Friday, March 14, 2008

DEB - DAP Equal Bull-shit!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab terhadap apa sahaja kemungkinan yang berlaku ekoran kenyataannya yang boleh menyinggung perasaan orang Melayu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kenyataan itu boleh memarakkan ketegangan kaum dan mencetuskan kemarahan orang Melayu.

‘‘Saya menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, inilah Lim Guan Eng yang sebenarnya, dia sepatutnya ditolak di dalam Pilihan Raya Umum yang lalu,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri semalam memberi amaran kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya tidak membuat kenyataan yang boleh memarakkan ketegangan kaum.

Guan Eng, selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam, memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu tidak akan mengamalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menurut Mohd. Ali, tindak-tanduk Guan Eng itu boleh menyebabkan orang Melayu hilang tempat di Pulau Pinang.

‘‘Guan Eng tidak boleh menekan orang Melayu, malah, dakwaannya terhadap DEB semuanya palsu kerana semua kaum di negara ini dapat faedah.

‘‘Ekonomi kaum lain lebih tinggi berbanding Melayu, begitu juga dalam pendidikan, kaum lain boleh belajar di mana-mana universiti,’’ ujarnya.

‘‘Sikap tidak menghormati institusi raja dengan tidak menghadiri majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar Perak memperlihatkan satu lagi keangkuhan DAP, biarpun hanya baru beberapa hari menjalin permuafakatan untuk membentuk kerajaan campuran di negeri itu,’’ katanya lagi.

‘‘Sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada institusi raja dan menghormati dasar-dasar negara, kita berasa terpukul dengan keangkuhan DAP yang seolah-olah mengundang api permasalahan dan negara terpaksa membayar harga yang mahal akibat keangkuhan pemimpin-pemimpin DAP,’’ tambahnya.

Komen:

Jika dilihat dengan lebih mendalam dengan adanya DEB siapakah yang lebih banyak mendapat keuntungan? Cina atau bangsa lain?

Bagi DAP, mereka bercakap bagai mereka sahaja yang betul dan tindakan yang dibuat kononnya membantu semua pihak. Tetapi sebaliknya DAP lebih banyak menerima keuntungan dari DEB itu sendiri.

1 comment:

vercingetorix said...

DEB
I wish to humbly appeal to DAP to reconsider its decision to abolish the DEB policies.
I wish to point out that DEB has benefited people across the nation regardless of race. I think DAP and all the other non-Malay parties know this. I think this has been repeatedly stated by all the UMNO leaders the last few days.

We promise if the DEB is upheld, we the Malays shall continue to sub-let the business to the non-Malays at the usual rate – 2% only. Okay, maybe under the circumstances we’ll just take 1.5% (please understand eventhough our overheads are low, you kow-lah ..prices of things have gone up). That’s a scout’s promise! Haven’t we been practicing this all this years? Hasn’t the Malay equity ownership stayed devotedly at the 2% level through the years? What more evidence do you need?

If you are still unconvinced, watch us. Even for the federal projects we shall be true to our words. And that goes for the negotiated projects too.

Our Dewan and Persatuan? What, will they opposed?. No, no, don’t worry ..on the contrary, I’m sure I can even persuade them to incorporate some form of tacit ruling within their code of practice that the above be enforceable. Why, the members without many exceptions have espoused this profitable ‘win-win’ modus operandi since the inception of DEB, anyway. Thank you, sir.

P.S. Oh yes..I am pretty sure even Pak Lah and his advisors and officers - will endorsed this arrangement though publicly he may have to say otherwise. You know-lah.