Monday, March 3, 2008

PKR tabur fitnah tapi dasarnya penakut nak mengaku!

Kami menyelar proses pengundian pos yang dilaksanakan ke atas anggota polis dan tentera yang tidak lagi bersifat rahsia dan telus.

Pada masa ini, kami mendesak SPR untuk menyediakan pemerhatian sepenuhnya ke atas proses pengundian pos di kem-kem tentera dan balai-balai polis pada kadar segera untuk mengurangkan potensi penyelewengan.

Berikut adalah merupakan salahlaku yang dikesan di dalam proses ini:

1. Tidak ada jaminan ke atas kerahsiaan identiti dan undi. Kit Pengundi Pos yang dikeluarkan kepada pengundi-pengundi pos mengandungi Borang 2 - 'Borang Deklarasi Indentiti' yang mengandungi kedua-dua nama anggota polis dan tentera (yang mengundi) dan nombor siri kertas undi.

Dalam keadaan Borang 2 tersebut akan diletakkan di dalam sampul surat bersama-sama dengan kertas undi yang dipulangkan undi dikira, adalah sangat menggusarkan apabila pilihan yang dibuat oleh pengundi polis dan tentera akan diketahui dan mereka bakal berhadapan dengan sebarang kemungkinan sekiranya mereka mengundi pembangkang.

2. Pengundian oleh pihak lain tidak boleh dihalangkan sepenuhnya. Anggota polis dan tentera yang menjalani pengundian pos tidak perlu untuk menandakan kertas undi mereka di pusat pengundian, mereka dibenarkan untuk menandakan kertas undi mereka di mana sahaja dan kemudian memulangkan semula kertas undi tersebut di pusat pengundian, di kem tentera ataupun balai polis.

Semua ini berlaku dengan ketiadaan agen-agen parti politik, membawa kepada kebarangkalian besar yang sangat tidak munasabah apabila 'pihak ketiga' boleh menandakan kertas undi tersebut bagi pihak pengundi, yang mana kemudiannya akan diagihkan kepada anggota tentera/polis untuk diserahkan semula.

Malah, tuduhan ke atas 'pengundian secara proksi' yang diarahkan oleh pegawai senior polis atau tentera akan terus mencemarkan kesahihan proses pilihanraya di Malaysia, lantas meletakkan Malaysia tidak jauh berbeza daripada Negara autokratik di Asia Tengah dan Transcaucasia.

3. Pengundi bertindan. Dalam pemerhatian kami, penyediaan Kit Pengundi Pos di kawasan Setiawangsa sahaja, 6 pengundi telah disertakan dengan 2 kertas undi setiap seorang Nama yang terlibat adalah seperti berikut:

Kod : 188/00/12/600

No Siri : 11856
Nama : Nesam Banu Bt Mohamad Fahmi
No Kad : T375594

No Siri : 3896
Nama : Husaini b Mohd Said
No Kad : T0534732

No Siri : 3897
Nama : I'sak b Ali bawah
No Kad : T0534736

No Siri : 2700
Nama : Aishah bte Che Mat
No Kad : 761007-06-5728

Kod : 118/00/12/431

No Siri : 3906
Nama : Zulkhairi b Zainun
No Kad : T533580
93 Rejimen Semboyan, WP.

No Siri : 3954
Nama : Mohd Kamal b Keliwon
No Kad : T534766
93 Rejimen Semboyan, WP.

Komen:

Pada penulis yang hanya pandai menulis tetapi tiada output, saya dengan rela hati mencadangkan agar di buat laporan polis mengenai hal ini jika pasti SPR tidak telus dalam mengendali PRU Malaysia. Jangan hanya pandai cakap dan tabur fitnah tetapi tiada bukti.

Amat menyakitkan hati apabila membaca tulisan dari penulis pihak pembangkang yang teramat suka menabur fitnah sepanjang musim PRU ini. Ini adalah kerana mereka hanya bercakap kosong tetapi tiada satu pun yang benar! Kalau dah pandai sangat mencari masalah orang lain kenapa tak di bawa sahaja ke pihak yang boleh bertindak. Ini adalah kerana pembangkang tidak ada bukti! Mereka-reka cerita semata mata nak mengaburi mata rakyat dengan dakyah atau tuduhan yang bangang!

Seperti penulis di sini yang terlalu bodoh nak mampos ! hanya sekadar menulis dan menabur fitnah sedangkan dia sendiri secara terang menonjolkan ke-gampangannya dalam soal ketelusan menulis berita.

1 comment:

adie said...

aku rase engkau yg bodoh dan tak ada akal...kau sekolah kat Doolloh bodowi hadhari kot...bongok