Beberapa kenyataan pemimpin PAS mengenai kerjasama dengan DAP dan bukan Islam
- Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram - (Hukum Dewan Ulama Pas Kelantan - Ogos 1963)
- Macam mana memecahkan orang mukmin? Allah Taala suruh kita orang Islam sahaja bersatu, bersatu kita puak-puak Islam. Bersatu dia campur hak kafir ada juga. Dia tarik supaya bersatu cara dia - (Ceramah Abdul Hadi Awang di Bukit Tok Beng Seberang Takir - 17 April 1984)
- Siapa yang nak tolong kerajaan Islam kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, SYAITAN pun saya terima. - (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - 24 Januari 1999)
- Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP - (Datuk Nik Aziz Nik Mat - 12 Mei 1999)
No comments:
Post a Comment