Thursday, March 13, 2008

DAP Boikot MB Perak, Tidak Hormat Keputusan Sultan Azlan Shah

DAP Negeri Perak menunjukkan belang dan taringnya terhadap orang melayu Perak dengan memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru. Jelas di sini, DAP merupakan parti yang bertindak untuk menolak golongan Melayu dari terus mentadbir Perak. DAP dengan lantang mahu merampas jawatan tersebut serta turut merancang untuk memijak golongan Melayu sebawah yang mungkin.

Pengerusi Suruhanjaya Perancangan Dasar & Strategik DAP, Lim Kit Siang, dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman web DAP sejurus selepas pengumuman perlantikan Menteri Besar Perak yang baru, berkata keputusan itu mencetuskan kejutan dan kemarahan pimpinan, ahli serta penyokong DAP yang rata-rata menyangkakan mereka akan dipilih untuk mentadbir dan merancang untuk menghancurkan orang Melayu Perak seperti mana yang terjadi di Pulau Pinang.

Selain tidak menghormati keputusan Sultan Azlan Shah - Sultan Perak, DAP dilihat secara sengaja menimbulkan ketegangan kaum di Perak.

No comments: