Sunday, March 2, 2008

Polis Menjaga Keamanan pembangkang mahukan kerosakkan

Tulisan dari penulis pembangkang yang kusut mindanya:

Semasa melewati Balai Polis Marang, terdetik di dalam hati penulis apabila melihat begitu besarnya Balai Polis Marang, lengkap dengan kediaman seperti Kondominium. Bukan satu blok Kondominium tetapi dalam 3 blok kondominium. Balai Polis ini masih baru, jika tidak silap penulis ianya dibuka pada tahun 2007.

Musykil dan hairan timbul di dalam hati penulis bilamana melihat begitu besarnya Balai Polis Marang ini di sebuah kawasan kampung yang kepadatan penduduk amatlah rendah dan kadar jenayah juga amatlah rendah. Untuk apa dibina sebegini besar sebuah Balai Polis di kawasan yang tidak memerlukan sangat sebuah Balai Polis sebegini besar. Adakah ianya mempunyai tujuan lain?

Balai Polis negeri Terengganu yang terletak di Bandar Kuala Terengganu pun tidak lah sebesar ini kawasan balai dan kediaman kakitangannya. Itu merupakan sebuah Balai Polis negeri. Tetapi dalam kes ini, Balai Polis daerah lebih besar, gah dan ekslusif melebihi Balai Polis negeri.

Komen :

Jenayah boleh berlaku tidak kira tempat, kawasan samada berpenduduk padat atau sebaliknya. Pihak polis telah diberi mandat untuk menjaga keselamatan masyarakat Malaysia. Pihak kerajaan memandang serius berkaitan keselematan penduduk, jadi tidak hairanlah jika pihak polis telah melipat gandakan pengawalan keselamatan mereka bagi menjamin keselesaan masyarakat.

Pihak kerajaan ada mengeluarkan kenyataan bahawa rumah kedai atau kediaman boleh dijadikan balai polis sementara menunggu beroperasinya balai polis sebenar sesuatu kawasan. Jadi dengan cara ini, kerajaan dilihat sentiasa berfikiran maju kehadapan demi mengawal dan menjaga keselamatan negara.

Besar atau kecil sesebuah frasarana polis bukan menjadi ukuran, tetapi keperluan pasukan polis yang besar dan amat komited adalah merupakan kunci kejayaan dalam menjaga keselamatan negara.

No comments: