Sunday, March 2, 2008

Kerajaan Hargai Tentera tetapi pembangkang hina mereka

Tahniah diucapkan kepada semua prajurit-prajurit negara yang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera, termasuk Angkatan Tentera Udar, Laut dan Darat. Terima kasih yang tidak terhingga dari rakyat Malaysia di atas segala tanggungjawab dan bantuan mereka menjaga keselamatan dan kemakmuran negara kita Malaysia.

Tanpa mereka yang sentiasa membantu memantau dan menjaga keselamatan negara, mustahil untuk kita rakyat Malaysia menikmati hidup yang penuh Selamat, Aman, dan Makmur. Kerajaan menghargai jasa dan pengorbanan anggota tentera yang bersabung nyawa mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman. Angkatan tentera memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta negara yang membawa kepada pencapaian kemerdekaan negara.

Tetapi angkatan tentera tidak dihargai oleh pembangkang, malah mereka turut mencaci dan menghina para tentera termasuklah kaum keluarga mereka. Gelaran seperti anjing dan sebagainya telah dilemparkan oleh pembangkang dengan tujuan untuk memburukkan imej tentera. Hal ini amat mendukacitakan kerana tindakan mereka yang langsung tidak menghormati sesama manusia, apatah lagi golongan tentera yang sanggup mengadai nyawa menjaga keselematan dan kehormatan negara.

Pembangkang menuduh dan mempermaikan kebaikan yang dibuat oleh para tentera seolah-olah mereka tidak termasuk sebagai rakyat Malaysia yang turut menerima batuan dari pihak tentera. Kebodohan dan keangkuhan mereka ini sedikit sebanyak mencerminkan keperibadian mereka yang mementingkan diri sendiri serta tidak menghargai kebaikan insan lain. Adakah ini tuntutan Islam sebenar yang mereka perjuangkan? Jelas mereka adalah musuh kita, musuh dalam selimut Malaysia yang perlu dihapuskan dari terus menjadi barah yang akhirnya merosakkan negara.

No comments: