Thursday, March 13, 2008

Kenapa Melayu Undi DAP?

Generasi baru Melayu yang mengundi pembangkang terutama DAP pada pilihan raya umum yang lepas tidak mempunyai semangat kebangsaan, fikiran mereka bercelaru, dan hanya terikut-ikut mahukan perubahan kata veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa.

Jika melayu mempunyai semangat kebangsaan, golongan ini tentu mengundi Barisan Nasional kerana parti tulang belakang BN ialah UMNO, yang memperjuangkan nasib kaum Melayu.

"Saya kata orang Malayu kurang berfikir, suka ikut emosi kerana pepatah Melayu ada menyebut 'Bumi kelikir, langit temberang, tak baik-baik fikir jadi hamba orang' inilah kesannya". Generasi muda mahukan perubahan sahaja tetapi mereka tidak tahu perubahan itulah yang merosakkan masa depan mereka.

Mengulas langkah awal kerajaan Pulau Pinang yang baru hasil gabungan DAP dan PKR untuk membebaskan pentadbiran amalah DEB, beliau berkata dengan pengumuman itu, orang Melayu akan sedar kedudukan kuasa politik mereka kerana DEB yang diperkenalkan pada 1971 dan telah terlalu banyak membantu kehidupan mereka akhirnya lenyap begitu sahaja. Dengan DEB sahajalah orang Melayu boleh berjaya hingga sekarang. Tidak mustahil apa yang terjadi di Singapura akan berlaku kepada orang Melayu di Malaysia jika DAP memerintah negara ini.

Buktinya saksikanlah sendiri keadaan di Pulau Pinang.

P/S: Malaysia kehilangan Singapura kerana bangsa luar dan sekali lagi kita akan kehilangan negeri lain dalam Malaysia kerana pentadbiran bangsa luar, yang asalnya dahulu datang ke tanah kita, kita terima dengan tangan terbuka tetapi akhirnya kita sendiri ditolak dihaprak dengan terajang mengila!

5 comments:

yusof said...

Pilihanraya sudah selesai, ramai terutama orang Melayu dan termasuk saya sendiri yang mengundi pihak pembangkang tidak menyangka keputusan sedemikian. Dalam beberapa hari ini kita akan melihat kemelut politik dibeberapa buah negeri yang sudah tidak di bawah kawlan BN lagi, dan Ketua Menteri dari Pulau Pinang sudah pun menyuarakan beberapa perubahan drastik yang menerima reaksi yang ada berbentuk ekstrim dari segi menyatakan masa depan orang Melayu. Pada saya orang Melayu sekarang sudah terpandang tiga pilihan, iaitu sama ada percaya kepada bahawa hak orang Melayu hanya boleh dilindungi oleh kumpulan Melayu dari parti UMNIO, atau mahu melihat adakah orang bukan Melayu seperti yang diwakili oleh DAP boleh melakukannya atau pun orang Melayu tidak perlu perlindungan kerana mereka juga mampu menentukan nasib mereka sendiri. Saya rasa di dalam hati kecil ramai orang Melayu bukan sahaja yang memangkah DAP, termasuk yang memangkah BN dapat menerima pilihan yang ketiga itu, cuma prosesnya kelihatan telah berlaku terlalu cepat sedikit dan apakah orang Melayu mahu berpatah kembali? Keadaan di keliling kita juga berubah dengan pantas. Dunia tidak boleh menunggu kita.

yusof said...

" DEB sahajalah orang Melayu boleh berjaya hingga sekarang" hanyalah sebuah hipotisis yang cuba dibuktikan secara pendekatan empirik tanpa kekutan logik yang mendalam. Apabila pendekatan empirik dalam ekonomi dilaksanakan tanpa logik yang dinamik atau rationalization yang berdasarkan bukan hanya pada apa yang berlaku dahulu atau sekarang, tapi apa yang akan berlaku, maka sebab itulah DEB yang menghampiri empat(4) dekad masih gagal menghampiri kejayaan muktamat, seolah-olah pendokong-pendokong DEB di bawah payong UMNO itu sedang mengejar bayang-bayang sendiri. lagi pun terimalah kenyataan bahawa DEB bukanlah sasar akhir zaman untuk orang Melayu dan orang Malaysia. Pandang dan fikirlah ke hadapan

wan lee said...

assalamualaikum yusof.... sekarang saudara mengatakan DEB bukanlah satu cara terbaik untuk membantu melayu... ya pendapat ini mungkin benar dan mungkin tidak. tapi pada hemat saya jika benar ia ada berlakunya kronisme, nepotisme, dan bermacam-macam lagi maka rugilah bangsa kita. namun apa yang setiap direncanakan oleh manusia mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. mungkin itu lah sifat manusia yang diciptakan Allah tidak sempurna.. tapi saya sebagai salah seorang pelajar universiti yakin DEB telah banyak mebantu Melayu selain dari menindas Melayu.... hal ini kerana dengan adanya DEB banyak anak petani anak pesawah anak penoraka hari ini menjadi ahli profesional di negara kita.. jadi DEB telah membantu dalam sektor pendidikan...DEB juga membawa kemajuan kepada umat Melayu dalam aspek ekonomi. kita cuba lihat.. konsep penawaran tender yang dikemukakan oleh kerajaan siapa yang dapat..sudah pasti majoritinya Engineer Melayu... jadi tidak timbul masalah disini... maka denga itu, sebelum kita bercakap hendaklah kita berfikir... cuba bayangkan jika DEB TIADA... saya beri situasi di sini.... bayangkan ada dua kntraktor satu bumiputera satu lagi bukan bumiputera.. kedua-dua kontraktor ini memberi nilai harga yang sama untuk sesuatu projek... selain dari nilai harga kontraktor ini juga memberi jaminan kualiti yang baik dan cemerlang... maka persoalannya siapa yang akan mendapat tender tersebut? adakah Bumiputera atau bukan Bumiputera? saya yakin jawapan ada pada anda...assalamualaikum...........

yusof said...

Walaikum salam sdr wan lee, saya katakan di sini jika tiada DEB, dunia belum kiamat bagi orang Melayu kerana DEB bukan satu-satunya jalan keluar bagi orang Melayu untuk melarikan diri dari kemiskinan atau mencapai kemajuan hidup di dunia. Mungkin saya meluahkan pendapat ini dikatakan kurang berfikir atau jika mahu di ukur berapa dalam saya berfikir cuma beberapa ela sahaja dan sdr berfikir sejauh berjuta-juta batu sehingga fikiran saudara hanya terikat pada satu kaedah sahaja untuk orang Melayu. Jika kita mahukan lebih banyak kaedah mungkin harus berfikir sejauh berbilion batu dan ia memerlukan kita berfikir ke hadapan. Ia memerlukan seperti apa yang berlegar pada minda pengundi-pengundi pada 8hb Mac lalu, adakah mereka telah melakukan tanpa berfikir. Kalau hendak memangkah kertas undi itu, monyet pun boleh melakukannya jikalah diberikan latihan. Jika dua kertas undi diberikan kepada seekor monyet dan satu lagi kepada seorang manusia yang tidak cedera otaknya, walau pun kedua-dua kertas undi itu telah dipangkah dengan tepat oleh monyet dan manusia, saudara teka yang mana satu telah melakukan berdasarkan motif? Jadi manusia-manusia Melayu yang telah merubah lanskap politik dengan memangkah DAP itu jangan disangka melakukannya dengan motif jahat. Hanya orang yang hidup bergantung pada prasangka sahaja cenderung kepada berfikir dengan cara yang tidak banyak memberi faedah untuk masa hadapan. Wasalam

bkttorapi said...

Sampai bila orang melayu nak maju. nak makan disuap. harap bantuan dan ihsan orang lain. DEB adalah salah satu penyebab orang melayu masih ditakuk lama. Mundur dan sentiasa bergantung kepada kerajaan. bila lagi melayu nak berdikari memajukan taraf kehidupan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain yang telah lama mencapai kejayaan tanpa bantuan DEB pun. Melayu, Ayuh bangkitlah dari mimpi indah yang sentiasa dibuai manja oleh DEB dan kerajaan.