Thursday, March 6, 2008

Anwar Dah Takut!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADIlan), Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Just, Chandra Muzaffar berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.


Anwar menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan itu selain gantirugi RM100 juta dari Khairy dan RM10 juta dari Chandra kerana berikutan dakwaan yang mencemar reputasinya.

Peguam Anwar, Sankara N.Nair telah menghantar surat tuntutan kepada Khairy dan Chandra, meminta mereka menarik balik kenyataan masing-masing dan memberi jaminan tidak akan mengulanginya.

Nair berkata, dalam ceramah Khairy di Lembah Pantai pada 20 Februari lalu, menantu Perdana Menteri itu memberi tanggapan kepada hadirin bahawa Anwar seorang homoseksual dan bermoral rendah serta tiada nilai-nilai Islam.

Katanya, tuduhan dalam artikel-artikel terhadap pelanggannya itu berunsur fitnah yang serius dan telah mencemarkan beliau memandangkan kes pelanggannya (PP lwn Dato’ Seri Anwar Ibrahim) di mana beliau telah dibebaskan.

Dalam surat kepada Khairy itu, Peguam Anwar berkata tuduhannya terhadap anak guamannya itu adalah palsu.

Dalam suratnya kepada Chandra pula, Nair juga berkata komen Chandra yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times pada 4 Mac membayangkan bahawa 'Anwar telah mengapi-apikan kebencian di kalangan kaum di Malaysia' dan telah melakukan kesalahan menghasut.

Nair merujuk kepada kenyataan yang dibuat dalam sebuah forum pada 3 Mac lalu.

Chandra dilaporkan berkata, berdasarkan kepada pengalaman peribadinya dengan Anwar, pemimpin KeADILan itu bukan pilihan yang betul untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Khairy dan Chandra diberi tempoh 48 jam (hingga hari ini) untuk menjawab surat tuntutan tersebut.

Dalam reaksi awalnya yang disiarkan dalam laporan laman web, Chandra pula berkata beliau juga akan mempertahankan kenyataannya di mana-mana mahkamah.

Chandra berkata beliau telah menjawab surat peguam Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Saya telah menulis kepada peguamnya dan dengan jelas menyatakan bahawa "saya tidak mempunyai sebarang sebab apa jua untuk menarik balik kenyataan yang saya buat di forum tersebut atau untuk memohon maaf kepada Anwar Ibrahim," ujarnya.

Kenyataannya itu dibuat berdasarkan kepada fakta dan maklumat dalam pengetahuannya dan beliau akan mempertahankannya di mahkamah, ujar Chandra.

Komen:

Anwar dah rasa bahang kepanasan neraka dunia nampaknya! Dia sudah berasa gentar akan berita yang mengejutkan ini. Tapi tahniah bagi Chandra kerana tidak getar dengan ugutan si bodoh ini. Anwar mula pening memikirkan strategi untuk menutup ke-aiban dirinya sendiri atas tindak-tanduk syaitannya sebelum ini. Biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah - Padan Muka! Barua Yahudi!

2 comments:

yusof said...

Pada hemah saya di Malaysia ini tiada lain pemimpin Melayu, UMNO atau pemimpin Malaysia yang pernah melalui pahit dan mahun kehidupan dari di malukan diri dan keluarganya di Makamah hingga dipukul hampir mati dan di penjara dengan hukuman paling maksima yang tidak kurang sehari pun dan ditambah dengan penginyaan tidak layak bertanding akibat dari hukuman palsu ini, itulah Sdr Anwar Ibrahim yang melalui kepanasan dan kehangatan seperti di neraka yang sukar untuk diimaginasi oleh orang-orang yang membuat tuduhan di dalam artikel ini. Jadi apalah sangat tuduhan yang ingin dilemparkan oleh Khairy dan Chandra itu. Pemimpin lain boleh berdiam diri sahaja. Kita lihat kalau makamah di Malaysia ini berani mengendalikan kes begini. Kalau mau cubalah masuk dalam penjara!

faiR said...

heheheh
biarlah merasa bahang panasnya neraka dunia
daripada merasa bahang panasnya neraka akhirat sbb bini tak pakai tudung...