Wednesday, March 5, 2008

PAS dan Neo Con

PAS yang kehilangan arah selepas PRU-11 telah membuat beberapa perhitungan yang tergesa-gesa dan membuta-tuli apabila mengambil penyokong kuat Neo Con sebagai idola politik terbaru mereka.

Hasilnya, beberapa kumpulan dalam PAS sendiri telah mula menyatakan rasa tidak senang mereka dengan keputusan pucuk pimpinan PAS. Hal ini boleh dilihat daripada beberapa kritikan pedas oleh beberapa bahagian parti PAS dalam muktamar mereka di Kelantan suatu ketika dahulu.

Dalam pencarian mereka untuk mencari seorang tokoh yang mewakili pemikiran agama segar, tidak konservatif sebagaimana presiden mereka, Abdul Hadi Awang. PAS nampaknya tersasar jauh dan amat terdesak dalam mencari haluan masa depan parti. PAS telah menggadai seluruh perjuangan mereka membela Islam sebagai mana yang didakwa selama ini hanya kerana kegagalan mencari seorang tokoh berpengaruh. Akhirnya mereka sanggup menambil tokoh penyokong utama Neo Con dalam usaha menggilap semula imej parti yang dikatakan tidak mesra rakyat, ala Taliban, konservatif dan dipimpin oleh pasukan yang tidak pandai memerintah.

Kepada PRK, mereka terkapai-kapai dalam memberi jawapan kepada persoalan sokongan penasihat utama parti mereka, Syaitan Anwar yang secara terang bersongkol bersama Yahudi Paul Wolwowitz. Hasilnya Timbalan PKR sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa pandangan Anwar merupakan pandangan peribadi dan berasingan daripada pandangan PKR. Kini, PAS nampaknya menuju jalan penamat ‘Perjuangan Islam’ mereka.

Kalangan radikal dalam PAS semakin keliru mempersoalkan hubungan yang pelik antara parti mereka dengan PKR. PAS turut melahirkan kebimbangan sekiranya dengan sokongan terhadap Anwar, akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka turut bersongkol dan terjerumus dengan Yahudi yang menyebabkan penderitaan umat Islam di Asia Barat.Tetapi yang pastinya kini PAS dan PKR telah turut sama terjerumus dalam kancah menghancurkan umat dan agama Islam itu sendiri.

No comments: