Tuesday, March 4, 2008

Anwar Bersandiwara bagai Iblis

Pelik tetapi benar.Itulah lumrah takdir yang Allah tunjukkan kepada semua rakyat Malaysia. Taktala segelintir pengikut Hindraf berjuang untuk orang India di Malaysia yang mereka katakan tertindas, tiba-tiba Dajjal Baru Malaysia iaitu DSAI tampil memberikan sokongan. Tetapi perlu diingat DSAI ialah bapa kepada PERKAUMAN MODEN dan di zaman pemerintahannya berlaku perselisihan antara Islam dan Kristian dan tentu kita semua ingat perisiwa Kg Rawa . Ketika itu Anwar menjadi juara untuk menyelamatkan Islam dengan janjinya:

“ Saya akan memastikan loceng Kuil Hindu tidak akan lagi bergema di negara ini”

tetapi sekarang Anwar menjadi Juara menyelamatkan Hindraf. Inilah bukti perbalahan kaum di zaman Anwar dan Anwar sendiri menjadi dalang tersirat disebalik pergaduhan kaum di Pulau Pinang.

Lihat video sokongan AnWAR terhadap Hindraf:

Video 1


Video 2


Video 3


Dalam kesungguhan masyarakat Islam memerhatikan kumpulan ini, alangkah terkejutnya melihat ‘Anwar si Penghasut’ tiba-tiba muncul di perkarangan mahkamah Kelang dengan berucap penuh semangat yang mengapi-apikan kumpulan ini supaya terus berjuang mempertahankan agama dan kuil Hindu, sedangkan kumpulan ini terang-terangan menghina dan memperkecilkan masyarakat Islam bangsa Melayu Anwar sendiri.

Para pemimpim politik pembangkang tampak bodoh pada demonstrasi Bersih yang lepas di mana mereka seakan terpukau dengan kedatangan Anwar pada demonstrasi ini, tanpa membuat apa-apa dengan selamba Anwar mengambil memorandum Bersih dan menyerahkan pada pihak Istana.

Tindakan Anwar ini dilihat telah memperbodohkan para penyokong dan pemimpin politik pembangkang yang sebelum itu bekerja separuh mati mengarah penyokong-penyokong mereka hadir tetapi Anwar biasa dengan sikapnya Biar aku(Anwar) Makan Isi, orang lain cukuplah makan kulit sahaja”. Anwar sengaja melibatkan diri dalam Hindraf ini oleh kerana satu sebab, sebabnya Anwar sangat berharap beliau akan mendapat peratusan daripada ganjaran yang dituntut oleh kumpulan ini daripada kerajaan Britain.

Jadi, di sinilah bukti Anwar adalah perancang himpunan Hindraf dengan niat untuk mencetuskan imej serta persepsi negatif di kalangan masyarakat di negara ini pada dunia luar .Perbuatan Anwar ini dilihat lebih kepada dalang himpunan Hindraf yang jelas menunjukkan tanda-tanda ketidaksetiaan Anwar sebagai orang Melayu sejati yang taat terhadap raja dan negara serta prinsip Rukun Negara yang kita pegang selama ini.

KRONOLOGI PERISTIWA KAMPONG RAWA 1998

  • Januari 1998 - Anak-anak Qaryah Majid Kampong Rawa menandatangani beramai-ramai memorandum bantahan serta menghantarnya kepada pemimpin-pemimpin Negeri Pulau Pinang, Ahli Politik, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan badan-badan kerajaan yang lain, berkaitan kuil haram yang di bina berhampiran Masjid kampong Rawa dan mengganggu jemaah masjid mengerjakan ibadat terutama ketika solat maghrib dan tarawikh dengan membunyikan bunyi loceng kuil, di waktu umat Islam sedang solat.

  • Januari 1998 - Polis Cawangan Khas telah menghidu sensitiviti isu berkenaan dan telah memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan dan langkah-langkah wajar dan sesuai berkaitan aduan anak-anak Qaryah Kampong Rawa. Walaubagaimanapun aduan anak Qaryah dan nasihat daripada Polis Cawangan Khas tidak di indahkan dan di pandang ringan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang..
  • Dalam tempoh tersebut Majlis Perbandaran Pulau Pinang, ada membuat lawatan, mengambil gambar kuil Hindu tersebut, tetapi tiada tindakan susulan selepas itu.
  • Dari maklumat yang di perolehi, tuan tanah, yang dimiliki oleh seorang Cina telah mengeluarkan Notis dan bantahan supaya kuil tersebut di robohkan, tetapi apa yang terjadi sebaliknya, kuil tersebut telah di perbesarkan lagi dalam masa yang singkat.
  • Pihak Qaryah juga kesal kerana kuil-kuil Hindu di kawasan Sungai Pinang terlalu banyak dan di bina dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan dari pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan boleh di katakan hampir setiap 50 meter tedapat kuil Hindu yang besar atau kecil tanpa apa-apa tindakan daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, melalui agensinya iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
  • Menurut bancian, bilangan kuil Hindu, bermula dari KOMTAR hingga ke Kampong Rawa melebihi 40 buah, samada kecil atau yang besar.
  • Dari maklumat yang boleh di percayai, anak qaryah Kampong Rawa juga tidak berpuashati kerana kuil tersebut bukanlah sebagai tempat ibadah kaum Hindu tetapi mereka mendakwa di situ adalah pusat pengedaran dadah setempat dengan berlindung di atas nama kuil.
  • 13 Mac 1998 ( Jumaat ) - Kesabaran anak Qaryah Kampong Rawa sampai kekemuncaknya dan tercabar apabila kuil tersebut telah di besarkan walaupun bantahan rasmi telah di buat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Demontrasi pertama jemaah Masjid Kampong Raya telah di adakan.
  • 18 Mac 1998 ( Rabu ) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil keputusan di dalam mesyuarat EXCO supaya kuil yang telah diubahsuai dengan perbelanjaan hampir RM50,000.00 itu, di perkecilkan mengikut saiz asal.
  • 20 Mac 1998 ( Jumaat ) - Demonstrasi kedua anak qaryah telah diadakan di perkarangan Masjid Kampong Rawa dengan kehadiran yang lebih ramai dan mereka telah bersurai apabila pihak polis berjanji membawa wakil qaryah bersemuka dengan pihak atasan untuk berunding.
  • 22 Mac 1998 ( Ahad ) - Mesyuarat tergempar telah diadakan pada waktu malam diantara pemimpin-pemimpin Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Qaryah Masjid Kampong Rawa, wakil penduduk Kampong Rawa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta badan-badan Kerajaan yang berkaitan, mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Dato' Koh Su Khoon, keputusan nya:- (Dari maklumat yang di perolehi mesyuarat tersebut berakhir pada jam 12.30 malam)
  • Pihak Qaryah dan penduduk Kampong Rawa telah memberi kata dua kepada Kerajaan Negeri supaya kuil tersebut di pindahkan sebelum hari Jumaat 27 Mac 1998.
  • Pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju dan mengambil keputusan supaya kuil yang di bina secara haram tersebut di pindahkan sebelum Jumaat 27 Mac 1998 ke tanah Kerajaan yang berhampiran.
  • Kuil tersebut akan di sita (Seal) oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
  • Dari maklumat yang di perolehi, Kerajaan Negeri telah menanggung perbelanjaan perpindahan kuil Hindu tersebut yang dianggarkan berjumlah RM70,000.0023 Mac 1998 ( Isnin ) - jam 3.30 petang, penganut Hindu seramai hampir 250 orang telah mengadakan demonstrasi di Jalan Penang berhadapan KO?MTAR, membantah keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memindahkan kuil tersebut, mereka bersurai setelah di nasihati oleh pihak Polis.
  • Minggu tersebut, bermula dari Isnin (23 Mac) hingga Jumaat (27 Mac) suasana di sekitar Pulau Pinang mula tegang dan berita-berita angin yang berunsur fitnah dan tidak benar telah mula tersebar, ini memburukan lagi keadaan, dan memaksa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan rasmi supaya rakyat Negeri Pulau Pinang bertenang, bersabar dan tidak menyebarkan fitnah dan mendengar berita angin.
  • Orang-orang Hindu dan Umat Islam dari merata ceruk Malaysia mula berkunjung ke Kampong Rawa memberi sokongan moral kepada pihak masing-masing, dan surat-surat sokongan, E-mail, dan newsgroup melalui Internet telah di edarkan supaya setiap pihak berkumpul pada Jumaat 27 Mac 1998.
  • Dalam minggu tersebut Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), dan Pasukan Polis Hutan telah di tempatkan di sekitar Masjid Kampong Rawa dalam keadaan bersiap sedia.
  • Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan dalam mesyuarat pada 22 Mac 1998 supaya kuil tersebut di pindahkan, tetapi pemimpin-pemimpin politik Hindu masih cuba mencari jalan supaya kuil tersebut di kekalkan di situ, walaupun mereka tahu pembinaan kuil tersebut adalah haram, tidak mengikut peraturan (sememangnya tiada peraturan pembinaan kuil ) dan mendapat bantahan dari tuan tanah. (tanah tersebut milik persendirian).24 Mac 1998 (Selasa) - Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mensita kuil tersebut dengan zink.

  • 26 Mac 1998 (Khamis) - Pagi Khamis umat Islam semakin ramai berkumpul di Masjid Kampong Rawa, menunggu dan tertanya-tanya bilakah kuil tersebut akan di pindahkan, dan orang-orang Hindu pula semakin ramai berkumpul di Lines Road berhampiran Quarters Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dimana penempatan tapak kuil baru tersebut.
  • Bermula pada jam 10.00 malam kuil tersebut telah mula dipindahkan sedikit demi sedikit dengan di saksikan oleh hampir 500 orang jemaah di Masjid Kampong Rawa, beberapa ramai penganut Hindu di Line Road dengan kawalan ketat pihak Polis Simpanan Persekutuan, Pasukan Polis Hutan, Cawangan Khas dan pihak atasan Negeri Pulau Pinang.
  • Semasa proses perpindahan tersebut berlakulah ejek mengejek, caci mencaci dan cabar mencabar, tetapi dapat di kawal oleh pihak polis.
  • Proses perpindahan tersebut selesai di jalankan pada jam 4.00 pagi, dan di selesaikan oleh Sami Hindu yang didatangkan khas daripada Batu Cave, Kuala Lumpur.27 Mac 1998 (Jumaat) - Kehadiran jemaah untuk solat Jumaat pada 27 Mac 1998 adalah luar biasa dan di anggarkan hampir 5000 orang telah hadir untuk menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut, Jemaah selesai menunaikan solat Jumaat dengan sempurna:-2.30 ptg
  • Keadaan mula tidak terkawal setelah ada di antara jemaah yang meniup semangat dan mula berarak beramai-ramai ke Line Road di mana puak-puak Hindu ramai berkumpul, mereka mula merusuh dan mula mencetuskan PERISTIWA BERDARAH KAMPUNG RAWA.3.00 ptg
  • Polis mula bertindak menggunakan kekerasan menembak perusuh dengan air kimia, melepaskan hampir 150 gas pemedih mata, membuat serbuan dan menangkap perusuh.6.00 ptg .Pihak Polis berjaya menyuraikan jemaah di dalam masjid tersebut dan seperti kenyataan akhbar yang di keluarkan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang 140 orang telah di tangkap, dan di tahan reman, keadaan sekitar masjid terkawal.
  • 9.00 mlm - Penduduk sekitar Georgetown di kejutkan lagi dengan peristiwa berdarah, apabila hampir 40 hingga 50 buah motor yang di tunggangi oleh pemuda-pemuda Hindu bermotor telah merusuh dengan menyerang orang-orang awam di sekitar Penang Road berhampiran Ibu Pejabat Polis Georgetown. Mereka telah memukul, merompak ala koboi dan menyerang orang awan dengan senjata, membaling batu ke Masjid Benggali, dan beberapa buat restoran mamak di Penang Road.

Anwar, ABIM, PAS DAN PKR SOKONG IFC

AnWAR bukan sahaja berjuang bersama Hindraf tetapi turut sama memperjuangkan IFC untuk menghancurkan Islam di Malaysia. Anwar merupakan presiden dan ahlinya turut terdiri daripada part PKR dan juga PAS – MasyaAllah!

Anwar dari awal lagi telah melihat satu cara untuknya mengawal rakyat demi kepentingan dirinya. Caranya adalah dengan memasukkan zombi-zombinya yang secara terbuka menyokong IFC, dengan memasukkan ahli kroni ABIM kedalam parti-parti pembangkang. Lihat sahaja PAS yang hampir kesemua pemimpin tertingginya berasal dari ABIM. Dengan memasukkan ahlinya kedalam parti-parti ini secara mudah Anwar dapat mengawal pergerakkan parti tersebut serta berjaya menjayakan idea syaitannya.

Mungkin PAS memikirkan bahawa merekalah parti yang menegakkan Islam tetapi itu hanya pada mata rakyat tetapi dasarnya, PAS sendiri mempunyai pakatan dan impian Iblis yang bertindak untuk menghancurkan Islam di Malaysia melalui pemimpinnya yang menyokong IFC. Bagi parti PKR pula, amat mudah bagi Anwar untuk mengawal minda mereka kerana part ini ditubuhkan sememangnya untuk memuaskan nafsu jahatnya semata-mata.

Lihat video berkaitan penubuhan IFC dan sokongan terhadap Yahudi yang bertindak untuk menghancurkan Islam.

Video 1


Video 2


Video 3



Video 4


No comments: