Video adalah elemen multimedia yang paling dinamik dan berkesan penggunaanya jika dibandingkan dengan komponen media yang lain. Video menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Ia merupakan antara sumber atau media yang efektif dalam menyampaikan sesuatu informasi dan menjadi sumber rujukan yang berkesan. Unsur video di dalam multimedia membawa satu perubahan yang besar di dalam kaedah penyaluran maklumat yang mana kebanyakan video mampu membawa unsur menyerupai keadaan sebenar dan juga mampu menarik perhatian dan emosi penonton.
Tetapi kesan- kesan yang berkesan dalam menarik perhatian dan emosi penonton boleh berubah jika video yang dihasilkan menggunakan teknik atau kaedah yang lemah. Video yang dihasilkan oleh seorang pereka yang lemau fikirannya hanya akan menjadikan sesuatu video itu teramat ‘bodoh’ untuk di tonton dan secara langsung menunjukkan kepada penonton bagaimana ‘haram jadahnya!’ Si pereka atau editor video tersebut.
Seperti mereka yang telah melakukan proses editing terhadap video PakLah. (Lihat di bawah) jelas menunjukkan sikap dan mentaliti mereka yang ‘bangang’ atau dalam erti kata yang lain ‘barua pembangkang’ yang tiada lain cemburu dengan populariti PakLah dan juga kejayaan beliau dalam menangani isu ekonomi negara.
Jelas jika ditonton secara teliti, video tersebut telah di-edit dengan menggunakan teknik audio layer di atas video tersebut. Klip suara sorakan telah diletakkan di atas frame video tertentu untuk menghasilkan bunyi tambahan di atas bunyi asal video tersebut.
Tetapi di sebabkan ‘kedunguan’ dan ‘kegoblokkan’ si editor, kualiti video tersebut teramatlah ‘gampang’ dan ‘bodoh’ seperti mana minda si editor kerana ianya tidak langsung memberi sebarang kesan kepada penonton kecuali perasaan rasa marah dan jelik terhadap video tersebut.
Tahniah di ucapkan kepada si editor dan pembangkang kerana berjaya menghasilkan video yang dikategorikan sebagai lemah. Pada pembangkang, ambilah pekerja atau editor yang berkebolehan, bukannya pelajar hingusan yang langsung tiada ‘skill’ macam budak sekolah tadika. Editor macam ni pun nak ambil bekerja ke! Nampak sangat pembangkang dan pereka video ini BENGAP!
No comments:
Post a Comment