Tuesday, March 18, 2008

Surat Untuk Pelupa Diri - Anwar


Surat Dari Rakyat:

Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya menggerakkan tindakan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Apa Anwar peduli! Sebab dia sudah kaya. Kalau negara huru-hara, dia boleh bawa anak isteri ke luar negara, kawan baik pun ramai di sana, pergi jahanam dengan Malaysia.

Tahniah kepada Anwar kerana berjaya mendalangi demonstrasi dan perhimpunan haram semata-mata kerana kuasa. Hindraf pun disokong juga. Mungkin orang Melayu pun boleh ikut sama pada ketika rizab sudah tidak ada, hak dalam ekonomi pun sudah sama rata.

Melayu Pulau Pinang pun sudah mula merayu kepada pemimpin komunis bukan Melayu supaya mereka tidak terperosok ke penjuru. Lepas ini di mana pula, mungkin Perak dan Selangor juga, tapi apa nak dikata, orang Melayu sendiri yang rela, nak kata apa, padan muka!

Tahniah kepada Anwar kerana telah menanamkan azam di dada saya untuk mendidik anak-anak sendiri supaya sentiasa berhati-hati dan jangan mudah lupa diri, hidup mati insya-Allah di sini, menyokong DAP dan PKR jangan sekali! Hai orang Melayu, merekakah pemimpin yang kita mahu?

-Ibu Sayang Anak -
- Melaka -


2 comments:

yusof said...

Saya masih ingat lagi apabila Tun Abdul Razak mengistiharkan DEB, tujuan utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan untuk semua rakyat. Selepas tiada beliau, kendengaran pula istilah "serampang dua mata" dalam proses perlaksanaanya. Serampang adalah sesuatu seperti alat atau senjata yang hendak ditujukan ke hadapan, yang satu itu seperti diingini oleh Tun Abdul Razak ialah untuk keperluan atau need dan yang satu lagi diperkenalkan selepas ketiadaan beliau di dunia ini ialah untuk memenuhi kemahuan atau want. Ekonomi itu bagaikan batu pengasah yang mula-mula digunakan untuk mata serampang yang pertama itu, tapi tidak begitu lama kemudian batu asah ini lebih kerap digunakan untuk menajamkan mata yang satu lagi sehingga akhirnya sampai lupa dengan mata yang lebih penting itu. Itulah akibatnya bila pihak yang memegang serampang dan batu asahnya sudah lupa. Semua Melayu dalam UMNO mudah lupa, kecuali selepas keluar darinya. Seperti yang ditulis oleh Shanon dalam "shit", akhirnya keluar satu tahi sahaja.

wan lee said...

assalamualaikum.... benar DEB diperkenalkan oleh allahyarham Tun Abdul RAzak.... semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya.... saya sekali lagi tegaskan DEB itu baik untuk melayu. jika DEB dihapuskan maka tergugat lah sedikit kekuatan Melayu... insyaallah jika DEB ingin ditukar saya berharap agar idea yang mahu diperkenalkan lebih rasional, lebih holistik dan lebih effisien untuk membantu Melayu... jangnalah kita menghinakan apa akan usaha yang teah dilakukan oleh orang lain... jika kita lantang menghina orang lain maka jahillah kita... saya ada satu persoalan kepada saudara... apakah idea saudara yang bernas untuk dikongsi dan diguna pakai oleh seluruh rakyat Malaysia.... berilah cadangan saudara jika saudara mempunyai 1001 idea yang bernas untuk negara. saudara boleh salurkan pendapat saudara ke warkahuntukperdanamenteri.com..........