Tuesday, March 4, 2008

PAS Guna Budak Untuk Kepentingan Parti



Pilihanraya kali ini memperlihatkan desakan Pas dalam mempergunakan kanak-kanak untuk menarik dan meramaikan penyertaan walaupun mereka tahu kanak-kanak yang masih kecil itu belum layak untuk mengundi dan memilih calon pemimpin. Tetapi, apa yang sangat pelik dan tidak masuk akal, penggunaan kanak-kanak dalam kempen pilihanraya ini, sudah jelas memberi mesej bahawa PAS berindak memesongkan pemikiran kanak-kanak untuk membenci kerajaan terutama Barisan Nasional dan menanamkan bahawa hanya parti mereka saja yang betul.

Pengianayaan terhadap kanak-kanak ini adalah berpunca daripada Pas yang terang-terang menjadikan anak-anak mereka terlibat sama dalam politik, sungghpun kanak-kanak itu tidak mengetahui apakah maksud sebenar politik bagi mereka. Tahap pemikiran mereka belum lagi sampai ke tahap itu. Hal ini jika dibiarkan, ia akan merosakkan pemikiran kanak-kanak seterusnya melahirkan generasi muda yang hanya tahu taklid dan taksub pada pemimpin mereka tanpa ada pegangan sendiri dalam membuat keputusan.

Justeru itu, sesuatu yang tidak diduga mungkin akan berlaku dalam kempen-kempen pilihanraya. Malang yang tidak berbau, penglibatan kanak-kanak dalam politik dan kempen pilihanraya secara tidak langsung mengundang kepada bahaya dan keselamatan mereka. Ibu bapa yang asyik dengar ceramah mungkin tidak menyedari anak-anak mereka merayau dan tidak salah untuk menyatakan perculikan kanak-kanak juga boleh berlaku di tempat sedemikian.

Selain itu, lebih merbahya lagi jika ada pergolakkan dan ketegangan antara parti-parti politik. Jika melibatkan anak-anak, hal ini jelas membahayakan nyawa kanak-kanak itu tadi. Sepatutnya ibu bapa perlulah lebih rasional dan bertindak dengan cara yang waras dan tidak berlebih-lebihan dalam segala urusan. Pendekatan ini amatlah wajar dengan tidak perlu melibatkan kanak-kanak dalam berpolitik. Seterusnya dapat menyelamatkan jiwa kanak-kanak yang bersih dari anasir-anasir yang kotor dan tidak betul dan menjamin kelancaran pendidikan kanak-kanak di sekolah nanti.

Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak dengan tidak mempolitikkan anak-anak mereka yang masih kecil!

1 comment:

faiR said...

PAS tak guna budak utk kepentingan
tapi,kami ibu bapa sedia mendidik anak2 kami mengenal kepimpinan yang sebenarnya...
Allah menjaga anak2 kami
dan kami sendiri dididik dari kecil untuk kenal kepimpinan ulamak bukan hadhari