan disambut baik oleh Datuk Seri Najib, tetapi apabila berhadapan dengan Anwar dan Kit Siang, Hadi menjadi `penakut' dan menjadikan UMNO sebagai `Kambing Hitam'.
Hadi yang menyebut dalam Muktamar Pas bahawa Pas sanggup berjumpa sesiapa sahaja termasuk UMNO untuk berbincang soal perpaduan Melayu dan Islam tetapi apabila digertak oleh sekutu mereka dalam Pakatan Pembangkang, Hadi berdalih dan bercakap bohong.
Jika untuk membincangkan soal Perpaduan Melayu dan Agama Islam bersama UMNO, Pas tidak mampu untuk berkata benar, bagaimana Pas mahu menegakkan perjuangan Islam bersama DAP yang terang-terang menolak Islam?
Seperti mana kenyataan Lim Guan Eng sebelum ini, dalam isu Kerajaan Perpaduan Hadi perlu jawab dengan Tuhan kerana bercakap Bohong.
Monday, June 15, 2009
DUA PENGKHIANAT YANG MAHU MEMERINTAH NEGARA
TINDAKAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke negara ini telah menimbulkan kemarahan rakyat negara ini.
Disebabkan mahu menjadi populis dan meraih undi orang Cina, Anwar telah melupakan bagaimana kekejaman Chin Peng yang menyiksa, menetak dan menyembelih rakyat negara ini semata-mata kerana beliau (Chin Peng) mahu menjadi pemerintah dan menakluk Tanah Melayu.
Paling menyayat hati PKM yang dipimpin oleh Chin Peng bukan sahaja membunuh orang lelaki dewasa malah wanita dan kanak-kanak dalam buaian yang tidak berdosa juga telah dibunuh oleh Komunis.
Tetapi hari ini kerana mahu menjadi Perdana Menteri Anwar berkata, "Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu," dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi semalam.
Anwar perlu sedar ramai mangsa dan waris mangsa kekejaman Komunis sedang `menanti' kepulangan Chin Peng kerana dosa Chin Peng terlalu besar kepada rakyat negara ini dan tidak boleh `dibasuh' hanya dengan dasar perikemanusian dan hanya kerana dia sudah tua.
Monday, June 8, 2009
KERAJAAN PERPADUAN - MELAYU PERLU BERSATU
"Saya bersikap terbuka terhadap konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
"PAS tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam," kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dua kenyataan di atas dibuat oleh dua orang pemimpin Melayu yang melihat perlunya orang-orang Melayu bersatu bukan sahaja untuk kestabilan politik dan ekonomi malah mengembalikan semula kekuatan umat Islam di negara ini.
Banyak pihak melihat kegemilangan dan kekuatan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini boleh dicapai jika kedua-dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas bersatu duduk semeja merundingkan masalah yang melanda negara.
Penyatuan orang-orang Melayu di negara ini bukan isu perkauman kerana semua kaum dilindungi oleh undang-undang dan Perlembagaan negara ini.
Perbalahan dan pepecahan di kalangan orang-orang Melayu di negara ini disebabkan oleh ideologi politik bukan sahaja boleh melemahkan negara malah diambil kesempatan oleh kuasa asing untuk `menjajah' semula negara ini.
Jika Melayu bersatu dan menjadi bangsa yang kuat seperti satu ketika dahulu kita bukan sahaja dihormati oleh kuasa asing malah kaum-kaum lain di negara ini turut sama meraih hasil ekonomi daripada kekuatan bangsa Melayu.
Mungkin perkara ini yang difikirkan oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Abdul Hadi kedua-dua pemimpin Melayu yang mewakili dua parti Melayu terbesar di negara ini.
Apa pun ramai pihak yang menanti apakah Kerajaan Perpaduan ini akan menjadi kenyataan!
"PAS tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam," kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dua kenyataan di atas dibuat oleh dua orang pemimpin Melayu yang melihat perlunya orang-orang Melayu bersatu bukan sahaja untuk kestabilan politik dan ekonomi malah mengembalikan semula kekuatan umat Islam di negara ini.
Banyak pihak melihat kegemilangan dan kekuatan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini boleh dicapai jika kedua-dua parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas bersatu duduk semeja merundingkan masalah yang melanda negara.
Penyatuan orang-orang Melayu di negara ini bukan isu perkauman kerana semua kaum dilindungi oleh undang-undang dan Perlembagaan negara ini.
Perbalahan dan pepecahan di kalangan orang-orang Melayu di negara ini disebabkan oleh ideologi politik bukan sahaja boleh melemahkan negara malah diambil kesempatan oleh kuasa asing untuk `menjajah' semula negara ini.
Jika Melayu bersatu dan menjadi bangsa yang kuat seperti satu ketika dahulu kita bukan sahaja dihormati oleh kuasa asing malah kaum-kaum lain di negara ini turut sama meraih hasil ekonomi daripada kekuatan bangsa Melayu.
Mungkin perkara ini yang difikirkan oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Abdul Hadi kedua-dua pemimpin Melayu yang mewakili dua parti Melayu terbesar di negara ini.
Apa pun ramai pihak yang menanti apakah Kerajaan Perpaduan ini akan menjadi kenyataan!
Wednesday, May 27, 2009
RASUAH - LAYAKKAH ANWAR UNTUK DUDUK BERSAMA NIK AZIZ?
Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution mengakui memang wujud pertemuan dua orang pemimpin tertinggi parti itu berjumpa dengan calon bebas Dun Penanti, Aminah Abdullah tetapi mereka bukannya mewakili PKR.
Menurut Saifuddin lagi, perbualan dua ahlinya itu sebagaimana yang dirakam oleh Aminah tidak mewakili PKR sebaliknya mewakili individu itu sendiri.
Yang menariknya, dua individu yang dimaksudkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR ini bukanlah ahli biasa tetapi pemimpin tertinggi PKR yang memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan PKR Pusat dan Pegawai Khas kepada seorang Exco PKR kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Aminah yang juga bekas Ketua Pergerakan Wanita PKR Pulau Pinang
membuat pendedahan PKR menawarkan wang sebanyak RM80,000, jawatan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang jika beliau menarik diri daripada bertanding sebagai calon bebas dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 jika beliau terus bertanding dan menang.
Dakwaan Aminah ini adalah serius dan beliau tentunya mempunyai bukti yang kukuh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PKR di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dengan nada angkuh berkata penubuhan parti itu adalah untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan rasuah.
Penglibatan dua pemimpin tertinggi parti itu yang berjumpa dengan Aminah sudah tentu menjadi tanda tanya bukan sahaja kepada pengundi di Dun Penanti malah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
Apakah PKR cakap serupa bikin atau apakah tawaran Rasuah sudah menjadi sebahagian daripada strategi dalam jentera Pilihan Raya PKR untuk menang dalam sesuatu pilihan raya?
Kalau itu yang berlaku rakyat bertanya apakah layak Anwar untuk duduk bersama-sama dengan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang amat benci kepada Rasuah?
Tuesday, May 19, 2009
SERAH KUASA KEPADA RAKYAT DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE 13
Jika UMNO dan BN takut menghadapi rakyat sebagaimana dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim UMNO / BN tidak akan menyertai Pilihanraya kecil di Permatang Pauh, Bukit Gantang dan Bukit Selambau kerana menang kalah dalam ketiga-tiga pilihanraya kecil ini tidak akan mengubah langskap politik negara - UMNO / BN tetap berkuasa dan sebagai parti pemerintah di negara ini.
Jika UMNO / BN takut menghadapi rakyat, UMNO / BN tidak akan menyerahkan mandat kepada rakyat setiap lima tahun sekali bagi diadakan pilihanraya umum bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang mereka kehendaki.
Tetapi UMNO / BN tidak akan menari mengikut rentak parti pembangkang. Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, UMNO / BN mempunyai tanggungjawab kepada rakyat dan mengutamakan khidmat kepada rakyat.
UMNO / BN tidak bertanding di Penanti kerana kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.
Anwar mahu memecat Fairus daripada kerusi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan menjadikan Fairus sebagai `kambing hitam' dengan dengan tuduhan rasuah tetapi nama Fairus dibersihkan oleh SPRM.
PRK Penanti tidak sepatutnya diadakan setelah SPRM membersihkan nama Fairus daripada tuduhan rasuah tetapi disebabkan Anwar mahu mengantikan Fairus dengan orang kepercayaannya Mansor Othman, PRK Penanti terpaksa diadakan dan wang kerajaan terpaksa dibelanjakan demi memenuhi cita-cita politik sempit Anwar.
Setiap kali PRK diadakan kerajaan terpaksa membelanjakan wang rakyat sehingga RM20 - 30 juta dan wang itu sepatutnya dibelanjakan untuk membina infrastruktur dan kemudahan kepada rakyat.
Di samping itu juga, dalam usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara daripada kemelesetan ekonomi global setiap kali PRK diadakan kehidupan dan rutin hidup rakyat akan terganggu dengan kempen-kempen daripada parti yang bertanding.
Selepas ini akan banyak lagi PRK akan diadakan kerana ramai lagi pemimpin PKR yang akan diganti dengan suku sakat Anwar dan Anwar selepas ini akan dianugerahkan jawatan sebagai `Penerbit Kepada Siri Pilihan Raya Kecil'.
Anwar kini berhadapan `buku dengan ruas' kerana Presiden UMNO / BN yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menari mengikut rentak parti pembangkang dan dengan slogan 1Malaysia - `Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan' biarlah rakyat membuat keputusan kerajaan mana yang hendak mereka pilih dalam PRU ke 13.
Thursday, May 14, 2009
PEMIMPIN PAS MAIN DUIT?
MEMALUKAN. Parti Islam Semalaysia yang matlamat perjuangannya memperjuangkan Islam sebagai addin tetapi telah diresapi dengan gejala politik wang menjelang Muktamar parti itu bulan hadapan.
Perkara ini bukan didedahkan oleh orang UMNO atau BN tetapi oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamad Daud Iraqi yang menyatakan wujudnya gejala membeli undi menjelang pemilihan parti itu pada muktamar yang akan diadakan di Shah Alam pada bulan Jun nanti.
Sebagai Ketua Dewan Ulama, tidak ada sebab untuk Mohamad Daud berbohong dan beliau memilih untuk mendedahkan kepincangan ini kerana beliau tidak mahu gejala politik wang menjadi barah dalam Parti yang memperjuangkan Islam itu.
Mengapa sekarang ini berlaku gejala politik wang di dalam Pas? Kalau dahulu kita tidak pernah mendengar pemimpin Pas `main duit' untuk menang sesuatu jawatan tetapi nampaknya keadaan sudah berubah dan apa yang didedahkan oleh Mohamad Daud ini sungguh memalukan.
Jawapannya kerana pengaruh `Anwar' telah meresap ke dalam batang tubuh parti itu. Menjelang Muktamar bulan hadapan Pas sekarang sedang berdepan dengan pergolakan antara pimpinan ulama dengan pimpinan profesional.
Satu golongan dalam Pas mahu parti itu diketuai oleh pimpinan ulama manakala satu golongan lagi mahu supaya Pas dipimpin oleh golongan Profesional. Golongan ulama diketuai oleh Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala golongan Profesional atau lebih dikenali dengan nama kumpulan `Erdogan' terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua orang tahu ketika di dalam UMNO `Bapak' segala politik wang adalah Anwar Ibrahim. Siapa yang mengajar politik wang di dalam UMNO kalau bukan Anwar Ibrahim. Dalam tahun 1993 ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba (Allahyarham) wang `dicurahkan' seperti mengalirnya air sungai.
Hasilnya, Allahyarham Pak Ghafar hanya dapat beberapa pencalonan sahaja daripada bahagian-bahagian UMNO manakala yang lain semuanya mencalonkan Anwar sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Apa yang dilakukan oleh Anwar di dalam UMNO dahulu hendak dilakukan di dalam Pas. Matlamat menghalalkan cara dan duit boleh membeli segala-galanya. Ini yang membimbangkan Ketua Dewan Ulama Pas.
Inilah hasilnya apabila Pas berkawan dengan PKR dan DAP. Pemimpin Pas mengeji UMNO kononnya tidak bermoral kerana politik wang tetapi hari ini pemimpin-pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu menutup pekung yang mula membusuk di dalam parti itu.
Tetapi Nik Aziz perlu ingat bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan daun pisang lambat laun akan diketuai orang juga.
Thursday, May 7, 2009
BIADAP DAN KURANG AJAR
Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara atau pun dunia seorang Speaker terpaksa diusung keluar dewan kerana keengganannya berbuat demikian walaupun sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Tetapi perkara ini berlaku di Perak. Bekas Speakar V Sivakumar terpaksa diusung keluar kerana keengganannya bangun daripada kerusi Speaker walaupun majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dalam sidang DUN Perak telah memilih R.Ganesan sebagai Speaker yang baru.
Inilah menunjukkan betapa `haprak' Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang enggan menerima kenyataan bahawa kerajaan Perak hari ini sudah jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).
Mereka ini bukan sahaja biadap malah bersikap kurang ajar! Mereka bertindak seperti penyamun dan penyangak seperti dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok. Mereka ini sebenarnya tidak layak berada dalam Dewan yang mulia kerana penyamun dan penyangak lebih layak berada di dalam gua.
Mereka bukan sahaja tidak menghormati institusi dewan yang mulia malah tidak menghormati Raja. Akibat daripada sikap penyamun dan penyangak mereka ini Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin terpaksa menunggu selama enam jam untuk merasmikan persidangan.
Pakatan Rakyat sebelum ini melaung-laungkan kononnya merekalah pejuang demokrasi dan menghormati sokongan majoriti. Tetapi di Perak mengapa Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kenyataan bahawa majoriti dalam DUN memihak kepada BN.
Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat yang sekarang ini dalam DUN negeri Perak BN mempunyai 31 kerusi manakala Pakatan Rakyat hanya 28 kerusi. Kalau tanya budak yang berumur 5 tahun pun tahu 31 lebih banyak daripada 28!
Apakah Anwar, Sivakumar, Nizar, Ngeh dan Nga tidak belajar matematik bahawa 31 lebih banyak daripada 28. Atau budak 5 tahun lebih cerdik daripada Anwar, Sivakumar Nizar, Nga dan Ngeh?
Tetapi perkara ini berlaku di Perak. Bekas Speakar V Sivakumar terpaksa diusung keluar kerana keengganannya bangun daripada kerusi Speaker walaupun majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dalam sidang DUN Perak telah memilih R.Ganesan sebagai Speaker yang baru.
Inilah menunjukkan betapa `haprak' Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim yang enggan menerima kenyataan bahawa kerajaan Perak hari ini sudah jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).
Mereka ini bukan sahaja biadap malah bersikap kurang ajar! Mereka bertindak seperti penyamun dan penyangak seperti dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok. Mereka ini sebenarnya tidak layak berada dalam Dewan yang mulia kerana penyamun dan penyangak lebih layak berada di dalam gua.
Mereka bukan sahaja tidak menghormati institusi dewan yang mulia malah tidak menghormati Raja. Akibat daripada sikap penyamun dan penyangak mereka ini Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin terpaksa menunggu selama enam jam untuk merasmikan persidangan.
Pakatan Rakyat sebelum ini melaung-laungkan kononnya merekalah pejuang demokrasi dan menghormati sokongan majoriti. Tetapi di Perak mengapa Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kenyataan bahawa majoriti dalam DUN memihak kepada BN.
Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat yang sekarang ini dalam DUN negeri Perak BN mempunyai 31 kerusi manakala Pakatan Rakyat hanya 28 kerusi. Kalau tanya budak yang berumur 5 tahun pun tahu 31 lebih banyak daripada 28!
Apakah Anwar, Sivakumar, Nizar, Ngeh dan Nga tidak belajar matematik bahawa 31 lebih banyak daripada 28. Atau budak 5 tahun lebih cerdik daripada Anwar, Sivakumar Nizar, Nga dan Ngeh?
Friday, April 24, 2009
Baru Sekarang Fairus Tahu Siapa Anwar Yang Sebenarnya!
SPRM telah mengesahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Mohamad Fairus Khairuddin tidak bersalah dan setelah proses siasatan dijalankan didapati tiada asas untuk mendakwanya.
Tetapi bagi Anwar Ibrahim, maruah Fairus tidak penting dan apa yang paling penting Fairus perlu diganti dengan pemimpin lain dan satu pilihanraya kecil perlu diadakan di Penanti. Sekarang baru Fairus tahu siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya.
Kalau Anwar suka sampai ke Taiwan dia suruh orang mengejarnya tetapi kalau Anwar sudah tidak suka dia akan campak ikut sesuka hatinya.
Tetapi Fairus masih boleh menarik nafas lega kerana `jerat' yang dipasang untuk mengaibkannya tidak mengena dan SPRM telah membersihkan namanya tidak terlibat sama sekali dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai sebagaimana dakwaan Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin Ahmad Februari lalu.
Monday, April 20, 2009
Hudud & Negara Islam - Sudah Tiba Masa PAS Berdakwah Kepada Orang Cina
PAS sudah boleh menerima orang Cina dan orang Cina sudah boleh menerima Pas. Ini terbukti dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Kuala Terengganu baru-baru ini, Pas menang bukan kerana undi Melayu tetapi kerana undi orang Cina.
Orang Cina di Bukit Gantang dan Kuala Terengganu lebih senang dengan Pas yang memperjuangkan Islam sebagai addin berbanding dengan Barisan Nasional (BN). Inilah masa yang sesuai untuk Pas berdakwah kepada orang Cina matlamat asal perjuangan mereka iaitu mahu membentuk negara Islam dan mewujudkan undang-undang hudud di negara ini.
Jika dahulu orang Cina terutama DAP menolak Pas tetapi hari ini nampaknya mereka menyokong perjuangan Pas yang kental dan tidak lari daripada matlamat asal perjuangan iaitu mahu membentuk negara Islam dan undang-undang hudud.
Hari ini bukan Islam juga bertakbir dan bukan Islam juga sudah boleh membaca petikan ayat al-quran walau pun dengan sebutan yang tidak betul. Inilah kejayaan dakwah paling hebat Pas pada abad ini.
Pas perlu mengunakan peluang ini untuk berdakwah kepada orang Cina dan kesempatan yang terbaik ialah dalam Pilihanraya kecil Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh iaitu tempat sekutu Pas - Anwar Ibrahim.
Pemimpin Pas seperti Nik Aziz dan Haji Hadi jangan takut untuk berkata benar kerana matlamat untuk menubuhkan negara Islam dan hudud adalah matlamat asal perjuangan Pas daripada Pas mula ditubuhkan.
Tetapi ramai percaya, Hadi dan Nik Aziz takut untuk bercakap soal negara Islam dan hudud dihadapan orang Cina kerana mereka sebenarnya lebih takut kalah dalam pilihanraya.
Tuesday, April 14, 2009
Antara Nga, Ngeh Dan `Ngok'
Mursyidul am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan bekas Exco Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-quran semasa berceramah dalam Pilihanraya kecil Bukit Gantang dua minggu lalu sebagai percubaan mengenali Islam melalui kitab suci itu.
Ini bukanlah kali pertama Nik Aziz mempertahankan suku sakat dan kaum kerabat. Nik Aziz pernah mempertahankan Mohamad Sabu apabila ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan tidak lama dulu. Menurut Nik Aziz, Mat Sabu tidak bersalah ada orang cuba memerangkapnya walaupun terang-terang Mat Sabu berdua-duaan dengan isteri orang dalam bilik hotel.
Nik Aziz juga mempertahankan Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara yang juga Ahli Parlimen Pas kawasan Baling ketika itu yang menulis buku `Shit' yang mencarut dan memaki hamun Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir tidak lama dulu. Oleh kerana mahu mempertahankan suku sakat dan kaum kerabat, Nik Aziz mendakwa Tuhan juga mencarut.
Nik Aziz juga mempertahankan Presiden Pas, Hadi Awang yang mengeluarkan amanat UMNO kafir dan makanan yang dimasak oleh orang UMNO iaitu sesama Islam tidak boleh dimakan oleh orang Pas kerana orang-orang UMNO Kafir satu ketika dahulu.
Tetapi hari ini Nik Aziz, Haji Hadi dan pemimpin Pas yang lain bukan sahaja makan bersama DAP malah mempertahankan orang kafir yang mempersendakan Islam membaca ayat suci al-quran dengan kalimah yang tidak betul kerana atas kepentingan politik.
Inilah akibatnya apabila orang yang bertaraf alim ulama tetapi ada kepentingan politik. Nik Aziz sebagai alim ulama sangat dihormati bukan sahaja oleh orang Pas tetapi orang UMNO tetapi disebabkan mahu menjaga kepentingan politik suku sakat dan kaum kerabat perkara yang haram telah menjadi halal.
Buka kitab manapun berkhalwat dengan isteri orang, mencarut dan memaki hamun orang lain hukumnya haram dan berdosa. Tidak perlulah orang sesuci Nik Aziz membuat dosa mempertahankan orang macam Mat Sabu dan Shahnon demi kepentingan politik.
Sedarlah, Pas menang di Bukit Gantang kerana undi Cina manakala undi Melayu memihak kepada BN. Orang Melayu hari ini mulai sedar Pas diperguna oleh DAP untuk kepentingan politik mereka.
Jika benar Nga sudah terpaut dan mahu mengenali Islam, peluklah agama Islam dan jadi muslim yang sejati. Jangan setakat menghafal satu dua ayat yang tertentu kemudian dibaca dengan kalimah yang tidak betul untuk dijadikan modal politik.
Sedarlah, al-quran ada menyebut di akhirat nanti orang pertama yang akan dihumban ke dalam api neraka ialah golongan alim ulama kerana golongan ini tidak menjalankan tanggungjawabnya dan mempersendakan Islam.
Monday, April 6, 2009
Tun Mahathir Tahu Siapa Sebenarnya Anwar
Orang yang paling kecewa melihat Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad kembali ke pangkuan UMNO dan menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Anwar Ibrahim.
Kerana bagi Anwar, beliau boleh menghadapi sesiapa sahaja didalam UMNO tetapi bukan Tun Mahathir. Ini kerana sebagai orang yang diangkat daripada bawah dan diletak hanya setangga lagi untuk menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tahu siapa Anwar yang sebenarnya!
Ketika berlaku kemelut politik antara Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan Tun Mahathir orang yang banyak meraih keuntungan politik ialah Anwar. Perselisihan pendapat antara kedua negarawan ini digunakan oleh Anwar dan parti pembangkang untuk menyerang dan melemahkan UMNO. Hasilnya dalam PR12 lima negeri telah kecundang dan jatuh ke tangan pembangkang.
Tetapi hari ini UMNO dan BN bangkit. Tun Mahathir telah turun berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Apa yang menjadi kerisauan Anwar telah berlaku - Tun Mahathir telah turun padang berkempen dan menyatakan sokongan terbuka kepada kepimpinan Najib serta yakin UMNO mampu merampas kembali kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang.
Anwar risau kerana ahli-ahli UMNO yang dulu menyokong Tun kini telah kembali bersatu. Anwar juga tahu rahsia Pakatan Pembangkang berjaya menawan lima negeri bukan kerana mereka kuat tetapi ada ahli-ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdullah telah menyokong parti pembangkang.
Peralihan kuasa Abdullah kepada Najib telah membuka buku baru dalam lanskap politik negara. Umpama Biduk lalu Kiambang bertaut. Ahli-ahli UMNO yang berjumlah lebih 3 juta orang telah kembali bersatu dan sudah bersedia untuk mengembalikan semula kegemilangan dan mengangkat semula martabat UMNO dan BN ke tempat yang asal.
Pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai adalah penentu apakah tranformasi ini sudah bermula. Jika BN menang di semua tiga kawasan pilihanraya kecil ini, Anwar dan Pakatan Pembangkang bolehlah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.
Tuesday, March 31, 2009
Pengundi Bukit Gantang Tolak Calon Wayang Kulit
Disuruh bercakap Nizar bercakap, disuruh diam Nizar diam dan lebih memalukan disuruh mohon derhaka kepada Sultan, Nizar berkata "Patik Mohon Sembah Derhaka Kepada Tuanku". Itulah nasib Pak Dogol dalam pentas wayang kulit yang dikawal oleh Tok Dalang yang mempunyai kuasa seratus peratus untuk mengawal pergerakan dan percakapannya.
Semua orang tahu, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Calon PKR Parlimen Bukit Gantang) tidak ubah seperti watak Pak Dogol dalam wayang kulit manakala Tok Dalangnya adalah Datuk Ngeh, Pengerusi DAP Perak.
Walau pun sudah tidak berkuasa di negeri Perak, Nizar masih lagi menjadi alat kepada Ngeh dan ini terbukti apabila Nizar yang dicadang oleh Ngeh telah dipilih sebagai calon PKR di Bukit Gantang. Nik Aziz yang pada mulanya tidak bersetuju Nizar bertanding di Bukit Gantang telah menukar pendirian bagi menghormati DAP yang kini telah menjadi teman tidur sebantal.
Ngeh memerlukan orang serupa Nizar untuk dijadikan alat dan sebagai jambatan kepada DAP mencapai cita-cita politik sempit mereka. Rakyat tahu, selama 10 bulan memerintah Perak Nizar hanyalah berperanan seperti Pak Dogol yang menurut apa sahaja arahan Ngeh termasuk memberi hak milik tanah selama 999 tahun kepada penyokong DAP di Kampung Baru yang melukakan hati orang Melayu di negeri itu.
Sudah tiba masanya rakyat terutama pengundi di Bukit Gantang tolak calon wayang kulit kerana pengalaman memerintah Perak selama 10 bulan menunjukkan Nizar hanyalah berperanan seperti Pak Dogol manakala Tok Dalangnya ialah Ngeh.
Monday, March 23, 2009
Fairus - Sambung Belajar Atau DiPecat?
Rakyat Pulau Pinang rasa pelik mengapa tiba-tiba sahaja Mohamad Fairus Khairuddin hendak pergi sambung belajar sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1!
Rakyat bertanya, apakah kelulusan yang beliau ada tidak cukup untuk melayakkannya menjadi Timbalan Ketua Menteri sehingga terpaksa meletakkan jawatan bagi menyambung pelajaran di luar negara?
Hakikatnya, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim boleh memberi apa sahaja alasan tetapi sebenarnya rakyat tahu ada sebab lain yang menyebabkan Fairus terpaksa meletakkan jawatan dan bukannya kerana pergi menyambung pelajaraan.
Selepas sahaja tersiar di TV3 pendedahan yang dibuat oleh seorang pemimpin PKR mengenai penyelewengan dan rasuah yang melibatkan seorang pemimpin kanan PKR mengenai isu kuari , Fairus tiba-tiba sahaja meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dengan alasan mahu menyambung pelajaran.
Anwar sering mengecam pemimpin UMNO dan BN kononnya mengamalkan rasuah tetapi penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam PKR Anwar sapu di bawah karpet.
Tetapi rakyat bukannya bodoh. Rakyat Pulau Pinang tahu Fairus terpaksa meletak jawatan bukannya kerana mahu menyambung belajar tetapi sebenarnya beliau `dipecat' bagi menutup pekung dalam PKR dan kerajaan Pakatan Rakyat?
Monday, March 16, 2009
Gobind Singh Bertemu `Buku Dengan Ruas'
"Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa" - perumpamaan ini sesuai ditujukan kepada Ahli Parlimen kawasan Puchong, Gobind Singh Deo yang digantung selama 12 bulan atas kesalahan menghina Dewan Rakyat.
Kelancangan mulut anak Karpal Singh ini yang berselindung di sebalik immuniti dalam Parlimen telah memakan diri apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyetujui usul yang dibawa oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz di bawah Perkara 27(3) Peraturan Tetap Dewan Rakyat dan apabila diundi lebih bersuara yang bersetuju.
Gobind digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama setahun setelah didapati mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Speaker yang memerintahkannya keluar Dewan hari Khamis lalu.
Gobind juga dengan biadap telah membuat tuduhan tidak berasas dengan menuduh Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibu sedangkan beliau tahu kes ini sedang dibicarakan di mahkamah.
Banyak pihak menyambut baik pergantungan Ahli Parlimen Puchong ini yang bukan sahaja sudah keterlaluan malah bersikap kurang ajar. Baru setahun jagung menjadi Ahli Parlimen, Gobind yang mewarisi kebiadapan bapanya berkelakuan seperti `kera mendapat bunga' mengunakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen memaki hamun dan membuat tuduhan tidak berasas terhadap pemimpin negara.
Gobind umpama `pemain baru' yang masih mentah dan tidak faham dengan peraturan dalam Bola Sepak. Sebagai pemain lama, Karpal Singh sepatutnya mengajar anaknya supaya jangan terkena `kad merah' kerana pengadil (Speaker) mempunyai kuasa mengeluarkan Gobind dari permainan.
Karpal sepatutnya mengunakan pengalamannya dulu yang pernah dibuang padang dan tidak dibenar hadir sidang Parlimen dalam jangka masa yang lama satu ketika dahulu.
Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Gobind digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 12 bulan dan pergantungan Gobind ini menjadi satu pengajaran kepada Ahli Parlimen daripada parti pembangkang supaya jangan bersikap biadap dan keterlaluan.
Walaupun berselindung di sebalik kekebalan sememangnya mereka tidak kebal kerana jika didapati bersalah masih ada peraturan dalam Parlimen yang boleh mengeluarkan mereka daripada padang permainan.
Wednesday, March 11, 2009
Anwar Gigit Jari - Najib Serlah Kewibawaan Sebagai Bakal Perdana Menteri
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin `mengigit jari' dan boleh melupakan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri kerana Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak yang akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung UMNO pada 24 Mac - 28 Mac 2009 sudah bersedia untuk mengalas tugas sebagai orang nombor satu dalam negara.
Pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM60 bilion yang diumumkan dalam Bajet Mini di Dewan Rakyat petang semalam dilihat oleh banyak pihak menyerlahkan kewibawaan Najib sebagai Menteri Kewangan dan bakal Perdana Menteri mengantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pakej RM60 bilion yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi sebagai kumpulan sasaran termasuk pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur dilihat oleh banyak pihak sebagai keazaman kerajaan yang bakal dipimpin oleh Najib untuk keluar daripada krisis ekonomi yang melanda dunia.
Pakej rangsangan yang memberi tumpuan kepada empat teras iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan sebanyak (RM2 bilion), meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas sebanyak (RM10 bilion), membantu sektor swasta menghadapi krisis sebanyak (RM29 bilion) dan membina keupayaan masa depan sebanyak (RM19 bilion) dilihat oleh pakar ekonomi sebagai cukup bijak dan tepat pada masanya kerana ia mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh rakyat dan sektor perniagaan.
Malaysia tidak terkecuali terkena bahang daripada krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini di mana banyak kilang ditutup, perniagaan merosot dan ramai pekerja menganggur. Rakyat sudah muak dengan krisis politik dan mengharapkan pembangkang bersama dengan kerajaan berganding bahu dan duduk semeja mencari jalan menghadapi krisis ekonomi yang melanda.
Rakyat juga sudah bosan dengan retorik politik yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang yang banyak bercakap dan hanya tahu mencari salah kerajaan tetapi kurang bekerja terutama di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Rakyat mengharapkan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar supaya melupakan sekejap persengketaan politik dengan kerajaan BN dan memberi fokus membantu kerajaan yang akan dipimpin oleh Najib mengatasi krisis ekonomi sebagaimana yang mereka lakukan memberi sokongan sebulat suara dalam isu Palestin di Dewan Rakyat tempoh hari.
"Kita perlu peka kepada saranan rakyat yang semakin lantang dan kerap diutarakan supaya kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat.
"Ya benar, kita di negara ini kini sedang berbeza pendapat tentang politik di sana sini. Namun, besar harapan semua, bila berdepan dengan ribut ekonomi yang melanda, kita akan sentiasa sepakat sekata, sederap usaha, memikir melaksana apa yang terbaik untuk rakyat jelata," kata Dato' Sri Najib ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi kedua dalam Bajet Mini di Dewan Rakyat petang semalam.
Friday, March 6, 2009
Tidak Memihak Pembangkang - Tidak Perlu Terima Court Order
Karpal: Ignore Court Order
KUALA LUMPUR: The Perak Pakatan Rakyat lawmakers can ignore the Ipoh High Court order declaring the emergency state assembly meeting held under a tree on Tuesday as illegal, said DAP chairman and veteran lawyer Karpal Singh.
"The High Court decision is a contempt of the state assembly as it had acted out of its jurisdiction... the decision itself is debatable. It can't interfere in the internal proceedings of parliament of a state assemble," he said at the Parliament lobby yesterday.
Karpal also said the Perak PR leaders should not challenge the court's decision.
"Why challenge something that is non-existent? Ignore the High Court order. It (the order) is null and void and it is not required to be followed," he said.
New Straits Time - Thursday, March 5, 2009.
Komen:
Inilah wajah parti pembangkang di Malaysia. Kalau keputusan mahkamah memihak kepada mereka, mahkamah akan dipuji melangit tetapi jika keputusan sebaliknya mahkamah dituduh tidak adil dan mereka tidak mahu menerima perintah mahkamah.
Pemimpin dan penyokong parti pembangkang bersorak riang apabila Hakim Komala menetapkan bicara kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal di Mahkamah Sesyen. Ketika itu bukan sahaja Anwar malah Karpal memuji Hakim Komala dan yakin sistem kehakiman negara bebas kerana membuat keputusan menyebelahi Anwar.
Dalam kes di Perak, keputusan Mahkamah Tinggi tidak menyebelahi parti pembangkang. Sekali lagi mahkamah dituduh tidak bebas dan tidak adil. Karpal yang sebelum ini memuji Hakim Komala dan yakin dengan sistem kehakiman di negara ini telah menyelar keputusan Mahkamah Tinggi kerana tidak menyebelahi mereka.
Inilah budaya politik baru yang cuba dibawa oleh parti pembangkang - menghasut orang ramai supaya jangan menerima keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada mereka. Budaya politik seumpama ini sangat merbahaya jika tidak dicegah kerana boleh menimbulkan keadaan huru hara dalam negara.
Sudah tiba masanya Karpal dikenakan tindakan tegas. Jika Karpal dibiarkan terus membuat kenyataan yang menghasut dan menimbulkan keadaan tegang dalam negara dibimbangi rakyat yang sudah lama bersabar akan bangun bertindak dan keadaan menjadi lebih buruk.
Tuesday, March 3, 2009
Saiful Sihat Walafiat - Pembangkang Makin Tidak Ketahuan
Selepas kes sumpah laknat terhadap Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan difitnah macam-macam. Ada yang membuat fitnah Saiful sakit tenat dan lebih dahsyat ada yang membuat fitnah Saiful telah meninggal dunia kesan sumpah laknat terhadap Anwar.
Ternyata itu semua fitnah. Saiful sihat walafiat. Tetapi yang tidak `sihat' sekarang ini adalah Pakatan Pembangkang yang dipimpin oleh Anwar macam-macam bala yang menimpa.
Selepas tumbang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, muncul dakwaan anak luar nikah ADUN PKR Bukit Selambau V. Arumugam. Belum reda terkejut, Anwar dikejutkan sekali lagi dengan gambar telanjang ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Pening kepala memikirkan kes liwat yang akan dihadapi di mahkamah, muncul pula kes Khalid, Menteri Besar Selangor yang kini `dikejar Lembu korban' oleh SPRM.
Lebih menyedihkan selepas bersekongkol dengan Anwar, Mursyidul Am Pas Nik Aziz pun jadi bercelaru dan sudah tidak ada kewarasan. Elizabeth bersekedudukan dengan lelaki Islam dibelanya tetapi apabila DAP menghina Raja Melayu, Pas yang diharapkan mempertahankan Raja sebaliknya berdiri di belakang DAP.
Terkini, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, S Sivakumar membuat sidang tergempar di bawah pokok kira-kira 150 meter dari pagar utama Bangunan Perak Darul Ridzwan bersama ADUN pembangkang akibat makin tidak ketahuan.
Thursday, February 26, 2009
Alahai Peguam Negara...
"Karpal sepatutnya bersyukur tinggal di Malaysia.
Kalau di Thailand, Karpal sudah lama
merengkok dalam penjara
kerana menghina Raja"
Kalau di Thailand, Karpal sudah lama
merengkok dalam penjara
kerana menghina Raja"
Seorang penulis novel berasal dari Australia dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun kerana menghina Raja Bumipol Adulyadey. Tetapi nasibnya baik, Raja Bumipol memberi ampun dan penulis novel ini dihalau keluar dari Thailand.
Tetapi di Malaysia Karpal Singh menghina Raja (Sultan Perak), malangnya sehingga hari ini Karpal masih belum dikenakan sebarang tindakan seolah-olah tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan kepada Karpal.
Thailand tidak ada beza dengan Malaysia mengamalkan sistem Raja berperlembagaan. Di Thailand, Raja sangat dihormati sebarang celaan kepada Raja bukan sahaja oleh rakyat negara itu malah warga asing hukuman penjara menanti mereka.
Di Malaysia memang ada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan kepada Karpal kerana menghina Sultan Perak. Karpal bukan sahaja boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan malah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menimbulkan kemarahan rakyat dan suasana tidak tenteram dalam negara.
Persoalannya mengapa sehingga hari ini Karpal tidak dikenakan sebarang tindakan selepas 100 laporan Polis dibuat oleh orang ramai yang marah dengan tindakan Karpal menghina Sultan Perak?
Lebih menghairankan sehingga hari ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail mengambil sikap `berdiam diri' dan tidak bercakap sepatah pun untuk menghuraikan dari sudut undang-undang apakah tindakan boleh diambil terhadap Karpal.
Sikap `berdiam diri' Peguam Negara ini tidak disenangi oleh banyak pihak dan menimbulkan kegelisahan orang ramai kerana membiarkan isu ini `tergantung' tanpa sebarang kenyataan sedangkan sebagai Peguam Negara beliau adalah orang yang paling layak untuk bercakap dari sudut perundangan.
Peguam Negara sebagai orang yang arif dalam undang-undang sepatutnya memberi satu garis panduan apa yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh mengenai Raja-Raja dan apakah hukuman daripada sudut undang-undang boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang didapati bersalah kerana menghina Sultan.
Peguam Negara juga sepatutnya menjelaskan apakah tindakan yang boleh diambil kepada mereka yang berarak dan merusuh di Istana Sultan dan apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka berdemontrasi di jalan-jalan raya kerana membantah tindakan Karpal yang menghina Sultan Perak.
Sikap `berdiam diri' Peguam Negara ini menyebabkan Karpal semakin berani dengan memaki Pemuda UMNO sebagai `celaka' dan disebabkan tiada tindakan diambil terhadapnya Karpal kini semakin angkuh mengelarkan dirinya `Singh is King'.
Tuesday, February 24, 2009
Khalid Tak Takut Dikejar Lembu Korban!
"Memberi sedekah itu baik tetapi mengunakan duit kerajaan
negeri itu yang tidak baik. Kalau Khalid benar-benar
ikhlas mahu bersedekah kepada pengundinya di Bandar
Tun Razak gunakan duit sendiri untuk membeli lembu
korban danbukannya duit kerajaan negeri Selangor"
negeri itu yang tidak baik. Kalau Khalid benar-benar
ikhlas mahu bersedekah kepada pengundinya di Bandar
Tun Razak gunakan duit sendiri untuk membeli lembu
korban danbukannya duit kerajaan negeri Selangor"
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyokong membahaskan rang undang-undang penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah (SPRM) di Parlimen baru-baru ini berkata Rasuah merupakan jenayah yang paling merbahaya kepada masyarakat dan negara ini.
Menurut Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, Rasuah umpama wabak yang menghancur luluhkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya. Rasullullah S.A.W. bersabda, `La'anallahur rasyi walmurtasyi warraisy' yang maksudnya "Allah melaknat yang menerima rasuah yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara kepada rasuah".
Persoalannya sekarang sejauh mana Anwar dan rakan-rakan politik dalam Pakatan Pembangkang benar-benar mempraktik apa yang diucapkan mengenai rasuah ketika menyokong penubuhan SPRM di Parlimen baru-baru ini?
Apakah perkara yang diucapkan mengenai rasuah hanya diguna pakai terhadap BN dan seteru-seteru politik tetapi jika terkena atas batang hidung sendiri SPRM dikecam dan dituduh mengamalkan `dwi standard'.
Dalam kes Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Suruhanjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh untuk mendakwanya di mahkamah atas kesalahan salah guna kuasa membabitkan pembelian lembu korban dan penyelenggaraan kereta peribadi.
Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said mempunyai kuasa untuk membuat kenyataan dan mengumumkan hasil siasatan kepada umum kerana kes penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor ini sudah menjadi kes nasional dan mendapat perhatian rakyat di seluruh negara.
Bukan sahaja pemimpin pembangkang malah pemimpin kerajaan juga didakwa oleh SPRM. SPRM adalah sebuah badan bebas dan penubuhannya di Parlimen baru-baru ini mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
SPRM tidak terikat dengan kerajaan dan bebas untuk membuat siasatan terhadap sesiapa sahaja secara adil dan saksama.
Bukan sahaja Khalid tetapi sesiapa sahaja dalam kerajaan dan pembangkang tidak perlu risau dan takut jika didakwa oleh SPRM. Khalid mempunyai hak untuk mempertahankan diri di mahkamah dan bukannya mengecam SPRM dengan berbagai tuduhan kononnya tidak adil apabila terkena atas batang hidung sendiri.
Justeru itu, Khalid yang sebelum ini membuat kenyataan tidak takut dikejar lembu korban tidak perlu mengelabah jika tidak bersalah.
Thursday, February 19, 2009
Haru Biru Dalam PKR Kesan Sumpah Laknat Saiful Terhadap Anwar Ibrahim?
" Bawa-bawa bertaubatlah makcik-makcik bertudung yang berada di belakang
YB Elizabeth Wong. Adakah makcik-makcik ini `merestui' perbuatan YB DAP yang
bersekedudukan dengan Pemuda Melayu tanpa berkahwin? "
YB Elizabeth Wong. Adakah makcik-makcik ini `merestui' perbuatan YB DAP yang
bersekedudukan dengan Pemuda Melayu tanpa berkahwin? "
Lepas satu, satu bala yang menimpa Pakatan Rakyat.
Bermula dengan pengumuman dua Adun PKR dari Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Cangkat Jering Mohd Osman Jailu dan Adun DAP Hee Yit Foong keluar dari Pakatan Rakyat menjadi calon bebas dan menyokong BN menyaksikan Kerajaan campuran pembangkang Perak tumbang.
Tidak sampai sebulan sekali lagi malang menimpa Pakatan Rakyat. Adun PKR kawasan Bukit Selambau, V.Arumugam mengumumkan perletakan jawatan sebagai Adun dan Exco Kerajaan Negeri Kedah dipercayai ada kaitan dengan skandal perempuan simpanan sehingga melahirkan seorang anak.
Terbaru pengumuman mengejut perletakan jawatan sebagai Adun dan Exco oleh Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan dari PKR ekoran penyebaran gambar bogel Elizabeth yang dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya, seorang pemuda Melayu.
Menjadi persoalan, adakah haru biru yang berlaku dalam Pakatan Rakyat pada hari ini khususnya dalam parti PKR adalah kesan daripada sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat?
Walau pun dicabar untuk bersumpah laknat tetapi Anwar sehingga hari ini tidak berani bersumpah dan mengelak dengan memberi berbagai alasan. Saiful berani bersumpah laknat kerana merasakan dirinya di pihak yang benar. Tetapi Anwar mungkin menyedari bala yang akan beliau tanggung jika bercakap bohong.
Banyak pihak melihat kesan sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful pada tahun lepas sudah menampakkan kesan. Satu demi satu bala yang menimpa PKR yang dipimpin oleh Anwar. Jika Anwar tidak bertaubat dibimbangi banyak lagi bala yang akan menimpa PKR dan Pakatan Rakyat.
Tuesday, February 17, 2009
Elizabeth Yang Berbogel Kenapa BN Yang Menjadi Mangsa
Ketika ADUN Bukit Selambau V.Arumugam meletakkan jawatan ADUN dan Exco, BN yang dituduh penyebabnya membuat ugutan, menyimbah cat di kereta dan menawarkan wang sebanyak RM5 juta supaya Arumugam meninggalkan PKR.
Kali ini apabila gambar bogel ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong tersebar BN sekali lagi dituduh sebagai perancang kononnya bagi mengaibkan gabungan PKR, DAP dan Pas menjelang Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Rakyat bukan bodoh. Rakyat tahu Arumugam meletakkan jawatan selepas penduduk di kawasannya menghantar memorandum kepada Tuanku Sultan Kedah kerana didakwa mempunyai seorang anak luar nikah manakala Elizabeth meletakkan jawatan kerana isu moral dan mengambil tanggungjawab demi menjaga nama baik PKR.
Persoalannya sekarang ini kalau Elizabeth yang bergambar bogel kenapa pula BN yang menjadi mangsa?. Tambahan pula, gambar bogel di bilik tidur ini dirakamkan oleh orang yang rapat dengan Elizabeth yang tidak ada kena mengena dengan BN sebelum Pilihanraya Umum ke 12 dan ketika itu Elizabeth belum lagi menjadi ADUN dan Exco.
Paling penting pengundi di Bukit Lanjan tahu kenapa Elizabeth meletakkan jawatan dan pengundi di Bukit Lanjan juga tahu BN tidak ada kena mengena dalam dalam isu ini.
Kali ini apabila gambar bogel ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong tersebar BN sekali lagi dituduh sebagai perancang kononnya bagi mengaibkan gabungan PKR, DAP dan Pas menjelang Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Rakyat bukan bodoh. Rakyat tahu Arumugam meletakkan jawatan selepas penduduk di kawasannya menghantar memorandum kepada Tuanku Sultan Kedah kerana didakwa mempunyai seorang anak luar nikah manakala Elizabeth meletakkan jawatan kerana isu moral dan mengambil tanggungjawab demi menjaga nama baik PKR.
Persoalannya sekarang ini kalau Elizabeth yang bergambar bogel kenapa pula BN yang menjadi mangsa?. Tambahan pula, gambar bogel di bilik tidur ini dirakamkan oleh orang yang rapat dengan Elizabeth yang tidak ada kena mengena dengan BN sebelum Pilihanraya Umum ke 12 dan ketika itu Elizabeth belum lagi menjadi ADUN dan Exco.
Paling penting pengundi di Bukit Lanjan tahu kenapa Elizabeth meletakkan jawatan dan pengundi di Bukit Lanjan juga tahu BN tidak ada kena mengena dalam dalam isu ini.
Monday, February 16, 2009
`Barulah Kita Kenal Siapa Kaca, Siapa Permata' - Sultan Selangor
Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, "barulah kita kenal siapa kaca siapa permata". Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang "marahkan nyamuk, kelambu dibakar" titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengulas pergolakan politik yang berlaku di negeri Perak dalam kenyataan akhbar khas.
Menurut baginda, kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadapan sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya `mob' amat memalukan.
Umum dapat memahami kenyataan akhbar yang dibuat oleh Sultan Selangor ini ditujukan kepada siapa?. Kebiadapan yang ditunjukkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kepada Sultan Perak jelas menunjukkan Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berbuat apa sahaja termasuk menderhaka kepada Raja untuk kekal berkuasa.
Belum lagi memerintah negara, Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Anwar telah menunjukkan belangnya. Baru memerintah di empat negeri telah biadap, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa. Pas yang kononnya mahu membela Raja Melayu senyap sunyi tidak berkata apa-apa kerana takut Anwar murka.
Benteng terakhir orang-orang Melayu adalah Raja-Raja Melayu. Tetapi jika baru sahaja dapat sedikit kuasa, Raja dihina dan dicerca, bagaimana kalau Pakatan Pembangkang dapat memerintah negara?. Seperti titah Sultan Selangor `sekarang ini barulah kita kenal siapa kaca, dan siapa permata'.
Friday, February 13, 2009
Minta Ampun Kepada Sultan Perak
Syukur kerana bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat keputusan yang tepat dan waras mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar dan menyerah kembali 11 kereta rasmi (secara berperingkat) kepada kerajaan negeri.
Selepas bermuhasabah diri mungkin bekas Menteri Besar Perak ini telah diberikan petunjuk, inilah keputusan yang terbaik demi masa depan rakyat di negeri Perak. Sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan agama, Nizar kena menerima inilah ketentuan Allah dan menerima qada dan qadar.
Nizar juga membuat keputusan bijak membelakangkan arahan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan meninggalkan kediaman Menteri Besar. Anwar hanya tahu membuat kacau dan menimbulkan keadaan huru hara tetapi yang mendapat nama buruk adalah Nizar.
Seperti kata Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria selain mentaati perintah Allah, mentaati pemerintah iaitu Sultan hukumnya wajib. Nizar perlu minta Ampun kepada Sultan Azlan Shah kerana keterlanjurannya.
Hati rakyat Perak terluka kerana belum pernah berlaku dalam sejarah kesultanan di negeri Perak rakyat sanggup menghina dan mencerca Sultan di Istananya sendiri.
Wednesday, February 11, 2009
Jangan Beri Alasan Ditawar RM5 juta, Diugut & Kereta Disimbah Cat
Seminggu selepas penduduk menyerah memorandum kepada Tuanku Sultan Kedah mengadu perangai buruk ADUN mereka yang tidak bermoral bersekedudukan sehingga melahirkan seorang anak luar nikah, ADUN Bukit Selambau V. Arumugam meletakkan jawatan Exco dan ADUN.
Pada mulanya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak mahu `coverline' tetapi `bangkai gajah mana boleh ditutup dengan daun pisang'. Maka seperti biasalah BN dijadikan `kambing hitam' kononnya membuat ugutan, mahu membeli Arumugam sebanyak RM5 juta dan paling mengelikan hati kereta bekas ADUN Bukit Selambau ini disimbah cat.
Tetapi pengundi di Bukit Selambau tahu mengapa Arumugam meletakkan jawatan secara tiba-tiba. Bukan kerana wang 5 Juta, bukan kerana diugut dan bukan kerana kereta disimbah cat tetapi kerana memorandum yang dihantar oleh mereka yang menimbulkan kemurkaan Tuanku Sultan.
Ustaz Azizan tidak perlulah mencipta alasan untuk menutup pekung kerajaan pimpinannya. Kalau buruk katakan buruk. Sebagai pemimpin Pas yang memperjuangkan Islam sebagai addin tak baik Ustaz Azizan berbohong dan menjadikan pihak lain sebagai `kambing hitam' untuk menutup kelemahan pentadbirannya.
Rakyat hari ini bijak menilai. Mana yang baik, mana yang buruk. Sekali lagi pengundi di Bukit Selambau akan memilih wakil rakyat mereka yang baru dalam pilihanraya kecil. Sudah tentu kali ini mereka akan membuat perubahan memilih calon yang benar-benar bersih dan bermoral serta tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Tuesday, February 10, 2009
DAP Bertepuk Tangan Lihat Orang Melayu Menghina Raja
Pelik. Bila DAP hilang kuasa di Perak yang mengamuknya adalah orang Melayu. Yang menghina Raja dan berbaring di atas jalan adalah orang Melayu. Mana pergi orang DAP?
Orang DAP mungkin ada tetapi duduk jauh ketawa lihat gelagat orang Melayu memekik melolong mencerca dan menghina Raja di istananya. Jelas sudah, orang Melayu seperti Nizar adalah kuda tunggangan Ngeh dan Nga dalam DAP.
Ada seorang lagi Melayu dalam PKR yang bernama Anwar Ibrahim. Tetapi Melayu ini hanya pada nama kerana biar Raja dihina dicerca asal `aku dapat jadi Perdana Menteri'.
Orang Melayu mengharapkan Melayu dalam Pas seperti Hadi dan Nik Aziz untuk membela Melayu tetapi sama seperti Nizar dan Anwar, Hadi dan Nik Aziz rela Nizar menjadi kuda tunggangan Ngeh dan Nga asal kekal berkuasa menjadi Menteri Besar.
Apalah yang boleh diharapkan oleh orang Melayu kepada Melayu yang bernama Anwar, Hadi, Nik Aziz dan Nizar jika masih lagi bersekongkol dengan Karpal yang menghina,mencerca dan mahu menyaman Raja Melayu!
Saturday, February 7, 2009
Rakyat Perak Perlu Bangkit Pertahankan Sultan
Biadap dan kurang ajar. Itulah dua perkataan yang sesuai ditujukan kepada penyokong pakatan pembangkang yang menganjurkan perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah bagi menghalang majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah.
Mereka yang mengunakan alasan untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Ubudiah tetapi selepas itu telah berhimpun dan bertindak biadap dengan merusuh dan berbaring di atas jalan bagi menghalang kenderaan termasuk kenderaan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah daripada memasuki kawasan Istana.
Penyokong pembangkang yang merusuh ini kebanyakannya bukan rakyat Perak tetapi mereka yang dibawa masuk dari Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Selangor untuk membuat kacau dan mahu memberi gambaran buruk seolah-olah rakyat Perak yang merusuh dan derhaka kepada Sultannya.
Sejarah membuktikan sejak zaman berzaman rakyat Perak tidak pernah derhaka kepada Sultan. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sangat dikasihi oleh rakyat kerana sikap baginda yang berjiwa rakyat amat mengambil berat terutama dalam soal-soal yang melibatkan kebajikan rakyat jelata.
Rakyat Perak sangat kasih kepada Sultan dan sanggup mempertahankan Sultan sebagaimana mempertahankan nyawa sendiri. Rakyat Perak tidak akan membiarkan Sultan dicerca apatah lagi dihina di bumi sendiri.
Sudah tentu ada dalang di sebalik rusuhan yang berlaku. Rusuhan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak ini mengingatkan kita kepada demontrasi jalanan pada tahun 1997 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Selain daripada anak-anak muda, Anwar telah memperalatkan wanita dan kanak-kanak untuk merusuh di jalan-jalan raya sehingga menimbulkan huru hara dan ketidak tenteraman dalam negara.
Plot yang sama kini berulang sekali lagi. Seperti juga Anwar, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Nizar juga tidak mahu meletakkan jawatan walaupun dititahkan oleh Sultan Perak untuk berbuat demikian. Umum semua mengetahui dan tidak keterlaluan kalau dikatakan dalang di sebalik apa yang berlaku di Perak ini adalah kerja Anwar.
Anwar sekali lagi mahu mencetuskan rusuhan jalanan yang memperalatkan wanita dan kanak-kanak seperti apa yang dilakukannya pada tahun 1997 di Perak. Justeru itu, rakyat Perak perlu bangkit mempertahankan Sultan dan jangan sesekali membenarkan Anwar meneruskan rusuhan jalanan dengan membawa masuk orang luar menghina dan mencerca Sultan Perak di bumi sendiri.
Thursday, February 5, 2009
Terima Hakikat Kerajaan Pakatan Pembangkang Telah Tumbang Di Perak
``Keputusan sama ada negeri ini (Perak) akan ditadbir di bawah kepimpinan baru atau menghadapi pilihan raya semula akan ditentukan oleh Sultan Perak,'' kata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Katanya, beliau akan akur apa sahaja keputusan Sultan Perak dan akan menerima apa juga ketetapan yang bakal dibuat oleh Seri Paduka Sultan.
Perkembangan terkini, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sudah membuat keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak perlu dibubarkan dan Barisan Nasional (BN) yang memperolehi majoriti dengan kelebihan tiga kerusi akan membentuk kerajaan baru di negeri itu.
Seperti janji Mohamad Nizar, beliau akan akur dengan apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Perak dan beliau perlu mengotakan janjinya itu. Sebagai seorang rakyat yang taat setia kepada Sultan, Mohamad Nizar dan rakan-rakannya yang lain perlu akur dan menerima keputusan yang telah dibuat.
Jangan membuat onar. Terimalah hakikat bahawa Kerajaan Pakatan Pembangkang telah tumbang di negeri Perak. Ini adalah demokrasi yang menjadi pegangan Mohamad Nizar sebelum ini.
Katanya, beliau akan akur apa sahaja keputusan Sultan Perak dan akan menerima apa juga ketetapan yang bakal dibuat oleh Seri Paduka Sultan.
Perkembangan terkini, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sudah membuat keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak perlu dibubarkan dan Barisan Nasional (BN) yang memperolehi majoriti dengan kelebihan tiga kerusi akan membentuk kerajaan baru di negeri itu.
Seperti janji Mohamad Nizar, beliau akan akur dengan apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Perak dan beliau perlu mengotakan janjinya itu. Sebagai seorang rakyat yang taat setia kepada Sultan, Mohamad Nizar dan rakan-rakannya yang lain perlu akur dan menerima keputusan yang telah dibuat.
Jangan membuat onar. Terimalah hakikat bahawa Kerajaan Pakatan Pembangkang telah tumbang di negeri Perak. Ini adalah demokrasi yang menjadi pegangan Mohamad Nizar sebelum ini.
Tuesday, January 20, 2009
`Orang Melayu Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai'
"Seandainya seluruh kampung baru yang mempunyai penduduk kira-kira 47,000 orang diberikan hak milik tanah, kita hanya beri tidak sampai 3,000 ekar," kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin.
Menteri Besar Perak dalam kerajaan campuran Pakatan Rakyat dengan bangga berkata, apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan rakyat dan yakin perkara itu tidak menguris perasaan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah.
Persoalannya sekarang, jika benar apa yang dilakukan itu adalah untuk kebaikan rakyat keseluruhannya, mengapa hanya penduduk Cina di kampung baru diberikan hak milik kekal sedangkan orang Melayu di Perak cuma mendapat hak milik selama 99 tahun sahaja?
Mengapa wujud `double standard' dalam soal pemberian hak milik sedangkan orang-orang Melayu di Perak juga mengundi kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP sehingga pakatan ini berjaya membentuk kerajaan negeri?
Tidak keterlaluan jika dikatakan inilah `ganjaran' yang paling mahal diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kepada orang-orang Melayu di Perak yang mengundi Pas, PKR dan DAP sehingga membolehkan mereka membentuk kerajaan menumbangkan kerajaan BN dalam pilihan raya umum lalu.
Umum mengetahui kerajaan Pakatan Rakyat Perak hari ini ditadbir oleh oleh pemimpin-pemimpin DAP yang jelas menentang DEB dan Negara Islam.
Menteri Besar, Mohamad Nizar hanyalah boneka DAP yang tidak mempunyai kuasa mutlak dalam kerajaan negeri kerana daripada 10 orang Exco, 6 orang DAP, 2 PKR dan 2 Pas.
Lebih malang lagi, 7 Exco bukan Melayu dan hanya 3 Exco Melayu dalam kerajaan negeri Perak.
Justeru itu, tidak hairanlah jika Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Kuala Lumpur baru-baru ini dalam nada sebak mengzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.
Baginda bertitah, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.
Penempatan semula kampung-kampung baru untuk hampir setengah juta orang Cina di zaman darurat dulu adalah berupa pencerobahan dan mencuri hak tanah orang Melayu.
Titah baginda yang penuh sinis ini adalah merujuk kepada tindakan kerajaan Perak yang didokongi oleh DAP pada hari ini yang mendiskriminasi orang-orang Melayu tetapi memberi keistimewaan kepada bukan Melayu.
Wednesday, January 14, 2009
PAS Di Mata Anwar
13 tahun dulu (1996) ketika dalam UMNO dan Kerajaan BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam pemimpin Pas suka memaki hamun orang lain dan menyarankan supaya Pas menukar nama yang lebih sesuai dengan sikap pemimpin mereka.
"Sesetengah pemimpin Pas jelas tidak mencerminkan cara berpakaian dan tawaduk mereka," kata Anwar pada Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Kuala Kedah, Kedah pada 21 Januari 1996.
Tetapi itu dulu, kini (2009), Anwar `menjilat balik ludah' yang dibuatnya kepada pemimpin Pas manakala Pas yang dipimpin oleh Datuk Seri Hadi Awang boleh menerima Anwar dalam Pakatan Pembangkang walaupun partinya pernah dimaki hamun oleh Anwar sebelum ini.
Kerana sedikit kuasa Pas mudah lupa. Kerana mahu mengejar kuasa Pas boleh `berkompromi' dengan DAP dalam isu hudud dan undang-undang Islam. Mana dia perjuangan dan semangat Islam sejati Pas?
Apakah Pas hanya berperanan menjadi batu loncatan kepada Anwar yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri manakala Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Di manakah kedudukan Hadi apabila Pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini? Pas hanya akan menjadi `penonton' dan akan terus menjadi alat Anwar dan DAP.
Thursday, January 8, 2009
`Kerja Sial' Sesiapa Yang Hendak Melaga-lagakan DAP dan PAS - Anwar
"Langkah mayat saya dahulu jika Pas mahu melaksanakan hukum hudud" kata Pengerusi DAP Karpal Singh mengulas rancangan Pas yang mahu melaksanakan hudud jika pakatan pembangkang memerintah negara ini.
"Pas akan tetap melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan" kata Husam Musa dalam satu forum di hadapan 3,000 penyokong Pas di Kota Bharu baru-baru ini.
Kenyataan kedua-dua pemimpin pembangkang ini tidak diputar belit oleh media atau mana-mana pihak malah kedua-dua pemimpin pembangkang ini tetap dengan pendirian masing-masing.
Jadi siapa yang hendak melaga-lagakan Pas dan DAP seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai membuat `kerja sial' ketika berceramah di Kampung Tanjung tepi muara Kuala Terengganu semalam.
Siapa yang sebenarnya buat `kerja sial' apabila di sebelah siang berceramah di hadapan orang Cina dan India mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu tetapi apabila malam berceramah di hadapan orang Melayu mencerca orang Cina dan India sebagai kaum yang diberi `betis hendakkan peha'?
Rakyat masih ingat semasa di dalam UMNO, Anwar paling lantang mengkritik Pas kerana mahu melaksanakan undang-undang Islam jika memerintah negara malah menyelar pemimpin Pas seperti Hadi Awang dan Nik Aziz sebagai memperalatkan agama untuk kepentingan diri dan peribadi.
Rakyat juga masih ingat semasa di dalam UMNO, Anwarlah yang menjadi hero membelasah pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang tetapi apabila membentuk pakatan pembangkang, tiba-tiba Anwar menjadi hero kesayangan Pas dan DAP.
Pas boleh mengenepikan matlamat mahu menubuhkan negara Islam kerana DAP tidak bersetuju. Itulah politik. Hari ini musuh tetapi esok menjadi kawan. Siapa sangka Pas boleh bersekongkol dengan DAP yang terang-terang menolak Islam tetapi hari ini bendera Pas dan DAP boleh digantung dan berkibar bersama di Kuala Terengganu.
Monday, January 5, 2009
Calon PAS Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu: Hadi Tolak Calon Pilihan Nik Aziz
Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempunyai sebab untuk terasa hati dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang - calon pilihannya Mohamad Sabu tidak dipilih sebagai calon Pas dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.
Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang membuat pengumuman awal telah sebulat suara memilih Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon.
Pemerhati politik melihat kalau dalam soal memilih calon pemimpin Pas tidak sependapat, bagaimana mereka mahu menyakinkan pengundi Kuala Terengganu bahawa pemilihan Abdul Wahid Endut sebagai calon Pas adalah pilihan yang tepat?
Pas telah berpecah kepada dua puak dalam menentukan siapakah calon parti itu yang akan bertanding menentang BN pada 17 Januari ini. Golongan ulama (lama dan tua) yang diketuai oleh Nik Aziz mahu Mat Sabu dicalonkan manakala golongan muda dan ahli korporat atau lebih dikenali sebagai kumpulan Erdogan yang didokong oleh Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa mahu Dr. Syed Azman dipilih sebagai calon.
Namun begitu, Presiden Pas memilih `jalan tengah' dengan memilih ADUN Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut sebagai calon yang sekaligus telah mengenepikan Nik Aziz dan sebagai pemimpin tertinggi Pas beliau langsung tidak diajak berbincang dalam membuat keputusan yang penting ini.
Berbanding dengan Hadi yang gagal menawan Terengganu dalam PRU12, Nik Aziz adalah pemimpin yang sangat dihormati di dalam Pas. Sebagai pemimpin bertaraf ulama, kejayaannya mengekalkan pemerintahan Pas di Kelantan sehingga hari ini diiktiraf bukan sahaja oleh pemimpin parti itu malah ahli-ahli Pas di seluruh negara.
Justeru itu pemerhati politik melihat, tindakan Hadi mengenepikan Nik Aziz yang langsung tidak dibawa berbincang dalam soal memilih calon sangat tidak kena dan mengecewakan ahli-ahli Pas di seluruh negara.
Bagi rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu, kalau dalam soal memilih calon Pas tidak sebulat suara dan berpuak-puak, bagaimana calon itu boleh diharapkan untuk memperjuangkan nasib mereka nanti.
Sudah tentu pengundi di Kuala Terengganu hendakkan calon yang mendapat sokongan kuat daripada partinya dan calon BN Wan Ahmad Farid adalah dari parti pemerintah yang sudah terbukti kepimpinannya di Kuala Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)