Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai kacang lupakan kulit apabila mendakwa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal memberikan faedah kepada orang Melayu.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, Abdul Khalid sendiri terlibat dalam melaksanakan dasar tersebut ketika beliau menjadi Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) suatu ketika dahulu.
Oleh itu katanya, dakwaan itu tidak berasas kerana DEB telah membuka banyak peluang kepada orang Melayu untuk berjaya setanding dengan kaum lain pada hari ini.
“Beliau (Abdul Khalid) mengatakan DEB tidak memberi faedah kepada orang Melayu, tetapi tidakkah dasar ini telah membawa perubahan kepada orang Melayu untuk keluar daripada putaran ganas kemiskinan melalui pendidikan, ekonomi dan sebagainya.
“Saya hairan bagaimana beliau boleh lupa dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau adalah antara orang yang turut sama merancang dan melaksanakan pembangunan di bawah dasar ini.
“Saya khuatir beliau sudah lupa mengenai perkara itu atau kemungkinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menjadi alat kepada DAP atau pihak-pihak lain untuk kepentingan tertentu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Komen:
Pembangkang dilihat banyak menganggu keselesaan rakyat daripada menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat. Mereka berjanji tetapi janji itu hanya untuk mengaburi hati dan mata rakyat. Bila mereka berjaya lihatlah apa yang terjadi! Inilah hasilnya. Mereka secara lantang menyakiti hati rakyat. Secara lantang mereka menyemarakkan isu perkauman dengan menghapuskan DEB yang mana telah banyak membantu kaum Melayu untuk berdaya saing dan maju di negara sendiri. Inikah perlakuan manusia yang perlu kita sanjung! Masihkah kita mahu membela manusia yang terang-terang menikam kita dari belakang!
Janji yang dibuat pembangkang jelas hanya janji omong kosong. Mereka sebenarnya merancang serta berkomplot untuk menjual orang Melayu dan negeri jajahan mereka secara terus kepada komunis DAP. Melayu dilihat sebagai golongan penghalang dan satu cara untuk kaum komunis untuk menakluki
Tetapi sayangnya orang Melayu sendiri yang mudah alpa. Lihat sahaja kata-kata Khalid, jelas menunjukkan bahawa dia sendiri sudah lupa akan asal-usulnya. Mana mungkin dia boleh berjaya jika tiada DEB. Bagaimana kaum keluarganya boleh berjaya jika tiada DEB dan mana mungkin anak-anaknya kelak boleh berjaya jika tiada hak istimewa DEB ini. Sayangnya dia sendiri sudah lupa, dia sendiri menjual kaumnya sendiri kepada bangsa komunis negara. Jangan kita lupa kata-katanya kerana dia pun 2 X 5 dengan parti komunis negara.
5 comments:
Saya rasa penulis artikel ini seorang yang berpendidikan, tapi terlalu emosional dengan hasil dari keputusan pilihan raya ke 12. Terimalah hakikat bahawa DEB bukanlah dasar akhir zaman bagi orang Melayu dan dunia belum kiamat bagi orang Melayu. DEB sehingga ini masih lagi sebuah eksperimen ekonomi yang dilaksanakan hanya secara rawak atau empirik. Pemikiraan rawak dan empirik hanya terhad kepada apa yang kelihatan dari ekerimen ini sahaja. Tapi jika mahu eksperimen ini lebih memanafaatkan kepada manusia, keputusan sama ada hendak meneruskan eksperimen ini harus berdasarkan kepada pemikiran rasionalis, bererti bukan sahaja pada apa yang berlaku dulu atau hasil dari eksperimen, tapi apa yang akan berlaku. Saya harap penulis artikel ini mengurangkan emonsinya, pandang dan fikirlah ke hadapan.
kalo dengan cara menghapusan 100% memang nampak gelojoh sangat. cuba bawa berbincang dan ikut suara kedua-dua pihak.. nak pulak orang cina yang cuba menhentamna. jadi ini seolah -olah ingin membalas dendam. apa yang kerajaan buat ditolakmentah-mentah. jadi tak kene lah dengan apa tindakkan lim tu buat. baru sari dua pegang jawatan, dah tunjuk belang sial dia. xpun bawa berbincang dan jangan tunjuk lagak andai sangat.
Kalau boleh bukan saja hapuskan dasar ini, hapuskan 100% logik DEB ini dan selepas itu barulah orang Melayu bebas berdiri untuk menentukan nasib masyarakat mereka tanpa perlu dilindungi oleh sesiapa. Apabila orang Melayu sudah berjaya memerangi diri sendiri dan barang siapa yang cuba mengikat kembali orang Melayu dengan sistem seperti DEB ini boleh dianggap sebagai pengkhianat negara.
Aku tak tahu la melayu jenis apa kau nie...nama yusof said, aku ingat ada tertinggal, "p.k mamu" ka ,"yusof said leong" ka.... cakap macam "good" je , nak hapus kan DEB 100%! siapa yang emosi sebenar nya ? memang betul DEB bukan lah
satu-satu nya kaedah akhir zaman
dalam memperjuang nasib bangsa melayu ,benar DEB ada banyak kelemahan, mana ada sistem yang sebegitu perfect ? cuma tuhan je
yang perfect , tak gitu yusof said
leong ?!
45 tahun hidup aku , dah banyak aku
lihat hasil dari DEB , tujuan DEB
di tubuh kan telah sedikit sebanyak
menampak kan kesan positif , cuma orang macam kau je "sedara mara si kitol" yang manjang tak puas hati !
Hello friend, guna kan akal
kau tu sesekali,jangan asyik busuk
hati , dendam tak berkesudahan.
tulisan kau nie kalau di teliti betul-betul , ada unsur-unsur hasutan! tak tahu lah aku,mungkin kau "agen zionis" tak?!
"Hapuskan DEB, biar orang melayu
tentukan nasib masyarakat mereka tanpa di lindungi sesiapa" amboi ,
macam baru 2 hari kau duduk di malaysia nie! yang melindungi orang
melayu selama nie tu siapa? orang macam kau ke?! aku amat bersyukur dan berterima kasih pada melayu-melayu seperti Tun Razak,Tun HUsin dan Tun Mahathir yang berusaha gigih melaksana kan DEB.
Sejahat - jahat mereka pun (macam tuduhan kau ),taraf ekonomi melayu
bertambah baik jika di banding kan
dengan melayu sebelum 1971.
Aku rasa kau nie mesti ade something wrong dengan Umno / DEB nie..dendam lama kot?!
Kalau nak tunjuk "gentlemen" pun,
tengok-tengok tempat la bro, aku tak sanggup jadi macam melayu singapore, akibat rasa diri dah cukup "class" dari melayu semenanjung ,akibat terlalu percaya pada "bangsa dedalu", sanggup berkompromi dengan PPP, buang Umno.konon nya umno tak ada "class" , parti kampong,pilih
ketua menteri "si mata sepet" dan "si lalang Jayaratnam" , sudah nya, jadi bangsa pengemis di negara sendiri ! susah payah nenek moyang berperang nak ujud kan kerajaan "temasik" , boleh ke "angguk bodoh" mengakui sejarah baru singapura ciptaan PPP yang mengatakan singapura tiada berpenghuni, tiada kerajaan sebelum kedatangan Raffles ?! itu lah contoh terbaik nasib melayu yang terlalu "gentlemen" sudah nya "cakap melayu" pun tak berapa
reti , cakap mandarin lebih fasih !
Senyum sinis la kaum si mata
sepet.." wa latang lulu , naik sampan,pake kain cukin , sikalang wa jadi raja ! boloh punya melayu" !!
Selagi melayu macam kau Yusof Said ada kat malaysia nie , selagi tu lah nasib melayu tak akan terjamin walau di tanah air sendiri !!
DEB yang ada kita pertahan kan, yang tak kena , kita perbetul kan
yang tak cukup , kita tambah baik kan
Untuk saudara Nor, saya orang Melayu berketurunan bugis pada ketika berumur 17 tahun pernah mengasah kepala tombak pesaka dan menghunus keris di malam-malam selepas peristiwa 13Mei 1969 dan hampir mencederakan seorang budak Cina sekelas dengan ku dan mengapa aku tiba-tiba berbuat demikian, sedangkan empat tahun sebelum itu, aku sungguh merasa sedih apabila Datuk Saudara ku ditahan di sempadan Tambak Johor gagal menziarahi kematian Datuk ku kerana Singapura telah dijual oleh UMNO kepada mata sepet. Seandainya PAS memerintah Malaysia pada ketika itu, sudah tentu berlaku peperangan untuk mempertahan tanah Singapura kerana tidak ada kerajaan yang mudah melepas tanahnya dengan begitu sahaja. Tapi ini bukannya dendam. Seperti yang pernah dikatakan sendiri oleh Tun Mahathir, Melayu mesti berfikiran besar ( think big ) dan Melayu yang sudah berilmu tinggi harus berfikir besar mesti memandang dan berfikir ke hadapan.
Post a Comment