Tuesday, March 4, 2008

PAS Penakut & Sedia Guna Kekerasan Pada Rakyat

PAS semakin takut dan gusar pada BN kerana melihat BN telah berjaya menarik ramai rakyat Kelantan untuk menyokong BN. Di atas keperihatinan kerajaan BN, ramai rakyat yang bekerja di luar negeri dapat pulang mengundi tanpa perlu bersusah payah. Ini janji BN kepada rakyat. BN tidak berbelah bagi memberi bantuan kepada rakyat bukan sahaja untuk musim pilihan raya tetapi dalam semua masa dan keadaan.

Sikap sebegini dipuji oleh rakyat kerana secara terus menunjukkan kerjaaan BN amat prihatin terhadap rakyat. Bagi PAS, mereka merasa gentar atas fenomena ini dan mencari jalan ‘Kotor-Al-Keji’ untuk menangkis kerajaan BN. Tapi apalah daya mereka kerana kerajaan sudah lama faham akan kehendak rakyat. Kerajaan BN tidak perlu sebarang fatwa atau dalil untuk mengajak rakyat menyokong BN. Kerajaan tidak perlu bersandiwara atau membuat hubungan dengan anasir-anasir luar untuk menaikan undi pada BN. Kerajaan BN lebih teguh di bawah pimpinan PakLah dan juga akibat sokongan rakyat yang mahukan kebebasan, yang mahukan kesenangan dan mahukan pembangunan yang dirancang dan digubal oleh kerajaan BN.

Apa ada pada PAS ! Rakyat sudah jelak dengan janji palsu mereka dan rakyat juga tidak mahu meletak maruah negara dan bangsa kepada PAS kerana mereka bukannya mahu menjaga negara dan kepentingan rakyat sebaliknya merancang untuk menyesatkan rakyat serta memporak-perandakan ekonomi negara Malaysia.

Kebodohan dan ketakutan PAS jelas dapat dilihat dalam kenyataan yang dibuat mereka dia mana mereka akan menggunakan kekerasan dan apa sahaja yang mereka pikirkan perlu untuk merosakkan negara serta rakyat dalam PRU 8 Mac ini.

"Parti PAS akan melakukan apa sahaja tindakan termasuk menggunakan kekerasan bagi menghalang apa yang didakwa sebagai pengundi hantu atau pengundi upahan pada PRU-12 nanti. "

Mereka secara bodoh ingin menunjukkan kekuasaan mereka di mana timbul perasaan iri hati melihat parti BN yang mampu memberi bantuan pada rakyat yang ingin pulang melabuhkan undi mereka di kampung masing-masing. Tujuan BN ini disambut baik rakyat kerana ini membolehkan mereka merasa kemeriahan mengundi, di samping itu membolehkan mereka berjumpa kaum keluarga masing-masing.

PAS terus bertindak memutar belitkan fakta kerana mereka tidak mampu melakukan seperti mana yang parti BN mampu buktikan. BN mampu membuktikan pada rakyat bahawa BN tetap ungul dan prihatin masalah rakyat tidak seperti PAS yang hanya prihatin dalam merosakkan rakyat.

Kegoblokkan PAS jelas kelihatan apabila mereka membuat kenyataan yang jelas menunjukkan corak kepimpinan PAS yang lemah di mana PAS sendiri daif dalam mengawal jentera mereka sewaktu musim PRU-12 ini.

“Kita pun tak boleh kawal ahli kita daripada bertindak. Tak tahulah apa kemungkinan akan berlaku, tetapi kalau terdesak maka kita tak ada pilihan lain. Bukan sebab kita ganas, tetapi sebab kita bangang!”

Pemimpin dan presiden PAS jelas lemah dalam mengawal anak-anak parti kerana PAS kekurangan sesuatu kunci penting untuk kebahagian menjaga jentera parti iaitu :

“ Hormat pada Presiden dan bekerja secara Ikhlas demi Allah, Parti dan Rakyat! "

No comments: