Sebuah laman web pembangkang menyiarkan satu emel pembaca yang secara terang-terangan menfitnah pengurusan Tabung Haji membantu Barisan Nasional (BN) menggunakan duit pendeposit untuk kempen pilihan raya umum ke-12 ini.
Ini menunjukkan taraf kredibiliti laman web tersebut yang rendah kerana sering memaparkan berita yang tidak benar dan palsu dalam merendah-rendahkan kerajaan BN.
Dalam emel tersebut menceritakan bagaimana pengirimnya mengatakan bahawa ibunya hanya dibenarkan membuat sedikit pengeluaran dan tidak dibenarkan mengeluarkan wang sebagaimana yang dikehendakinya di sebuah cawangan tabung haji di utara tanah air.
Seorang pegawai dari Ibu Pejabat Tabung Haji di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur mengatakan bahawa seseorang yang telah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan duit walaupun duitnya sendiri.
Bagi penyimpan wang di Tabung Haji, mereka yang mahu mendaftar haji mestilah mempunyai duit simpanan sekurang-kurangnya RM1,300 dan ini telah dipraktikkan sejak sekian lama.
Tabung Haji mempraktikkan sistem giliran yang dipanggil Tahun Pilihan (tahun menunaikan haji), di mana Tahun Pilihan ini berdasarkan tahun seseorang itu mendaftar haji.
Mengikut sistem tersebut, apabila seseorang mendaftar pada tahun ini secara automatik Tahun Pilihan adalah hampir 12 tahun akan datang.
“Pada masa kini terdapat seramai 293 ribu daftar haji di Tabung Haji berbanding hanya 26 ribu sahaja yang diberi kuota (oleh Kerajaan Arab Saudi) untuk menunaikan haji,” ujar beliau.
Sebagai contoh, daftar haji pada 1429H (2008) dan pada 1441H (2020) baru seseorang itu tiba gilirannya menunaikan haji.
Pada masa sekarang, kos menunaikan haji adalah sebanyak RM9,445.
Misalannya, sekiranya seseorang akan menunaikan haji pada 1430H (2009), beliau mestilah mempunyai wang dalam akaun sekurang-kurangnya RM9,445.
Tetapi, jika beliau mempunyai wang di dalam akaunnya sebanyak RM12,000, hanya perbezaan dengan kos menunaikan haji sahaja boleh dikeluarkan.
“Seseorang itu boleh mengeluarkan wang yang dikehendakinya, atau kesemua wangnya, tetapi ini akan mengakibatkan dia akan ditunda Tahun Pilihannya sebab semuanya telah masuk dalam sistem,” tambahnya lagi.
Semakin dekat tempoh Tahun Pilihan, terdapat perkiraan amaun yang hanya boleh dikeluarkan, dengan syarat jumlah minimum ditinggalkan sebagai baki dan berupaya menambah kembali supaya tidak tertunda Tahun Pilihannya.
Ini kerana, demi memegang amanah yang dipertanggungjawabkan, Tabung Haji secara langsung mahu memastikan pendaftar haji yang ingin menunaikan haji mempunyai wang yang secukupnya apabila cukup tempoh.
“Tidak seharusnya pengirim emel itu mengaitkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami ini dipolitikkan,” ujar beliau.
Wednesday, March 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment