Keperibadian mulia dan akhlak penuh hikmah sentiasa terpapar pada setiap tindak-tanduk serta tutur kata Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat malah lebih terserlah apabila bertemu calon parti lawan yang bakal menentangnya pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata ini terbukti apabila berlaku satu insiden pada hari penamaan calon yang boleh dijadikan renungan tentang keperibadian Tuan Guru yang amat dihormati itu.
Menceritakan pada hari penamaan tersebut, beliau telah mendapat puluhan sistem pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan bahawa Nik Aziz menang tanpa bertanding namun tidak mempercayainya lalu menghubungi pihak di Kelantan untuk mendapat kepastian.
"Calon Barisan Nasional (BN) telah lupa menandatangani borang pencalonan dan mendapat bantahan. Secara peraturannya Tuan Guru sudah menang tanpa bertanding," katanya. "Tetapi Tuan Guru tidak mahu menang cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.
Komen :
Kenapa tak diceritakan tentang salah laku PAS dengan mengeluarkan fatwa yang ternyata bercanggah dengan ajaran Islam? Ini terang-terang cuma mahu mengalihkan pandangan rakyat daripada salah laku PAS sendiri. Dakyah seperti ini tak perlu nak diceritakan kerana ia hanyalah perlakuan PAS untuk memancing undi murahan dari rakyat.
Lihat sahaja kata-kata Hadi Awang yang bergolak pendiriannya dengan mengatakan bahawa mengumpat dan mendedahkan keburukan seseorang bagi tujuan memilih pemimpin adalah dibenarkan PAS. Ditambah lagi, Hadi menyatakan bahawa mengumpat itu ada yang haram dan ada yang wajib. Jika jatuh hukum wajib, wajib bagi kita mengumpat. Sekiranya kita tidak mengumpat berdosa seseorang itu.
Jelas di sini, Hadi dan PAS dengan lantang bertindak mempermainkan agama Islam dan lagi buruk menukar fatwa dan hadis mengikut keselesaan dan kepentingan mereka.
1 comment:
ANTARA MENGUMPAT ATAU GHIBAH YANG DIBOLEHKAN
1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma'ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bantu membantu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.
3. Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal. Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.
4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan cth: Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid'ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasehati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.
5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan
6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti. Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.
Post a Comment